Friday, February 6, 2015

Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer

BismillahirRahmanirRahim

Assalamualaikum...Jumaat yang mulia, semoga kita diberi banyak kelapangan untuk melakukan yang baik-baik dan indah-indah dalam hidup ini.   Allahumma Ameen.


Haisshh, baru gagahkan diri nak update jugak ni....tak tau la nape yang lemau sangat ntah laaa...jenguk blog sambil lewa je...hehehe.  Ok kali ni nak letak gambar je...xyah bagi resepi la kot, sekadar pulut kuning entah bila punya pun tak ingat, dah sebulan lepas dah kot....hehee... Ok, nak panaskan suasana dapur je yeaa...untuk cuci2 mata.  Kalau ada yang nak resepi pulut kuning, boleh search kat box tepi tu yeaa...insyaAllah, pernah kongsikan rasanya.  Cuba click Sini yea...



Sebenarnya akak suka makan pulut ni dgn sambal tumis ikan bilis lagi sedap kalau malas buat rendang...tp sebab malas jugak kaaan nak buat sambal dan sebab nak perabihkan serunding, nasib laaahh...layan je la dengan serunding yang adooo....hehe


Monday, January 26, 2015

PAJERI TERUNG...Bersawang sudah dapur ku ini..

Bismillahi rahmanirrahim

Assalamualaikuummm...SubhanAllah...Alhamdulillah...Allahu Akbar!
Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad, wa'alaali saiyidina Muhammad..

Yuhuuuuu....Apa khabar..??
Ini hari mau kasi tau, kak Ummi update blog okeh...hehe, tp x tau bila lg nak update...ni tgh suam2 ni.. Ada kawan-kawan yang rajin tu tolong la tiup sikit semangat...Maaattt, help me..uhuk!  

Ada orang ke xda orang dapur ni....Ambooiihh manyaknya sawang, habuk berketul-ketul, lantai x nampak lorong dapur dah....haaiissshh...malasnya tuan rumah ni ekss...macamana boleh lama sangat dibuai mimpi ni...aduhaiii.  Ampun yaaa lama bercuti, tuan rumah mengemaskan badan dengan lemak tepu, dengan kebizian yang x berkesudahan la jugak pun kaaann...Aduhaaiii, ada ke lagi yang sudi menjenguk ni nanti...haha, xpa update seminggu sekali..caiyookkk Ummi...waaah, kata2 semangat untuk diri sendiri tuh!  



Ok, xmo citer panjang-panjang sangat...semalam kan akak buat pajeri terung, ada pulak yang suruh update blog, komen blog aii bersawang-sawang dah...hahaha..  Jom layan pajeri.

Nak bagi tau je yeaa...ini lah pajeri terung, bukan pajeri kari terung...hahaa... Tak pernah puashati kalau beli kat kedai, kuah meladung macam kari jek...owh nooo, not my taste...PAJERI SEMESTINYA KUAH YANG PEKAT, NAIK AROMA KERISEK DAN REMPAHNYA.  Terima kasih emak kerana menurunkan resepi pajeri terung yang paling best dan ngam dengan tekak selama hayat ini...Ingat dulu, mak cakap, kalau gediikss sgt nak cari calon, pastikan pandai masak pajeri dan rendang dulu...eerrkk...sentap anak kejap...hehe 

Yuk masak....Banyakkan berzikir dan mengingati Allah ketika memasak ya.

"Ya Allah, Engkau berikanlah kelapangan dan kerajinan buat hambaMu yang lemah ini untuk terus berkongsi sedikit ilmu yang Engkau pinjamkan dan semoga ia membawa kebaikan, kebahagiaan dan keberuntungan kepada yang mendapatnya dan semoga ianya bermanfaat"...Ameen..Ameen ya Allah.

PAJERI TERUNG BONDA

Bahan:-
  • 5 biji terung panjang size sederhana (dibelah 4 tengah, jangan putus, rendam n basuh)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 4 sudu makan rempah kari daging 
  • 2 sudu besar udang kering - rendam dan toskan (tumbuk2 sikit)
  • 1/4 cawan (atau lebih sikit) kerisek
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 3 sudu makan gula
  • garam secukup rasa
  • lbhkurang 1/4 cawan minyak masak
Bahan Tumis:
  • 4 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 inci halia - dimayang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum cengkih

Cara Memasak:-
  1. Sebelum mula masak, satukan rempah kari dengan santan pekat, gaul rata/sebati.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kesemua bahan tumis dengan api sederhana, Kacau hingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  3. Masukkan sebatian santan dan rempah tadi, perlahankan api.  Kacau selalu sehingga rempah masak dan pecah minyak.  
  4. Masukkan udang kering, air asam jawa dan gula.  Kacau sebentar.
  5. Masukkan kerisek, kacau dan masukkan terung serta santan cair.  Besarkan sedikit api dan balikkan terung sesekali dan masukkan garam secukup rasa.
  6. Perlahankan api dan biar terung lembut, jgn terlalu lembik. Apabila kuah telah pekat, seimbangkan rasa pedas rempah dan manis2 sikit.  Tutup api.
Note/Petua -  Setelah dimasukkan kerisek, kena kacau selalu sbb masakan akan mudah hangus jika tidak dikacau.




