Assalamualaikum...apa khabar?
Seminggu lebih blog x berasap kan...tuan tanah bendang macam bz sesangat la konon...hehe. Eh bz, memang bz la ni...hehe. Weekdays kerja, weekend masuk kelas...hahaha. Kenal kan siapa Chef di atas, tengoklah lagak ngeri seorang Chef, hehehe (*ampuunn Chef kalau Chef baca ni, hehe). Alhamdulillah, hari Sabtu (6 April) baru-baru ni akak telah menempatkan diri untuk mengikuti Kelas Kek Komersil bersama Chef Amer yang awesome....kelakar bagai nak rak kelas dibuatnya... Siapa yang kenal dan pernah masuk kelas Chef ni mesti tau la macamana ceria dan terhiburnya kelas...dalam lawak jenaka ilmu, tips, panduan dan rahsia dicurah... Gambar di atas, adalah posing sambil bercerita tentang pengalaman yang dikutip sepanjang 21 tahun lebih dalam dunia coklat di merata-rata negara yang dipelajarinya. Ternganga kejap kami dibuatnya...

Kelas ini telah dianjurkan oleh tuan punya bengkel bakeri, Zati D'Hati (Amaruszati) yang memang terkenal di sekitar Pahang ni. Zati memulakan dengan sedikit ucapan dan terima kasih kepada yang sudi hadir. Tanpa disangka, kehadiran mencapai 42 orang hari tu. Peserta datang dari pelbagai negeri dan daerah spt Cukai, Kemaman, Dungun, Muar, KL pun ada kalau x silap, selain dari pelbagai daerah di Pahang.

Sesi mengadun kek semua kita terlepas nak ambil gambar dan ini adalah kek pertama yang didemo iaitu Boston Cheesecake. Chef pesan, kalau nak buat kek, hati kena ceria, mulut kena ramah tamah bercakap, mulakan dengan Bismillah dan adun kek dengan penuh kasih sayang....waaa gituuuu.. Tentang ilmu yang diberikan itu terlalu banyak yang dikongsikan oleh Chef. Antaranya tentang mentega, marjerin, sebatian mentega, lepa susu, creamcheese, gelatin, jelly, agar-agar, whipping cream, fresh cream, , tips baking, kedudukan dalam oven, penggunaan oven, bahan-bahan dan tips/cara melepa kek dan deko... MasyaAllah banyak betul yang kita faham sebelum ini adalah berlainan dari kaedah sebenarnya... Seronok sungguh bila belajar dengan yang pakar nih!
Chef serius memberi tips dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Sempat jugak tu snap foto...hehe.
Adeeehh kelas mmg gempak, siap mengadun, pakat nak rasa adunan cheese tu, haa Chef nak baling spatula tu...hahahhaa.. Pakat-pakat colek la nak merasa...macam anak2 kat rumah lak, kalau wat kek ke, sibuk nak mencolek merasa...Chef Amer layan segala. Pengenalan kepada jenis-jenis kek dan teknik pembuatan kek, penggunaan bahan, loyang dan apa yang dikatakan kek komersil itu turut dikongsi...
Tengoklah, peminat ambik peluang mintak sign atas buku resepi yang diedarkan... Hidangan pagi juga disediakan dengan kuih2 dan tengahari dengan kari kambing, siakap sweet sour, sayur kailan dan sambal belacan terhidang. Sementara tu pakat2 posing jugak laaa... Kelas bersambung semula jam 2.30 petang selepas makan dan solat zohor. Chef, lepas pekena kari kambing mulalah banyak terlupa dan tersasul eh...haha
Cara memotong kek dan tekniknya juga....pakat-pakat cuba, ada yang pakat-pakat tengok jer...hehe. Kenal x siapa yang bertudung kelabu nih....blogger lama jugak ni, cuma dah kurang aktif...
Aishah (ummiaqil).. Dia ni dah terer buat kek, siap ambik tempahan lagi...bekas pelajar deko Zati jugak ni... Sebenarnya x sangka dan x tahu pun Aishah akan masuk kelas ni...dah jodoh nak jumpa Aishah di sini....
Peserta kusyuk menulis nota, mencuba dan menolong...akak tolong tengok jer...penuh dah duk berkerumun kat depan tu haa...hehe. Chef Amer ni kelakor sungguh, ada ke dia kata, American Choc Cake tu asalnya kek dia...hahaha ya lah, nama Amer kan...sambung je la nama tu...haha. Lawak2 jugak, tp Chef mmg tegas, sekali dia jerkah suh siapkan cepat kek2 sume, pakat-pakat ketaqq tangan...hahaa..
Antara lagak ngeri seorang Chef....sekejap jer melepa, menghias segala...kalau kita mahu 2 jam nak siapkan....
Inilah 4 jenis kek yang dipelajari.... Chilled Oreo Cheesecake, German Black Forest Cake, Boston Cheesecake dan Chocolate Perfection Torte (kata Chef, kek ni kira abang kepada Chocolate Indulgence Cake..hehe). Dalam banyak2 kek ni, Chocolate Perfection Torte ni lah yang mencabar sikit nak buatnya...step banyak sikit...Tetapi setelah melihat dan berbekalkan semangat dan konfiden yang Chef beri, x susah mana...pasti boleh!! InsyaAllah... ^___^
Sume kerja Chef yang buat, anak murid sibuk duk fokus mata, ambil gambar, rakam video jer...hahahhaa... Yang susah2 tu, suruh Chef je la siapkan.. Lagi pelbagai teknik dan gaya Chef tersohor...aduhaaaiii...
Aishah (rakan blogger) dan kak
Siti Absah (rakan FB) turut ambil kesempatan posing dengan Chef...hehe. Tak sangka jumpa kak Siti jugak di sini...sume ni yang dah terer wat kek dan siap ambik tempahan lagik...Akak bila lagi eh...Fuuhhh, ambik semangat depa nih...Ya Allah, engkau permudahkanlah hari-hari ku... Tapi betullah, balik je kelas Chef Amer hari sabtu tu, pagi ahad dah ada yang nak tempah kek untuk tunang anak dia....aiihh, mcm bagi semangat dan cabaran jek nih....haha.. Kita x bagi kata putus lagik al maklum kita ni kerja...tp tempahan tu tak lah banyak mana....boleh kooottt...insyaAllah.

Akhir kata, terima kasih kepada Zati atas penganjuran Kelas Kek Inspirasi ini...lenkali jangan lupakan akak yea dan penghargaan tidak terhingga kepada Chef Amer yang sudi turun ke Kuantan dan sudi mempelawa akak untuk mengikut kelas beliau seterusnya...insyaAllah Chef. Saya doakan Chef sentiasa sihat walafiat dan dipermudahkan dalam segala urusan perkongsian ilmu di masa2 akan datang hendaknya....Ameen. Jazakallah!
Semoga ilmu ini memberi manfaat buat mereka yang telah mengikutinya dan membuka jalan untuk lebih banyak peluang menambah rezeki...insyaAllah..Setakat ini yang sempat akak kongsikan pengalaman mengikut kelas Chef Amer ini....Chef, you are really great!!