Saturday, July 30, 2011

Ayam Aneka Cili

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu...Akak tengah bz nih...rumah tengah macam tongkang pecah sebab acara upgrade bilik anak dara sedang berlangsung..hehehe, kerja-kerja mengecat sedang dijalankan oleh anak2 dara, anak teruna n abahnya....atas meja makan ni penuh dengan buku-buku yang dikeluarkan dari almari sompek yang akan bertukar yang baru... Dan dan jek akak pi kedai beli almari buku baru tengahari td....kesian tengok almari lama dah nazak tersembul2 keluar...hehee...Buku2 pulak melambak nak kena pilih-pilih japgi. Tu duk dengar diaorg tengah discuss nak pusing kedudukan katil segala begitu begini...sambil riuh rendah gurauan terdengar...suka pulak tengok. Tapi janganlah ada orang yang singgah...mmg pengsan tengok nih...hahaha

Sementara itu, meh la layan lauk akak masak tengahari semalam dah ni.... Kebetulan nak menghabiskan ayam yang x sampai setengah ekor tu ha...Potong aje kecik-kecik. Memang sedap kata anak-anak, hb sendiri pun suka, katanya cukup dengan pedasnya, manis masinnya... Ayam ni ada kelainan sebab menggunakan beberapa jenis cili...Jom tengok resepi.

AYAM ANEKA CILI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 400 - 500 gm ayam - dipotong kecil-kecil
  • 1 labu bawang besar - dimayang kasar
  • 4 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 6 tangkai cili padi - diketuk pecah sikit
  • 8 tangkai cili kering - dikerat serong
  • 1/2 sudu teh lada hitam yang telah ditumbuk halus
  • 1/2 biji lada benggala hijau - dipotong memanjang/dadu
  • 1/2 biji lada benggala merah - dipotong - sda -
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang
  • 7 urat kacang panjang - patah-patahkan 2 inci panjang
  • 2 sudu besar kicap pekat (akak guna jenama ABC)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu teh gula/secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan, ditoskan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan 1/4 cawan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, cili kering dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan lada hitam, sos dan kicap, kacau sebentar.
  4. Masukkan ayam dan lobak merah, kacau rata sebentar.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan pula kacang panjang dan lada benggala, kacau sebentar jangan terlalu layu.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api.

Friday, July 29, 2011

Ikan Tenggiri Sambal Kantan

Assalamualaikum

Semoga hari ini semuanya beroleh kesihatan yang baik-baik juga untuk kita semua melalui bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Okay lah malas nak bebel panjang, entry ni cadangnya nak masukkan malam tadi, tapi terjelepuk depan tv pulak tengok Harimau Malaya lawan Singa semalam...hehehee. Jom akak share resepi sempoi dari majalah SEDAP nih...dulu akak dah pernah buat sambal kantan nih....Layaaannn.... sangat sedap dan kena jek dengan tekak.... ^___^

IKAN TENGGIRI SAMBAL KANTAN
Sumber: Ummi@Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 keping ikan tenggiri (atau apa2 ikan pun boleh)
  • 6 tangkai cili merah
  • 4 biji cili padi (*akak letak 6 biji)
  • 1 cm belacan yang dibakar (kali ni akak tambah ni)
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 bij buah keras
  • 1/2 sudu teh garam/secukup rasa
  • 1/2 sudu teh gula pasir/secukup rasa
  • 1 kuntum bunga kantan (hiris)
Cara Menyediakan:-
  1. Ikan dibersihkan dan dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng agak garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan yg sesuai.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak dan goreng cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih (x perlu hiris) dan buah keras sehingga masak. Angkat dan toskan minyaknya. (*kalau xnak goreng dulu pun boleh...kisar dulu semua bahan kecuali bunga kantan, garam dan gula, tumiskan hingga naik minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa, tutup api dan gaulkan dengan bunga kantan. Tp lebih sedap digoreng dulu, rasa dan aromanya lebih umphh! )
  3. Kisar bahan goreng tadi bersama garam dan gula pasir hingga halus.
  4. Tuangkan ke dalam bekas, masukkan bunga kantan dan gaul rata. Hidangkan dengan ikan goreng tadi.

Thursday, July 28, 2011

Apam Puteri Ayu - Sesedap Namamu ^_^

Assalamualaikum.....

Dah hari khamis eh...rasa mcm baru semalam jek akak balik kampung dan berkenduri hari Sabtu lepas, bertemu emak abah dan semua adik beradik...cepatnya masa berlalu....minggu depan kita akan memasuki Ramadhan dah, bulan yang mulia,... Semoga kita dipanjangkan umur lagi untuk menghayati bulan penuh berkat dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani rukun Islam yang ketiga ini...amiiinnn..

Okay hari ni akak buat tayangan tertunda jugak laahh...aktiviti hari Jumaat lepas sebelum balik kampung, akak bercuti sebenarnya hari tu. Sekerat hari duk mengukus apam yogurt dan apam puteri ayu ni. Paling banyak akak buat apam puteri ayu ni laahhh, rasanya akak dapat kurang lebih 120 biji macam tu. Apam yogurt tu dapat kurang lebih 50 biji je laa...Siap mengukus apam, akak kacau pulak puding jagung dan kuahnya akak masak di kampung malam tu.

