Thursday, March 31, 2011

Ayam Kicap Berempah Harum dan BARU JE BERDAKAP DENGAN HANA..yeaaahh!

Salam....Yeaaaahhhhh! Akak seronok sekali ni...nak bagi tau gak nih, akak DAH DAPAT DAKAP DENGAN HANA jam 12 tenghari tadi...Mokcik tu keluar bandar ni tadi 1 family teman cik abang dia daftar nombor kat Celcom dan lalu kat depan ofis akak....waaaah berdering tepon akak....tengok2 nombor dia naik. Hana bagi tau dia ada kat bawah bangunan ofis akak...yeaaah, rasa nak melompat turun haa...rindu banget!! Apa lagi kita pun panggil cik abang sekali kat tingkat atas tuh...turun. Waduhhh akak berdakap berlaga pipi mesra dengan Hana x ingat donia taaauuu!!! Encik2 suami sume berjabat salam dan berbual...Sempatlah bertanya khabar dan mencuit dan mengetap bibir tengok si Darwish...x maunya kat orang lain..duk berdakap dengan papa dia jek...Sempat berborak kejap jek laaa, Hana pun bg tau nak balik kampung jap esok ambil barang2 dia banyak lagi. Nak ajak ke rumah tengahari camni xdan laaa...Tapi dah pelawa dia makan nanti...hehehee...X puas rasanya borak, tup tup ada lak lori nak parking turunkan barang kat tempat diaorg park kete tuh...adeehh..kacau daun betul laa....So diaorg berangkat pergi dulu laa...Apapun Hana, thanks sudi singgah kat ofis.....akak baru berura-ura nak terjah ko dulu...hehe..Rupanya pandai dia...rumah tengah berkaparan katanya..hehe..ok xpa laa..janji dah amik bau Jepun mu...hahahahhaa. Sorilah xda gambar...xdan pun nak snap ke, x igt donia borak wpun sekejap...hehe

Okay lah, jamu dulu dengan lauk Ayam Kicap Berempah Harum ni ceduk dari dapur Dayang Jack yang memang handal masak2 lauk ayam nih....hehee...Dayang, thanks yea...sangat sedap...tp biasalah akak derhaka sikit2....apapun nak C n P je la resepi Dayang tu kat sini eh...thanks

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM
Resepi: Dayang Jack (DJ)

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni)
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (*akak guna 2 btg)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-Cara Memasak:
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.

Wednesday, March 30, 2011

Tahniah Buat Kak Liza, Nor dan Hana

Assalamualaikum.....Di kesempatan ini walaupun sedikit terlewat, akak ingin mengucapkan tahniah kepada 3 orang blogger yang akak kenal rapat dan pernah bertemu muka juga....Pertamanya buat blogger Chef yang memang tidak asing lagi di kalangan blogger masak terutamanya iaitu Chef Hanieliza ataupun lebih mesra membahasakan dirinya Kak Liza kerana telah pun keluar dalam Segmen Sembang-Sembang di Vlog 1Tube.my bersama Ben Ashaari. Rasanya telah ramai yang menonton Vlog tersebut dan dapat mengenali Kak Liza lebih rapat mengenai sejarah pembabitan Kak Liza di dalam dunia masakan ini hingga berjaya menghasilkan buku-buku masakan dan resepi-resepi mantap yang mudah dan senang untuk dikongsi bersama....Tahniah buat kak Liza cayang!!! Kepada yang belum menonton Vlog tersebut, sila klik di Sini....Selamat menonton...


Seterusnya dan tidak dilupakan ucapan tahniah dan kegembiraan untuk 2 orang sahabat blogger yang tidak asing lagi iaitu Nor @ Secubit Garam dan tidak ketinggalan juga Hana @ Hanamemories yang baru sahaja kembali semula ke Malaysia baru-baru ini kerana telah disambar juga oleh Jelita bagi keluaran bulan April ini. Terpapar pelbagai resepi-resepi dan gambar-gambar yang membuatkan tekak rasa terliur bila melihatnya...Sesungguhnya akak berasa seronok kerana semakin ramai geng blogger masak2 telah dijerat oleh Jelita nih..hehee...Kalian mmg "the bomb"...Ok, jom tengok...


yang atas dan ini adalah sumbangan dari Nor.....termasuk step-by-step...


yang ni dan yang bawah tu pula dari Hana...

