Wednesday, May 5, 2010

Sotong Masak Lada Hitam

Otak akak rasa beku je bila fikirkan pasal sotong nih..ingat nak wat singgang jek, tp anak2 gerenti x makan tau kalau xda pedas-pedas..aiiihhh...kalau wat masak lemak pun x laku...x kuasa dah nak wat sambal tumis memanjang...Masa masak bukanlah panjang sangat bila akak balik kerja, jadi nak senang akak belek buku Senangnya Memasak Makanan Laut Bersama Chef Hanieliza...hehee...Okayyy ni lah hasilnya, x kurang sedapnya...masak sesedap rasa kita kan, kan...


SOTONG MASAK LADA HITAM

Bahan:-
  • 500 gm sotong sederhana besar (dipotong kecil)
  • 1 labu bawangbesar (dipotong gelang)
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)

Bahan Tumis:-

  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 tangkai cili merah - dihiris (akak letak 1 lg cili hijau)

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lad hitam, kacau sebentar.
  3. Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan.

Super Yummy Breakfast Pancakes

Lama betul x makan pancake...nak ubah selera western la pulak...baru ni akak terjumpa satu resepi pancake kat Dapur Nora ni....Memang sedap, cara bancuhan pun lain dari pancake biasa, dan pancake dah ala-ala macam kek span gitu...bessssttt! Jom bekfes...meh la akak translate sini, rajin sikit nih..hehe
SUPER YUMMY BREAKFAST PANCAKES
Bahan:-
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 2 sb. gula kastor
  • secubit garam
  • 2 biji telor, diasingkan
  • 75 ml susu segar (*akak tambah sikit jd 85 ml)
  • 1 sb. minyak sayur
  • 1/2 sk. esen vanila

Cara-Cara:-

  1. Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan, masukkan gula dan garam. Gaul rata.
  2. Buat lubang di tengah tepung, masukkan kuning telor, suus segar dan esen vanila dan minyak.
  3. Kacau rata dengan whisk hingga sebati.
  4. Pukul putih telor dalam bekas yang bersih dan kering hingga bertanduk (stiff)
  5. Masukkan 1/4 bahagian putih telor ke dalam adunan tepung tadi dan sebatikan untuk meringankan adunan. Kemudian masukkan lebihan putih telor dan kacau balik perlahan-lahan.
  6. Panaskan non stick pan dan sapukan sedikit minyak, guna api perlahan.
  7. Letakkan 2 sudu besar adunan di tengah pan. (biarkan jarak 2 cm di antara tepi pan).
  8. Bila telah nampak menggelembung, terbalikkan pancake dan masak lagi sebelah bahagian. Biarkan kedua2nya masak keperangan.
  9. Hidangkan panas-panas dengan filling atau syrup kegemaran.

Tuesday, May 4, 2010

Siakap Bakar Berempah Woku

Salam pagi Selasa...dah pi pasar ke belum? Kalau belum, jangan lupa beli ikan siakap ya..Boleh la try masak resepi yang akak nak recommend ni..sungguh, sungguh sedap...x sangka betul!! Sangat puas hati...masa masak tu kan, bau bahan rempahnya sudah cukup membuatkan tekak nak makan nasi cepat2...alahaaiiii....two thumbs up!!! Sapa dah buat rasa x sedap, meh bgtau akak...akak bagitau editor buku ni..hehe...Resepi akak ceduk dari Majalah SEDAP..sesuai benar lah resepi ni duk dalam majalah tu....Tak percaya, cuba tengok bahan2nya, ada berapa banyak campuran daun2 tu, cuma selasih je akak xda stok...layaaannn..

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU (*note: sangat sedap)
Bahan:- (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap:-

  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...