Apam ni dihidangkan jugak untuk geng masjid abah seramai 50 orang bersama puding jagung koktel (yang ni x sempat nak snap gambar lerrr...). selepas acara makan nasi. Ala-ala hotel la kan...course by course...hahah. Dihidangkan jugak untuk beberapa orang jiran dekat rumah yang datang membantu....(sebenarnya diaorg x buat apa sgt dah pun, sebab segala bahan masak kami dah siapkan sebaik tiba di rumah hari Jumaat malam tu...kul 3.00 pagi tdo.. saja xnak harapkan sangat makcik2 jiran, takut gak diaorg uzur x dapat datang kan....naya nanti semua bahan tak siap..hehe


Okay lah....kalau nak resepi sila lah clik kat Sini yaaa...Akak memang suka dengan resepi Azita (Rossitamz) ni....sangat lembuuuuuttt, sedaaaaaaaaaappp... Semua puji tau... Adik akak yg Gombak tu kata, boleh hantar kat hotel nih...hahahhahahah...mentang-mentang suami dia kerja kat hotel...dia biasalah pi sarapan n minum petang kat hotel tu kan.... katanya kuih yg dihantar kadang-kadang x sesedap mana pun...waaaaahhh...menguji keimananku... kang ada akak hantar kat hotel-hotel Kuantan ni pulak...hahahhaa




Dah siap masuk bekas.....tu pun dah kena hentam dek anak-anak dekat 15 biji daah...hehehe...Amacam, leh hantar ke hotel tak? hahahhaha...kedai xmooo...ek elee...

Wednesday, July 27, 2011

Apam Yogurt Kukus Lagi - Merah Yang Menawan

Assalamualaikum.....

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBERIKAN KOMEN UNTUK ENTRY SEMALAM. TAK DAPAT AKAK NAK MEMBALASNYA SATU PERSATU....AKAK HARGAI SEMANGAT DAN DORONGAN YANG DIBERIKAN DAN INSYAALLAH AKAK DAPAT BERTAHAN LAGI UNTUK BLOG HOME SWEET HOME INI...ESOK LUSA TAK DAPATLAH NAK CERITA, KITA MERANCANG ALLAH JUA YANG MENENTUKAN... APAPUN, KALIAN SENTIASA DI HATI AKAK DAN MENJADI PEMANGKIN, TERIMA KASIH SEJUTA......MUAAAHHHH!


Ok, pagi ni (eh pagi ke...dah tengahari kan) nak tayang apam yogurt kukus Rima yang best nih...Kali ni akak buat untuk bawak balik ke kampung. Akak kukus hari Jumaat hari tuh...kiranya untuk hidangan kepada orang2 yang buat kerja untuk kenduri doa selamat kat kg akak baru-baru ni... Tp yang ramai menyental nya ipar duai, adik-adik dan cucu-cucu Haji Zaihadi laaa....teruja sangat tengok apam ni...dah la tuuuu...sedap pulaaakkk.... Akak pulak letak kaler "bright red" gitu....menyerlah dan menawan kan...kan.... So ini tayangan amal je la eh...no request please....hahahhahaa


Sebenarnya tengah kukus apam ni baru sedar yang papercup x berapa nak cukup daaahh..ada pun saiz besar dr acuan lubang-lubang tu....last-last akak kukus gak la sebahagian dalam muffin cups jek...jadi xleh nak bubuh adunan lebih2 sangat, nnt terkenyang dan x adil pulak dgn yg dalam paper cup tu....kan. Okay layan jek eh...untuk resepi click Sini je la eh... Thanks to Rima, berbaloi-baloiiiii...




Tuesday, July 26, 2011

Home Sweet Home Digam Stailista Pulak Daahh ^____^

Assalamualaikum......Jeng-Jeng-Jeng......Inilah jawapan kepada Projek Suka-Suka kat bawah tu...hehehee... Blog Home Sweet Home digam oleh Editor Majalah STAILISTA pulak daaaahhh... Adeeeeiiii...

Kisah bermula bila akak dengan terkejut dan terkedu (bukan terkedutzzz okaayyy) mendapat email dari salah seorang kakitangan majalah ini yang memperkenalkan dirinya sebagai Encik Khai (Khairuddin) yang menyatakan telah menerjah dan menjelajah dapur Home Sweet Home dan TERberkenan dengan resepi-resepi yang dipaparkan. ..haha. Beliau lantas menulis email menyatakan hasrat (bukan lamaran okehhh...kena ketuk paler dgn cik abg kang) untuk akak sumbangkan masakan-masakan untuk santapan pengantin. Akak kan dengan berkerut dahi, berkelip-kelip mata rabun akak ni membacanya. Dua tiga kali baca duk fikir ya ke nih...ya ke nih!

