Thursday, March 12, 2009

Oreo Cheese

Sebenarnya kakngah yang nak sangat ni..tapi x sempat buatpun untuk dia sebab the same day I came back from my hometown, my sister n my new BIL datang rumah petang tu...dah la baru balik dari kampung kan, setel macam2 n masak sikit untuk diaorang, flat jugak Ummi dibuatnya...K.Ngah kata xpa la..next time...sian kak ngah x sempat nak rasa..but I'd promised her to prepare for her next time...Rupanya, she'll be back home again tomorrow, so Ummi kena buat yang lain untuk dia nanti...Yang ni try resepi dari dapur Maklang..tapi sebab bakar dalam muffin cup camni Ummi x reti nak adjust masa tuang adunan, terlebih sikit, so cheese ni naik agak tinggi dan ada sedikit melimpah keluar...x berapa cun laaa..but the taste was really yummy, delicious, what else? damn good!!
Bahan (Untuk Base):-
  • 20 keping oreo (buangkan lapisan krim)
  • butter secukupnya (lebih kurang 50 gm-dicairkan)

Blend oreo hingga hancur dan campurkan dengan butter dan gaulkan sehingga boleh dikepalkan. Masukkan dan tekan-tekan dalam bekas cupcakes biar rata. Masukkan ke dalam fridge selama 10 minit.

Bahan Untuk Inti Cheese:-

  • 250 gm cream cheese
  • 3/4 cawan gula icing (boleh kurangkan jika mahu)
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 biji telor
  • sedikit esen vanila

Cara Membuat:-

Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati. Masukkan whip cream dan pukul lagi. Masukkan telor dan pukul. Masukkan esen vanila. Kemudian tuangkan ke dalam acuan cup 3/4 tinggi cup yang sudah diisi base tadi. Bakar selama 20 minit atau sehingga ia kekuningan. Biarkan sejuk sebentar di luar dan masukkan pula ke dalam fridge. Sedap di makan bila dah sejuk.

2 comments:

Ummu Aqil said...

wah cedapnyer...
nak seketui...

CT Delima said...

memang yummyy!! suka lah cheese2 ni :)