Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Laksa Johor

ASSALAMUALAIKUM....

Apa khabar adik-adik di luar sana...semoga sihat semua hendaknya. Kita dah berada lebih di pertengahan Ramadhan dan ramai yang dah tunjuk kukis memasing nampaknya. Terliur akak tengok, tapi belum sempat lagi la nak mengukis, x tau la sempat ke x ni....harapkan masa cuti nak buat. Itu pun baru ni cuti 3 hari, akak balik kampung berbuka di rumah parents akak dan kampung hubby jugak. Walaupun dah xda kedua-dua mertua, namun sengaja lah menemankan adik hubby yang sorang di rumah pusaka tu....selepas tarawih, lewat malam tu baru akak balik ke rumah parents akak.

Anak-anak dara pun sibuk dah nak ajak mengukis, terutama Najwa tu...haiisshh, maknya ni kerja...ingat kena tunggu wiken ni laaa nak pulun sikit...hehehe. Tapi Najwa kata, mak bancuhkan aje lepas subuh, dia boleh bakingkan....adeeeeiii.. semangat anak dara ku...hehe.

Okeh laaa ni nak wat tayangan basi kat you all....buat laksa johor ni last week dah sebenarnya...hahaha, nasib la kan, baru sempat entry...tu pun banyak tertunggak tu...Terima kasih banyak kepada Sheila yang telah berjaya menggoda tekak akak hari tu, menyentap iman ku betul..hahaha...Apapun, akak suka resepi ni, mudah sangat nak buat dan akak pun guna santan kotak...hehehee...i liiikkeeee...Jom cuci mata je la eh...xyah telan air liur kering tu...hehe

Adeeiii lupa nak letakkan sambal belacan n limau kasturi masa posing laa...tu la nak cepat2 sangat sebab lepas tu nak menggentel buah melaka lak...adeeiii, malas dah nak snap semula gambar... Satu lagi malasnya, kena taip semula resepi Sheila ni...uwaaaa...xleh copy paste sbb tuannya dah terkena cilok gambar hari tu...so pendinding kena lah kuat kan Sheila, akak paham, xpa laaa..ku taip jua... Thanks again Sheila...lebiiuuu....muaahh!

LAKSA JOHOR

Resepi: Chahaya Sheila
Dicuba/rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri)
  • 200 gram udang (buang kulit dan bersihkan, kulitnya nnt dikisar)
  • * 1 sudu besar udang kering (rendam air panas kejap dan toskan)
  • * 5 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih (bahan * dikisar bersama guna sedikit air rebusan ikan)
  • 1/2 inci lengkuas - dihiris (akak ketuk je)
  • 3 batang serai - dititik
  • 50 gram rempah kari seafood Mak Siti (*akak guna rempah ikan Adabi je)
  • 400 ml santan (guna santan kotak je mcm Sheila..hehe)
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 - 2 keping asam gelugur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • beberapa kuntum bunga kantan
  • daun kesum secukupnya
  • 1 paket spaghetti

Bahan hiasan:-

  • daun pudina - akak x letak
  • sedikit taugeh - akak x letak ni, anak2 xnak
  • 2 - 3 tangkai kacang panjang - potong halus
  • 5 - 6 biji limau kasturi - belah dua
  • bawang besar - dipotong nipis bulat
  • timun - dipotong bulat (tengok cara di blog Sheila)
  • cili merah dan sedikit belacan untuk sambal belacan


























Cara Memasak:-
  1. Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
  3. Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
  4. Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  6. Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
  7. Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
  8. Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
  9. Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
  10. Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
  11. Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.
  12. SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.
  13. HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi. Boleh lah ngap....!! Terangkat beb..! Tqqqq so much to Sheila....tp akak anak beranak x reti la nak makan dgn tangan...hehe

Peerrgghhh....sedaaappp!

Friday, January 6, 2012

Fettuccine Alfredo

ASSALAMUALAIKUM...

Maaflah masukkan entry lepas2 jek lately.... Dan malas jugak nak buat karangan panjang2...nnt menyimpang jauh lak dr asal....hehheee.. Resepi ala2 malas nak masak tuk dinner hari tuh... jadi akak explore la resepi pasta kat Food Network tuh... Terjumpa yg ini, Najwa yang balik bercuti dah berkenan, sedap katanya...sebenarnya dia yg tolong masakkan...akak keluarkan bahan2 jek...layaaaannn...

