Semoga kita semua dilimpahi rahmat dan diberkati persahabatan di alam maya ini....Tahun 2011 juga semakin menambahkan memori suka dan duka dalam melayari dunia internet penuh misteri ini. Yang baik untuk diri akak dapat di sini, yang buruk untuk akak pun dapat di sini jugak...memang tidak dinafikan. Namun semua itu mematangkan fikiran dan membuatkan akak lebih kenal siapa diri akak dan di mana duduknya akak dan siapa akak di mata orang-orang di luar sana... Apapun yang terbaik adalah dari Dia yang menciptakan kita dan yang naif itu adalah diri kita sendiri.
Semakin lama di alam blogging semakin ramai yang mendekati dan menyukai...x kurang jugak yang menyakitkan dan membenci...itu kita kena terima bila sudah masuk ke alam penuh fantasi.. Seperti pernah diluahkan oleh seorang Sifu GMM pada akak, sebelum ni hari-hari jenguk muka, tegur sapa, bila dah lama....eeemmm...! Kita x tau apa yang terjadi di sebalik screen dan di luar sana. Hanya keikhlasan yang boleh menampakkan rupa dan bayang diri sebenar seseorang insan.
Apapun, prinsip akak berkawan mudah sahaja, biarlah boleh/sanggup/mampu saling memberi dan menerima nasihat/teguran/buah fikiran jika kita ada masalah atau berbuat salah tidak kira tua atau muda, kita bersahabat pun tidaklah sampai nak menyokong membawa rebah, semuanya nampak benar belaka kerana mereka kawan kita, biarpun ada cacatnya walaupun tak salah semua....Sebaiknya kita betulkan keadaan, jangan bila hal dan hak kita, kita pekik marah dan canang-canangkan, tetapi bila hal atau hak orang, kita pandang remeh sahaja. Usaha orang kita hargai biarpun tak sebesar mana. Akak tak pernah meminta sokongan yang sampai merebahkan dan yang salah pun kena dianggukkan oleh kalian...itu salah...not me!
Okeh cukuplah ayat-ayat cinta di penghujung tahun....setahun sekali jek nak cakap panjang dan luah perasaan kan...lepas ni terpulang kepada diri kita menilai apa yang baik kita ambil pendekatan, yang buruk kita jadikan tauladan. Ada beza antara kawan, sahabat dan teman sejati. Berkawan dulu baru dapat sahabat, mengenal sahabat dulu baru dapat teman...yang penting sejati..! Semoga keikhlasan bersahabat tiada akhirnya. Salam sayang dari Home Sweet Home... Jom layan puding dulu...Nak menghabiskan entry-entry tertunda jek sehari dua ni...lepas tu mungkin akak akan berehat lama jugak laaaa....muaaahhh!

Puding sedap dari koleksi Buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza cayanggg...yang semakin bz bertemankan cucu kesayangan....mulalah kerja x keruan ya k.Liza..hehehe... Puding ni mmg sedap sangat digandingkan dengan biskut cheese jenama Ritz tuh...mmg agak lembik, tp mantopss!! Maaf k.liza sebab kat gambar tu tertepek lapis cracker lak...lupa nak intai kat buku...hehee...MEMANG BESTTTT DENGAN RASA MASIN-MASIN BISKUT KEJU tu...
PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Dicuba Rasa : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan A:-
- 1 1/2 cawan jagung krim (dalam tin)
- 1 tin susu sejat (400 ml)
- 1 cawan air
- 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je)
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan tepung kastad
- 2 sudu makan marjerin (akak letak mentega)
- Biskut keju tawar secukupnya (akak guna jenama Ritz)
- Buah-buahan koktel dalam tin
- Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau rata.
- Masak di atas api perlahan sehingga kelihatan pekat.
- Masukkan margerin/mentega dan kacau lagi sehingga kelihatan berkilat. Tutup api.
- Bahagikan adunan (akak bahagi kepada 3 bahagian), sendukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
- Susun biskut keju di atas adunan puding dan ulangi melapis dengan adunan puding hingga siap. (akak buat 3 lapisan puding dan 2 lapisan biskut). Bahagian atas diakhiri dengan bahagian puding.
- Sejukkan dan hiaskan dengan buah-buahan koktel. Sedia untuk dihidangkan.