ASSALAMUALAIKUM....Maaf lah tuan dapur balik bercuti ke kampung sekejap xdan nak beronline.... Harap masih belum terlambat mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul...Semoga kita semua sentiasa dekat dengan kekasih Allah ini dan mengamalkan segala amalan dan sunahnya yang ditinggalkan buat kita sebagai panduan hidup untuk menjadi insan yang diredhai dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat....amiiinnnWalaupun streamyx di kampung laju kemaiinn, tp akak pulak malehh nak mengadap tenet, sonok lagi bergader2 borak2 sakan dgn seluruh family dan adik beradik...Sonok lah Aiman dia jek conquer laptop... K, walaupun dah tengahari, baru nak tayang menu cucur bawang kentang yg teramat sempoi jek laaa...Hari ni pun bz menyetel kain baju dan basuh sarung sofa dan sarung2 kusyen kecik tu ha, dah la tetiba hari nampak mendung pulak dah, td elok jek panas....adeeeii. Meh la layan cucur nih, kot ada yg teringin nak buat petang nnt, tp resepi anggaran jek la eh, campak2 gituuu...hehe
CUCUR BAWANG KENTANGResepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan (anggaran):-
(# adunan kali ni mmg dibancuh lembik untuk mendapatkan cucur yang garing di luar, lembut di dalamnya, sila gunakan sudu semasa menggoreng)
- 1 biji kentang sederhana besar - kupas dan dadu kecil-kecil
- 1 labu bawang besar - didadu
- 2 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu besar gula pasir
- garam secukup rasa
- air untuk bancuhan (anggaran 2 - 2 1/2 cawan - biar agak lembik)
- minyak secukupnya untuk goreng terendam
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan soda hingga rata.
- Masukkan air sedikit-sedikit dan adun hingga adunan lembik (bila disudukan dan dijatuhkan dari sudu agak lambat turunnya).
- Masukkan kentang dan bawang, adun rata dan biarkan sebentar (lebihkurang 5 minit).
- Sudukan ke dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana. Balik-balikkan cucur selalu untuk mendapatkan cucur yang garing dan enak. Bila telah kuning keemasan, bolehlah diangkat. Makan ketika panas bersama sos cili + mayonis, atau dimakan begitu sahaja). Selamat Mencuba..










