Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri Untuk Semua Pengunjung HSH


Assalamualaikum....

Di kesempatan ini, akak ingin menyusun jari sepuluh dengan penuh keikhlasan hati memohon ribuan maaf terhadap kalian semua, teman blogger yang akak kasihi. Sebarang kesilapan dalam pertuturan, tingkah-laku, gurau-senda, tegur-sapa dan usik mengusik sesama kita sepanjang akak bersiaran di alam maya ini adalah tanpa niat dan tidak disengajakan. Namun akak tidak pernah lupa siapa diri akak, dan siapa mereka di sekeliling akak yang telah tanpa jemu memberi perangsang dan semangat untuk Home Sweet Home bertapak hingga ke tahap sekarang ini.

Akak akui bahawa pastinya ada sikap kita yang bergelar manusia ini yang tidak sempurna dan tidak dapat tidak, pasti ada yang berprasangka yang tidak enak dan membawa kepada kemudaratan dalam hati kita sendiri...Mohon dijauhkan lah hendaknya. Percayalah, itu semua adalah dari kekhilafan diri akak sendiri, segala yang baik-baik adalah dari Dia yang Maha Agong. Segalanya yang tidak baik sekiranya ada yang terusik rasa, tidak pernah terniat dan disengajakan sama sekali.

Semoga Aidilftri yang mendatang akan mengembalikan kita kepada fitrah diri yang sebenar dan persahabatan di alam maya ini akan bertambah erat dan dijauhkan dari segala prasangka buruk yang sentiasa menjadi batu api dalam ikatan ukhwah sesama kita. Semoga kita semakin akrab dan mesra dan rasa keikhlasan hati akan sentiasa menebal di jiwa....

Oleh itu, sudi-sudikanlah menerima kad raya dari akak ini untuk digantungkan di dapur kalian semua....hanya ini yang sempat akak lakarkan sebagai tanda ingatan untuk kalian yang disayangi.

Sekali lagi, salam penuh kemaafan dari akak dan akak bersyukur dipertemukan dengan kalian di alam maya ini. Salam sayang dan selamat berhari raya. Semoga Aidilfitri ini memberi seribu pengertian dan keceriaan kepada kita. Kalau makan lemang dan ketupat tu, ingat-ingatlah akak yea...ingat juga kepada saudara sesama Islam kita yang hidup melarat di bumi yang telah ditumpahkan dengan darah mereka sendiri dan mereka yang susah. Teruskanlah amalan bersedekah biarpun telah melepasi Ramadhan nanti....Hendaklah kita sentiasa bersyukur kerana Allah swt. masih memberikan seribu rahmat dan kebahagiaan kepada kita semua...

Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar!! Allahu Akbar Walillahil Hamd...


Biskut Kacang Hijau

ASSALAMUALAIKUM.....

Nampaknya ramai yang akan beraya di kampung dah pun balik ke kampung, atau sekarang ini sedang dalam perjalanan ke destinasi masing-masing. Bagi yang tidak bergerak ke mana-mana macam Mat Gebu tu tentulah duk menerap-nerap kuih atau melapis-lapis kek berbagai lagik kan Mat...Bagi akak pulak masih x tau nak balik lepas habis solat tarawih malam ni ke, or pagi-pagi esok.....hehee.

Daging batang pinang 4 kilo telah akak booking kat kedai berhampiran rumah ni...kalau balik malam ni, japgi kena lah pi ambil dah. Kalau balik pagi esok, pukul 8 pagi baru kedai tu buka dan boleh ambik daging. Emmmhh...yang kelakarnya, akak tanya hb bila nak balik, hb tanya akak, akak tanya anak-anak, anak-anak kata ikut mak laaa...adeeeiii semuanya kena kita ke yang putuskan...hehehehe..Xpalah, tengok jek laaa...bila. Rasa nak berangkat jek malam ni, berangkat laa, kain baju pn dah standby jek. Lagipun tak jauh...Kuantan ke Temerloh tu... ^__^

Actually hari ni akak bz jugak laaa, duk membaking kukis kacang hijau ni 2nd round. First buat, hari Nuzul kelmarin 2 adunan dah, aleh-aleh semalam bila dengar yg sorang adik ipar ni tengah pregnant nak sangat makan kukis nih, akak wat satu adunan lagi pagi-pagi tadi....tu baru jek masukkan ke dalam bekas untuk dia dan untuk bawak balik kampung jgk. Lepas tu akak bakar kek marble badam ros nostalgia dan kek coklat Chef Zubaidah . Tu jek lah yang terlarat....huhuu

Najiha dah tolong vacum dan mengemas rumah, sementara Najwa sedang mengenakan sarung kusyen yang dah dibasuh semalam...hb pun tolong-tolong pasangkan balik langsir tu ha..Haha, semua yang lama2 ajeee...basuh nampak cerah dan ceria balik la kan...Moga kita semua x terikut dengan nafsu Syawal ni kan....dapat tukar baju baru pun dah kira bersyukur...

