Friday, December 31, 2010

Strawberry Chocolate Upside Down Cake

Selamat petang.....pertama2 nak mintak maaf kat Mat dulu sebab semalam janji nak letak entry ni malam tadi, tp byk sangat hal dan tenet pun mmg slow giler dan asyik putus2 jek sebab hujan lebat dah 2 ari kat Kuantan nih kot....Ok la Mat eh...ko jgn majuk2..hahahaa, buruk benor rupa nnt..

K ni akak nak bagitau kek ni mmg sedap dan pertama kali rasanya buat kek menggunakan tepung roti koooo....haaa, ingat x sedap, aleh2 makan weeeee, teksturnya lembut gebuss berderaiii....cuma fresh stoberi akak tuh x berapa cukup la 500 gm, cuma 450 gm, so xda la tinggal yg fresh untuk posing2 kat tepi pinggan...ingat nak drizzle dengan Hershey's Syrup, tengok2 laah..habis jugak, budak2 ni ntah apa la yg dimakan dengan sirap tu...bekas kosong pun tonggek gak dlm peti...aisshhh angin tul! Hahahaa...nasib x ribut...sabauuu je laa...Ok la layan resepi akak dapat dari Sini....kalau nak tengok cara penyediaan dan rupa stoberi yg dah dimasak tu click je la situ eh..K, akak translate terus la eh...Babaiii, akak ke KL nak hantar anak2 dara balik belajar semula daaahhh...SELAMAT TAHUN BARU 2011, SEMOGA SENTIASA DIRAHMATI DAN SIHAT2 SELALU...

STRAWBERRY CHOCOLATE UPSIDE DOWN CAKE
Sumber: Pusiva's Culinary Studio
Dirujuk oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

A (untuk lapisan atas):-
  • 500 gm strawberi segar
  • 1/4 cawan gula (akak guna gula pasir)
  • 1 sudu besar jus lemon
B (untuk kek):-
  • *1 cawan tepung roti (bread flour)
  • *2 sudu besar serbuk koko (akak guna brand Van Houten)
  • *3/4 sudu kecil baking powder
  • *secubit garam (bahan bertanda * diayak bersama)
  • 2/3 cawan mentega - cairkan
  • 2/3 cawan susu (akak guna susu segar)
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil cuka
Cara Membuat:-
  1. Basuh dan buangkan daun dari buah strawberi. Toskan. Masukkan semua bahan lapisan atas dalam bekas tahan panas, masak di atas api perlahan hingga buah lembut dan sedikit pekat. Ketepikan. Bila buah telah sejuk sikit, pindahkan buah ke dalam non-stick pan (akak sapu jugak sedikit mentega, tp x perlu alas) dan ratakan.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan bahan yang diayak dan masukkan gula, gaul sebati.
  3. Buatkan lubang ditengah campuran tepung tadi dan tuangkan mentega cair, susu dan cuka.
  4. Gunakan whisk dan gaul sebati bahan. (adunan mmg pekat kental sedikit).
  5. Tuangkan ke atas loyang berisi lapisan strawberi tadi dan rata-ratakan.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 30 - 35 minit (oven akak gunakan suhu 175C dan kekalkan tempoh bakar 30 minit sahaja untuk 1 1/2 adunan kek).
  7. Bila kek telah benar2 masak dan telah suam2, terbalikkan kek di atas bekas sesuai.
Nota Ummi:-
# Untuk kek di atas, akak gandakan adunan keknya kepada 1 1/2 kali ganda tp menggunakan sukatan buah 450 gm jek...so kena rata-ratakan sikit laaa dlm loyang bulat 7 inci akak, kurang padat sikit buahnya). Kalau guna bahan asal di atas, maybe boleh guna loyang lg kecil 4 / 5 inci kot - pandai2 adjust k.)
# Bahan untuk lapisan atas kalau nak manis sikit boleh tambah gula, tp pd akak ok dah dengan rasa masam manis stoberi tuh..
# Sukatan gula untuk keknya pun sedang elok dah, xyah kurangkan pun xpa...x manis sgt pun kek tuh..maybe seimbang dgn rasa strawberi tuh..