Setelah bertanyakan pendapat cik abg tercinta dan anak-anak dara dua orang tuh...diaorg memberikan respon yang cukup positif...katanya akak boleh!! Anak dara siap cakap...caiyok, caiyok... Ceeehh..mmg tau dah tu... mmg kena pegang periuk la kan..kan... Menurut Encik Khai memang tiada bayaran dibuat, ianya hanyalah sebagai sumbangan ikhlas untuk dikongsi ataupun sebagai salah satu cara untuk Caterer ataupun Tukang-Tukang Masak mempromosikan bisnes masing-masing (haha...masalahnya akak bukan caterer, bukan tukang masak dan bukan berniaga pun...). Sebenarnya, akak biasa melakukan semua ini semasa majlis perkahwinan adik-adik akak sendiri je, golek-golek ayam, percik-percikkan ikan, sambal-sambalkan udang...hahahhahaaa, yg penting hiasan kasi umphh! Betul tak??

Setelah berfikir ianya sebagai satu sumbangan kepada pembaca atau mereka yang ingin mencuba, akak terima cubaan ini untuk melihat hasil masakan (simple-simple jek pun) dan suka-suka bermain dengan hiasan makanan. Memang nak terbongkang rasa, 5 jam duk kat dapur dan sempat menyiapkan 4 jenis masakan ni dulu....hadoiiii, sorang-sorang...dari kul 11 hingga 3 petang. Pastu cepat-cepat nak mengejar cuaca dan matahari yg cantik untuk mengambil gambar kat luar rumah....hahahhahah... Pastu, pengsaaannn...haha. Dan inilah hasilnya yang sempat akak buat...resepi santapan pengantin biasa2 jek kan...hiasan jek lebih..hahahaa.. Masih lagi ada menu tertunda yang belum akak siapkan spt ayam golek, dessert, kuih dan sebagainya... Encik Khai duk tunggu jek...wahahahhaa. Yang nak tergelaknya, Encik Khai ni igt akak ni suri rumah...so byk masa la kan...hahahhaha, kita kerja, balik mcm lipas kudung, cuti pun mcm cengkerik tercekik...hahahhaa

So ini je lah hasil mahsul dengan masa satu hari jek dan amat terbatas (rumah mcm tongkang x berkemas hari tu..haha). So silalah kasi pendapat untuk akak perbaiki lagi, jangan segan-segan k...akak sekadar mencuba untuk melihat hasil gambar di majalah je ni...resepi biasa2 jek..

Cuma akak RALAT tang resepi Rendang Daging Kerisek ni kan..kan....bahan utamanya...kerisek, tertinggal taip haaa...adeeeiii, dah cek dah masa awal2 taip, ada...pastu masa edit2 tulisan ketepi ketengah segala, send jek, x perasan terdelete bahan 200 gm kerisek....uwaaaaaaaaaaaa...sori byk-byk... Dalam bahan xda, dalam cara memasak ada pulak...kuii, kuiiii... Satu lagi untuk resepi nasi tu, diaorg x letak pulak namanya Nasi Minyak Pancawarna. Tang resepi tu, inilah akibatnya menaip dan upload gambar semua malam2 buta...huhuuu..kesian akak kan...ralat sungguh rasanya....kang org kata kita jenis bagi resepi x betul punya...uwaaaa...Maaf la eh...

Akhir kata untuk projek ini, akak dedikasikan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat suami tersayang yang sentiasa memberi dorongan, sanggup sama-sama menjelajah pasar tani (mmg selalu pun..hehe) dan anak-anak dara yang membantu menyiapkan tugasan hiasan, sangat2 akak hargai. Anak-anak bujang tolong jugak, tolong makan....hahaha.. So inilah jawapannya, x pasai-pasai diaorg makan nasi pengantin hari tu...hahahhaha...

Kepada adik-adik dan kakak-kakak blogger semua....you all mmg pemangkin semangat akak yang kadang-kadang hilang dek masa yang sangat cemburu...akak gagahkan jugak untuk update....sayang korang semua....!!! So ini satu lagi hadiah dari akak....jika berkenan dan sudi nak buat untuk kenduri kahwin sanak saudara, silakan...dapatkan majalah Stailista bulan Ogos k. Memandangkan majalah ini baru di pasaran, so jangan carilah di book store besar2 mcm Popular or MPH tu eh..belum ada di situ...cari di kedai2 majalah biasa jek..insyaAllah ada...hehe

Kepada Encik Khai, terima kasih kerana sudi menghubungi akak dan mempelawa akak menyumbangkan resepi-resepi sempoi akak. Maaf kerana lewat menghantar resepi-resepi baru lagi ni..huhuuu. InsyaAllah jika masa menyebelahi akak...

Sebenarnya ada lagi satu projek untuk majalah lain....adeeehh x terkejar.... Apapun, wang bukan segalanya bagi akak, perkongsian itu yang penting, moga memberi manfaat dan sedikit panduan untuk yang berminat meletakkan diri di dunia masak-masak ini kan...kan... Agaknya akak pun masih bekerja, x sempat masa nak fokus ke sini...eh!