Eh melalut panjang dah, jom la layan Biskut Kacang Hijau (Green Peas Cookies) yang mmg sangat sedap nih! Dulu-dulu akak duk order jek dgn sorang tukang jahit kat Temerloh. Aleh-aleh tahun ni dia x buat dah sebab ada baby kecil, xdan katanya...So akak menerai laaa..senang dan sangat gebusss berderai, cair masuk molott...ala-ala makmur...berbaloiii-baloooiii.. Kiranya ni entry terakhir akak lah sebelum balik raya yea....Moga riang ria di hari raya dan jaga diri baik2 yea...makan tu ingat-ingat sikit, terkejut perut nnt.. ^_^ Maaf zahir batin dr akak..

BISKUT KACANG HIJAU
Sources:-From farrahaiza@myresipi.com &
Ayu @ Curlybabe's Satisfaction

Bahan2:-
  • 250 gm kacang hijau ( beli di kedai yang dh ada garam) (akak letak 300 gm tepung kacang hijau yang telah diayak)
  • 250 gm tepung gandum-(Ayu gunakan tepung top flour dan ayak) (akak letak 200 gm tepung top flour)
  • 125gm gula icing -(Ayu ayak) - akak pun.

  • 150gm-160gm minyak jagung Daisy- adjust ikut kesesuaian doh-(Ayu gunakan 160g)

Cara-cara:
  1. Blend dulu kacang hijau dengan pengisar sampai jadi tepung/serbuk.
  2. Campur dengan tepung dan gula.
  3. Last sekali masukkan minyak dan kacau sebati hingga menjadi doh. Atau masukkan semua bahan-bahan dalam mixer dan mixer sebatikan hingga menjadi doh.
  4. Bentukkan bulat-bulat.(Ayu timbang dalam 10g each). Sapukan egg glaze dan letak 1 biji kacang peas sebagai hiasan(akak canai dan terap then sapu sedikit kuning telor).
  5. Untuk steps yang ini puan punya tak letakkan dibakar atau tidak..so Ayu google dan nampak beberapa blog masakan kaum cina yang bakar dalam oven 175C selama 20-25 minit, so please adjust ikut suhu oven sendiri ya.. (akak bakar pada suhu 165 C selama 22 minit)


sangat sedap, lembut berderai, cair di dalam mulut.....bessttt!!!


Friday, August 26, 2011

Nasi Goreng Thai Istimewa


Assalamualaikum....

Waaah dah packing baju2, kuih raya sume dah kee...nak balik kampung dah eks....hehee... Xpa la, akak doakan semuanya selamat sampai ke destinasi nnt yea...insyaAllah..Seronoknya la bertemu keluarga dan sanak saudara tercinta kaann...

Akak pun mood masak2 kurang dah ni..mood mengemas rumah lak muncul dan mood mengukis still ada lg...x tau dan ke tidak nak buat sikit lgk....

So, pagi ni akak kongsikan lah menu berbuka semalam, dah ala-ala malas kan...tp still istimewa. Semalam duk google cari nasi goreng yang berlainan sikit lah dr biasa...last-last jumpa kat Mesra.net dan tengok bahan terpikat...terus la menjadi nih.... Jom layan... Cuma akak adjust jek ikut bahan yg ada kat dapur tu ha... Sangat sedap anak2 kata, akak x nafikan walaupun makan sesudu jek...rasa.....hehehe...pantang besar...hahahhaa

Air khatira tu hb beli kat bazar dekat rumah smlm..mcm x cukup bahan jek...x best la...tifffuuuuu jek org ni tauu..