Sedap kata abglong... ^__^

Brokoli Goreng Dengan Telor Hancur

Salam pagi jumaat yang mulia, selamat bercuti la kepada semua yeaa...ke ada yg kerja gak ni...tp kalau dah duk rumah mmg semacam jek kerja kan,kan...akak pun cuti ofis, keje kat rumah laa jugak..hehe...Malam tadi cadang nak masukkan entry ni...pagi ni nak letak entry lain, tp tenet mmg teruk tul...kejap dpt, lama putus...last2 akak malas nk tunggu, byk keje lain...Kebetulan sblm maghrib semalam ada jiran dekat rumah meninggal dunia disebabkan penyakit breast cancer yang dah ditanggung sejak 4 tahun lalu...jenazah dr hospital dibawa ke masjid berhampiran rumah akak untuk dimandi dan dikafankan sebelum dibawa balik ke Dungun, so akak n jiran dekat ni ke masjid la lepas maghrib semalam, kul 10 lbh baru akak balik...sedih jugak tengok anak arwah yg kecik tu baru tingkatan 1...tp itulah ketentuanNya...Al-Fatihah.

Xnak cakap banyak laa kan...jom makan brokoli yang bagus tuk kesihatan kan...sapa rajin nak baca kebaikan sayur ni, click kat Sini ...Ok, akak C n P sikit antara tips memasak sayur ni ialah:

Petikan dari http://www.nutrisari.co.id

Tips Seputar Brokoli1
Pilihlah brokoli yang berwarna hijau tua. Warna ini menunjukkan nilai nutrisi yang tinggi. Bunga brokoli yang berwarna hijau tua, atau agak keunguan mengandung lebih banyak beta-karoten dan vitamin C daripada yang warnanya lebih pucat. Pilihlah brokoli yang memiliki batang yang keras, karena batang yang bengkok atau terlihat lembek menunjukkan kualitas yang kurang bagus.
Cara terbaik menyiapkan brokoli untuk dikonsumsi adalah dengan mengukus, memasak dengan microwave atau ditumis dengan sedikit kaldu atau air. Cara ini lebih baik dibandingkan dengan merebus yang akan menghilangkan kandungan beberapa vitamin dan mineral.
Manfaat brokoli hadir dalam NutriSari Frut’ en Veg, kombinasi sari buah dan sayur dari wortel, brokoli, jeruk, anggur, jambu, dan apel, diperkaya klorofil dan serat inulin untuk membantu memenuhi kebutuhan buah dan sayur harian Anda.

BROKOLI GORENG DENGAN TELOR HANCUR
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm brokoli - potong ikut suka (asingkan bhg batang n kelopaknya)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 biji lada benggala merah - dibelah memanjang
  • 1/2 biji lada benggala kuning - dibelah memanjang
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong ikut suka
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Utk Scrambled Egg:
  • 3 - 4 biji telor - dipukul sikit
  • 2 biji bawang merah - dimayang
  • 1 tangkai cili merah/hijau - cincang halus
  • sedikit garam
Cara Memasak:-
  1. Campurkan bahan untuk scramble egg, panaskan minyak dalam non-stick pan dan tuangkan bahan telor. Biar kejap dan kacau goreng biar hancur dan telor masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tuang minyak dalam kuali yg sama dan tumis bawang besar dan bawang merah, kacau hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahagian batangnya dulu, kacau sebentar, kemudian masukkan lobak merah dan brokoli (kelopaknya) diikuti dengan lada benggala.
  4. Masukkan kicap cair, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau.
  5. Akhir sekali, masukkan telor hancur tadi dan tutup api. Kacau-kacau biar bercampul rata. Angkat dan hidangkan.

Thursday, December 30, 2010

Ayam Cencalok

Taraaaaaa....cencalooookkk sudah mari...hahaa, mentang2 balik holiday kat Melaka hari tuh...hahaha..tiba2 terselera lak nak makan cencalok cara lain....Resepi asal dari adinda Mat Gebu kitaa...heheee, tp akak ternampak jugak kat dapur Ayu S'pore masa blogwalking hari tuh...Masakan Baba n Nyonya kata Mat...sapa yg masak sebenarnya ni Mat, Baba ke, si Nyonya nya? Hehehee, mati kena pelangkung kang...Tapi kan, Ya Allaaahhhh...sedapnyaaaa masakan ni...eh sedap resepi ke, sedap akak yg masak nih Mat...hahahaha.....memang teramat sedap la haaaiii..lenkali leh tak tukar ikan ke, dinasour ke...haha. Lauk ni terangkat makan dengan nasi putih musim hujan nih...!! Eh nak masak masakan Peranakan ni, kena lah pantun2 kan Mat...hehe, terima kasih atas resepi yg terangkat ni Mat!!