FETTUCCINE ALFREDO
Recipe Taken From: Food Network
Tested by: Ummi @ Home Sweet Home

Ingredients:

  • 18 ounces fresh fettuccine
  • 2 1/2 cups heavy cream
  • 1/2 cup fresh lemon juice
  • 12 tablespoons unsalted butter
  • 2 cups grated Parmesan
  • 2 teaspoons grated lemon zest
  • Pinch freshly grated nutmeg
  • Salt and freshly ground white pepper

Directions:

Cook the pasta in a large pot of boiling salted water until tender but still firm to the bite, stirring occasionally, about 4 minutes. Drain.

Stir 2 cups of the cream and the lemon juice in a heavy large skillet to blend. Add the butter and cook over medium heat just until the butter melts, stirring occasionally, about 3 minutes. Remove from the heat.

Add the pasta and toss. Add the remaining 1/2 cup of cream, and Parmesan to the cream sauce in the skillet. Add the lemon zest, nutmeg, salt, and white pepper. Toss the pasta mixture over low heat until the sauce thickens slightly, about 1 minute.

Friday, December 30, 2011

Cheesy Macaroni

ASSALAMUALAIKUM....Masih lagi entry yang tertunggak, ntah la masak bila...x ingat daaahh...tp yang ingatnya utk dinner je nih....senang kerja.. Resepi campak-campak namun sedap sangat macaroni tu pada tekak kami sekeluarga....Kata Aiman, melekat-lekat dengan cheese disulami rasa masam-masam pedas....hehee...X reti dah nak bebel panjang...Layaaannn..

CHEESY MACARONI
Recipe: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (anggaran)
  • 250 gram macaroni - direbus bersama beberapa titis minyak zaitun dan sedikit garam hingga lembut, toskan.
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 biji tomato - dicincang/dadu
  • 6 batang sosej - dihiris (kalau ada daging kisar, boleh letak)
  • 2 helai daun salam (bayleaf) kering
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos puri tomato
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 biji lada benggala merah
  • 1/2 biji lada benggala kuning
  • sedikit bunga kobis
  • 1/4 cawan air
  • 4 keping slice cheese (akak guna Cheesedale)
  • 1 sudu besar daun parsley kering
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 - 4 sudu besar Parmesan Cheese - untuk tabur
  • 3 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali non-stick dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun bay hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tomato cincang, kacau sebentar.
  3. Masukkan kesemua jenis sos dan sedikit air. Masak rata bahan sos hingga mendidih sekejap.
  4. Masukkan sosej, diikuti bunga kobis dan lada benggala, kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila kuah pekat sikit, masukkan macaroni dan gaul rata-rata.
  7. Siat-siatkan slice cheese dan kacau rata.
  8. Akhir sekali taburkan daun parsley kering dan gaul lagi. Tutup api.
  9. Hidangkan dengan taburan Parmesan Cheese....
Aiman nak lagi...dan lagiii....dan lagggiiiiiii ^_^

Sunday, December 11, 2011

Baked Mushroom Macaroni

Assalamualaikum.....salam hujung minggu buat semua...

Waaaaahhh hujan mencurah-curah turun tak berhenti-henti dari petang semalam hingga ke subuh tadi memang sungguh lebat...nak pejam mata pun mcm risau rumah hanyut ibaratnya...adeeeii.. Hingga ke waktu ini pun masih lagi hujan...sekejap2 jek stop, pastu hujan balik..lemaaauu tul mood dibuatnya...rasa nak ke dapur pun maleeehh...

Pagi semalam cuaca mmg mendung jek, so hb, akak, abglong kebetulan balik dan aiman semua ke rumah kami yang nan satu lagi mencabut2 sikit rumput dan anak2 lalang yang dah mula naik semula lepas sekian lama tuannya bz memanjang...huhuuu. Seronok lah buat kerja dr jam 9 pagi sampai ke 12 lebih pun seronok jek, x panas...hujan tempias2 jek turun.... mmg x berpeluh mana sangat, cuma penat laaa.. Balik rumah rehat jap, pastu masak lebih kurang jek. Petang mula dah la terasa jari2 ni mcm krem jek....lenguh mula dah terasa....ingat nak menghapdet semalam...terus malassss...lunjur kaki jek laaaa...hehehhee.