Bukan nak puji, mmg tengok suami makan sampai menjilat jariss....puas hati...Makan sampai habis...hehe

Monday, April 14, 2014

Terungkap Rahsia Jika Anda Bersamanya!!

Bismillahirrahmanirrahim

Sedetik masa yang datang berlalu membawa kisah-kisah yang kadang-kadang membawa seribu pengertian untuk kita terus meniti kehidupan yang sesingkat cuma ini.  Bersyukurlah kerana kita dipertemukan dengan insan-insan yang sentiasa menyayangi, sentiasa mendamaikan, sentiasa bersama dalam suka dan duka untuk menumpang bahu, ataupun sentiasa mahu berkongsi rahsia apa sahaja untuk manfaat bersama...insyaAllah. 

Alhamdulillah, ini cerita gembira minggu lepas (Sabtu, 5 April 2014) di mana akak berkesempatan lagi bertandang ke Bengkel Inspirasi Kek dan Coklat Chef Amer di Akademi Chef Amer bersama pemenang-pemenang kuiz majalah SAJI.  Peluang begini bagaikan tidak mampu ditolak setelah beberapa kali menyertai pelbagai kelas Sifu Coklat yang ternama ini namun terkenal juga dengan kepakaran dalam pelbagai jenis masakan lain seperti Kek, Pastri, Biskut, Western Food, Masakan Baba dan Nyonya, Nasi Daging dan Nasi Briyani Dhum yang termasyhur itu.  

Beberapa teman yang akak perkenalkan untuk mengikuti kelas-kelas Chef Amer juga sangat bersyukur kerana diajak mengikuti kelas-kelas chef. Banyak tips dan rahsia dari yang sekecil-kecil (asas) kepada yang lebih merumitkan dikongsikan dan bakal terjawab segala pertanyaan.

Anda akan melihat teknik dan diajarkan pelbagai tips dalam mengenal bahan-bahan yang digunakan, membezakan, memilih dan mendapat hasil yang memuaskan.  Mmg tiada rahsia, tanyalah apa sahaja..! Peserta akan diberi tugasan dalam kumpulan untuk melakukan sendiri seterusnya.

Kenal tak dengan salah seorang jemputan dari SAJI tu?? Blogger terkenal juga dari Johor....hehe.  Cer teka..cer teka...

 Teknik balutan coklat....

 Bagi yang pertama kali mahu mengenali teknik hiasan kek...

 dan teknik pembuatan coklat untuk hiasan atas kek...ini sudah cukup berbaloiii!!

 Dan hasil bedahnya....wallaaahhhh!! Terbaik....sedap ya amaaatttt....!  Selain itu, beberapa resepi percuma kek dan hot chocolate yang "sedaaaaapppp beracun" telah dikongsikan..  

Pemenang-pemenang Kuiz Coklat Chef Amer dalam majalah SAJI mendapat sumbangan utama dari SAJI, Le Bourne dan pelbagai hadiah sampingan.  Tidak lupa juga Sijil dari Akademi Chef Amer.

Ini hasil yang akan kami bawa pulang.   Ada coklat, kek, cupcake dan dessert yang mmg meletopsss!!  Jom bisnes....hehe

Yang ni x lupa enterframe.....hehehe...Kenal tak?? Fauziah (Gee-Hut) dan Zila Norazila (Zila4Ever) yang mendapat undangan dari majalah SAJI.  (*sori la gambar blur sikit sbb camerawoman yang diupah tu segan-segan nak snap...hehehe).  

Terima kasih banyak Chef dan SAJI.  Semoga terus sihat dan berkongsi lagi dan lagi. Ameen..Ameen..


CHEF AMER AKAN TURUN KUANTAN LAGI...JOOOMMM...!!

Oleh itu, ingin dikhabarkan bahawa Chef Amer akan turun ke Kuantan lagi untuk berkongsi Rahsia Memasak Nasi Briyani Dhum yang meletopsss yang diwarisi dari keluarga beliau yang juga tukang masak terkenal di daerah kelahiran beliau.  Sudah berbulan beliau ditempah untuk hadir kembali dek kerana kesibukan dan jadualnya yang padat...


Inilah menu BERBISA dari Chef:-

1. Kambing Masak Briyani Yang Ibu Mertuaku Sentiasa Menanti
2. Ayam Masak Merah Bapa Mertuaku Tak Jadi Marah
3. Dalca Tulang Lembu Jangan Lupa Jiran Belakang
4. Nasi Briyani Dham Isteri Baru ku Anak Tok Imam 
5. Rojak Pencur Ipar Ku Pasti Terliur
6. Air Bandung Soda Idaman Ibu Mengandung

Jangan tenung lama-lama, angkat gagang dan dail lah talian 0199823030 untuk tempahan seat.  Chef akan masak berkawah youuuu....jom ramai-ramai...!  Kita bertemu di Bengkel Zati D'Hati, Kuantan. InsyaAllah.