NASI GORENG THAI ISTIMEWA
Resepi : Mesra.net
Dirujuk & Diolah : Ummi @HomeSweetHome

Bahan:-
  • 1 3/4 mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau guna lebihan buat nasi ayam)
  • 2 biji telor
  • 2 sudu teh sayur campur/lobak yg dihiris halus memanjang (akak guna lobak je..)
  • 2 sudu teh cili boh (lebihkan jika nak pedas)
  • 2 sudu teh pes tomyam kesukaan (lebihkan jika mahu lebih berperisa)
  • 3 tangkai cili padi - dihiris halus
  • 1 helai daun limau purut - dihiris halus-halus (akak lebihkan)
  • 3 sudu teh kicap manis
  • 1 sudu teh serai yang dihiris halus
  • 1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus
  • 3 - 4 ekor udang besar (seperti udang harimau) - dicelur dulu (*akak x letak)
  • Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng terlebih dahulu (*akak tukar daging yang telah direbus lembut)
  • Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun sup untuk hiasan (*akak x letak pun, lupa...masa snap gambar)
  • Minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api sederhana, pecahkan telor dan gorenglah seperti scrambled egg hingga masak.
  2. Masukkan sayur campur/lobak, udang, daun limau purut, lengkuas dan serai, kacau rata sekejap.
  3. Masukkan cili boh, pes tomyam, cili padi dan kicap manis.
  4. Masukkan nasi dan gorenglah hingga sebati sampai naik bau harumnya dan nasi nampak berasap (tanda dah masak elok).
  5. Hidangkan dengan bahan hiasan
Cadangan Hidangan:- (*akak xdan dah, nak berbuka sgt time nih..hehe)
Taburkan hirisan ayam, daun sup dan bawang goreng di atas nasi bersama kepingan limau nipis. Perahkan limau semasa nak makan. Sedap makan panas-panas... POWER!!




Thursday, August 25, 2011

Nasi Serai

Assalamualaikum.....

Tersentap sekejap pagi ni bila terima berita adik lelaki officemate akak telah dijemput Illahi malam tadi. Peristiwa berlaku semasa adik lelakinya dalam perjalanan pulang dari minum di kedai sesudah bersolat tarawih. Kemalangan melibatkan antara 2 buah motor di persimpangan. Kedua-dua penunggang motor meninggal dunia dan kedua-dua pembonceng juga kritikal di ICU....huhuuu... Hiba sungguh mendengarnya...dimaklumkan arwah adiknya ini ada terserempak dengan beliau semasa di kedai tu sebelum officemate akak ni ke bandar sekejap dgn suaminya... selepas dr itulah kemalangan berlaku.... Ofismet akak ni pun bercadang nak balik beraya di rumah mertuanya di Johor dah sabtu nih...nampaknya batal la kot.... Itulah kan..kita merancang, Allah menentukan....huhuu

Begitulah kita, tidak tahu bila masa kita pula akan dijemputNya...Moga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita semua....amiiinn.. Yang pergi tetap pergi, yang hidup harus meneruskan perjalanan hidup sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah swt ini. Salam Takziah buat beliau seisi keluarga dan al Fatihah untuk arwah...

Sementelah akak dah masukkan gambar-gambar ni....jom tengok resepi akak berbuka kelmarin...syukur alhamdulillah... Resepi sempoi dan sedap sangat2. Sempatlah memasak dalam terkejar-kejar pun....Thanks buat Kak Liza yang sudi menghadiahkan 2 buah buku2 terbaru beliau kepada akak tempohari....

Nasi Serai
Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru)
- 50 Hidangan Penambat Selera
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (akak lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng - akak x buat, x sempat loorrr...
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.
  4. Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)
  5. Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.
Akak masakkan sambal tumis udang dan gandingkan dengan ikan celup tepung...
sangat sedap dan ngam...itu je la yg sempat akak masakkan balik kerja... ^__^



Wednesday, August 24, 2011

Cheesy Tomato Angel Hair

ASSALAMUALAIKUM.....

Dah akhir-akhir puasa ni kan...malas nak masak pun macam datang dengan tetiba jee....rajin nak mengukis adaaa, tp x sempat la pulak...malam2 x kuasa lak nak hadap oven tengah-tengah malam.....penat memasak petang pun x abis lg... Adeeii...harus ku gagahi jugak la kot, anak2 dara sanggup jek nak tunggu oven...tp akak jek takut kuih rentung sebab depa duk sambil-sambil melayan tenet kang, x pasaiii, pasaiiii kan...hahahhahah...