Okeehh meh la layan menu hari jumaat petang kelmarin....abanglong ada balik kejap ni...mentang2 U dekat dgn rumah, biasanya menu western mcm ni laaa dia nak makan... So, akak wat jek laaa Baked Macaroni nih... Resepi asal dari dapur Sheila @ Spices Journey, cuma akak lebih2kan dengan mushroom, tu pasal nama tukar sikit, senang untuk rujukan akak nanti.. Thanks buat Sheila dan izinkan akak share di sini yea....ringkas dan sedap...i liiiikkkeee...

BAKED MUSHROOM MACARONI
Resepi Asal : Sheila @ Spices Journey
Dicuba Rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 2 cawan macaroni (direbus lembut) - akak letak 2 1/2 cawan
  • 500 gram daging kisar (akak ada stok 300 gm je)
  • 4 batang sosej daging (ni akak tambah - hiris nipis)
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 5 biji bawang merah * (akak guna 1 labu bawang besar didadu)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia * (bahan * ditumbuk)
  • 1 tin susu sejat Ideal (akak guna susu segar)
  • 1/2 tin air
  • 4 biji telor (dipukul sedikit dengan garfu)
  • minyak untuk menumis (*akak guna minyak zaitun)
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 10 biji cendawan butang (dlm tin) - dibelah 4 (ni akak tambah)
  • 1 biji tomato - didadu (ni akak tambah)
  • sedikit daun sup/daun bawang dihiris halus
  • sedikit bawang goreng (akak x letak pun)
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
  3. Masukkan cendawan, tomato dan sosej. Kacau masak sebentar. (*akak tambah ni)
  4. Masukkan susu cair dan air, masak sekejap.
  5. Macaroni yang telah direbus di letakkan dalam mangkuk besar, ketepikan. Tuangkan bahan yg telah dimasak tadi ke dalam mangkuk macaroni, gaul hingga rata (boleh tambah cheddar cheese yg dah diparut skali (klu suka).
  6. Masukkan dalam bekas pembakar, tuang telur yg dah dipukul (tak perlu gaul, tuang rata2 kat atas macaroni tu).
  7. Boleh tabur cheese lagi jika suka. (akak guna slice cheesedale jek yang disiat-siat)
  8. Taburkan daun sup dan daun bawang.
  9. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit/hingga masak kuning keemasan. (bergantung kepada size bekas)
# Boleh letak mushroom, capsicum dan tomato yang dipotong dadu jika suka

Hangus pulak daun bawang tabur tuh...hehehe.. Sedap lagi selepas tu slurppp Tutti Fruiti yang dibeli dek Abanglong untuk kami, half price sempena pembukaan cawangan baru...hehhee.. xpun pokkaii kalau sebekas tu biasa harga RM20 lebih...ni dpt laaa RM12..hehhehee

Tuesday, November 29, 2011

Mixed Pasta With Blackpepper & Baked Bean Sauce

ASSALAMUALAIKUM.....selamat malam.....

Waaaah dah malam2 baru sempat nak mengupdate...tadi duk memilih, mengedit pun sekian hal...Xpa la eh...celik mata esok leh masak kalau nak try ni eh... Resepi ni akak olah saja sebab ternampak belen shell pasta dengan angel hair yg x sampai separuh paket memasing...pastu tengok2 ada baked beans 1 tin duk dlm pantry....so duk bayang2 kan aje laaa apa yg akan akak buat, Terus start menyiang bawang segala, belek2 sos lada hitam pulak sebab xnak guna cili kisar.... So, inilah dia... Dapat pujian dari cik abg dan Aiman....diaorg kata sedap, baru akak duk makan sekali...hahahahha. Yep, bukan nak angkat bakul sendiri....tp mantops pada tekak akak...Sila cuba kalau nak komen yea...hehehe

