Assalamualaikum....
Di kesempatan ini, akak ingin menyusun jari sepuluh dengan penuh keikhlasan hati memohon ribuan maaf terhadap kalian semua, teman blogger yang akak kasihi. Sebarang kesilapan dalam pertuturan, tingkah-laku, gurau-senda, tegur-sapa dan usik mengusik sesama kita sepanjang akak bersiaran di alam maya ini adalah tanpa niat dan tidak disengajakan. Namun akak tidak pernah lupa siapa diri akak, dan siapa mereka di sekeliling akak yang telah tanpa jemu memberi perangsang dan semangat untuk Home Sweet Home bertapak hingga ke tahap sekarang ini.
Akak akui bahawa pastinya ada sikap kita yang bergelar manusia ini yang tidak sempurna dan tidak dapat tidak, pasti ada yang berprasangka yang tidak enak dan membawa kepada kemudaratan dalam hati kita sendiri...Mohon dijauhkan lah hendaknya. Percayalah, itu semua adalah dari kekhilafan diri akak sendiri, segala yang baik-baik adalah dari Dia yang Maha Agong. Segalanya yang tidak baik sekiranya ada yang terusik rasa, tidak pernah terniat dan disengajakan sama sekali.
Semoga Aidilftri yang mendatang akan mengembalikan kita kepada fitrah diri yang sebenar dan persahabatan di alam maya ini akan bertambah erat dan dijauhkan dari segala prasangka buruk yang sentiasa menjadi batu api dalam ikatan ukhwah sesama kita. Semoga kita semakin akrab dan mesra dan rasa keikhlasan hati akan sentiasa menebal di jiwa....
Oleh itu, sudi-sudikanlah menerima kad raya dari akak ini untuk digantungkan di dapur kalian semua....hanya ini yang sempat akak lakarkan sebagai tanda ingatan untuk kalian yang disayangi.
Sekali lagi, salam penuh kemaafan dari akak dan akak bersyukur dipertemukan dengan kalian di alam maya ini. Salam sayang dan selamat berhari raya. Semoga Aidilfitri ini memberi seribu pengertian dan keceriaan kepada kita. Kalau makan lemang dan ketupat tu, ingat-ingatlah akak yea...ingat juga kepada saudara sesama Islam kita yang hidup melarat di bumi yang telah ditumpahkan dengan darah mereka sendiri dan mereka yang susah. Teruskanlah amalan bersedekah biarpun telah melepasi Ramadhan nanti....Hendaklah kita sentiasa bersyukur kerana Allah swt. masih memberikan seribu rahmat dan kebahagiaan kepada kita semua...

Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar!! Allahu Akbar Walillahil Hamd...
Selamat Hari Raya buat Kak Ummi sekeluarga..maaf ats segala kekurangan & salah silap yer..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Ummi dan keluarga. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri buat kakummi jugak...mohon maaf jugak kalau ada salah silap...dah lengang dah blog..semua dah balik kg...hehhehe
ReplyDeleteSlmt hari raya buat k.Ummi sekeluarga.maaf jika ada salah silap.
ReplyDeletemoga bahgia di lebaran ini...
selamat menyambut lebaran kak ummi sekeluarga, moga bahagia di hari raya....
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri kat Ummi Sekeluarga. Have a safe journey balik kampung yea.
ReplyDeleteselamat hari raya buat ummi sekeluarga.. maaf jg diminta andai ada silah dan salah ya
ReplyDeleteSalam Idilfitri buat Ummi sekeluarga... kalau balik Bentong tu singgah lah rumah gee
ReplyDeleteSelamat hari raya buat kak ummi sekeluarga, moga Syawal kali ni lebih bermakna dan diberkati. Amin.. ;D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat kak ummi dan keluarga
ReplyDeleteMaaf Zahir dan Batin
Dari
Azlita Masam Manis
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat Kak Ummi sekeluarga...sayang akak...muahhhhh...
ReplyDeleteSelamat hari raya buat Ummi sekeluarga.
ReplyDeleteSlmt Hari Raya, maaf ya kalau ada salah atau tersilap kata.... AlongRoz
ReplyDeleteSila lah amik kad dari Along.
salam kak ummi..
ReplyDeleteSalam Aidilfitri jua buat Kak Ummi sekeluarga ye.. maaf zahir batin..
selamat hari raya kak ummi...
ReplyDeletejemput singgah umah amek kad raya ye...
selamat hari raya kak ummi.. maaf zahir dan batin ye kak
ReplyDeleteAssalamualaikum akak ummi cayang..
ReplyDeleteSalam Aidilfitri buat akak sekeluarga..
andai ada yang terkasar bahasa.. terlanjur kata... tersilap duga.. mohon d maafkan yer akak..
Selamat hari raya khas buat kummi and family.. maaf andaikata ade terkucil.. tergurau lebih selama kita berucapan dialam maya ini.. hv a blessed one yah!
ReplyDeleteSalam Aidifitri buat Ummi sekeluarga,pohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dan bahasa semamsa memberi komen diblog Ummi ya??
ReplyDeleteSalam Aidilfitri buat Kak Ummi & family..
ReplyDeleteMaaf zahir batin sekira ada silap bicara & gurau senda sepanjang perkenalan kita ..thanks juga sudi berkongsi recipe2 yang sedap2 belaka..biskut green peas tu sedap kan kak..rumah kita dah tinggal sikit dah..heheh..thanks for trying & kita ambik kad buat gantung dirumah kita ya kak
Oeya pun sebaliknya ye Kak Ummi.. Gembira mengenali Kak Ummi :)
ReplyDeleteMau ku abadikan kad ini..