Saturday, December 31, 2011

Puding Jagung Lapis Biskut - Luahan Untuk Setahun

ASSALAMUALAIKUM....SELAMAT TAHUN BARU 2012...

Semoga kita semua dilimpahi rahmat dan diberkati persahabatan di alam maya ini....Tahun 2011 juga semakin menambahkan memori suka dan duka dalam melayari dunia internet penuh misteri ini. Yang baik untuk diri akak dapat di sini, yang buruk untuk akak pun dapat di sini jugak...memang tidak dinafikan. Namun semua itu mematangkan fikiran dan membuatkan akak lebih kenal siapa diri akak dan di mana duduknya akak dan siapa akak di mata orang-orang di luar sana... Apapun yang terbaik adalah dari Dia yang menciptakan kita dan yang naif itu adalah diri kita sendiri.

Semakin lama di alam blogging semakin ramai yang mendekati dan menyukai...x kurang jugak yang menyakitkan dan membenci...itu kita kena terima bila sudah masuk ke alam penuh fantasi.. Seperti pernah diluahkan oleh seorang Sifu GMM pada akak, sebelum ni hari-hari jenguk muka, tegur sapa, bila dah lama....eeemmm...! Kita x tau apa yang terjadi di sebalik screen dan di luar sana. Hanya keikhlasan yang boleh menampakkan rupa dan bayang diri sebenar seseorang insan.

Apapun, prinsip akak berkawan mudah sahaja, biarlah boleh/sanggup/mampu saling memberi dan menerima nasihat/teguran/buah fikiran jika kita ada masalah atau berbuat salah tidak kira tua atau muda, kita bersahabat pun tidaklah sampai nak menyokong membawa rebah, semuanya nampak benar belaka kerana mereka kawan kita, biarpun ada cacatnya walaupun tak salah semua....Sebaiknya kita betulkan keadaan, jangan bila hal dan hak kita, kita pekik marah dan canang-canangkan, tetapi bila hal atau hak orang, kita pandang remeh sahaja. Usaha orang kita hargai biarpun tak sebesar mana. Akak tak pernah meminta sokongan yang sampai merebahkan dan yang salah pun kena dianggukkan oleh kalian...itu salah...not me!

Okeh cukuplah ayat-ayat cinta di penghujung tahun....setahun sekali jek nak cakap panjang dan luah perasaan kan...lepas ni terpulang kepada diri kita menilai apa yang baik kita ambil pendekatan, yang buruk kita jadikan tauladan. Ada beza antara kawan, sahabat dan teman sejati. Berkawan dulu baru dapat sahabat, mengenal sahabat dulu baru dapat teman...yang penting sejati..! Semoga keikhlasan bersahabat tiada akhirnya. Salam sayang dari Home Sweet Home... Jom layan puding dulu...Nak menghabiskan entry-entry tertunda jek sehari dua ni...lepas tu mungkin akak akan berehat lama jugak laaaa....muaaahhh!

Puding sedap dari koleksi Buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza cayanggg...yang semakin bz bertemankan cucu kesayangan....mulalah kerja x keruan ya k.Liza..hehehe... Puding ni mmg sedap sangat digandingkan dengan biskut cheese jenama Ritz tuh...mmg agak lembik, tp mantopss!! Maaf k.liza sebab kat gambar tu tertepek lapis cracker lak...lupa nak intai kat buku...hehee...MEMANG BESTTTT DENGAN RASA MASIN-MASIN BISKUT KEJU tu...

PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Dicuba Rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 1 1/2 cawan jagung krim (dalam tin)
  • 1 tin susu sejat (400 ml)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je)
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 2 sudu makan marjerin (akak letak mentega)
Bahan B:-
  • Biskut keju tawar secukupnya (akak guna jenama Ritz)
  • Buah-buahan koktel dalam tin
Cara Membuat:-
  1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau rata.
  2. Masak di atas api perlahan sehingga kelihatan pekat.
  3. Masukkan margerin/mentega dan kacau lagi sehingga kelihatan berkilat. Tutup api.
  4. Bahagikan adunan (akak bahagi kepada 3 bahagian), sendukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  5. Susun biskut keju di atas adunan puding dan ulangi melapis dengan adunan puding hingga siap. (akak buat 3 lapisan puding dan 2 lapisan biskut). Bahagian atas diakhiri dengan bahagian puding.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan buah-buahan koktel. Sedia untuk dihidangkan.

31 comments:

  1. HAPPY NEW YEAR DARLING!

    I'm so glad to have known you and whole GMM!!! It's almost 3 yrs now since I knew some of you...can't believe it na!!! :)

    Puding yummm!!! :)

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini,

    emhhh sedapp..selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  3. Assalam ummi, selamat menyambut tahun baru 2012, semoga tahun 2012 memberikan banyak lagi ilham untuk ummi mencipta resipi yg best2, n menjadi inspirasi utk saya msk2 heheh.