Salam sayang dari akak....muaaahhhh!

Monday, July 25, 2011

Projek Suka-Suka, Untuk Apa Eh?? ^__^

Assalamualaikum.......Taraaaaaaaaaaaaaa.... apa khabar adik-adik sekalian (*kakak-kakak ada ke...sorang berdua je la kot..hehe). Sorilah menyepi tanpa entry baru, penat sangat balik dari kenduri di kampung cuti hujung minggu baru-baru nih.... Dari pagi jumaat bz mengukus 2 jenis apam dan mengacau puding jagung berkuah koktel untuk hidangan kepada jiran-jiran mak yang tolong menyiang dan mengupas segala bahan.... Okay kita tinggal cerita tu dulu eh...

Sekarang apa? sekarang apa...sekarang apa laaaaah sayaaanngggg.... Hehee... Tengok betul-betul dan cuba teka.... Projek apakah ini? Teka laaaa dulu.... Xpun tengok jek kalau xnak teka... Jangan sebut akak nak sambut menantu sudah laaa.... Atau jangan sebut abang rimau kahwin lagi pulak....tu keji tuuuuu...hahahaaa... Tapi memang laah, x pasai-pasai family akak dapat hidangan ni....hehe...Hana n Mat, jangan masuk campur eh....akak lepuk kang...duk diam-diam tengok... Xpun pi main jauh-jauh...
Okay, yang lain tu...boleh mula meneka dari sekarang.... 1, 2, 3..... tekaaaaaa..... ^___^

Nasi Minyak Pancawarna

Udang Sambal Bahtera Damai

Rendang Daging Kerisek

Pajeri Nenas

Friday, July 22, 2011

Tofu Telor Bersarak

Assalamualaikum.....semoga semuanya sihat walafiat dan diberkati Allah jua hendaknya. Waaah dah jumaat dah eks...hehee... Akak bercuti hari ni, sebab nak masak-masak kuih sikit tuk bawak balik kampung petang nanti, ada kenduri doa selamat sikit, kecil-kecilan jek. Sengaja kami semua rancangkan sempena menyambut puasa dan juga bertemu dengan semua adik beradik dan anak menantu Haji Zaihadi dan Hajah Zoiyah laa... kira ZZ Community gitu... Yalah, kat FB tu pun kitaorg dah lama create community untuk kami semua.. Segala masalah, rundingan dan berita terkini kaum kerabat Haji Zaihadi akan diupdate di situ.... kira-kira round table pun boleh kat situ kan...

Ya lah kan...kita adik beradik ni kena bersatu, walaupun terdapat kekurangan dan kelebihan tu perkara biasa walaupun kita semua dari satu rahim. Cuma cara kita adik beradik menyelesaikan sesuatu sengketa dan masalah itu yang penting...Yang tua jangan ego, yang muda pun janganlah nak berlagak pandai dan rasa cukup smart kan... Walau sebesar mana pangkat dan darjat kita di tempat kerja, tetapi di rumah kita tetap harus menghormati mengikut pangkat jugak kan... Orang tua kita tentu bersedih hati yang kadang-kadang dipendam sahaja jika melihat ada antara anak-anak menantu tidak lagi bersatu, ada sayap kiri, ada sayap kanan..susah kan...kira keruntuhan institusi keluarga jugak tu..

Seperti kata Ustaz Muhammad dalam Program Tanyalah Ustaz pagi ni, dalam tajuk Disiplin Keluarga Bahagia, kita harus mengambil kira 3 pertalian atau hubungan penting ini. Pertama, suami dan isteri, ke2 dengan ibu dan bapa dan ke3 dengan adik-beradik. Jika semuanya berkeadaan baik dan kukuh, insyaAllah, hidup kita juga bahagia... Doakan hubungan2 ini agar bertambah erat. Kalau dari hubungan keluarga pun dah retak, susahlah nak bermuafakat. Ingatlah walau apapun pangkat kita di luar sana.... So, renung-renungkan, selamat beramal...hehehhehe... Weeey bertazkirah pulak hari jumaat nih...akak cuma sampaikan sahaja supaya kita tidak terleka okay...take it positive!!

Jom-jom layan lauk sempoi nih...sesuai la kalau nak masak untuk bersahur di Ramadhan yang bakal menjelma nanti...mesti laju makan nasi...hehehhee. So akak mungkin bercuti siaran cuti hujung minggu nih...balik kampung, o oo ooo...balik kampung...hehehe

TOFU TELOR BERSARAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 paket tofu telor (tauhu jepun) - dikerat 3 setiap satu
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 3 tangkai cili merah *
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 6 - 7 batang kacang buncis - kerat panjang 3 inci
  • sedikit lobak merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 2 inci
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa (optional)
  • minyak masak secukupnya
Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dan goreng tofu telor hingga berkulit, angkat dan toskan.
  2. Kurangkan minyak tinggal 4 sudu besar dan tumiskan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan lobak dan diikuti kacang buncis.
  5. Kemudian masukkan pula tofu telor tadi. Kacau rata perlahan agar tofu tidak hancur.
  6. Bila semua bahan telah bersalut, seimbangkan rasa. Tutup api.
  7. Taburkan daun bawang (tapi akak terlupa weehh nak tabur...adeeiii..hehe) dan kacau balik perlahan biar rata. Hidangkan.