MELAKA INDAH WARISAN BANGSA
BERBANGGA LAH KITA SEBAGAI WARISNYA
AYAM CENCALOK PERTAMA KALI KU RASA
SUNGGUH BERSELERA TAK INGAT DUNIAAAA...

AYAM CENCALOK
Resepi: Mat Gebu @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 8 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
  • 600 g dada ayam, potong sedernana kecil
  • 1/2 cawan cencalok, toskan airnya
  • 3 helai daun limua purut
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 2 camca besar gula
  • 2 biji cili merah, hiris
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 cm kunyit hidup*
  • 3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
  • Garam (jika perlu)
  • 1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...

Wednesday, December 29, 2010

Deep Fried Crabstick

Salam....waaah dah keluar menu malas-malas dah ni...apasaii ntaahh! Mood merudum jek bila kenang2kan wiken ni anak2 dah nak balik ke U semua dah..huhuuu...pastu duk sibuk keluar dgn diaorg cari barang2....terutama Najiha tu ha, dah nk kena duk rumah sewa sem nih, macam2 barang kena cari...Si kakak, Najwa dah duk rumah sewa sejak sem lepas dah di Arau sana...Semalam akak masak sayur dan goreng ikan pedas biasa2 jek, xyah letak entry lah...lenkali.. Pastu tambah jek dengan jejari ketam (crabstick) ni goreng salut tepung gitu....bukan celup adunan tepung eh...golek2 dlm tepung jek..hahaha...Waaah tp best gak akak ratah seketui dua..hehehe...licin sepaket crabstick yg pjg tuh ha...Layaannn...zaaassttt!

DEEP FRIED CRABSTICK
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 paket jejari ketam (crabstick) - buang la plastiknya eh..jgn goreng lak dgn plastik2 tuh..hahaha
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
  • sedikit serbuk kari
  • 1/3 cawan tepung jagung
  • minyak untuk goreng terendam
Cara-Cara:-
  1. Gaul crabstick dengan lada sulah, garam dan serbuk kunyit. (Pastikan crabstick tidak dibiar lembik sgt selepas dikeluarkan dr freezer, nnt terburai nak gaul2 tu)
  2. Kemudian dalam bekas lain, campurkan tepung jagung dengan serbuk kari, gaul rata.
  3. Ambil crabstick dan golek-golekkan dalam campuran tepung tadi biar bersalut.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan masukkan crabstick.
  5. Goreng dan balikkan perlahan dan masak hingga salutan tepung nampak kekuningan dan berserbuk.
  6. Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos dan mayonis....Akak lupa nak drizzle mayonis masa snap gambor tuh..hehe...makan begitu sahaja atau dengan nasi putih.

yuk ratah yuuukkk...

Tuesday, December 28, 2010

Apam Dot Dot (Polka Dot) Warna Warni

Salam...dah minum petang dah...hahaha, ni x tau la nak cakap apam apa dah...dot dot pulak eh..polka dot pun yea...dapat kat akak dah jadi warna-warni pun yeaaa, lg meriah gitu....haaa bantaiii laaa...janji leh ngap! Tengok cik adik manis Hana tu buat, dah lama nak buat dan ramai dah yang buat dan edit sana sini, gasak laah, haha....Akak baru sempat buat sabtu baru ni bawak balik kampung...waaa buat 2 adunan, puas la nak menge'dot-dot' kan apam tuh...lenguh kaki berdiri kat dapur..hahaha...tp pueh hati laaa...sedaappp! Banyk sungguh bulan ni buat apam, nnt badan pun naik mcm apam gak, huh! Layan la eh...resepi ceduk dari dapur Hana kat Jepang tuh..hehe, C n P yea Hana...sori lain pesen sikit akak buat, terover rajin ke apa ntah..