Betul dan setuju sangat-sangat dengan pandangan dari Mat dan juga Hana, sama-sama lah kita pupuk nilai2 bersih dan positif dalam diri kita demi memartabatkan tanda aras kita sebagai blogger masak-masak yang boleh dicontohi, dijadikan penguat semangat dan tiada hasad dengki sesama kita...Apa yang kita share di alam siber ini, diharap sama2 mendapat manfaat dan ganjaranNya sekiranya kita ikhlas dan berpandangan jauh....insyaAllah...Tahniah sekali lagi Kak Liza, Nor dan Hana....I laaapppp u...hehee

Pengat Keladi Chaca Skoteng

Assalamualaikum....di sini akak nak kongsikan Pengat Keladi Chaca Skoteng buat kelmarin nih....tau ke Skoteng...macamana rupanya...ha, kalau x kenal leh klik kat Sini...akak beli masa gi Melaka hari tu...masih ada berbaki 1 paket lg stoknya...hehee..guna sikit lg ni ada lg belen separuh paket...nnt leh wat talam skoteng lak mcm Am buat tuh...teringin nak cuba...insyaAllah...Okay layan dulu la pengat ni eh...beeeessst sesangat....byk pulak akak makan...heheee


PENGAT KELADI CHACA SKOTENG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 biji keladi - kupas, bersihkan dan potong dadu
  • 1/2 cawan chaca skoteng (boleh lihat gambar di Sini)
  • 3 sudu besar sagu - basuh dan toskan 15 mnt. sblm guna
  • 3 cawan air (anggaran) utk rebus keladi
  • 2 1/2 cawan air (anggaran) utk rebus chaca skoteng
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 cawan gula melaka
  • 3/4 cawan gula pasir (adjust manisnya)
  • 2 helai daun pandan - disiat dan simpulkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam halus

Cara-Cara:-
  1. Rebus keladi bersama air hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Masak santan cair bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Rebus chaca dengan air hingga lembut dan masukkan campuran air gula tadi beserta keladi. Kacau sebentar. Tambah sedikit air lagi jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan santan pekat bersama sagu dan masak dengan api perlahan hingga mendidih dan sagu nampak jernih. Seimbangkan rasa. Tutup api bila kuah sedikit pekat dan hidangkan sebagai minum petang.


Tuesday, March 29, 2011

Asam Pedas Daging ala MamaFaMi

Salam....ok laaa tayang lauk asam pedas daging nih sebab terliur tengok MamaFaMi tayang kat dapur dia.....tp biasalah ada gak derhaka dan masak ikut bahan yg ada jek....mmg lg sedap kalau guna daging berlemak2 gitu....ni akak ada sume batang pinang jek...bantai je laaa....Cuma akak wat pekat2 sikit...Sedap sekali makan dengan nasi panas2 di musim mendung2 nih...Lawan pulak dengan ikan lampam goreng garing2 dan tabur bawang n cili hijau goreng ala cincuan gitu...hehee..Thanks ya Ma kerana menggoda tekak Ummi....hehee...C n P je laaa..malas nak translate...

ASAM PEDAS DAGING ala MAMAFAMI
Resepi: MamaFaMi

Ingredients :
  • 500g sirloin beef - slice thinly
  • 1 onion
  • 2 cloves garlic
  • 1 inch fresh ginger
  • 3 tablespoons chillie paste
  • 1/2 inch shrimp paste
  • 1 teaspoon kerisik
  • 1/2 inch fresh turmeric
  • enough tamarind juice
  • enough water
  • salt to taste
  • zeal ~ optional
  • tomato ~ quartered
  • oil for cooking

Method :

1. Boil the sliced beef till tender with a bit of salt. Set aside.
2. Place onion, garlic, ginger, fresh turmeric, chillie paste, shrimp paste, kerisik and a bit of water in a blender and blend to form paste.
3. Heat oil in a pot and add in the blended paste.
4. Fry till fragrant.
5. Pour in the tamarind juice and stir well.
6. Add in more water if necessary. Let it boil.
7. Add in the tender beef.
8. Add in salt, zeal and tomato. Let it simmer for a while.
9. Ready to serve.



