
Bahan:-
2 cawan beras
1/4 bawang besar
1 helai daun pandan
2 kiub ayam (*ummi letak 1 sudu besar stok ayam)
1 sup bunjut Adabi
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Air secukupnya
sedikit garam
3 batang serai - dititik (*ummi saja tambah ni)
Bahan Perap Ayam:-
3 sudu madu
3 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
Bahan Tumis:-
3 sudu besar mentega
1/2 cm halia - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
Bahan Sampingan:-
Bawang goreng
Daun bawang - hiris halus
Daun sup - hiris halus
Daun salad/timun/tomato
Cara Membuat:-
Bersihkan ayam dan potong ikut suka (*ummi potong 4 bahagian je). Panaskan butter dan tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masukkan sedikit garam dan biarkan hingga ayam masak. Keluarkan ayam dan letak dalam mangkuk besar dan masukkan madu, sos tiram dan kicap dan gaul rata. Perapkan lebihkurang 1 jam. Goreng dengan minyak penuh, balik2kan biar ayam kekuningan gelap sikit, angkat.
Sementara itu, bersihkan beras dan masukkan dalam periuk, ambil 2 cawan sup ayam tadi dan tuangkan dalam periuk. Masukkan daun pandan, serai, bawang dan sedikit garam. Masaklah nasi seperti biasa.
Untuk sos kicap - mayang 2 biji bawang putih, tumiskan hingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.
Untuk sos lada - Blend 1 biji tomato, 2 biji cili hidup, 1 cawan sup ayam, garam, sedikit gula dan sedikit sos cili. (*Boleh juga tambah 1 sudu kecil cuka makan) Selepas blend tuangkan dalam bekas dan letak bawang putih yang diketuk sikit.
2 comments:
nyaman nasik ayam tu ummi,sedap nyer!
Aa la dayang, senang banget mau sediakan..fast n ez..itulah pilihan ku..heheh..
Post a Comment