APAM DOT DOT (POLKA DOT)
Sumber: Hana
Dirujuk oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan (*utk 2 adunan akak letak 400 gm je)
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder (*utk 2 adunan, akak letak 5 sdu teh je)
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna (*akak guna biru, oren dan merah)
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan adunan dari warna kontra atas permukaan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (*akak balut penutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus)
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

dah siap masuk tipuware tuk bwk balik kampung...yg belen2 lg bg family adik kat Ktn ni..

Meatballs in Tomato Sauce With Vegeroni Spirals

Salam semua...harap semua sihat2 la yeaa...kalau sakit sikit2 tu adat laaa...cuaca sekarang pun x menentu kan...Okay la ni entry menu yang dah licin pun, xdan nak letak entry sbb balik kampung...Akak masak masa balik lunch hari Jumaat baru2 nih. Kebetulan ada 2 orang anak sedara sunti (anak my bro) yang datang tdo kat rumah ni...biasalah budak2 tu, kalau ada Najwa n Najiha balik, diaorg mesti merengek kat parents diaorg nak mai tdo rumah akak ni...pastu bkn tdo sangat laa...berjaga malam bertenet, berborak sampai kul 2 3 pagi haaa...gasaklaaahh musim cuti nih... Pendek kata, rumah akak ni kalau semua anak2 balik...mmg pencuri takut nak dekat kot, terang benderang jek sampai kul 2 3 pagi...hahahaaa...

Okay la, meh layan je resepi nih, kot ada yang teringin nak buat, dah ramai pun yg buat dulu...anak2 akak dan anak2 sedara suka sangat2...bertambah2 makan dengan pasta tuh....Cuma akak skip part buat meatballs tu sebab ada adik akak bagi meatballs buatan Bumiputra yang digunakan untuk buat mee bakso....hehee...Anak2 kureng sikit mee bakso ni, kalau masak western camni...ha laku laa....Resepi angkut dari dapur Ijan, Finland sana, katanya resepi asal dari rancangan masakan Jamie Oliver tu...thanks ya Ijan, izinkan akak C n P kat sini lak eh...Tengoklah, bekas tu comot2 kesan sos n cheese mendidih dlm oven, sbb nak amik gambar pun cepat2 jek lepas keluar oven, nak siap pegi ofis lak pastu...hehee

MEATBALLS IN TOMATO SAUCE
Sumber: Ijan, Finland

Untuk meatballs (*akak skip part ni sbb ada meatballs buatan bumiputra dah..lenkali try wat meatballs ni...hehe)
  • 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur -kite tak letak
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan

makan dengan vegeroni spirals...sedaaappp

Sediakan meatballs:

  • Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
Sediakan sos tomato:
  • Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  • Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :)

Saturday, December 25, 2010

Sausage Ala Teriyaki

Semalam anak2 sedara ada datang ke rumah akak buatkan sausage teriyaki ni tuk diaorang makan2 gitu je laaa....Masak tengahari semalam. Pastu akak masak meatballs in tomato sauce tuk makan dengan pasta...nanti akak letak resepi tu eh...xdan nak update... Ni pun akak letak auto-publish jek nih....entry keluar ni akak dah kat kampung dah rasanya....hehee.. K, x kuasa nak bebelsss banyak2...Layan dulu resepi sempoi tp marbeles nih..hehe..kanak2 pasti suka dan girang lepas makan nih...hahahhaa

SAUSAGE ALA TERIYAKI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 paket chicken cocktail - (boleh gantikan dengan apa2 sosej jgk)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap ABC Heinz
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil cuka
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk tumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sosej dan kacau sebentar.
  3. Masukkan kesemua jenis sos dan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kacau balik sosej hingga kuah pekat dan melekat-lekat pada sosej.
  5. Angkat dan hidangkan.

Lempeng Pisang Oat Lagiiiii

Salam Sabtu.....hari ni macam biasalah, teramat bz la kaaann...lagi pun japgi nak balik kampung ada kenduri anak sedara sebelah hb...so layan dulu la edisi ulangtayang jek Lempeng Pisang Oat ni eh....tapi kali ni oat kurang sikit sebab sekadar menghabiskan stok oat tu jek...so tambah2 sikit tepung sebab pisang lak dah terlebih2 pulak akak lecek....hehee...so layaaannn...Boleh refer resepi akak buat dulu kat Sini k...