mantopss tak? ganding dengan lampam goreng garing ala cincuan gitu...hehe

Monday, March 28, 2011

Nasi Goreng Udang Kering Sambal Belacan

Assalamualaikum buat yang masih sudi mengunjungi HSH nih..2 3 hari x on9 pun...wiken yang amat bz dan penuh aktiviti....lalu membuatkan rasa malas nak mengadap blog...sonok lagi santai2 rasanya...argghhh bestnyaaa.... Meh nak citer sikit aktiviti apa....Ahad kelmarin, lepas habis kursus kat masjid, balik tu singgah kat Nursery kat Jalan Teluk Cempedak pi beli pasu besauu 2 bijik, pokok2 ijo 2 pokok, tanah organik 5 beg...huk alaahh melayang RM200 gak. Bukan apa, lama sungguh x membelai pokok2 daun kat rumah tu (pokok bunga2 mmg xda laa)...dah mcm merajuk jek tengok rupanya...hehehe...So petang ahad tuh, hb mulakan dulu operasi sebab akak memengat keladi chaca dulu kat dapur, pastu akak baru join....sakan tengok hb operasi tukar pasu, tambah tanah, kerat2 dahan mati segala, letak baja...akak pun tolong ala2 jadi Mandor pun ada...tp nak mengheret satu2 pasu besar tu..mak oiii berat gak, nasib x byk sgt yg besar...tp bestnya sonoknya badan berpeluh lejut camni.....kalau memasak setakat peluh ketiak dgn dahi je la kan...hehehee...Pastu bila badan penat camtu, tdo malam sungguh la lenaaaa....eeemm...

Okay la jom layan menu masak2 cuti baru nih...layan je la nasi goreng resepi campak2 nih...tp licin dek budak Aiman tuh...hehehhe..baru ada mood nak posting..


NASI GORENG UDANG KERING SAMBAL BELACAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 mangkuk nasi putih
  • 5 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
  • 10 tangkai cili kering - dipotong serong
  • 3 sudu besar sambal belacan (bikin sendiri la eh)
  • 2 biji telor - dibuat scramble
  • 3 sudu besar udang kering (yg baru) - direndam dan tumbuk2 sikit
  • 2 sudu besar kicap cair
  • beberapa urat kacang panjang - hiris 1 inci serong
  • 5 batang kacang botor - hiris serong kecil
  • garam secukup rasa
  • 5 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga naik bau.
  2. Masukkan pula sambal belacan dan udang kering tadi. Kacau.
  3. Masukkan kicap masin dan telor hancur. Kacau rata sebentar.
  4. Masukkan nasi putih dan gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.
  5. Apabila nampak nasi sudah berasap, masukkan sayur2 tadi dan kacau rata sebentar sahaja supaya sayur jangan layu sangat.
  6. Hidangkan panas dengan keropok dan juga sambal belacan lagi jika suka...besstttt!!

Friday, March 25, 2011

Fruit Pastry Cake



Assalamualaikum.....dah hari jumaat dah ek...sekejapnya lah masa berlalu kan..kan...semalam akak x masak pun sebab balik rumah ada kerja lain yang akak dan hb duk setelkan....tapi sempat gak menggodek kek nih...hehehee....dah bagi kat family adik separuh loyang....Kek yang sedap dari dapur Gert nih....dah lama sangat simpan resepi nih, tengok hari tu ada Nor pun dah buat, cun jek....Ni akak buat memalam buta gitu, dah la sibuk duk buat kerja rumah, x intai2 dah dlm oven, akak tutup dengan alluminium foil tu masa kek dah nak masak sangat dah kot, jadi kaler kurang cun la sikit...tp still lembut dan sedap...mmg best kek nih...kek yang sihat....lebih2 lagi akak kurangkan sukatan gula tuh...hb pun suka...banyak buah2an gitu.....akak guna peach, strawberi dan buah prun.....Jom minum petang...hehehe...Thanks for sharing Gert!


FRUIT PASTRY CAKE
Recipe by: Gert

Ingredients :

  • 113g/1 stick butter, at room temperature
  • 1 cup castor sugar (*akak letak 160 gm je)
  • 50g sour cream
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • Pinch of salt
  • 1 teaspoon orange zest
  • 3 large eggs, at room temperature
  • 210 g plain flour
  • 1 teaspoon baking powder
  • 500 g fresh fruits (I usestrawberries, handful of blueberries, mandarin orange and canned peach slices) (*akak letak peach, strawberi (nak ranum dah...hehe) dan prun...)