    Nampak sedap sangat puding jagung lapis biskut tu

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru Kak Ummi ^^
    Tun pun dh setahun rupa2nya kenal GMM. semoga tun pun cepat berlapang dada mcm akak, insyaAllah =)

    ReplyDelete
  5. Selamat Tahun Baru KUmmi.. Moga persahabatan dialam maya ini berpanjangan.. All the best to HSH.. Muahhh!!

    ReplyDelete
  6. Eh .. mcm best la kak Ummi. Pestime KC jumpa resepi best dan senang camni. nanti KC nak cuba.

    Kak Ummi .. selamat tahun baru buat Kak Ummi dan keluarga. Moga tahun 2012 nanti buat Kak Ummi lebih ceria ye.

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun Baru 2012 buat akak sekeluarga, moga hari2 yg baik buat akak...harap akak akan terus berkongsi ilmu, petua dan pengalaman bersama kami peminat HSH...sayang K.Ummi..muahhhhh....

    ReplyDelete
  8. Selamat Tahun Baru 2012 Ummi cayang. TQ for the friendship, hope lasts forever.
    Along nak ucapkan ribuan t-kasih utk Ummi yg banyak berkongsi ilmu untuk kita semua! Keep it up Ummi!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kak Ummi sayang...Selamat Thn baru juga yeyee moga pesahabatah di alam maya akk kekal dan satu hari insyaAllah kita akk ketemu juga..dan tq bekongsi resepi2 yg sdp2 di sini...

    Puding yg napk sangat menarik dan sdp saya nak cuba lag

    ReplyDelete
  10. Selamat tahun baru 2012 buat kak ummie sekeluarga semoga tahun baru beri kehidupan yg lebih baik dan selesa buat kita semua.

    Soal perasaaan dan hati org ni memang susah nak di jangka kdg2 kita rasa ok kat org lak x ok mcm tulah sebaliknya apa yg penting kita buat apa yg kita fikir betul dan berada di landasan yg tepat... hidup jgn dok suka cari pasal dgn org lain.. hari ni kita berada di bawah tapi esok lusa kita naik lak keatas mcm tulah pusingan roda kehidupan manusia...:)

    ReplyDelete
  11. Assalam..
    Selamat tahun baru 2012..

    ReplyDelete
  12. selamt myambut tahun 2012.. sy yg suam2 kuku ni setuju dgn kata2 k ummi tu.. smga persahabatan terus terjalin erat..

    ReplyDelete
  13. salam...happy new year...semoga diberkati Allah selalu

    ReplyDelete
  14. Selamat Tahun Baru buat Ummi dan keluarga... muga persahabatan GMM akan dapat dikekalkan dan bertambah erat...

    dan kak rose pun nak jugak join jadi GMM walaupun semua resepi cnp dari sifu2 diluar sana.... terima kasih dengan ilmu masak2 yg dikongsikan....

    ReplyDelete
  15. Assalam Kak ummi Cyng, sedap tgk puding jagung ni..menarik tu ada lapis biskut tu..bila nk merajinkan diri yer buat ni..hehe

    Selamat tahun baru 2012 juga buat akak sekeluarga. semoga tahun baru ni memberikan sinar baru dan mantop lagi pada Home sweet home.tq berkongsi ilmu dan resepi yg amat berguna sekali pada saya dirantauan org ni kak Ummi. semoga Allah merahmati usaha murni akak selalu..insyaAllah.

    ReplyDelete
  16. Salam ummi,

    sedap puding jagung tu....
    selamat tahun baru 2012
    semuga hidup dirahmati allah
    Amin.....

    ReplyDelete
  17. Selamat tahun baru buat Kak Ummi sekeluarga...moga sentiasa sihat,ceria dan bahagia selalu bersama orang yang disayang..

    ReplyDelete
  18. kakkkkk..dh msuk kelambu ke tuuu...kita dah 2 hri xlekat kat umah..dri pgi smpai mlm mkn kedai je...ronda2 sakan la dkat2 nk blik ni..esk pun dh pnuh plan jejln..hahaa..thun dpn xthu ada rzki ke tak utk ke sni lagi kan..wpun ringkas tpi amat brmakna mesej kak tuu...kita sntiasa nk jdi kwn pda semua wpun kita hangat2 tahi itik je dialam bloger ni...insyaallah kakk..pasti kena gader2 ni...nti kita tarik kak liza skli yee...always lebiuuuu...

    ReplyDelete
  19. Selamat tahun baru kak Fiza. Semoga tahun baru membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua insyaAllah.
    Ijan

    ReplyDelete
  20. Selamat Tahun Baru juga buat kak Ummi dan keluarga..

    Sama-sama kita berdoa semoga tahun ini memberikan seribu kebaikan buat kita semua.. di murahkan rezeki memperolehi rahmat dari Nya dan memberikan lagi sumber inspirasi untuk kita kongsikan bersama

    Terima kasih atas segala perkongsian, kata-kata semangat dan dorongan dari kak Ummi..
    Akak adalah sumber inspirasi ita.. penguat semangat ita untuk kedapor setiap hari..