MIXED PASTA WITH BLACKPEPPER
AND BAKED BEAN SAUCE

Resepi Asal: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (anggaran 5 - 6 orang makan)
  • 200 gram shell pasta
  • 200 gram angel hair (spaghetti)
  • beberapa titis minyak zaitun
  • air secukupnya
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 helai daun bay kering
  • 200 gram daging kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos lada hitam (nak pedas sikit boleh tambah)
  • 3 sudu besar puri tomato
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 biji buah tomato - didadu
  • 8 biji cendawan butang - dibelah 4
  • 200 gram brokoli - dibelah kecil
  • 1 tin kecil kacang panggang (baked beans)
  • 3/4 - 1 cawan air
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • sedikit keju Parmesan - untuk tabur (ikut suka)
Cara Menyediakan:-
  1. Panaskan air secukupnya di dalam periuk hingga mendidih, masukkan beberapa titis minyak zaitun dan sedikit garam (jika perlu), dan masukkan pasta shell dan angel hair spaghetti dan rebus hingga lembut. Toskan. (Boleh jugak gaulkan dengan sedikit minyak zaitun selepas ditos, sekiranya tidak dimasukkan semasa merebus, terpulang..). Letakkan pasta di dalam pinggan hidangan yang sesuai, ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan/caserol, tumis bawang besar, bawang putih dan daun bay hingga naik aroma.
  3. Masukkan pula daging kisar dan kacau masak sebentar lebih kurang 5 minit.
  4. Masukkan semua jenis sos dan tomato puri juga serta air secukupnya. Masak sebentar dengan api sederhana sehingga mendidih dan daging masak.
  5. Masukkan cendawan butang dan garam secukup rasa.
  6. Sebelum diangkat, masukkan sayur brokoli dan buah tomato, kacau sebentar dan akhir sekali tuangkan baked beans dan kacau rata saja. Tutup api.
  7. Tuangkan secukupnya sos ke atas pasta tadi. Tabur keju parmesan...Makaann... Selamat Mencuba...! ^__^

Wednesday, August 24, 2011

Cheesy Tomato Angel Hair

ASSALAMUALAIKUM.....

Dah akhir-akhir puasa ni kan...malas nak masak pun macam datang dengan tetiba jee....rajin nak mengukis adaaa, tp x sempat la pulak...malam2 x kuasa lak nak hadap oven tengah-tengah malam.....penat memasak petang pun x abis lg... Adeeii...harus ku gagahi jugak la kot, anak2 dara sanggup jek nak tunggu oven...tp akak jek takut kuih rentung sebab depa duk sambil-sambil melayan tenet kang, x pasaiii, pasaiiii kan...hahahhahah...

Eh melalut jek...jom la layan menu sempoi akak berbuka kelmarin nih....Ni kes nak menghabiskan belen bahan2 buat pasta in cream soup of tomato hari tuh...semalam punya menu tunggu turn laa... ^__^


CHEESY TOMATO ANGEL HAIR
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm spaghetti (angel hair)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 keping dada ayam - dihiris halus
  • 2 sudu teh lada hitam yang telah dikisar
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 helai daun salam kering (dried bayleaf)
  • 6 batang Onion n Cheese sausage - dihiris kecil
  • 4 keping Cheddar Cheese - disiat-siat kecil
  • 1/2 cawan cincangan tomato dlm tin (diced tomato)
  • 200 gm brokoli - potong kecil
  • 1 batang lobak merah - hiris halus
  • 1 tin cendawan butang - dihiris kecil
  • 1/2 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
  • 1/2 biji lada benggala merah - dipotong dadu
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam secukup rasa
  • minyak zaitun (Olive Oil) secukupnya
  • air secukupnya untuk merebus angel hair
  • ceri tomato secukupnya - dibelah dua
  • Parmesan Cheese (serbuk) secukupnya - untuk ditabur
Cara Memasak:-
  1. Didihkan air secukupnya bersama sedikit garam dan beberapa titis minyak zaitun untuk merebus angel hair spaghetti. Rebus hingga lembut. Toskan.
  2. Dalam kuali, panaskan 4 sudu besar minyak zaitun dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun bay hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, lada hitam yang dikisar dan lada sulah. Kacau rata sebentar.
  4. Masukkan sos tomato, cincangan tomato, sosej dan diikuti dengan cendawan butang. Kacau rata sebentar. Tambah sedikit air.
  5. Masukkan sayur lobak, kacau. Masukkan pula brokoli dan lada benggala, kacau lagi.
  6. Kemudian masukkan angel hair yang telah direbus tadi, kacau balik sebentar.
  7. Masukkan slice cheese tadi dan gaul rata-rata.
  8. Akhir sekali sebelum tutup api, masukkan tomato ceri yang dan kacau gaul sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan taburan Parmesan Cheese.