Eh melalut jek...jom la layan menu sempoi akak berbuka kelmarin nih....Ni kes nak menghabiskan belen bahan2 buat pasta in cream soup of tomato hari tuh...semalam punya menu tunggu turn laa... ^__^


CHEESY TOMATO ANGEL HAIR
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm spaghetti (angel hair)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 keping dada ayam - dihiris halus
  • 2 sudu teh lada hitam yang telah dikisar
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 helai daun salam kering (dried bayleaf)
  • 6 batang Onion n Cheese sausage - dihiris kecil
  • 4 keping Cheddar Cheese - disiat-siat kecil
  • 1/2 cawan cincangan tomato dlm tin (diced tomato)
  • 200 gm brokoli - potong kecil
  • 1 batang lobak merah - hiris halus
  • 1 tin cendawan butang - dihiris kecil
  • 1/2 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
  • 1/2 biji lada benggala merah - dipotong dadu
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam secukup rasa
  • minyak zaitun (Olive Oil) secukupnya
  • air secukupnya untuk merebus angel hair
  • ceri tomato secukupnya - dibelah dua
  • Parmesan Cheese (serbuk) secukupnya - untuk ditabur
Cara Memasak:-
  1. Didihkan air secukupnya bersama sedikit garam dan beberapa titis minyak zaitun untuk merebus angel hair spaghetti. Rebus hingga lembut. Toskan.
  2. Dalam kuali, panaskan 4 sudu besar minyak zaitun dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun bay hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, lada hitam yang dikisar dan lada sulah. Kacau rata sebentar.
  4. Masukkan sos tomato, cincangan tomato, sosej dan diikuti dengan cendawan butang. Kacau rata sebentar. Tambah sedikit air.
  5. Masukkan sayur lobak, kacau. Masukkan pula brokoli dan lada benggala, kacau lagi.
  6. Kemudian masukkan angel hair yang telah direbus tadi, kacau balik sebentar.
  7. Masukkan slice cheese tadi dan gaul rata-rata.
  8. Akhir sekali sebelum tutup api, masukkan tomato ceri yang dan kacau gaul sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan taburan Parmesan Cheese.


Tuesday, August 23, 2011

Kek Marie Batik

Assalamualaikum...

Pagi ni xda apa istimewa sangat nak tayang kat u all, hanya kek marie batik yang memang menjadi all-time favourite bagi anak-anak akak....Letak lah kuih apapun, kalau ada kek marie batik ni, mesti yang ni laku dan licin dulu....dashyat tak? Haaa..tu laa... Pastu ada jugak buat yang resepi guna milo + coklat, diaorang xnak...nak resepi akak jugak yang menggunakan kesemua serbuk coklat...memang sedaplah, nak-nak akak memang menggunakan Vouchelle ataupun Van Houten punya....adeeeii...layan aje laaa.. Dah banyak kali sangat buat dan letak kat entry....sabaaauu jek la ek ^___^. Jadi tak nak susah-susahkan you all, akak tepek lagi resepi eh.

KEK MARIE BATIK
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:


  • 600 gm biskut marie - patah 4
  • 250 gm mentega
  • 4 biji telor gred A - pukul sikit
  • 3/4 tin kecil susu pekat manis (boleh juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
  • 1/3 cawan serbuk koko (akak guna jenama Van Houten)
  • 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil nescafe



Cara Membuat:-
  1. Griskan loyang 9 x 9 x 3 inci dengan mentega rata-rata, ketepikan.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali biskut ke dalam kuali.
  3. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
  4. Kemudian tuangkan/cedukkan adunan ke dalam loyang dan tekan padat dan rata dengan sudip atau penekan kek lapis.
  5. Masukkan dalam fridge lebih kurang 1 - 2 jam. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru lembut dipotong. SELAMAT MENCUBA...


Monday, August 22, 2011

Biskut Suji Kristal

Assalamualaikum

Apa khabar semua...? Mohon maaf banyak-banyak sebab akak x sempat pun nak blogwalking dan balas komen-komen kalian semua sebab wiken baru ni menziarah wan dan tok di kampung. Lepas jek letak entry makan-makan dengan Hana tu x jenguk2 dah, pagi ni baru sempat jeling kejap. Gambar kukis ni dah letak kelmarin dah, duk kat Draft jek laa...xdan nak posting...Kat kampung pun boleh jugak nak berbroadband yg anak2 punya, tp xdan laaa, diaorang jek conquer dgn lappy memasing, adeh! Akak pun x berapa kisah sbb sonok lg berjumpa dan berkumpul PRA RAYA la kiranya dan bertanya khabar Wan dan Tok... ^___^ sampai lupa nak amik gambar segala masa berbuka....bz melayan lg pun...hehe

Okay, jom layan kukis ke 3 pilihan Najwa ni, Biskut Suji Kristal. Dah lama bakar kuih ni hari Rabu hari tu, masa cuti Nuzul Quran. Pembuatan biskut ini disukat, diadun, diuli sepenuhnya oleh Najwa (kakngah) dan digentel bersama dengan Najiha (kakDe). Masa tu akak bz mengukus kuih badak berendam dan prepare lauk pauk untuk berbuka....hehehe...Ha, buat sampai 2 adunan, jenuh nak menggentel...baru tau...ekekkee..Apapun, terima kasih anak-anak darassss ku...