Friday, December 24, 2010

Chicken 65

Sehari dua ni akak masak sempoi2 jek....hujan2 ni balik kerja, rasanya sejuknya laaa....malas rasa nak ke dapur....tengok jam kul 6 ptg pun dah mcm jam 7.30 mlm....isshh! Okay la saja nak tayang resepi yang dah ramai pun geng blogger buat nih....Resepi akak ambil dari Jay @ Tasty Appetite nih....Jay, thanks for always dropping by and leave comments at my small kitchen...Hope you don't mind me to share and translate this Indian Cuisine recipe right here....It's simple, yet sooo delicious!!! 2 thumbs up!!

CHICKEN 65
Sumber: Jay @ Tasty Appetite
Dirujuk dan alihbahasa oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 kg. isi ayam - dipotong kecil
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 biji telor - diambil bahagian putihnya
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar pes halia + bawang putih (ginger garlic paste)
  • 1 sudu besar yogurt
  • 1/4 sudu kecil pewarna makanan (akak letak kuning)
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk goreng terendam
Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih isi ayam dan potong kecil-kecil.
  2. Campurkan serbuk cili, serbuk lada, garam, cuka, jus lemon dan perapkan dengan isi ayam selama 30 minit.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung jagung, tepung gandum dan putih telor dan sebatikan jadi adunan pekat.
  4. Celupkan ayam yang diperap tadi.
  5. Panaskan minyak dan goreng terendam dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan rangup.
  6. Angkat dan toskan di atas kertas tisu dapur. Ketepikan.
  7. Tinggalkan 2 sudu besar minyak, masukkan pes bawang putih halia dan kacau hingga kekuningan.
  8. Tambah yogurt dan pewarna makanan dan kacau sebati. Masak hingga agak pekat.
  9. Masukkan isi ayam tadi dan masak dengan api perlahan. Kacau dan masak hingga isi ayam menyerap dan jadi kering sikit.
  10. Taburkan dengan daun kari dan kacau sebentar. Angkat dan hidangkan.

Thursday, December 23, 2010

Best Caramel Pudding

Atas permintaan anak2 dara akak yang duk bercuti semester nak habis dah ni, akak buatlah caramel pudding favourite diaorg...dah lama diaorang request, ni baru sempat buat....nnt balik U diaorg mintak buat lg...huk alaahhh.....Asal resepi akak ni dulu menggunakan susu pekat manis dan tepung kastad, jadi tekstur dia sedikit padat, so kali ni akak ubahsuai guna susu sejat dan tambahan gula pasir dan tepung jagung pulak laa...walllaaaahhhh!!!! Lebih lemak berkrim dan berlobang2 cantiiikk, lembuuuttt bergegar2 gitu haa dan sedang2 aje manisnya....nak buat lg laaa...smlm bg kat anak2 buah yang singgah ke rumah 1 loyang...so x puas makan...layaaannn dulu eh...

BEST CARAMEL PUDDING
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 biji telor saiz sederhana
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin air (sukatan tin susu sejat di atas)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung
Untuk Caramel:-
  • 10 sudu besar gula pasir
  • 1/3 cawan air panas
  • sedikit butter untuk lenser
Cara Membuat:-
  1. Lenser butter pada dasar dan tepi loyang bersaiz 8 inci ataupun acuan pilihan. Ketepikan.
  2. Untuk Caramel - Masak gula pasir dalam kuali dengan api perlahan. Kacau sehingga gula mencair dan benar2 cair dan tidak berketul (lebihkurang 8 - 10 minit).
  3. Bila gula telah bertukar keperangan (jgn sampai gelap, nnt pahit), masukkan air dan kacau-kacau sebentar dengan api paling kecil. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang. Ketepikan agar caramel mengeras sedikit.
  4. Untuk Puding - Panaskan kukusan. Sediakan blender, masukkan semua bahan dengan mendahulukan bahan cair. Kisar 2 - 3 minit hingga bahan semua sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi caramel dan kukus lebihkurang 25 - 30 minit atau hingga puding masak/membeku. (jika menggunakan acuan2 kecil, tempoh mengukus hanya 15 - 18 minit sahaja).
  5. Setelah masak, biarkan sebentar pada suhu bilik agar wap panas hilang. Masukkan dalam fridge biarkan benar2 sejuk baru diterbalikkan ke dalam bekas hidangan. Potong dan nikmati keenakannya....eeemm...selamat mencuba!!

anyone...???