Methods:-

* Place cuts fruits in a strainer and sprinkle with 2 tbsp of sugar
* Pre-heat oven to 350 degree F. Butter a baking pan.
* Cream butter, sugar and sour cream together until creamy.
* Add eggs one at a time and beat well.
* Add vanilla, flour, baking powder and zest until everything combined
* Pour batter into a baking pan and smooth the top. Place fruits on top
* Bake for 50-60 minutes or until cake is done.
* Cool and serve



hahahha...terlebih bakar sikit...tp lembut sedap jek...maybe air buah2 tu keluar...sedap rasa prun tuh...i liiikkeee

Thursday, March 24, 2011

Yee Mee Kicap


Assalamualaikum....petang ni just nak kongsikan resepi dinner semalam.....angin masak2 mcm x berapa kencang jek....masak nak sempoi2 jek la...kerja rumah x abis2 jek akak tgk..dalam kepala macam ingat nak buat, nak kemas sana, nak kemas sini, x lepas-lepas...adeeeiii. So, masak pun buat yg senang-senang jek...janji leh mengenyangkan perut2 yang tersayang kat rumah ni kan....

Resepi asal intai dari dapur Kak Ida 1001 Resepi nih....kalau ikutkan asalnya yee mee kicap nih xda lah pekat sgt...tp akak main hentam jek letak tepung jagung, dah terlebih sikit..so pekat pulak la kuahnya...hehehhehee...dah tu bila pecahkan telor, dah la x berapa mau nak cantik masaknya sbb kuah dah pekat, akak gaul je laa....nasib la ko mee.....tp memang sedap, rasa mcm hotplate yee mee kat pasaraya besar2 tu..hehehe.... Hb n Aiman puji kata bestt woooo...uisshhh salah siapa itu....sedap kerana air tanganku kaaa..kerana resepinya kaaaa...hahahhahahahha....so jom rempit resepi asal...Thanks kak Ida..Ummi C n P jek sini eh..

YEE MEE KICAP
Sumber: Kak Ida @ 1001 Resepi

Resepi untuk kuah yee mee

Bahan Ditumbuk:
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
Bahan Sampingan:
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil (akak guna 400 gm daging)
  • 10 keping cendawan hitam, rendam hingga kembang
  • 1 batang lobak merah, hiris nipis
  • sedikit sawi, potong kecil
  • 1 biji tomato, potong kecil
  • telur 4 biji (*akak letak 3 biji)
  • 3 sanggul yee mee kering (*akak letak 2 sanggul yee mee jek)
  • 4 - 5 cawan air
  • bancuhan tepung jagung + air (akak letak 1 1/2 sudu besar tepung jagung + 1/3 cawan air)
Bahan Sos (campurkan semua dalam mangkuk kecil)
  • 5 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam, perisa dan serbuk lada putih
Cara-Cara Masak Kuah:-
  1. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebentar.
  3. Masukkan 4-5 cawan air dan biarkan mendidih sehingga ayam separuh empuk.
  4. Masukkan cendawan hitam, carrot dan sos dan didihkan sehingga ayam empuk.
Cara Hidang:
  1. Sendukkan kuah dan ayam ke dalam hotplate (akak guna kuali jek..hehe), biarkan didih sebentar.
  2. Perlahankan api dan masukkan campuran tepung jagung dan sedikit air untuk memekatkan kuah.
  3. Kemudian masukkan yee mee, tambahkan kuah jika perlu, masukkan sawi dan tomato.
  4. Pecahkan 4 biji telur kedalam kuah. biarkan mendidih sebentar sebelum di hidangkan dengan potongan cili padi dan kicap...

Semoga Selamat Sampai Ke Tanah Air Buat Hana n Family

credit gambar dr google


Sori Hana, akak curi gambor ko letak sini...xpa kan...hehehhee

Assalamualaikum....entry ni khas buat Hana, Dr. Hamzah dan anak-anak yang sedang dalam penerbangan pulang dari Jepun ke Malaysia...Semoga selamat sampai ke destinasi dan dalam keadaan sihat-sihat hendaknya....Waaaahhh seronok lah mokcik ni dapat dakap mak abah dan kaum keluarga semua yang semestinya merindui kepulangan diaorang nih., dulu pergi bertiga, ni balik dah bawak produk Jepun sorang, hahahaha...Akak difahamkan bahawa Hana dah kena melapor diri ke bidang yang telah lama ditinggalkan tuh pada hari Jumaat nih..3 tahun lama gak kan Hana...Jangan lah nnt ko ajak budak2 kelas ko memasak n buat kek bagai lak...last2 semua keluar sekolah nnt nak apply jadi Chef belaka...xda yg nak jadi lecturer cam Dr. Hamzah tu ha, jadi cikgu cam ko ke....xda nak jadi engineer, just near engine jek...hehehhehe..(*psst...nak bentang karpet mana satu tuk ko ni Hana...hahahaha)