Tuesday, August 16, 2011

Shell Pasta In Cream Soup of Tomato

Assalamualaikum

Waaaa....banyaknya menu tertunda yang nk di up kan kat sini...huhuu..x banyak masa langsung.. Ni pun pepagi sebelum pergi kerja dah wat Scheduled entry la..kena wat camtu...susun ikut time. Okay akak nak kongsikan menu berbuka hari Sabtu kelmarin sebenarnya nih...ha, mana sempat nak posting sebab buat pun petang sikit, lambat masuk dapur sebab balik soping barang sikit dengan anak-anak dara dah kul 2 lebih...pastu lepas solat zohor rehat kejap...letiss, manusia punyalah ramai kat bandar ni...nak parking seksa cari petak....Ahad bz mengukis lak...adeeii

Sabtu tu, akak masuk dapur dah kul 4 lebih, mulakan dengan mengacau puding jagung dulu...dah siap semua bahan puding dan masukkan dlm esbok, baru masak pasta nih...terkejar-kejar gak la dgn anak dara menyediakan bahan-bahan., dah kul 5.30 lebih....

Untuk makluman, Pasta In Cream Soup of Tomato ni adalah ALL TIME FAVOURITE & MUST HAVE menu untuk family akak, terutama hidangan hari raya or bulan puasa...dari dulu-dulu akak masak ni, mesti licin dan menjilat jari...terasa sungguh kelainan bila menggunakan cream soup of tomato nih... Ada banyak jenis brand krim sup tomato nih...Heinz, Campbell dan Kimball...Paling sedap memang Heinz, tp sekarang sejak macam-macam barang nampak mencurigakan, akak stop la guna Heinz, akak guna brand Kimball. Dah banyak kali buat dan beberapa kali akak share kat sini sebenarnya... Sini dan Sini. Sebelum ni akak byk menggunakan spaghetti, tp kali ni akak guna shell pasta lak. Akak letak resepi sini sekali lagi k, nak tau kesedapannya, sila try la k... ^__^

SHELL PASTA IN CREAM SOUP OF TOMATO
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 500 gm spaghetti - rebus dengan air dan letak beberapa titis minyak zaitun, dah masak toskan.
  • 500 gm daging lembu kisar (*akak guna 400 gm daging kisar + 100 gm daging fresh yg dicincang)
  • 3 biji kentang - kupas, rebus dan kisar bersama airnya.
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 3 sudu besar cili kisar(nak pedas sikit letak lebih)
  • 1/4 cawan sos cili
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1 cawan diced tomato dlm tin.
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 2 tin Cream soup of Tomato (*yg ni paling sedap, tp boleh tukar Kimball/lain)
  • 4 cawan air/lebih
  • 1 batang carrot - potong bulat
  • 400 gm bunga kobis - potong kecil
  • 1 biji green capsicum - dadu
  • 1 tin cendawan butang - belah
  • (* ummi xda stok, guna hirisan cendawan kering - rendam)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh gula (optional)
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk tumis
Bahan sampingan:-
  • Salad - hiris halus
  • Tomato - hiris nipis
  • Daun sup dan bawang - hiris halus
  • Cili merah - hiris halus
  • Telor rebus - belah 2
  • Bawang goreng

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar.
  3. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging benar2 masak.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan kentang kisar. Kacau mesra dengan daging.
  5. Masukkan cream soup of tomato dan air. Bila mendidih, masukkan semua sayuran, garam dan gula secukup rasa. (*boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat).
Cara Hidangan :-

Letak spaghetti/pasta dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan2 sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba..!!!



Thursday, August 11, 2011

Kueteow Kerang Mewah

Assalamualaikum.....

Pagi ni just nak tayang kueteow goreng dengan kerang jek laa...mewah sekali kerang haaa...jenuh anak dara mengopek kulitnya....tengok2 dpt dekat 4 cawan....adeeeii..tp simpan 1 cawan, dah buat masak lauk lain semalam... kueteow ni menu berbuka kelmarin..hehe..sori la lambat entry...Layaaannn je la eh.. xda idea gak nak membebelsss...hehe.. Sukatan ni untuk 6 - 8 orang dewasa la eh..banyak la akak goreng...tekak berbuka lain sikit...hahahhaha. Masak ikut style akak je la ni...no bawang merah k...hehe

KUETEOW KERANG MEWAH
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran) :-
  • 3 paket kueteow
  • 3 cawan kerang yang telah direbus dan diambil isinya (ni mmg mewah kerang - ikut suka la eks)
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 8 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 kiub pati ayam
  • 1/4 cawan sos cili
  • 1/4 cawan kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap masin
  • taugeh secukupnya
  • daun kucai secukupnya
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
  • cili jeruk (ikut suka)

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan kiub pati ayam, kacau biar cili elok masak.
  3. Masukkan sos cili, kicap dan sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan kerang dan masak sebentar.
  5. Masukkan kueteow dan kacau rata dengan api sederhana.
  6. Akhir sekali, masukkan taugeh dan kucai, kacau rata sekejap sahaja (jgn layu sgt). Tutup api dan hidangkan dengan cili jeruk. Siap!