Ramai yang dah buat dan mmg rasanya cukup sedap ala-ala kuih makmur gitu....cerewet makmur lg rasanya sbb nak masukkan inti kacang di tengahnya, tp kuih suji kristal ni lak cerewet nak mencantumkan ke3 warna-warna tu ha, timbang pulak satu2 warna tu berat 3gm dan cantumkan...bulat-bulatkan..nasib baik anak dara 2 orang ada...hehhehe.. Resepi dari Kak Wan tapi akak C n P dari dapur Azlita @ Masam Manis...thanks ya Ita kerana memudahkan caranya...hehee


BISKUT SUJI CRYSTAL
By: Kak Wan
Sumber: Azlita@Masam Manis

Bahan A - Diayak bersama
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan B
  • 125 gm gula icing
  • 1/8 sudu teh garam
  • 100 gm badam kisar - di pangang (ita goreng tanpa minyak dlm kuali)
  • 1/2 sudu teh perisa vanila
  • 200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
  • pewarna hijau, pink, dan kuning (anak akak guna pink, biru dan kuning oren)
Cara Membuat:-
  1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
  2. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
  3. Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
  4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
  5. Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
Cara Azlita - Ita bulatkan setiap doh tu 3 gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli. Susun doh ke dalam dulang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit. Biarkan sejuk setelah masak. Kemudia salutkan dgn gula caster. (*akak pun ikut cara Ita la jugak...ekekke...thanks Ita, muaaahhh!)




Saturday, August 20, 2011

Anda Rindu Kat Dia Keeee ^___^

Assalamualaikum.....

Yuhuuuu...Tengah buat apa tuh....tengah bergolek-golek ke...hehe... Akak x biasa la tidur lepas sahur, dah biasa kan pagi-pagi siap-siap kerja rumah terus nak pergi kerja pulak...so wiken pun xleh nak golek-golek "cat" camtu...hehe.. Walhal tengah hujan lebat gak nih....jangan ada guruh petir dah laa...kang kena off lak komputer ni...

Okay, nak tanya dulu, berapa ramai yang rindu kat adinda kita yang seorang ni ha?? Sapa lagik...Cikgi Hana kita laaa...Angkat keyboard....haaa, meh sini nak tayang sikit gambar-gambar buat melepas rindu kalian semua... Gambar ni adalah adegan makan-makan sehari sebelum umat Islam memulakan ibadah puasa hari tuh, lama dah kan...baru sempat nak letak entry...

Kebetulan semalam masa chat kat FB dgn Ika Bangkok tu, dia siap bagitau yang dia miiiiiiiiiiiiissss sesangat dengan Hana nih...Akak pun baru la cakap, eh ada gambar terbaru makan dengan Hana nih akak x letak-letak entry lagi....adeeeii.. So demi melunaskan rasa rindu Ika dan mungkin jugak blogger-blogger lain....jom la tatap puas-puas, kot boleh jugak mengubat rindu..hehe

Perjumpaan ni dipelawa oleh Hana yang bagitau cik abang dia nak ajak makan-makan kat luar sebab cikgi sorang ni dah sibuk sangat-sangat dengan tugasan cikgi dan suri rumah jugak...macam nak membalas hutang jek budak Hana nih...apalah sangat setakat akak panggil makan berbanding keceriaan dan ilmu yang Hana kongsikan di alam maya ni...betul tak semua?? kaaannn...

Bila berjumpa jek, ni lah keletah dua orang makcik nih...budak Hana tu pun dah macam x ingat suami dengan anak-anak jek gaya bercerita....hehee.. Tapi sama jugak lah encik-encik suami...bertanya khabar kerja dan hal ehwal keluarga...biasalah kan... Pastu makcik-makcik gedik ni komain lah posing sakan kan...kan...mana leh tinggal bab nih! hahaha..

Ni kat atas tu sembang sakan sebelum acara berkayuh laaaa...hahaha, sambil-sambil anak2 saling usik mengusik jek... Pastu bila makan jek, ha, dah macam Malaikat lalu jek...senyap sepi, yang bunyi sudu jek kelentung kelentang sikit...hehehhee...