Wednesday, July 20, 2011

Kek Kukus Hujan Panas

Assalamualaikum.....waaah dah nak tidor ke....meh la masuk rumah akak dulu...makan kek nih...wallaaaaahh sedap gilosss.....x nyesal buat tau...ala-ala candy gitu....mmg rupa x berapa lawo sebab susah nak potong disebabkan campuran kelapa yang mmg menyedapkan lagi rasa kek nih....akak makan banyak x nyesal...hahahhaa. Kek ni mmg peroii sikit lah bila nak potong sebab kelapa warna warni tu kira banyak tahap gaban....moiiiisssttt sungguh, harum lagik...adeeeii.

Memandangkan kek ni mmg jenis moist, gebu, lembut peroi gitu, akak ingat elok dibuat dalam muffin cup/acuan kecil2 masa kukus...senang nak makan...xyah potong-potong... Jom semua pakat-pakat buat kek yang sedap nih....Resepi ni akak ternampak masa duk intai-intai kat Kongsi Resepi la nih....dari dapur Ryo....jom semak resepi... Akak ada adjust sikit lah bahan sebab akak buat half dr resepi asal dan sedang elok jek manisnya, kalau nak kurangkan jgk leh kurangkan +- 3 sudu besar gitu...Separuh adunan kek ni pun dpt byk..l Kalau ikut resepi asal, boleh makan dgn jiran sepanjang lorong..hahahhaa. Terima kasih kepada Ryo kerana berkongsi resepi kek yang enak banget nih!


KEK KUKKUS HUJAN PANAS
Resepi: Ryo
Sumber: Kongsi Resepi
Diolah 1/2 Adunan: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (bertanda merah = separuh adunan)
  • 325 g butter/margerin (akak letak 160 gm)
  • 1 1/2 gelas gula (akak letak 3/4 cawan)
  • 2 1/2 gelas tepung gandum (akak letak 1 1/3 cawan)
  • 5 biji telur gred A (akak guna 3 biji telor gred A, rasanya kalau guna 2 biji pun ok)
  • 150 g seri kaya (akak letak 80 gm)
  • 50 g susu pekat manis (akak letak 25 gm)
  • 300 g kelapa parut (akak letak 130 gm)
  • sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.

Caranya :

1. Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih
2. Pukul butter bersama gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan serikaya, susu dan tepung. Pukul lagi hingga adunan sebati, ketepikan.
6. Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu.
7. Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan, gaul sebati.
8. Tuang adunan ke dalam bekas 9"x9" yang sudah di griskan, tutup dengan aluminium foil. (akak guna loyang bulat 7 in. utk separuh adunan ni)
9. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.
10.Potong apabila kek dah sejuk.

Pesanan Penaja :) - kalau malas nak carik kelapa tua,pi kedai beli kelapa parut yang dah kering tu pun boleh,cuma rasanya sedikit berbeza ler.





sorilah x berapa cantik potongan, sebab mmg betul2 peroi lembut gitu....sedap sesangaaatttt!!

hasil selepas dikukus...mmg ngam, ngam sap suiii..hehe, xda rekah2 sgt pun.. ok je..


Tuesday, July 19, 2011

Mihun Singapura

Assalamualaikum....salam sayang dan terima kasih kerana masih sudi menatap dapur akak walaupun hidangan simple je ni tapi paling digemari oleh anak-anak akak taauuu...semua suka mihun singapura nih, nak nak makan dengan sambal kicap tuh...weeeyy, x sedar 2 pinggan, hehe...Lama dah x masak mihun ni. Nak tunggu orang Singapura hantar x tau laaa bila leh dapat nih....ntah bila leh sampai ke rumah Ayu dan Rima...hehee.... So terpaksa la org Kuantan goreng sendiri... Dah banyak kali sebenarnya akak buat, kadang-kadang x letak resepi pun....biasa-biasa jek kan..semua pandai goreng mihun nih..hehee.. Tapi kali ni ada sedikit kerajinan akak, C n P dari resepi sebelum nih....akak adjust jek bahan...udang sotong sume xda, guna ayam dan fishcake n fishball jek...no prob maaa....liciiinn... Jemput cuci mata yeaa....hehe... Sorilah tayang malam2 ni eh...ni jek masa yg sempat nak entry...huhuu

