Friday, July 22, 2011

Tofu Telor Bersarak

Assalamualaikum.....semoga semuanya sihat walafiat dan diberkati Allah jua hendaknya. Waaah dah jumaat dah eks...hehee... Akak bercuti hari ni, sebab nak masak-masak kuih sikit tuk bawak balik kampung petang nanti, ada kenduri doa selamat sikit, kecil-kecilan jek. Sengaja kami semua rancangkan sempena menyambut puasa dan juga bertemu dengan semua adik beradik dan anak menantu Haji Zaihadi dan Hajah Zoiyah laa... kira ZZ Community gitu... Yalah, kat FB tu pun kitaorg dah lama create community untuk kami semua.. Segala masalah, rundingan dan berita terkini kaum kerabat Haji Zaihadi akan diupdate di situ.... kira-kira round table pun boleh kat situ kan...

Ya lah kan...kita adik beradik ni kena bersatu, walaupun terdapat kekurangan dan kelebihan tu perkara biasa walaupun kita semua dari satu rahim. Cuma cara kita adik beradik menyelesaikan sesuatu sengketa dan masalah itu yang penting...Yang tua jangan ego, yang muda pun janganlah nak berlagak pandai dan rasa cukup smart kan... Walau sebesar mana pangkat dan darjat kita di tempat kerja, tetapi di rumah kita tetap harus menghormati mengikut pangkat jugak kan... Orang tua kita tentu bersedih hati yang kadang-kadang dipendam sahaja jika melihat ada antara anak-anak menantu tidak lagi bersatu, ada sayap kiri, ada sayap kanan..susah kan...kira keruntuhan institusi keluarga jugak tu..

Seperti kata Ustaz Muhammad dalam Program Tanyalah Ustaz pagi ni, dalam tajuk Disiplin Keluarga Bahagia, kita harus mengambil kira 3 pertalian atau hubungan penting ini. Pertama, suami dan isteri, ke2 dengan ibu dan bapa dan ke3 dengan adik-beradik. Jika semuanya berkeadaan baik dan kukuh, insyaAllah, hidup kita juga bahagia... Doakan hubungan2 ini agar bertambah erat. Kalau dari hubungan keluarga pun dah retak, susahlah nak bermuafakat. Ingatlah walau apapun pangkat kita di luar sana.... So, renung-renungkan, selamat beramal...hehehhehe... Weeey bertazkirah pulak hari jumaat nih...akak cuma sampaikan sahaja supaya kita tidak terleka okay...take it positive!!

Jom-jom layan lauk sempoi nih...sesuai la kalau nak masak untuk bersahur di Ramadhan yang bakal menjelma nanti...mesti laju makan nasi...hehehhee. So akak mungkin bercuti siaran cuti hujung minggu nih...balik kampung, o oo ooo...balik kampung...hehehe

TOFU TELOR BERSARAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 paket tofu telor (tauhu jepun) - dikerat 3 setiap satu
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 3 tangkai cili merah *
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 6 - 7 batang kacang buncis - kerat panjang 3 inci
  • sedikit lobak merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 2 inci
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa (optional)
  • minyak masak secukupnya
Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dan goreng tofu telor hingga berkulit, angkat dan toskan.
  2. Kurangkan minyak tinggal 4 sudu besar dan tumiskan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan lobak dan diikuti kacang buncis.
  5. Kemudian masukkan pula tofu telor tadi. Kacau rata perlahan agar tofu tidak hancur.
  6. Bila semua bahan telah bersalut, seimbangkan rasa. Tutup api.
  7. Taburkan daun bawang (tapi akak terlupa weehh nak tabur...adeeiii..hehe) dan kacau balik perlahan biar rata. Hidangkan.

20 comments:

  1. Assalam kak ummi tofu tuh nmpk sedap sgt kak,Akak,moga perjalanan pergi n balik akak selamat ya..Bestkan dpt berkumpul ramai2 1family,Tentu Hj Zaihadi N hjh Zoiyah suke..

