Friday, August 19, 2011

Kuih Badak Berendam


Assalamualaikum.....Dah hari Jumaat eh! Bersyukur ke hadrat Allah swt. kerana masih dipanjangkan umur untuk menjalankan ibadah puasa Ramadhan ini, moga-moga kita semua dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi di Ramadhan yang akan datang....amiiinn...amiiin...amiin...

Pagi ni akak tak berhasrat nak berceloteh panjang sangatlah. Nak ajak adik2 dan kakak2 semua mencuci mata jek dengan kuih badak berendam ni. Menu wajib setiap kali Ramadhan....bulan lain tak berapa rajin nak buat. Kalau buat nih...sekali makan memang 5 6 ketuii leh masuk mulut sekali gus....favourite family laa katakan....hehe.

Cara akak buat ni adalah style arwah Opah (al- Fatihah untuk arwah) yang tentunya berasal dr Perak la bila panggil Opah ni kan...cara pembuatan memang turun-temurun ke mak akak dan akak lah sekarang kan.. Jom layaaannn... Bila buat kuih ni mula la teringatkan Azila, isteri Ben yang baru pregnant tu...huhuu.. Suka sangat dia dengan kuih ni..

Akak dah banyak kali buat dan letak resepi/entry di Sini dan Sini...Jom layaaannn....


KUIH BADAK BERENDAM
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air/secukupnya
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu teh pes pandan/pewarna hijau
  • daun pisang secukupnya - dilayur atas api, dilap dan dipotong 1 keping bentuk loyang (lebihkan dari paras tuang santan nanti)

Bahan B:- (Santan/Bahagian Putih)

  • 3 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan gula pasir - untuk tabur

Untuk Inti:-

  • 2 cawan kelapa parut muda
  • gula kabung/gula merah/gula kerek secukupnya (ikut manis)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit air (optional)
(*masak inti hingga rata dan kelapa sedikit kering dari airnya...guna api perlahan dan sejukkan)

Cara-Cara:-
  1. Bancuh bahan A dan uli gaul hingga lembut jadi doh.
  2. Alas daun pisang dalam loyang sapu rata dengan sedikit minyak.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Buat bulat kecil di atas piring dan masukkan inti. (Tutup balik doh dan kalau rajin buat bentuk 3 bahagian mcm gambar bwh sekali. Xpun buat je bulat2)
  5. Letakkan di dalam loyang (jarak2 sikit). Buat hingga habis. (terpulang nak letak dalam loyang besar atau kecil2)
  6. Taburkan gula lebihkurang 1 atau 1 1/2 sudu besar rata-rata dalam loyang yang telah diatur doh tadi.
  7. Sementara itu, bancuh bahan B kecuali gula pasir. Kacau hingga sebati. Tapiskan.
  8. Tuangkan kuah santan ke dalam loyang perlahan-lahan sehingga 3/4 bahagian doh (jika doh macam akak buat tu, bentuk tinggi) ataupun separuh loyang (jika doh bulat2 je).
  9. Kukus selama 12 - 15 minit. Angkat dan sejukkan.
  10. Ceduk ke dalam bekas bila nak makan....bessshhhh!!
pergghhh...makan x ingat apa daaahhh..! hehhee


21 comments:

  1. Tak kecut pulak badak tu asik berendam je ye Mi? Hihihi... ampun! Peace! Kita lom berkesempatan nak ce terai resepi. Huhuhu....

    ReplyDelete
  2. salam..
    kak ummi smlm saya ada try resepi akak.. asam pedas ikan bawal dgn tomato & tofu telur masak tom yam.. sedap sgt2 kak ummi. suami balik2 puji masakan tu sedap. hehe sbb saya mmg x reti masak jd bila first time masak2 asam pedas mcm tu suami n anak2 balik2 menambah sampai time buka puasa bertambah 2 kali dan sblum tidur makan lagi. terima kasih kak ummi resepi2 tu. ble kan saya copy resepi2 kak ummi utk panduan saya memasak di rumah

    ReplyDelete
  3. ummiii pandainmya ummiiii tau apa diaaaa main alas segala dgn daun pisang mmg kretip laaa kalu ilah terus jer masuk dlm bekas...hehehe

    ReplyDelete
  4. takde keje lain badak ni.. berendam je tau nyerr!

    tapi kan.. baik badak berendam dari mem'badak':D

    alaaa enaknya kalau dpt menikmati.. karer pun segarrr sungguh K'Ummi..

    ReplyDelete
  5. salam kak ummi.. lama x jenguk2 kat sini..selamat berpuasa, waa..sedapnya kuih badak berendam tu..zana kalau nak makan kenalah beli, nak buat rasa malaslah pulak! sbb bila buat kita makan sorang2 jer... :D

    ReplyDelete
  6. salam kakummi..kuih badak berendam makan time bulan pose memang nikmat...hehehe

    ReplyDelete
  7. kak ummi...mas berangan2 nak buat badak berendam ni..
    tapi tak buat2 lagi..
    sedapnya tengok..

    ReplyDelete
  8. dah lama Liza tak buat kuih ni,bkn apa coz anak2 tak makan, harapkan kitaorg berdua jer, tu yg malas tu...hihihi

    ReplyDelete
  9. smlm masa berbuka br wat hehehee
    kebetulan same la kak...:)

    ReplyDelete
  10. comel2 badak tu berendam hehehe. mcm2 name pelik kuih2 kat mesia ni kan camne la dapat name tu :) satu lg lompat tikam camne leh dpt name tu ek????

    ReplyDelete
  11. kuih fvrte org pahang wehhh... :)

    ReplyDelete
  12. suka makan tapi malas buat. nasib ada satu gerai kat sini yang buat sedap

    ReplyDelete
  13. suka makan tapi malaas nak buat intinya.

    ReplyDelete
  14. si azila mmg suka..
    kelakor kan tahun lepas dia dok cari merata

    kalau area sini.. mmg kak yatie boleh buatkan..hehehhe

    ReplyDelete
  15. haa gini la rupa kuih badak berendam. dia nyer kuah tu mcm nak ke taik minyak sikit kan, arwah aboh sukeee amat kuih ni. sedara saya kat temerloh dia kukus kuih ni dlm piring, pastu senang sepiring sorang makan 4 ketui. comel2 jee

    ReplyDelete
  16. kak ummi sedap badak berendam ita lum pernah buat lagi ramadan kali ni... sedapnya makan kalau waktu sebagai pemanis mulut sesuai sangat

    ReplyDelete
  17. antara2 kuih yang tak pernah buat. hehe.. tiupkanlah angin seru membuat kuih ni kat sini kak! ngeh2..bestnya kalau ada org buat pastu hantar kat sini. (berangan2) ahaha..

    ReplyDelete
  18. tun x penah buat n xpenah mkn.. aritu masa org duk tunjuk2 mmg terliur, tp penyakit M dtg pulak.. hehe.. nmpk sedap je tuu

    ReplyDelete
  19. ala-ala butir nangka (stail kelantan).fvrt bulan ramadhan jga.

    ReplyDelete