Wednesday, December 22, 2010

Apam Indon

Salam...dah kenyang semua eh.... Akak baru balik dr tanah seberang malam tadi...ekeke...ya laa malam2 buta wat apam nih....meh la jamu mata, kot2 japgi terasa nak minum petang ke...boleh la godek2 pulak apam nih...nak buatnya pun senang banget...Apam ni rasa ala-ala Apam Pelangi gak laa...cuma yg ni dikukus selapis2 dalam loyang tuh..yang pelangi tuh...lepas jek layer segala warna, terus sekali harung jek kukus....apapun mmg sodap, gebuss dan cair dalam tekak haaa... tp untuk makluman, akak try gak kukus sekali harung yg dalam muffin cups tuh..ok jek...elok jek masak, maybe sebab bekas kecik, so kalau nak kukus dlm bekas kecik2, boleh kukus sekaligus, xyah layer-by-layer eh...Resepi ni hasil intai kat dapur Noreen di London sana tuh, resepi asal dari Maklang Azie rasanya...lama dah x dgr khabar Noreen nih...thanks to both of you..Noreen, Ummi copy paste sini lak eh..

APAM INDON
Sumber: Noreen
Dirujuk Oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 1 camt. ovalette
  • 1/2 camt. esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula kastor (akak kurangkan kepada 270 gm je)
  • 250ml santan atau susu segar (akak guna susu segar)
  • 1/2 camt baking powder
  • secubit garam
  • 3 jenis pewarna
Cara Membuat:-
  1. Alaskan kertas minyak (greaseproof paper) ke dalam loyang dan ketepikan (tin tidak perlu digris). (akak guna 2 loyang kecil bersaiz 4 in x 4 in dan loyang bulat 4 in)
  2. Ayakkan tepung bersama2 dengan baking power dan ketepikan.
  3. Masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata. (jika menggunakan susu segar garam tadi bolehlah diayakkan bersama2 dengan tepung dan baking powder)
  4. Pukul telur bersama2 dengan ovalette sehingga gebu dan kembang.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  7. Perlahankan mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan santan/susu sambil dipukul sehingga rata.
  8. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dengan setiap satu dititikkan dengan satu perwarna sambil dikacau rata.
  9. Tuangkan satu pewarna ke dalam loyang sambil diratakan dan kukus selama 10 minit atau sehingga permukaan atas apam tidak melekat. (*Pastikan kukus telah dipanaskan dan lapikkan penutup kukus dengan kain atau dengan aluminium foil. (akak tutup dgn alluminium foil)
  10. Tuangkan satu lagi adunan dengan warna lain dan kukus lagi 10 minit.
  11. Lakukan sehingga habis ketiga2 adunan digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 25-30 min dengan kepanasan sederhana.
(*Nota : Jika rajin bolehlah dibuat berlapis2 seperti kek lapis dan jika gunakan muffin cups, boleh dikukus sekali harung jek, x perlu selapis-selapis, tgk yg akak buat kat bawah ni..)


sangat gebuss, lembut dan mantoppss!

Tuesday, December 21, 2010

Telor Dadar Udang Bermayonis

Salam.....layan menu ringkas malam kelmarin sebenarnya....lawan dgn cencalok dan lauk asam pedas...malam tadi x masak pun sebab family adik datang rumah bawak makanan punya la banyak...akak dah keluarkan ayam ingat nak masak, simpan semula ayam tuh..hehehe...so layan la telor dadar ni dulu eh.....gebussss jek letak mayonis... ^____^ tp ni bukan resepi Sheila Rusly, akak xda resepinya, main taram jek campur udang segala...lemak-lemak gitu...hahaha