Walaupun ko sedih tinggalkan bumi Jepun yang dah bergegar retak sebelah tu kan...tentunya ko paling gembira dapat balik setelah sekian lama merantau kan....kan....terutamanya dalam saat-saat cemas yang berlaku di Jepun baru-baru ni kan...Tentu ramai lagi di sini bakal mengubat kesedihan ko nanti...lebih-lebih lagi akak kan...kan...wakakkakaa...Haruslah nnt bumi terletaknya kediaman kita tu retak-retak gak bila dengar hilai ketawa kita kan...kan... Nanti kalau akak jogging, akak singgah rumah ko minum teh laa...xpun ko singgah rumah akak minum air sejuk eh...hahahhaha.

Apapun, akak harap nanti Hana akan dapat jugak meluangkan masa meneruskan entry-entry masakan xpun entry ajar matematik ke, sukat-sukat tepung segala kan....pasti ramai yang merindui entry di blog ko kalau ko stop lama-lama...InsyaAllah, semoga ko diberi ruang lagi untuk meneruskannya lagi Hana....amiinn...Salam sayang dari akak...

Wednesday, March 23, 2011

Talam Nangka - Tak Sangka Lakunya

Assalamualaikum....waaaaahhh ada bau2an x kat sini....bau bacang ke, bau nangka? hehehee...Sori lah eh tayang kuih lak tengah2 hari ni...xyah la mintak., dah licin..ambik gambar ni pun dalam saat nazak..akak tak sangka la pulak Aiman n hb gemar bebenooorrr weeeiiii....adeeeii nasib baik sempat selamatkan sebentar 3 keping ni sebelum diaorg sibab masuk molot jugak...hahahahaha....bukan la buat sikit, tp lepas jek kukus kuih ni kelmarin, family adik singgah rumah hantar ole-ole sikit sebab diaorg balik bercuti ke Penang....hantar jeruk buah campuran n kuih loyang....pastu kuih ni suam2 panas lgk akak dah hidangkan....main skop jek la dgn sudu nak keluarkan dari acuan tuh...tu pasaiii la rupanya sedemikian....pastu semua anak2 sedara pun sukaaa...hahahaha..igt x laku...mmg sedap banget dgn bau wanginya talam nangka nih....nak buat lg laaa..ada baki lg nangka madu tuh..


Nasib la tinggal 3 biji jek terselamat sekejap utk posing....hehehee.. tp mmg sedaaaapppp! Mujur x angin pulak badan akak..hehe....Terima kasih kepada Yatie yang sudi berkongsi resepi...akak C n P je la yea..Baru sempat nak letak entry...huhuuu...semalam x on9....akak malasssss..hehhee

KUIH TALAM NANGKA
Resepi : Yatiememories

Bahan-Bahan
Lapisan bawah
  • 1 cawan nangka- di cincang
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 s/b tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara menyediakan lapisan bawah.
  1. Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
  2. Satukan tpng beras, tpng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
  4. Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas -
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 s/b tpng jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna oren (terpulang pada selera masing2)
Cara menyediakan lapisan atas
  1. Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
  5. Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.

buruk tul rupanya sbb keluarkan dr acuan tengah suam2 gitu.....tp family adik makan hingga menjilat sudu haaa...hehehe