Monday, February 28, 2011

Sup Pasta Ringkas

Salam dan selamat petang....dah Isnin balik dah eh..rasa baru jek cakap dah nak wiken kelmarin...tiba2 dah kena keje balik dah...hehehee...Okay meh layan sup pasta sempoi akak ni....sekadar nak habiskan stok elbow pasta hari tuh....sup pun mudah2 jek..ikut tekak akak je...


SUP PASTA RINGKAS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm elbow pasta (atau apa2 jenis macaroni/pasta)
  • 300 gm daging - dihiris nipis
  • 5 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sup bunjut Adabi
  • 1 sudu kecil biji lada hitam yg dikisar
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 biji lada benggala kuning - didadu
  • 200 gm kobis bunga - potong kecil
  • 1 paket putik jagung - belah dan kerat
  • 3 - 5 sudu besar kicap masin
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Untuk Hiasan/Taburan:
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit hirisan daun bawang
  • bawang goreng
  • hirisan cili merah/cili padi
Cara Memasak:-
  1. Masak air secukupnya hingga mendidih, masukkan sedikit garam dan minyak zaitun. Rebus elbow pasta/macaroni hingga lembut dan toskan.
  2. Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kacau sebentar.
  4. Masukkan air secukupnya, sup bunjut, serbuk lada sulah dan lada hitam. Masak hingga daging lembut.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan semua jenis sayuran menurut turutan (yang mudah lembut letak la kemudian eh).
  6. Tutup api dan hidangkan dengan pasta yang direbus tadi panas-panas dengan bahan lengkapnya....sempoiii jek kan...

Saturday, February 12, 2011

Curry Cheese Pasta

Salam petang sabtu...tengah buat apa tuh...mesti tengah beristirehat, xpun mengelamun ke...xpun jalan2 cari makan or window shoppping...ooh i liiikkeee...hehee..tp hari ni akak x pergi mana la cuma nak pergi rumah adik japgi nak hantar kuih sikit...heheee... Pagi ni bz sangat lah mcm biasa mengemas segala....Dah lama sungguh akak x masak apa-apa pasta kat rumah...so hari ni layan pasta laaa....jom layan la eh...xleh lama2 nih...hehe...masak sempoi2 jek...ala2 tekak melayu + mamak la gitu...nak sebut Pasta Mamak pun ok la kot...tp ada cheese...hahahaha, xleh gak kan..so akak namakan dia Curry Cheese Pasta...ok? Layaaann..

CURRY CHEESE PASTA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 250 gm elbow pasta (atau apa2 pasta pun boleh laa)
  • air secukupnya untuk merebus pasta
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
  • 2 tangkai cili merah - dipotong serong
  • 15 - 20 biji meatballs - (atau ikut suka byk mana) - dibelah 4
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/4 sudu kecil lada hitam yg dikisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar parutan cheddar cheese
  • garam secukup rasa
  • minyak zaitun untuk menumis dan untuk titis dlm air rebusan pasta
Cara Memasak:-
  1. Didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan beberapa titis minyak zaitun serta rebus elbow pasta hingga lembut. Angkat dan ketepikan (boleh juga oleskan minyak zaitun selepas ditoskan).
  2. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun dengan api sederhana dan tumis bawang besar dan bawang putih, kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan tomato cincang, serbuk kari dan meatball, kacau sebentar.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puree serta sedikit air. Kacau sebentar biar meatball masak.
  5. Masukkan garam secukup rasa, lada hitam, lada benggala dan cili merah. Kacau.
  6. Masukkan pasta dan tabur serbuk lada sulah, kacau hingga rata dan mesra, seimbangkan rasa.
  7. Masukkan cheddar cheese dan tutup api. Gaul cheese biar bersalut rata dengan pasta.
  8. Bolehlah dihidangkan.
minum dengan Sunquick Juice jek...ok la kan..