    Jasa dan pengorbanan akak cukup besar dalam blog masakan ni.. semoga Allah merahmati akak dan keluarga..


    p/s ita perminat akak.. harap2 ita dapat jumpa akak suatu hari nanti..
    Semoga Allah kabulkan doa ita ni..
    ~AMIN~

    Salam Sayang dari
    Azlita Masam Manis

    ReplyDelete
  21. selamat tahun baru kak ummi...:)

    ReplyDelete
  22. menarik!... selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  23. Assalamualaykumwbh Sis Dear...

    Smg Allah swt mudahkan dan uruskan kak sekeluarga dgn sebaiknya dr tahun ke tahun...

    Love, Ayu...:)

    ReplyDelete
  24. Slmt thn baru 2012 buat K.Ummi sekeluarga. Semoga K.Ummi sekeluarga sentiasa dilindungi Allah selalu dan diberkati segala usaha yg dilaksanakan serta tambah murah rezki dan sihat sejahtera selalu.

    ReplyDelete
  25. Selamat tahun baru kak ummi. Takpe lah kak, kita berblog pun pada hakikatnya untuk diri sendiri, bukan nak menagih pujian orang atau disanjung..kalau ia berlaku pun, atas ke izinan Allah swt dan ia sebenarnya ujian juga. Apa2pun biar lah kita berada dalam satu kedudukan yang tidak mudah terpengaruh dengan perasaan dan cerita2 orang. Kita berkawan dengan semua dan yang sudi..moga tahun ni membawa kebaikkan dan dijauhkan semua malapetaka..insya Allah..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Kak Ummi

    Sayunya hati membaca entry Kak Ummi kali ni...sbb dah di jamu dgn puding biskut tu x jadi nangis!

    Kak Ummi jgn bercuti lama2 tau...nnt kita semua rindu Kak Ummi....

    ReplyDelete
  27. Selamat Tahun Baru kpd Ummi & keluarga. Semoga terus berkongsi resipi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  28. salam tahun baru buat kak ummi dan sekeluarga..diharapkan pada tahun ini dan jua pada tahun akan datang..akak senantiasa diberkati dan dirahmati Allah selalu..Semoga lebih terussss sukses dlm GMM..

    ReplyDelete
  29. ASSALAM SEMUA...TERIMA KASIH ATAS SAPAAN, TEGURAN DAN UCAPAN SELAMAT BUAT AKAK...TP ADEEEI, APASAI ADA YANG SEDIH2 NI.....HAHAHA, INI SEKADAR NASIHAT DAN PANDANGAN SEPULUH SEN DAN IKHLAS DARI AKAK SEPANJANG PENGALAMAN BERBLOG SAHAJA DAN PANDUAN KEPADA NEWBIE2 DI LUAR SANA..TIADA JALAN SINGKAT UNTUK KITA BERTAHAN DAN DISUKAI DAN SEMUANYA ADALAH HASIL USAHA DAN KERJASAMA SESAMA KITA JUGAK. YANG BAIK BOLEHLAH IKUT, KALAU SALAH IKHLASLAH MENEGUR! ASAM GARAM DUNIA BLOGGING (X KIRA LA BLOG PERSONAL KE, MASAK2 KE, HIBURAN KE) MEMANG KITA TIDAK DAPAT JANGKA..HARAP2 KITA TIDAK CEPAT MELATAH!

    BERSYUKUR SEKIRANYA KITA DITERIMA SEADANYA...NAWAITU BIAR SEIRING DENGAN ETIKA DAN PERBUATAN LAH KAN..DAN INGAT SATU YANG PENTING, NIAT BAIK TIDAK MENGHALALKAN JIKA CARANYA SALAH...

    K, SALAM SAYANG...TERIMA KASIH SEKALI LAGI UTK SEMUA DAN AKAK DOAKAN YANG BAIK2 JUGAK BUAT PENGUNJUNG2 DAN RAKAN ALAM MAYA YANG SERING BERKUNJUNG, BERTEGUR SAPA DAN YANG RAJIN MENJELING DAN MENCUCI MATA DI SINI...PEEAACCCEEEE ^_^

    SEMOGA TAHUN BARU INI, SEGALA YANG DIIMPIKAN JADI KENYATAAN, YANG DIRANCANG BERJALAN LANCAR...SALAM SAYANG...MUAAHHH!

    ReplyDelete
  30. Assalam Kak ummi,
    Happy new year to you & family!!
    belum terlewat kan kak..hehe..semuga, blog HOME SWEET HOME ni akan terus, berkembang dan terus kan perkongsian recipe2 yang best2 ya kak..

    ReplyDelete
  31. selamat tahun baru kak ummi...lamanya rasa tak letak 'tapak jari' kat sini, bizi no dengan urusan dunia. Huhuuhh...
    Apapun kak, saya tetap akan kesini, tak kira apa org lain anggap/nilai pasal blog akak ni. retis hebat cm akak memanglah ramai yg berbulu..hihihi..tapi saya tetap likelikelike. Blog akak antara blog yg buat air liur saya kering sebab berdeguk berdegak kena telan bila tgk resepi kat sini...hehehee

    ReplyDelete