MIHUN SINGAPURA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:-
  • 1 paket meehoon (rendam dan toskan)
  • 200 gm bunga kobis
  • 1 batang carrot - potong halus2
  • 1/4 biji kobis
  • 2 biji cili (merah dan hijau)
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 5 ulas bawang putih - racik halus
  • 15 ekor udang basah (akak x letak pun kali ni)
  • 2 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
  • 2 keping isi ayam - potong kecil
  • 1 paket bebola ikan (fishball) - belah 2
  • 1 paket kek ikan (fishcake) - potong nipis
  • 3/4 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air untuk melembutkan mihun
  • Garam
Bahan Sos Cili Kicap (dikisar bersama):-
  • 15 tangkai cili padi
  • 1/4 cawan kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh cuka
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang kecil hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau sebentar.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, kicap dan sos tiram diikuti dengan fishball, sotong dan udang. (*akak x letak sotong dan udang kali ni) Kacau lagi.
  4. Masukkan karot dan bunga kobis. diikuti dengan sayur kobis, cili potong dan garam.
  5. Tambah air sedikit dan masukkan meehoon. Kacau rata hingga meehoon lembut (tambah air jika perlu).
  6. Bila sudah masak, hidangkan bersama sambal kicap dan cili padi. Taburkan bawang goreng..(akak x buatpun bawang goreng kali ni)
sos kicap cili padi ni penambah selera...wahahaha

sempoii aje...bawang goreng pun x buat...hehe


FUUH LEGA, ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH SEMUA

UPDATE

ALHAMDULILLAH, SEMUANYA BERJALAN LANCAR, NO ULANG-ULANG SKRIP, OKAAYYY....STRAIGHT JEE.....ALA-ALA BERLAKON DRAMA JEK...HAHA....ALAAAHAI TIDAKLAH SEKENCANG MANA NAFAS, WALAUPUN BERDEBAR, SIKIT-SIKIT TU BIASALAH KAN....INSYAALLAH AKAK AKAN DIBERI CD RAKAMAN TERSEBUT SEBAGAI KENANGAN SELAIN BARANGAN SUMBANGAN NESTLE. KALAU DAPAT, AKAK SHARE LA JIKA ADA KEUPAYAAN....DAN RASA PERLU...K.

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL DI SINI, BUAT KAK LIZA YANG SUDI TELEFON BERTANYA KHABAR, MAMAFAMI YANG SUDI YM, MAT DAN BEBEN YANG AWAL-AWAL MENGUSIK TAK KIRA DI BLOG INI, SEMUA YANG BERCELOTEH DI WALL FB AKAK, DI TALIAN BIMBIT...TERIMA KASIH BYK. INI BUKAN ANUGERAH BESAR PUN, BUKAN DAPAT DUIT RIBU RIBAN PUN, SEKADAR BERKONGSI APA YANG ADA, AKAK DAH AWA-AWAL IKHLAS NAK TERIMA DEMI NIAT NAK SHARE BERSAMA PENDENGAR RADIO PULAK, ITU SAJA. TAK FIKIR YANG LAIN-LAIN..KALAU ADA ITU SEMUA DATANG KEMUDIAN SETELAH AKAK BERSETUJU.

UCAPAN KALIAN BUAT AKAK TERHARU DAN DARI UCAPAN ITU AKAK TAHU SEJAUH MANA KEIKHLASAN UCAPAN DIBERI. HATI DAPAT MERASAKAN. ENTRY INI BUKANLAH NIAT AKAK NAK BERMEGAH ATAU MENGEJAR "FOFU"LARITI....SEKADAR MENCORET SEBAGAI TANDA KENANGAN BERBLOG DAN SEPANJANG BERSAMA DENGAN KALIAN....

MUNGKIN DI LAIN WAKTU DAN MASA, KALIAN JUGAK AKAN MENGALAMI PERKARA YANG SERUPA...MANA TAU KAN...AKAK DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK SEMUA DAN JIKA ADA YANG TAK BERKENAN TU, AKAK MINTAK MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI...TIADA UNSUR PAKSAAN DI SINI YAA....

TERIMA KASIH KEPADA RADIO PAHANG.FM DAN DJ FIZZA YANG SUDI MENOLEH DAN MEMANDANG AKAK UNTUK DIJEMPUT SEBAGAI TETAMU DAN SAMA-SAMA AKAK DAPAT BERKONGSI ILMU ALLAH INI DENGAN PARA PENDENGAR RADIO PAHANG PULAK, INSYAALLAH... FIZZA, AKAK MEMANG SENANG SEKALI BEKERJA DENGAN MU...TERUSKAN LOYAR BURUK DAN KELAKAR MU ITU..HAHAHHAHA, ADA KAAAA....

PAHANG FM, PAHANG FM.....SATU PILIHAAAANNN....HEHEHE...
(ni lah motto radio Malaysia Pahang..kan Fizza kan..)

SALAM SAYANG DARI AKAK....MUAAAHHHH UNTUK SEMUA..!!

Monday, July 18, 2011

Rakaman Dengan Radio Pahang.fm - Adeeehh Seram Sejuk


Assalamualaikum, selamat petang (tak tidur lagi kan). Waaaaah, x reti nak mulakan story malam nih... Tapi seronok nak berkongsi rasa dengan kalian.. Camne eh nak cakap....Ni lambang hitam putih tau la kan...Negeri Pahang.... Tapi ada ayat "fm" kat belakang tu, alahaaaiiii.....x pernah terlintas nak bekerjasama atau dilamar mereka...hehe..

