Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu

Sempena Hari Ibu ni ummi ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang telah dan akan bergelar, ibu, mama, umi, mami, emak atau apa saja panggilan di alam maya ni...Dan buat emak yang ummi kasihi dan sanjungi, tiada tolok bandingnya kasih emak kepada anak2 semua dalam membesarkan dan menjadikan kami adik-beradik sebagai insan di dunia ini...selagi hayat dikandung badan, jasa dan kasih sayang yang dicurahkan akan tetap Ummi kenang....Tiada kata secantik bahasa, nak ku tunjukkan perasaan, tiada gambar seindah lukisan untuk Ummi nyatakan penghargaan ini...Semoga emak sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan dilindungi selalu oleh Allah swt...

(*Gambar di atas adalah ketika Ummi berusia 3 bulan di atas ribaan emak...hehe)

Melted Chocolate Almond Brownies

Brownies ni sebenarnya dah ummi wat hari Rabu lepas masa cuti Hari Hol kat Pahang ni..tapi ntah camne terlupa lak nk posting..hehe..Dah licin pun..Resepi dari Essential Cooking Series Book..sedap ni tau..

Bahan:-
200 gm coklat masakan
100 gm butter
1 1/2 cawan gula castor
4 biji telor
1 cawan tepung serbaguna* ]
1/2 sudu teh baking powder* ] ayak bersama
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan almond cincang - dibakar 10 minit

Cara Menyedia:-
Preheat oven pada suhu 190C. Cairkan butter dan coklat masakan pada api perlahan. Tutup api dan masukkan gula dan kacau hingga agak sejuk. Masukkan telor dan pukul dengan whisk hingga sebati. Masukkan campuran tepung dan esen vanila. Kacau hingga sebati. Masukkan almond. Tuangkan ke dalam loyang empat segi 20cm yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Bakar selama 28 - 30 minit atau brownies masak. Sejukkan dan potong empat segi.

Puyuh Goreng Pedas

Lauk tengahari Sabtu semalam...baki yang ummi masak tempohari..so ni nak perabihkan stok lee...takut terlupa lak lama2 biar dalam fridge tu..Masak cam gini je la yang lakunyaaa..Ni ummi masak ikut citarasa ummi je...tapi licin...Adoii jgn makan selalu le puyuh ni, panas dan banyak kolestrol ni...hehe

Bahan:-
4 ekor puyuh - sederhana besar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
15 tangkai cili kering - kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 sudu besar madu
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Bersihkan puyuh dan toskan. Gaulkan puyuh dengan garam, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan jintan manis. Perap setengah jam. Goreng kekuningan. Panaskan minyak, tumis serai, bawang putih hingga wangi. Masukkan cili dan bawang kisar. Masak dengan api perlahan hingga cili pecah minyak. Masukkan halia dan kunyit hidup tumbuk. Masukkan gula, air asam jawa dan madu. Kacau sebentar dan masukkan puyuh serta garam. Gaul rata dan angkat.