Sambil makan, sempat lagik nak enterframe kat camera nih...adeeehh...hehehhehe

Anak-anak Hana ni ha, bukan nak makan sangat, main jek...hehehe..Danish dengan Danial melayan diri memasing..

Antara lauk pauk yang terhidang....ikan siakap stim nyonya, buttered prawn, daging masak apa eks, lupa, kerabu mangga, tomyam merah dan kailan ikan masin (xda dlm gambar). Sorilah gambar x berapa nak clear, ni abglong main snap dr tempat duduk dia jek laa...Airnya pulak fresh orange dengan fresh watermelon....

Budak Darwish yang baik sangat di pangkuan ayahnya sambil melayan mainan dia, senang hati mama dia nak borak, nak makan...hahahhaa...segan silu pun ada gak tuuu...hehe, baguslah Darwish...
Ha, anak2 bujang akak dah tersandar, yang anak dara sempat posing sebelum turun tangga nak balik...hehe

Sebelum balik, borak sakan lagik...sambil anak-anak bergurau senda tu haaa...

Ha tu lah dia tempat pertemuan kitaorang...New Horizon Garden... Sempat lagik posing belakang kete pelanggan mana ntah, kebetulan malam tu, restoran 2 tingkat ni penuh sesak...adeeeii, ramai pulak tengok orang luar Kuantan gayanya...sebab diaorg pun lepas makan sibuk posing depan restoran nih...hehee...kitaorg pun konon org luar gak laa...hahahaha..

Dan terakhir di bawah ini...tataplah wajah cikgi Hana ni puas-puas ey....

Ni lah dia loving couple sungguh..!!! Buat Hana dan suaminya Hamzah, terima kasih banyak sebab belanja akak sekeluarga makan dengan lauk yang enak-enak, panas-panas dan sedap-sedap...nanti raya kita gader-gader lagik ya Hana...muaaahhh!.

Ni jek la gambar-gambar terpilih yang sempat akak upload..byk sangat, macam-macam aksi...hehehhee...Okay, akak balik kampung tokwan dulu eh..resepi akak nnt lah akak upload blk nnt...take care eh...kalau mengukis tu baik2 duk kat dapur...yuuukk, kita bakooor, kita bakoor..hahaha... vavaayyyyyy... ^__^



Friday, August 19, 2011

Ayam Berempah Satay Madu

Assalamualaikum.....Petang ni akak nak sharekan satu lagi resepi ayam goreng yang amat best dan mendapat pujian dari anak-anak akak....Sedap ala-ala satay ayam la kiranya....sebab maknya malas nak wat satay la kot...hahahhaa... Bersepah2 orang jual, xyah buat la kan...nnt tercucuk lidi satay, nayaa...hahahhahaha...alasan x munasabah!

Esok pagi akak nak balik ke kampung tokwan jap di Bentong, menjenguk diaorang yang dah terlalu uzur. Puas mak dan abah akak ajak tinggal sekali di Temerloh diaorang tak nak...Paling lama pun 2 minggu jek (tu pun sebab sakit dulu..), pastu dah sihat sikit, sibuk dah suh hantar balik...rindu rumah la...ayam itik tak tau pi mana laa, kucing x makan laa...adeeeii... Terpaksa lah mak akak bergilir-gilir jenguk dengan adik dia yang tinggal di Bkt Goh..Dah la adik beradik mak akak 4 orang je (sume perempuan lak tu) pastu 2 dah pun kembali ke Rahmatullah, now tinggal 2 beradik je laa...

Nasib baiklah kami anak-anak emak ni ramai dan boleh gak bergilir-gilir jenguk wan dan tok tu...huhuuu.. Semoga mereka sentiasa sihat walafiat dan dapat lagi berhari raya bersama-sama kami. Biasanya pada raya ke 2 atau ke 3 kami 12 beradik (belum masuk ipar duai) berkonvoi ke rumah wan dan tok dan bermalam semalam dua di sana....dapat jugaklah kemeriahan untuk mereka kan... Kadang-kadang kami siap bawak kan ketupat dan rendang yang baru dimasak semula untuk mereka....

Adeh xleh citer banyak-banyak, nnt akak sedih...kecik-kecik dulu selalu cuti sekolah mesti duduk rumah wan dan tok...Oleh itu, moral of the story, alangkah bagus mempunyai anak ramai kan, hehee..., boleh bergilir-gilir jenguk kita bila tua nanti, insyaAllah....Ok, ok dah dah...xleh citer panjang....jom tengok resepi...