Tuesday, December 28, 2010

Meatballs in Tomato Sauce With Vegeroni Spirals

Salam semua...harap semua sihat2 la yeaa...kalau sakit sikit2 tu adat laaa...cuaca sekarang pun x menentu kan...Okay la ni entry menu yang dah licin pun, xdan nak letak entry sbb balik kampung...Akak masak masa balik lunch hari Jumaat baru2 nih. Kebetulan ada 2 orang anak sedara sunti (anak my bro) yang datang tdo kat rumah ni...biasalah budak2 tu, kalau ada Najwa n Najiha balik, diaorg mesti merengek kat parents diaorg nak mai tdo rumah akak ni...pastu bkn tdo sangat laa...berjaga malam bertenet, berborak sampai kul 2 3 pagi haaa...gasaklaaahh musim cuti nih... Pendek kata, rumah akak ni kalau semua anak2 balik...mmg pencuri takut nak dekat kot, terang benderang jek sampai kul 2 3 pagi...hahahaaa...

Okay la, meh layan je resepi nih, kot ada yang teringin nak buat, dah ramai pun yg buat dulu...anak2 akak dan anak2 sedara suka sangat2...bertambah2 makan dengan pasta tuh....Cuma akak skip part buat meatballs tu sebab ada adik akak bagi meatballs buatan Bumiputra yang digunakan untuk buat mee bakso....hehee...Anak2 kureng sikit mee bakso ni, kalau masak western camni...ha laku laa....Resepi angkut dari dapur Ijan, Finland sana, katanya resepi asal dari rancangan masakan Jamie Oliver tu...thanks ya Ijan, izinkan akak C n P kat sini lak eh...Tengoklah, bekas tu comot2 kesan sos n cheese mendidih dlm oven, sbb nak amik gambar pun cepat2 jek lepas keluar oven, nak siap pegi ofis lak pastu...hehee

MEATBALLS IN TOMATO SAUCE
Sumber: Ijan, Finland

Untuk meatballs (*akak skip part ni sbb ada meatballs buatan bumiputra dah..lenkali try wat meatballs ni...hehe)
  • 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur -kite tak letak
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan

makan dengan vegeroni spirals...sedaaappp

Sediakan meatballs:

  • Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
Sediakan sos tomato:
  • Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  • Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :)

Friday, October 22, 2010

Fettuccine Carbonara

Salam jumaat....waaa sekejap jek ari jumaat dah eks...wiken ni Najiha dah nak balik kolej semula dah...next week student U dah ramai yang start semester exam....Semalam akak sempat masak pasta jek tuk dinner kami anak beranak....sempoiiii yet sooooo marbelesssss...Najwa punyalah bertambah....sungguh cheesy....aiseeeyyyy teramat sedap carbonara ni....adeeeiiiii...Resepi dari buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi...uisshh banyak lagi nak kena try...suka resepi k.Liza ni..bahan sempoiii tp rasa komaiiinnn....x ngalah! Hehee..okayy akak share resepi kat sini...Thanks k.Liza!
FETTUCCINE CARBONARA
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
  • 300 gm pasta fettuccine
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 10 batang sosej (dihiris nipis) - akak campur2 sosej blackpepper jugak
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)
  • *1 biji capsicum merah
  • *1 biji capsicum hijau
  • *1 biji capsicum kuning
  • * 2 biji tomato
  • * 1 labu bawang besar (* dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 suduk kecil serbuk oregano
  • 125 gm keju Cheddar (dipotong halus) (akak guna parutan Cheddar)
  • 100 gm keju Parmesan (dicincang halus) - akak guna yg siap parut halus
  • 30 gm daun parsley (dicincang halus)
  • garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Masak air secukupnya di dalam periuk dan bila mendidih masukkan garam sedikit dan fettuccine, masak hingga lembut (lebihkurang 8 - 10 minit). Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak jagung dalam kuali non stick dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sosej, tomato, cendawan butang dan ssu segar. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata lg.
  5. Masukkan keju Cheddar, kesemua capsicum dan masak hingga kuah pekat.
  6. Tuangkan ke atas fettuccine dan taburkan daun parsli dan keju Parmesan.
  7. Sedia dihidangkan.