    ReplyDelete
  2. nmpak best~~ walaupun i x ske sgt tofu~ heh maybe msk mcm ni buleh tambah selera~~ nyumm

    ReplyDelete
  3. sedappnya tengok..
    rasa macam nak cari nasi panasss jerk...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikumwbh kak ummi.....mmm mcm mana pagi ni? Owh sini baru kol 7am da....hik3.....dgn bersemangat duk mengukus kek hujan panas....jeng4!!!!..bising tong tang tong tang jam 5.30 pagi tadi...ekekekke...:P...sini subuh jam 3.30am....x tidor dah pastu...


    MMM selalu makan sarok ikan jer...mmm nak simpan dulu resepi k....:) Thank you kak....

    ReplyDelete
  5. As'salam Kak Ummi

    Kak ummi memang tahu selera ct yang suka makan tauhu jepun ni..hihihi. Kak stok tauhu jepun dah habis lahhh,tunggu ct borong lagi nanti baru leh cuba masakkan ni :D

    terima kasih kak ummi wish b'day mak 'dara' yang dah 'tua' ni.. hahaha

    ReplyDelete
  6. innovative flavours...looks delicious dear..:)
    Tasty Appetite

    ReplyDelete
  7. selamat bercuti ummi... hati2 dlm segala hal..
    nasib baik keluarga belah en hb kusss baik2 belaka.. kalu ada kecik hati.. kenabesar2kan hati demi kesejaheraan bersama.. setiap thn raya diumah keluarga en hb..tak pernah raya belah ilah... seronok suasana kg. melaka..

    ReplyDelete
  8. selamat bercuti dan semoga kendurinya berjalan dgn lancar ya ummi..kim salam kat pakcik zaihadi dgn makcik zoiyah ya..
    eh!menu ni leh masuk list..sedap tofu tu..kita suka...:D

    ReplyDelete
  9. salam ummi.. sedapnya menu kali ni! terliur...

    ReplyDelete
  10. selalu nampak jual tofu kat kedai tp teragak2 nak beli... tak reti nak masak camne....pasni boleh beli... :D

    ReplyDelete
  11. salam kak ummi...
    apa2pun menu dari kacang soya mmg feberet saya... terliur sudaaaaa.....

    ReplyDelete
  12. salam k.ummi...wahh sedap tu kak ummi..nanti lieza nak buat ler...hari tu ada beli dah tauhu jepun nih..masuk listtt...
    kak ummi...aduhai terharu lieza baca kata2 dari k.ummi mengenai adik beradik nih....tp mcm mana yer k.ummi kalau ada sebahagian adik beradik tu sentiasa mendatangkan masalah yg bukan sekadar kecil tp besar yg amat...membebankan fikiran kedua org tua...entah la k.ummi...sedaih lak rasa...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Ummi,

    tofu ini kan kalau bagi kak nur...sepinggan pun boleh habis...licin tinggal pinggan aje...hehe...

    ReplyDelete
  14. salam kak umi nampak sedapnya kak. lama tak makan tofu telur ni.. dulu kat msia suka makan.. kat sini tak tahu mana nak beli..:(

    ReplyDelete
  15. Sedapnyer kak... tauhu telur ni... Kalu makan rasa cam cair jer dlm mulut...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum akak ummi cayang...
    sedaaaaapnya tgk tofu telur tu akak.... mengancam sungguh.... mmg diana suka kalau bab tofu nie.. sedap sgt..

    ReplyDelete
  17. "O oo ooo.. balik kampung.."

    amboiii suker nyer diaaa..

    Semoga selamat perjalanan pergi dan pulang K'Ummi sekeluarga serta lancar urusan kenduri, Amin.

    Tofu telur emang kegemaran ku :)

    ReplyDelete
  18. Sedapnya... terasa macam dia melorot dalam anak tekak ni..

    ReplyDelete
  19. salam k.ummi,

    saya datang tak bawak apa2, sebab malas nak masak hari ni. thank you sebab sudi singgah kat teratak saya :D

    ReplyDelete