AYAM BEREMPAH SATAY MADU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - dipotong sederhana besar
  • 2 sudu besar serbuk cili kering
  • 3 sudu besar madu
  • 2 batang serai - dititik
  • sedikit air
  • garam secukup rasa
  • 2 labu bawang besar - dipotong bulat
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 1 inci
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan Perap:-
  • 2 sudu besar rempah satay
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 batang serai yang ditumbuk halus
  • garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu teh gula
Bahan Ditumbuk dan Tumis:-
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Cara Memasak:-
  1. Cuci bersih ayam dan toskan. Lumur ayam dengan bahan perapan dan perap selama 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan masukkan bahan tumis bersama serai yang diketuk tadi, kacau rata sebentar hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan kacau hingga naik minyak dengan api perlahan.
  4. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
  5. Masukkan ayam dan diikuti dengan madu. Gaul rata-rata hingga nampak bahan rempah bersalut. Tambah garam jika perlu, seimbangkan rasa.
  6. Masukkan bawang besar dan masak ayam hingga agak kering. Tutup api dan taburkan daun bawang. Hidangkan.
SELAMAT MENCUBA....!!

Kuih Badak Berendam


Assalamualaikum.....Dah hari Jumaat eh! Bersyukur ke hadrat Allah swt. kerana masih dipanjangkan umur untuk menjalankan ibadah puasa Ramadhan ini, moga-moga kita semua dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi di Ramadhan yang akan datang....amiiinn...amiiin...amiin...

Pagi ni akak tak berhasrat nak berceloteh panjang sangatlah. Nak ajak adik2 dan kakak2 semua mencuci mata jek dengan kuih badak berendam ni. Menu wajib setiap kali Ramadhan....bulan lain tak berapa rajin nak buat. Kalau buat nih...sekali makan memang 5 6 ketuii leh masuk mulut sekali gus....favourite family laa katakan....hehe.

Cara akak buat ni adalah style arwah Opah (al- Fatihah untuk arwah) yang tentunya berasal dr Perak la bila panggil Opah ni kan...cara pembuatan memang turun-temurun ke mak akak dan akak lah sekarang kan.. Jom layaaannn... Bila buat kuih ni mula la teringatkan Azila, isteri Ben yang baru pregnant tu...huhuu.. Suka sangat dia dengan kuih ni..

Akak dah banyak kali buat dan letak resepi/entry di Sini dan Sini...Jom layaaannn....


KUIH BADAK BERENDAM
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air/secukupnya
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu teh pes pandan/pewarna hijau
  • daun pisang secukupnya - dilayur atas api, dilap dan dipotong 1 keping bentuk loyang (lebihkan dari paras tuang santan nanti)

Bahan B:- (Santan/Bahagian Putih)

  • 3 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan gula pasir - untuk tabur

Untuk Inti:-

  • 2 cawan kelapa parut muda
  • gula kabung/gula merah/gula kerek secukupnya (ikut manis)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit air (optional)
(*masak inti hingga rata dan kelapa sedikit kering dari airnya...guna api perlahan dan sejukkan)

Cara-Cara:-
  1. Bancuh bahan A dan uli gaul hingga lembut jadi doh.
  2. Alas daun pisang dalam loyang sapu rata dengan sedikit minyak.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Buat bulat kecil di atas piring dan masukkan inti. (Tutup balik doh dan kalau rajin buat bentuk 3 bahagian mcm gambar bwh sekali. Xpun buat je bulat2)
  5. Letakkan di dalam loyang (jarak2 sikit). Buat hingga habis. (terpulang nak letak dalam loyang besar atau kecil2)
  6. Taburkan gula lebihkurang 1 atau 1 1/2 sudu besar rata-rata dalam loyang yang telah diatur doh tadi.
  7. Sementara itu, bancuh bahan B kecuali gula pasir. Kacau hingga sebati. Tapiskan.
  8. Tuangkan kuah santan ke dalam loyang perlahan-lahan sehingga 3/4 bahagian doh (jika doh macam akak buat tu, bentuk tinggi) ataupun separuh loyang (jika doh bulat2 je).
  9. Kukus selama 12 - 15 minit. Angkat dan sejukkan.
  10. Ceduk ke dalam bekas bila nak makan....bessshhhh!!
pergghhh...makan x ingat apa daaahhh..! hehhee


Thursday, August 18, 2011

Biskut Oats Choc Chips

Assalamualaikum.....yuhuuuu...dah masak2 untuk berbuka ke....ok xpa..masak, masak...jgn lepak-lepak okay.... Sementara tu akak nak kongsikan satu lagi resepi kukis kegemaran anak-anak... a MUST HAVE one gak nih! Sebenarnya nama kukis ni adalah Biskut Chocolate Oat Crips, aleh-aleh akak masa edit gambar semalam tertulis Oats Choc Chips lak...ha, dah dpt dua nama x pasal-pasal.....hehe, xpa la eh..

