Alahaaiii dah kata dah, memang seminggu sekali jek nampaknya yang sempat akak update buat masa ni, mohon maaf sangat-sangat yea.. Masih banyak hal yang buat diri ini bagai dikurung dari bersantai-santai di alam blogging ni. Namun akak bersyukur masih ada juga ruang, biarpun tidak seaktif dulu, akak tidak kesah asal perkara-perkara lain yang jadi keutamaan tidak terganggu. Ada masa, akak akan berlabuh sebentar di sini... Kesudian kalian menjengah, sangat-sangat akak hargai...
Dan untuk entry kali ini sebenarnya buah melaka ni dah lama sangat akak buat. Teringin sangat nak makan buah melaka ni masa baru-baru balik haji hari tu...buatlah kaaann... Selalunya akak buat kuih main campak-campak je bahan sebab memang senang sangat kan...Tapi teringatlah kot ada yang nak buat kan, akak pun tulis lah resepi tu atas kertas dan letakkannya di sisi komputer ni untuk ditaip nanti. Aleh-aleh masa pindah rumah hari tu, x tau ke mana la perginya kertas yg akak tulis tu...aduhai, sampai sekarang x jumpa. Mintak maaf lah yeaa... tetapi kuih ni senang jek kan...
Ada banyak versi sebenarnya orang buat buah melaka ni... sesetengah letak campuran tepung pulut dgn sedikit tepung beras, setengah orang hanya gunakan tepung pulut sahaja. Akak pun camtu, ikut cara mak, guna tepung pulut je sebenarnya, letak garam, pewarna atau pes pandan dan air secukupnya. Kalau rajin boleh kisar daun pandan bersama air dan bancuh. Uli hingga boleh dibulat-bulatkan dan tidak melekat pada bekas adunan. Boleh buat kan...
Teringat lagi masa makan kuih ni, lepas jek siap gaul kelapa tu, sebutir-sebutir masuk mulut tak hengattt....kena pulak mmg akak gunakan gula kabung dari K.Lipis yang memang terkenal sedapnya tuh....alahaaaiii....masyuukkk jer.. Okeh, cuci mata je la yea...buat sendiri mmg best, kena lak guna pandan ori....harum sedap wallaahhh!
Sedikit kata-kata sebelum you all balik yea...
"Apabila engkau mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah supaya dia marah. Kemudian suruh orang lain bertanya kepadanya tentangmu dan rahsiamu ketika marahnya itu. Sekiranya dia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia sebagai sahabat."










