Sunday, May 2, 2010

Rich Marble Chocolate Cake Sheila Mambo

Sebenarnya dah buat 2 hari lepas kek nih...sebab berebut2 que resepi nak masuk dulu...siap main "one O soomm" lagi...heheee...Kek marble yang sungguh sedap dari pelakon Sheila Mambo ni dikongsikan bersama oleh MamaFaMi ku cayanggggg. Akak tengok memang dah ramai pun yang dah cuba kek nih..macam-macam marble keluar, akak punya cam ni ler...bakar dalam loyang kecik empat segi tu...Sungguh senang nak buat, sungguh sedap, sungguh gebus dan sedikit moist...Meh layan...Ma kita nak tumpang C n P je yee...thanks Ma.
RICH MARBLE CHOCOLATE CAKE SHEILA MAMBO
Ingredients :
  • 125g dark chocolate - diced and melted
  • 125g butter
  • 125g castor sugar
  • 2 eggs - slightly beaten
  • 155g self raising flour
  • 80 ml fresh milk
  • 1 teaspoon vanilla essence

Method :

  1. Cream butter and sugar till light.
  2. Pour in the eggs, a little at a time. Add in vanilla essence. Continue beating.
  3. Add in flour alternately with fresh milk, starting and ending with flour.
  4. Divide the mixture into 2. Add one portion with the melted chocolate and leave the other one plain.
  5. Grease well, a small baking tin. Spoon 2 tablespoons of plain mixture onto the middle of the baking tin. Top it with 2 tablespoons of chocolate mixture. Continue the proses until all the mixture is used up.
  6. Bake in a preheated oven at 170 C for 45 minutes or till done.
kalau family ramai, buatlah 2 adunan yea...

Kerutup Udang Galah

Salam semua...buat apa tuh? nak masak dah ke....Meh sini, akak nak recommend u all masak kerutup udang nih...xpalah kalau xda udang galah pun...Wallaaaahhh, memang tersangat sedap! Betul cakap Mat tu....Petang jumaat hb akak balik dari outstation kat Tioman tu, singgah kat Rompin beli udang galah ni...Udang galah Rompin ni memang terkenal sedapnya, sebab ia udang dari sungai, bkn laut ye..Udangnya xdalah besar2 sangat, tp sedang2 camni memang sedap...tapi harga memang mahal ler...RM38 sekilo...huh! Tapi sebab dah lama x makan, akak suh beli gak laa...Hb belikan 1 1/2 kilo sebab akak nk bagi family adik akak sikit....
So layan resepi Chef Norzailina yang akak masak tengahari semalam, kutip dari dapur Mat Gebu ni. Lain kali kalau nak masak udang ke, pi selongkar dapur Mat yang suka masak udang2 mengancam wpun dia x berapa boleh nk makan udang, takut bibir tebal..boleh lah nak panggil Mat Udang pun, selain Mat Gebu n Mat Teko..kah, kah...(*ampuuun Mat, teruk lah kena belasah pasni)...mintak halal C n P ye Mat..

KERUTUP UDANG GALAH
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
  • 400 ml pati santan
  • 160 ml sos tomato
  • 2 camca besar kerisik
  • 2 camca teh gula melaka
  • Garam secukup rasa

A...

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 biji bawang besar

B...

  • 4 cm kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga

C...

  • 3 cm kayu manis
  • 2 kelopak bunga lawang
  • 2 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • 1 camca besar ketumbar

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan.
  2. Kisar halus bahan2 "A".
  3. Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
  4. Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi.
  5. Masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum.
  6. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
  7. Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
  8. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.
    Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka....Sedapppp!!, tak caya luu boleh try sendiri beb!!!

Saturday, May 1, 2010

Puding Cendol

Salam Sabtu...aiiih pagi2 tayang puding pulak ek...macam x kena jek..ya laaa dah nk posting semalam x sempat jek...Abanglong dah bertambun bawak balik kain baju n cadar selimut segala...Dia baru habis semester exam dan dah start bercuti ni ha...aihhh boleh kencang sikit la keje memasak n baking..hehee..ada tukang makan ramai sikit ni...8hb. Mei nanti Najwa pun balik cuti semester....now dia ada lg papers nak kena hadap...moga2 dia dapat buat yang terbaik..amiiinn....Okay lah ini puding cendul aa, akak buat malam kelmarin, letak dlm fridge, tengahari semalam balik lunch lama sikit, sempat snap gambor jek...pastu xdan nak letak entry sebab melayankan Aiman nak siap ke Bengkel UPSR sekolah dia...aiiihhh...xpa la nooo..tayang pagi-pagi nih...hehe...Thanks to Chef Hanieliza kerana berkongsi resepi puding yang mudah dan sedap dan menepati citarasa tekak...cuma gula merah tu terlebih itam jek...hehe..Akak kan, sebenornya x penah buat or makan lagi puding cendol tau...selalu tu duk haruk ayaqq cenduiii jek..hehe. C n P je ya kak Liza...

Ni saja main tunggang terbalikkan pulak puding tuh..hehe, nk posing sakan kan...
PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA
Bahan-bahan:-
  • 1/2 paket agar2 [20 gm]
  • 3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair (*akak guna Ideal Nestle)
  • 2 cawan cendul
  • 1 cawan gula merah

Cara-Cara:-

  1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
  3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
  4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
  5. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
  6. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
  7. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
  8. Hidangkan.
Saja letak gak bekas2 kecik nih...senang nk ngap..