Okay lah, macam ni la cerita (selepas mendapat keizinan dari orang yang berkenaan dah ni), last week masa akak on9 kat FB, tiba-tiba akak disapa oleh salah seorang yang dah akak accepted as friend in my FB list ntah bila. Waaaaaaa, siap perkenal diri dia sebagai Fizza seorang DJ Radio Pahang.fm... kelakar bukan main, loyar buruk pun pandai...hahaa....Selama ni akak x tau pun dia ni sangat suka masuk blog akak nih...hari-hari....sampai geng ofis dia asyik duk menyakat jek, hari-hari nak tengok blog kak Ummi tu, x sah hidup kalau sehari x tengok...itu menurut cerita Fizza.

Dipendekkan cerita, masa dia perkenalkan diri, akak taklah terfikir apa-apa pun, ingat nak tanya masalah masak-masak ke, nak tau guna alat itu ini macam mana, nak cari barang baking or acuan kat mana...sebab soalan2 macam ni memang biasa akak terima dari sahabat FB mahupun followers blog akak tuh melalui email jgk... Kadang-kadang siap tanya, akak pakai oven apa, ada kipas ke x, macamana nak set suhu segala kat oven, macamana nak guna Pressure Cooker walhal, akak x guna pun PC, belum ada niat pun nak beli...xda keperluan sangat pada akak buat masa ni. Pernah akak dengan Mat bertukar-tukar soalan...Mat dapat soalan, suruh akak jawabkan....Akak dapat soalan suruh Mat tolong cari jawapan...wakakakaa... Pernah kami duk gelak-gelak dan bertanya sesama sendiri...kita ni duta oven ke, duta Kenwood ke, duta tepung ke, duta barangan elektrik ke, macamana kek dia mendap, kenapa kek bantat, adeeiii...

Yang nak gelak tu, resepi yang diaorang try tu resepi orang lain, pastu tanya kat kami yang belum pun try lagi, wakakaa...gelak terover lagik kadang2...sebab x sangka la pulak dapat soalan macam tuh bila jadi blogger masak2 ni, ingat nak share resepi jek.... Bukan lah kami ni ketawa merendah-rendahkan orang yang bertanya, tidak dan tak pernah terniat sama sekali...cuma kami gelak sebaaaaab...kadang-kadang kami pun tak tahu jugak...!! Tu la pasaiiii...kelakar kan..(okeh lah cerita ni xda kena mengena dengan tajuk di atas k...selingan jek, hehee)

Okay lah, dah jauh pulak tersasar, back on track...haha.. Fizza ni kata, dia sedang dalam program untuk Segmen Tajaan siaran Pahang.fm yang bakal disiarkan sebelah pagi sepanjang bulan Ramadhan nanti. Dia dikehendaki mencari tetamu yang boleh on air melalui perbualan telefon dan memberikan resepi untuk berbuka dan nanti untuk biskut raya jugak... Mulanya akak ingat gurau-gurau jek, rupanya tidak. Selepas dipujuk dan diberi penerangan, bahawa ini adalah rakaman sahaja, akan ada editing suara kot ada tersasul tu kan...barulah akak terima jugak.

Fizza ni kata, xda orang lain dah dia nampak...amboiiihh! Akak x pandai mana, just share pengetahuan cetek sahaja. Fizza memang bagitahu tiada bayaran akan dibuat. Akak x kesah pun, dengan rela hati sudi berkongsi ilmu yang cetek dengan pendengar. Aleh-aleh last minute, Fizza bgtau dia dah dptkan tajaan dari Nestle...huk alaahhh...Resepi hendaklah menggunakan sekurang-kurangya 1 produk Nestle. Menurut Fizza siaran akan keudara pada jam 8.50 pagi (lebihkurang 15 minit) dan program adalah santai sambil sembang sambil bacakan resepi....hehehe..bole la kot eh...Masa siaran, insyaAllah minggu pertama puasa la kot...bila dan kalau sudi nak pasang telinga, nnt akak update k...

So untuk itu, akak pun dah terbelek2 resepi untuk berbuka puasa yang menggunakan barangan Nestle....tercari-cari jugak laaa...nak kasi dessert ke, lauk pauk ke, mee ke...x kesah la resepi sapa, akak share je la nanti., kalau you all punya, halalkan eh...Kebanyakan dessert menggunakan susu segar dan susu sejat kan, xda pulak dari Nestle...adeehh....Tau kan, barangan utama Nestle kan...? Barangan jenama MAGGIE, MILO, NESCAFE, BLISS, YOGURT, BAR COKLAT KIT KAT, SUSU EVERDAY dan lain-lain.....hehehehe...Tengoklah esok... 1 resepi jek diminta share dulu ni...Di pertengahan Ramadhan nnt, 1 resepi untuk juadah hari raya pulak....kuiii, kuiii...

So rakaman akan on air sekitar jam 10.30 pagi esok, insyaAllah. Dengan itu, doakan akak eh, moga segalanya berjalan lancar....jangan nnt rakaman untuk 15 minit, akak kena buat 1 jam 15 minit pulak...adeeihhh, hahahhaa.. Akak ni pun jenis banyak gelak je bila cakap, takut esok terus x keluar suara...hahahahhaa (adeeeii jenuh nak mengarang entry nih...) ^____^ Salaammm...