Monday, August 16, 2010

Tomato Spaghetti With Black Pepper Sausage dan McD Set

Sori lah yeaa..akak baru sempat nak letak entry2 berbuka hari Sabtu kelmarin....Sungguh bz semalam sebab awal2 dah masuk dapur lepas buat kerja2 rumah sikit. Abanglong n Najwa ada balik sejak Jumaat hari tu dan masing-masing dah balik. Malam tadi hantar Najwa naik bas ke Arau sana. So semalam akak bz kat dapur wat kek dan roti sikit wat bekalan balik U, boleh gak laaa, wat berbuka ke, bersahur ke kan, kan...ikutlah. Berbuka semalam akak masak ringkas jek, x masak nasi pun.....Najwa pulak keluar dengan kawan dia dan belanja set McD pulak untuk Aiman dan abglongnya....mak abah mmg xnak la nak makan tu semua...So, akak goreng spaghetti sikit laaa...tengok ada separuh bungkus lg spaghetti tu...so layanlah ya spaghetti ringkas akak nih!

TOMATO SPAGHETTI WITH BLACK PEPPER SAUSAGE

Bahan:-
  • 1/2 paket spaghetti - direbus dan ditoskan (letakkan beberapa titis minyak zaitun semasa merebus)
  • 3 batang sosej lada hitam (Ayamas) - dipotong nipis
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
  • 1/2 biji lada benggala merah - dipotong dadu
  • 10 biji cendawan butang - dihiris nipis
  • 2 biji tomato - dicincang/didadu halus
  • 1/3 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • 1/2 sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk/dikisar
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (jika perlu)
  • sedikit air (jika perlu)
  • 3 - 4 sudu besar minyak zaitun
  • keju Parmesan - untuk ditabur
  • 1 sudu kecil dried parsley - untuk taburan
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dengan api sederhana. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Kacau kekuningan hingga naik bau.
  2. Masukkaan tomato yang dicincang. Kacau.
  3. Masukkan sosej dan kacau rata sekejap.
  4. Masukkan semua sos-sos, lada hitam dan cendawan butang. Masukkan air juga dan kacau rata.
  5. Bila sos agak pekat, masukkan lada benggala.
  6. Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau balik rata-rata. Masak sekejap sahaja agar spaghetti tidak putus2 sangat.
  7. Tutup api dan hidangkan dengan taburan keju Parmesan dan dried parsley.


Najwa belanja McD lak kat abang n adiknya...Najiha je xdpt balik kg puasa ni..ada kelas katanya...xpa esok masih ada ya kak Da, insyaAllah..

Monday, June 21, 2010

Blackpepper Vermicelli With Broccoli

Ni resepi campak2 je yg akak masak petang Sabtu kelmarin, merangkap dinner laa. Makan kul 6.30 petang dah..hehe....nak menghabiskan minced meat dan brocolli tu...sayang pulak nnt akak terlupa masak...emmm, naik kuning lak nnt, masuk tong sampah...heheee....tapi memang licin, budak2 kata sedap. Akak hidang kat family adik yang singgah ke rumah...lepas maghrib baru diaorang balik. Anak adik akak tu makan bertambah-tambah ler pulak, bukan nak puji laa, tp sedap jugak pada tekak akak dan anak2 semua...hehe


BLACKPEPPER VERMICELLI WITH BROCCOLI

Bahan:-
  • 1 paket pasta vermicelli (jenama San Remo)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 5 ulas bawang putih - cincang halus
  • 400 gm daging kisar - basuh sekejap dan toskan
  • 5 sudu besar sos lada hitam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus/kisar
  • 1 biji lada benggala merah - didadu
  • 400 gm broccoli - dihiris kasar
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 4 sudu besar minyak zaitun
  • keju parmesan - untuk tabur
Cara-Cara:-
  1. Didihkan air secukupnya dalam periuk dan letak beberapa titis minyak zaitun dan sedikit garam. Rebus hingga vermicelli lembut. Toskan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan daging kisar dan kacau hingga daging masak dan airnya kering sedikit.
  4. Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam kisar dan lada sulah.
  5. Masukkan garam dan kacau rata.
  6. Masukkan broccoli dan lada benggala, kacau sekejap.
  7. Masukkan vermicelli dan kacau rata-rata dan seimbangkan rasa. Jangan sampai broccoli layu sangat.
  8. Tutup api dan hidangkan dengan taburan keju Parmesan. Sedia untuk dimakan.