TELOR DADAR UDANG BERMAYONIS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 biji telor
  • 1 labu bawang besar - didadu kecil
  • 15 ekor udang sederhana - dikerat dua
  • 4 sudu besar mayonis asli
  • 3 sudu besar susu segar
  • 1 tangkai cili hijau - dicincang kasar
  • 1 tangkai cili merah - dicincang kasar
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Pukul sikit telor dengan whisk dan campurkan kesemua bahan. Kacau sebati.
  2. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tuangkan adunan.
  3. Perlahankan api dan tutup kuali.....biarkan telor masak.
  4. Bila nampak permukaan atas sudah mula beku dan masak, angkat dan hidangkan. (# tak perlu terbalikkan telor).
sedap dan lemak...

Award dan Tag Daripada CMG dan Kenangan Indah

Salam...hari ni baru berkesempatan nak amik award dan jawab tag yang dihulurkan oleh Mat Gebu kepada akak....Sebenarnya ambil award mmg sangat suka, jawab tag x berapa suka...hahahaha, tp Mat dah dengan kejamnya meng"tag" jugak akak, so akak dengan "terpaksa sukanya" (*hahahhaha...) melangsaikan hutang nih....adeeii...ko memang Mat!! Lenkali bg award yg xda jawab2 soklan je taauuu....hehe


1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda...
  • Sejak bila???? Waaa sangat lama, rasanya masa akak darjah 3, mak akak memang guna dapur minyak dan dapur kayu (*atas para yang dibuat oleh abah akak). Emak dulu tolong abah menoreh getah, so xda orang kat rumah, akak mmg jenis gatal-gatal tangan nak sangat nyalakan api dapur kayu nih....letak getah skrap (*tau ke getah skrap, alaahh getah yg diambil dari batang getah yg kering dah tu), ha tuang sikit minyak gas, buuhhh!!! Nasib x terbakar dapur haa....api nyala, letak la kayu bersilang tindih2...sure nyala....dan apa benda akak masak??? Sure la ambik periuk, letak beras, basuh, sukat air (*belajar guna paras jari) dan masak ler...bila nasi dah nak kering tuh, kena pandai2 la barakan sikit utk keringkan nasi....Tapikan akak pernah masak nasi terus jugak letak telor sebiji, basuh telor, letak dalam nasi, bila kering jek nasi, telor pun sama naik masak, akak makan dengan kicap...wahahahahaha....kenangan indah tuuu...
2. Sapa yang menggalakkan anda masak...
  • Ni soklan utk masa sekarang ke, masa dulu2 nih? Heemmm kalau masa dulu2, tentulah emak dan keadaan yang menggalakkan akak masak...(panjang citer, xyah citer la eks). Kalau sekarang lak, tentulah selera anak2 dan suami yang menggalakkan akak masak, kan..kan...
3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda....
  • Yang paling akak suka masak dan digemari??? Hahahaa....ada 2 3 masakan laa...antaranya dari kategori telor, Sambal Tumis Telor Pecah Darat, seisi rumah suka.. kategori ayam, suami suka sangat kari ayam akak (x caya tanya MamaFaMi...best ke tak best - ni kalau akak masak kat mana2 pun, dia boleh cam akak masak ke, org lain masak..ha kooo), dan kategori daging, of course, daging dendeng....semua sukaaa...sure lariisss dan gerenti habis!! hehe..
4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. (ramai...tp ni antaranya eh...yang lain jgn kecil hati eh..boleh jek ambil award dan jawab tag k..muaahh!)

Monday, December 20, 2010

Sambal Cencalok - Import Dari Melaka

Okayy la..petang ni malas nak citer panjang...tayangan amal sambal cencalok yang dibeli di Melaka hari tuh.....akak beli la 3 botol jek.... 2 botol yg dah siap diletak cili segala dan 1 botol yg plain....so layan je la cencalok berlada nih...tuang jek dlm bekas, layan dgn ulam2...ulam pun ikut apa yg ada jek... Mahal gak cencalok yg dah berperisa dengan cili tu eh...sebotol RM7.00, kalau yg kosong tu baru harga RM3.00, lg sedap nnt potong bawang, cili api dan perah asam limau eh.. K, layaannn...

Layan dengan lauk telor dadar udang bermayonis....hehee, sbb asam pedas tu ada lgk..

