Saturday, April 12, 2014

Assalamualaikum....Adakah Daku Bermimpi Ni..??

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum....Apa khabar kalian. Sihatkah??

Ya Allah, mimpi apakah di petang hari begini....seakan bangun bingkas teringatkan blog yang tertunda-tunda nak diupdate.  Adakah lagi yang masih mengingati dapur maya yang sudah bersawang berlapis-lapis, sampah bertingkek-tingkek ni. Amatlah terasa janggal hendak memulakannya, lalu ku mulakan dengan Rabbi Yasir Wala Tuassir, jika ini perkongsian yang baik buat semua, Engkau permudahkan lah...Jika ini mengakrabkan kembali perkhabaran yang terputus, Engkau redhailah ya Allah.  Daku hanya mahukan sebuah perkongsian yang menceriakan, yang baik-baik sebagaimana sebelum ini pernah ku lalui bersama insan-insan yang baik-baik dan yang ku sayang di luar sana.  Semoga daku dapat konsisten selalu di ruangan ini ya Allah.. Ameen, Ameen.   


Alhamdulillah, buat memanaskan mata, memanaskan jari jemari...hanya gambar-gambar ini akak kirimkan ibarat warna warni kehidupan dan kesibukan yang dilalui selama cuti berblogging.  Jangan diminta, jangan disebut-sebut, sebab semuanya telah selamat masuk ke perut, hilang tanpa kesan...hehe.  Semoga ini akan membangkit rasa dan aura, semangat dan juga kerajinan buat akak....Inshaa Allah akan dikongsikan resepinya nnt...  


Salam sayang dan salam rindu buat kalian yang masih sudi berkunjung dan menjenguk dapur yang hanyut dan sepi selama ini...Semoga masih ada kesempatan dan ruang selepas ini...  


Sunday, October 6, 2013

Puding Laici Dangdut - Alahaaiii Syiooknyaa

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum... Alahaaii, ingatkan dapat konsisten update seminggu sekali pun, tersangkut jugak...mohon maaf la yea... Malas nak cerita kenapa...banyak cerita dan kesah kehidupan yang datang dan pergi tanpa disedari masa begitu singkat dibuatnya.. Ok lah, x ingin nak bercerita panjang.  Hanya ingin bersyukur masih sempat jugak update buat tatapan pengunjung Home Sweet Home (seandai ada....??? ).  Usah diminta, usah ditadah pinggan mu dik, semuanya dah licin sejak berzaman, x ingat langsung bila terjadinya puding ni, mungkin hari raya hari tuh...haha

Ayuh jamu mata...akak dah beberapa kali buat puding ni tapi selalu lupa letak resepi kot, bila search nak copy paste resepi, xda lak, gambar puding ni dihidang masa Hana bertandang bercuti masa duk Jepun aritu ada, rupanya resepi x update kot, hehe.  So just nak update entry, akak letak jugak lagik.... 


Puding ni sangat sedap, bergegar2 jek teksturnya...melorot masuk ke tekak...sejuk-sejuk pulak tu...boleh bayangkan tak? Bayangkan...bayangkan... pastu pi buat, semudah 1, 2, 3 jer...hehe.  Resepi dari Chef Hanieliza yang duk meletups2 xda musim tu...buku diulang cetak berulang-ulang kali, diupgrade lagik...tahniah Kak Liza cayang...

PUDING LAICI DANGDUT
Resepi:  Chef Hanieliza dari  Buku 1 Hari 1 Resepi 

Bahan:-

  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 2 liter air (8 cawan)
  • 2 cawan gula halus
  • 2 tin laici (dalam tin) - diasingkan airnya
  • 1 tin susu sejat (400 ml)
Cara Membuat:-
  1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
  2. Tutup api dan masukkan air laici dan susu cair, kacau rata.
  3. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai.  Biarkan wap panas hilang sebentar.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  5. Hidangkan dengan buah laici yang telah diasingkan tadi.




Jangan mintak dah naaa...mmg sudah lama licin, harapkan gambar je x basi...hehee...Pi buat cepat...sangat mudah, tp x nyesal punyer...

Wednesday, September 25, 2013

Kek Buah Kukus Mat Gebu

Bismillahir Rahmannir Rahim..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akak masih diberikan ruang lagi untuk berkongsi dan bersiaran di dapur alam maya kesayangan ini...kalau dah minat, biarpun lama menyepi, rindu tetap menyapa dan terfikir bilakah ada ruang dan kerajinan lagi... Doakan agar perkongsian ini akan dapat akak tunaikan biarpun kekangan masa semakin sempit untuk hidup yang sudah melalui penghujung senja ini.  Kehidupan yang berlalu sudah tidak sejauh kehidupan yang terpaksa dilangkah ke hadapan.  Terasa semakin dekat masa mengejar.  Semoga setiap perkongsian yang akak buat ini membawa manfaat dan segalanya hanyalah semata-mata niat ikhlas kerana Allah jua...insyaAllah.

Okey kali ni akak kongsikan resepi yang sangat sinonim dengan blogger masak-masak, dah ada yang mengambil tempahan dan membuat bisnes kecil-kecilan hasil perkongsian blogger masak2 di alam maya ini..Alhamdulillah, semoga rezeki bertambah dan Allah berikan balasan setimpal kepada tuan punya resepi yang sudi berkongsi rahsia.  Barakallah!  Kek Buah Kukus Mat Gebu ini memang tersohor, telah ramai yang cuba, telah ramai yang buat berniaga mungkin, telah ramai jugak yang jatuh cinta dengan rasanya.  Terima kasih banyak Mat, itu sahaja yang mampu akak katakan.  Terbaik!!  Seisi keluarga akak menyukainya, nak-nak Najiha, siap suruh buat lagik...adeeii

Ini adalah kerajinan ketika menyambut Syawal yang tiba hari tuh...akak kukus 3 biji kek nih...adeeh berpoluuuhh ketiak den tunggu kat dapur...mujur piyuk kukusan akak tu mmg jenis dalam xyah tambah2 air dah masa kukus...tp cuma 3 - 3 1/2 jam je la setiap satu.. Ngukusnya lama kemain, makan sekali hadap xdan 3 jam pun, nak nak ramai2 di kampung hari raya aritu...semua keluarga suka..!  Berbunga-bunga hati rasa berbaloinya Mat..! Hehe..tapi gambar sempat ambik tinggal secuit jek...hehe


KEK BUAH KUKUS
Resepi:  Mat Gebu a.k.a CMG

Bahan-Bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

Cara membuatnya:-

  1. Gaulkan buah2an campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukuk hingga adunan kembang.
  3. Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.
  4. Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.
  5. Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS"..
  6. Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia.
  7. Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga...selamat mencuba.....
Pasti buat lagik Mat....insyaAllah