Monday, April 26, 2010

Konnyaku Jelly Medley

Salam semua...apa khabar...sorilah lama sikit x update...weekend bz sungguh..masak sempoi2 jek..berturut hari sabtu dan ahad ke bandar...hehee..cari, tinjau dan sambar barang idaman hati dan shopping sikit lerrr....dah lama x buat kerja gitu..sonoknya gantung periuk..hehe...pastu now kan musim panas....2 hari berturut gak wat dessert....salah satunya yang paling senang ni...dari dapur Mat Gebu ni....dulu ada tanya Mat, sedap ke tak, emmm...betul Mat, memang best kalau buat lembut2 sikit, hajat hati nak letak sea coconut, tp xda, akak tibai longan jugak laaa....sejuk tul masuk ke tekak...Mat akak C n P jek share kat sini yee..thanks!


KONNYAKU JELLY MEDLEY

Bahan-bahan:
  • 1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g), boleh lihat contoh disini...
  • 150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
  • 800 ml air
  • 1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
  • 300 ml air (xtra)
  • Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna (mat guna kuning, merah, ungu dan biru)
  • Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris (nak masukkan apa2 jenis buah pun ok)

Cara Membuat:-

  1. Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata.
  2. Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.
  3. Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih.
  4. Bahagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letakkan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.
  5. Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comel untuk membekukan jelly.
  6. Tuang no 3 tadi sehingga penuh. Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.
yang ungu ni macam terlebih kaler la pulak..hehee

4 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

berseri2 warna jellynya...bebudak mesti suka, nampak menarik

Mat Gebu said...

wowwww...nak yang merah tu yeaa....eh hijau nak jugak!!!...hehehe

indahhouse said...

salam kak ummi,
comey2 nya bila jelly wane wani camni. seronoknya kalu bole mkan. yum yum...
walaupun ungu terlebey kaler, saya nak yg ungu jugak! soo pretty..:)

Anonymous said...

adeiih.. page kak ummie ni tak penah gagal membuat sy terliurr..ishk!!
(mano laaa den nk carik gelatin ni? kekaler punnn tatau nk carik mana)