Sayur Kailan Goreng Ikan Masin

Ni just lauk sempoi malam sabtu kelmarin sebenarnya....xdan nak letak entry sebab seharian Ahad semalam x lekat kat rumah pi kenduri jauh....menu biasa2 aje... Mungkin dah ramai tau masak sayur nih dan ada bermacam2 cara....ni cara sempoi2 akak la eh....kot ada yg tak tau dan baru nak belajar masak2 tuh, akak letak la cara masak....x susah pun kan.

KAILAN GORENG IKAN MASIN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ikat sayur kailan
  • 1 labu bawang besar - dimayang kasar
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 tangkai cili merah - potong serong
  • 1 keping (3 x 3 inci) isi ikan talang kering - didadu halus2
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Rendam sayur dengan air garam sebentar, cuci dan toskan. Kerat2 kepada 2 bahagian dan batangnya dipotong dan asingkan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan isi ikan talang yang dadu halus tadi hingga agak garing.
  3. Kemudian masukkan terus bawang besar, bawang putih dan cili dan kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan batang kailan terlebih dulu dan masak hingga lembut sikit dan tenyeh-tenyeh sikit isi ikan biar sedikit hancur.
  5. Masukkan kicap dan akhir sekali masukkan sayur dan kacau balik sebentar. (x perlu letak garam sebab isi ikan dan kicap sudah secukup rasa, terpulang kalau nak letak sikit garam).
  6. Masak sebentar (jgn layu sgt) dan angkat. Hidangkan.

Sunday, December 19, 2010

Cocoa Butter Cake

Hari ni memang x duk rumah sangat....so acara masak2 mmg xda sangat, pagi tadi just bakar garlic bun, bun pun ready-made punya....pastu seawal 10.30 pagi dah bertolak ke Muadzam Shah lagi penuhi jemputan kenduri dari ex-boss hb...balik dan sampai Kuantan terus ke rumah adik akak yang dah 3 minggu bercuti balik Sg. Petani, rindu pulak kat anak2 comel dia dan nak sampaikan buahtangan akak beli kat Melaka hari tuh dan kek kat atas ni....hehee, so solat dan lepak2 minum petang borak2 sambil kudap buah berangan akak beli kat simpang ke Muadzam tuh...hehe...Pastu keluar dr rumah dia dah kul 5 ptg, terus ke bandar beli baju sekolah, seluar dan kasut sekolah Aiman nih....waaah anak bongsu akak dah besauuuu nak masuk Form 1 daahh...rasa baru jek lg tengok dia masuk Std. 1....sampai rumah dah jam 6.30 ptg. Hari hujan jeee....weeyy nak mandi pun malas rasa..hahahaa...so malam ni x masak apa2 pun sebab anak2 kenyang, suh abanglong pi beli burger je la kat kedai depan tuh..hahahaa, akak n hb tarak makan, just buat air milo je...so layan kek akak buat kelmarin dulu ni eh... C n P dari Nasi Lemak Lover...thanks for sharing...Just love it!!

COCOA BUTTER CAKE
Resepi : Nasi Lemak Lover
Dirujuk oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Ingredients:- ( I used 9 in. round pan)
  • 250 gm butter
  • 160gm sugar (i reduced to 150 gm and used castor sugar)
  • 4 eggs
  • 250g cake flour (i used self raising flour)
  • 1 tsp vanilla essence
  • 2 tsp of double action baking powder
  • 4 tbsp milk
  • 2 tbsp cocoa powder and ½ tsp coffee powder mix with 3tbsp hot water (i mixed 2 tbsp. cocoa powder and 1 tbsp. coffee paste with 3 tbps. hot water)
Method:-
  1. Sift cake flour and baking powder in a bowl.
  2. Beat butter with the sugar until pale and fluffy.
  3. Add in egg one at a time, add in vanilla, mixing well.
  4. Fold in flour and milk, combine well.
  5. Mix ½ portion of cake mixture with cocoa mixture.
  6. Pour cake mixture into cake tin and follow by cocoa cake mixture.
  7. Bake in pre-heated oven at 180C for 30mins or skewer came out clean.
sangat lembut gebuss berderai dan a bit moist..