Akak start buat kukis ni tahun lepas, pastu anak2 duk sebut lagi kali ni....eeemm..buat aje laa... Cuma tuan punya asal resepi ni akak dah tak dapat kesan, x tau Maklang yang mana satu ni....mohon maaf kalau tuan punya resepi terbaca eh...harap sudi tinggalkan link kat sini...Ni pun kira agenda mengukis hari Ahad hari tuh...memang sedap dan rangup gilosss! ^__^, ya la yang x sedap jangan buat kan...kan..


BISKUT OATS CHOC CHIPS
(BISKUT CHOC OATS CRIPS)

Resepi : Penyulawa @ Maklang (sori x jumpa link dah)
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

Bahan :- (*Akak buat 2 x ganda adunan di bawah menghasilkan +- 140 keping saiz agak besar)
  • 130g tepung gandum *
  • 30g tepung jagung *
  • 20g serbuk koko *
  • ½ sk serbuk penaik *
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis * (bahan bertanda * diayak bersama)
  • ¼ sk garam
  • 90 g Quaker Oat Segera
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
Cara :-
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
  4. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  5. Potong atau terap dan letak atas dulang. (*akak just ketul-ketulkan, letak atas dulang dan tekan dengan garfu kasi leper sikit)
  6. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau hingga masak.
Nota:-
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15 minit. Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi. Maklang tak terap biskut ni sbb angin malas dah datang so maklang buat jer cam bentuk choc. chip...cepat sudahnya... :-D (# akak pun just wat bulat2 dan letak atas dulang, tekan sikit dengan garfu sblm dibakar)




Lontong Johor

Assalamualaikum.....Pagi ni nak share menu hari bila ntaaahhh...sibuk2 memanjang dah lupa...tp yang confirmed memang dah selamat jadi baja dah pun...hehee... Teringin ya amat nak makan lontong....ha baru ingat, resepi hari Ahad...hehe, keji tak?? Baru nak entry....adeeiii.. sibuk mengukis la kononnya hari tu...wat biskut cornflakes tu ha, dengan Oat Choc Chips..eh x entry lg yg ni eh...nanti-nanti la eh..

Wallaaaaaaaaaaaaahhhh sedap giloosss, cukup segala rasa bahannya tuh...melekat kat tekak punyalah bessstt... Dan dengan tak disangka-sangka, anak-anak dan suami terceenttaaa suka sangat pulak dah, menghirup2.... Adeeeh Mat, terima kasih banyak lah sebab share resepi nih...simple-simple pun sedap komaaiinnn...!! Xleh nk cakap panjang dah....meh akak copy kan ke sini lak eh...hehee...Tapi akak xda la serunding udang kering tu Mat, tibai jek dgn serunding daging K.Terengganu Najiha beli masa pi rombongan sekolah dia ngajor tu sebelum puasa aritu..hehe

LONTONG JOHOR
Resepi: Mat Gebu @ DTS

BAHAN KUAH LODEH :-)
  • 1/4 biji kobis bulat, dihiris, cuci dan toskan
  • 15 tangkai kacang buncis, hiris serong
  • 2 keping tauhu keras, dadu besar
  • 70 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
  • 2 keping tempe, didadu
  • 1/2 biji sengkuang, hiris memanjang
  • 1 biji lobak merah saiz sederhana, hiris memanjang
  • 1 cekak soo hoon, kerat
  • 2 batang serai, dititik
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 1.5 liter santan cair
  • 400 ml pati santan
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
  • Nasi impit secukupnya
  • Serunding kelapa
  • Sambal tumis
  • Telur rebus, dibelah dua
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KUAH LODEH :-Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum, tambah 1/3 camca teh serbuk kunyit dan tumis sekejap lagi. Masukkan tempe, sengkuang dan lobak merah, kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Tambah fucuk, kobis dan kacang buncis, gaul rata, biar sayur lembut. Masukkan soo hoon, tauhu dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LONTONG JOHOR :- Letak secukupnya nasi impit dalam bekas sesuai, tuang kuah lodeh secukupnya bersama isi2nya sekali. Letak telur, serunding dan sambal tumis. Hidangkan segera. (*akak xda lah serunding udang kering tu....bahan dgn serunding daging Terengganu jek laa..hehe)