Ayam Kaprau Daun Selasih

Assalamualaikum....okay lah just nak kongsikan resepi ayam yang diimport dari dapur K.Jee nih...dah ramai pun yang buat, x kurang jugak sedapnya, bertambah nasi kalau x ingat dunia..hehe.....cuma akak x dapat nak cari daun selasih hari tuh...malas nak pergi ke pasar besar kat bandar, so akak gantikan dengan daun sup jek laaa...ok jugak...Lenkali la try dengan daun selasih...nak pi tanam dulu...hahaha... Terima kasih banyak kepada K.Jee yang handal menulis, handal memasak tuh.... Next time cuba dengan daging pulak mcm resepi asal tuh...X sangka dapat berkenal baik dengan k.Jee di alam maya...dulu2 duk tengok gelagat K.Jee kat tv jek...hehee...

AYAM KAPRAU DAUN SELASIH
Resepi: Dunia Dari Dapur Kak Jee

Bahan:-
  • 250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
  • 2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
  • cili api diketuk2 (ikut kepedasan- resipi asal mesti pedas) (*akak letak 10 tangkai)
  • 2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)
Cara Memasak:-

  1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
  2. Panaskan minyak dan tumis dulu 1 labu bawang besar yang telah dikerat 8.
  3. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.
  4. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging (ayam) yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
  5. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng.
  6. Masukkan daun selasih yang telah dipetik-petik dan dicuci bersih.
  7. Kemudian masukkan baki 1 labu bawang besar dan goreng hingga bawang nampak layu. Padamkan api dan hidangkan.

Note dari Kak Jee: Daging Goreng paste tomyam ni sedap sangat. Kjee yang selalunya tak selera makan pun berjaya habiskan ½ pinggan nasi. Kira hebatlah tu. Tapi banyak ratah jer tadi. Hehehe.

Sunday, July 17, 2011

Pengat Pisang Dengan Skoteng


Assalamualaikum....mohon maaf lah sebab baru sempat nak online dan masukkan entry...semalam janji nak entry lagi petang kan...tp tu lah, kita merancang, Dia yang menentukan....kan..Komen2 pun akak dah baca kat bawah tu, tp belum sempat nak respon....I've noted with thanks to all of you, muaaahhhh!! Akak bz sangat2 x lekat rumah sangat semalam, ke hulu ke hilir, dua tiga kali keluar masuk rumah...tempah baju dengan anak2 dara laa, duk tunggu kat tailor tu dah sekian jam, pastu balik pi lak bincang dan tinjau-tinjau grill untuk rumah satu lagi tuh...adeeei penat.

Hari ni pulak masak sempoi-sempoi jek pagi tadi, pastu sempat kukus kek sebiji, lepas zohor ajak Aiman keluar pi shopping terus lah baju raya untuk dia kat EC Mall tuh...malas dah nak sibuk-sibuk bulan puasa nnt....baju anak2 dara pun dah settled! Tadi pun abg rimau tersambar sehelai kemeja....wahahhaha...dia mmg xnak..puas Najwa pujuk2, ambik gak laaa...lagipun rasanya last beli kemeja pun 5 6 bulan sudah...Tp Aiman la paling suka...berapa helai T-Shirt dia hentam...dengan kemeja n jeans lgk...adeeiii....tp semuanya ada diskaun la walau sikit2 pun...

Tapi paling suka, akak punya barang pun dapat, dah lama nak sambar, tp ada jek yang x berkenan, kecik sgt lah, shape x cantik laa....hari ni tengok ada design lain, berkenan terus sambar jugak...wakakkaa...Alhamdulillah, hb ikhlas nak bayarkan...syukur sangat-sangat...bukan kita xnak bayar barang idaman kita, tp dah dia nak sekali harung...kita mcm nak melompat jek laaa (*ala-ala rebit kan...hehehe), lg pun barang kira "ukur baju badan sendiri" jek..Okayy la jom jeling pengat la dulu....akak wat sikit jek, pisang tanduk berbaki 2 biji, bole laaaaa....hehe..skoteng byk stok lgk...layaaannnn... ^___^

PENGAT PISANG DENGAN SKOTENG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 biji pisang tanduk - dipotong bulat serong (boleh guna pisang lain jugak)
  • 1 cawan skoteng - direbus dulu hingga lembut, angkat dan lalukan sekali bawah air, toskan.
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 sudu teh garam
Cara Memasak:-
  1. Masak air dengan gula melaka, gula pasir dan daun pandan hingga larut.
  2. Masukkan pisang dan didihkan sebentar biar lembut sedikit.
  3. Masukkan santan cair dan skoteng, masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  4. Masukkan santan pekat dan garam, kacau hingga nampak sedikit mendidih. Bila agak pekat, tutup api sambil dikacau sebentar.
  5. Hidangkan..