Tuesday, March 22, 2011

Ikan Lampam Goreng Sambal Tempoyak

Assalamualaikum.....harap semuanya ok ok dan sihat selalu hendaknya...Ni nak tayang sejenis ikan sungai yang sangat sedap...TAPI!!! banyak tulang macam ikan parang gak....Akak n hb kalau makan ikan camni kena pakai spek betul2 laa...xleh main2...kang tercekik tulang...waaaaa, serik dah! Hahahahaha...jgn kutuk eh! Dan seperti biasalah, ikan banyak tulang ni isinya mmg sedap dan manis semacam kan....Akak dapat ikan lampam ni kat Mini Market melayu belakang rumah ni ha...3 ekor akak rembat...2 ekor masak nih...sekor lg nnt la...goreng2 garing je la kot...hb sebenarnya seram nak makan ikan tulang halus2 nih..hehee...Aiman akak tgk ok jek...Okay lah terus ke resepi la eh...dah beberapa kali buat resepi Mat Gebu nih....mmg sangat sedap..kalau dibiar bermalam...lg terangkat wehhh!! Cuma kali nih, akak x letak daun kunyit, saja tukar letak hirisan bunga kantan pulak...sedap sama jek! So, kepada peminat2 tempoyak dan siapa yang terliur tu, leh masak tengahari nih eh..so akak C n P resepi lg sekali kat sini eh..


IKAN LAMPAM GORENG SAMBAL TEMPOYAK
Resepi: Mat Gebu
Dirujuk : Ummi@Home Sweet Home

Bahan:-

  • 3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging/akak guna ikan lampam kali ni)
  • 1 helai daun kunyit, hiris halus (*kali ni akak tukar letak hirisan bunga kantan)
  • 2 batang serai, hiris serong, kasar
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 biji kecil bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 25 biji cili padi siam merah*
  • 1 camca besar penuh tempoyak
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air


Cara Membuat:-
  1. Ikan disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum,.
  4. Masukkan tempoyak, kacau dan tuang air.
  5. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  6. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Monday, March 21, 2011

Wakaf Al Quran - Bantu Seikhlasnya

Assalamualaikum....akak terpanggil untuk berkongsi tentang entry ini setelah terbaca di blog MamaFami dan melintas jugak dekat dapur Mat Gebu yang juga telah memanjangkan entry ini...So kepada anda yang berminat untuk menambahkan saham dengan penuh keikhlasan hati, bolehlah klik di Sini untuk keterangan dan tindakan lanjut. Sama-samalah kita membantu usaha murni Konsortium ini biarpun sebesar zarah sekalipun kebaikan yang dihulurkan....sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati mu...Wallahu 'alam...

Kurma Telor Pengantin

Salam....apa khabar? Hehee..musim orang kawin jek cuti sekolah baru ni kan...so jangan gelak n timbul kontroversi sudah la kat title menu tu eh...hehehee....Dulu Mat Gebu penah letak satu entry lauk telor pengantin jugak...lepas tu komainnn komen yg masuk...dah timbul macam-macam cerita la pulak kan...hahahahhahaha...sabauuu je laaa....So ini pun sebab banyak sangat dapat telor kenduri tu...xda orang nak makan....so akak balun jek wat masak kurma nih...ha, licin pun...hehehee...Resepi pun sempoi2 jek...x letak kerisek, x letak lada hitam pun...ya laa, biasa masak kurma mmg x pedas pun kan..hehehe


KURMA TELOR PENGANTIN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kurma #
  • 1 cawan santan pekat # (bahan # dibancuh sebati)
  • 2 cawan santan cair
  • 2 tangkai cili merah & hijau - dibelah
  • 2 biji kentang - kupas dan belah 4
  • 2 biji bawang besar - belah 4 atau 6
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan santan dan rempah kurma. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kentang dan gaul rata. Masak sebentar.
  4. Masukkan pula telor dan masak sekejap dalam bahan rempah.
  5. Kemudian masukkan pula santan cair, dan garam. Masak/reneh hingga nampak berminyak dan kuah agak pekat.
  6. Masukkan bawang besar dan cili.
  7. Seimbangkan rasa dan pastikan ubi kentang lembut. Tutup api.

Saturday, March 19, 2011

Kuih Bakar Bijan Yang Selalu Laku



Salam dan selamat berhujung minggu....xda apalah sangat nak tayang melainkan kuih bakar yang menjadi favourite seisi keluarga...kalau buat 1 loyang memang x cukup, buat 2 loyang pun boleh habis kalau diulang-ulang...tambah pulak diletakkan bijan banyak-banyak dan bakar garing atau berkerak di bawahknya....mmg best kan! Resepi kuih ni dari Joayee yang dah lama sangat stop blogging....selalu sangat dah akak guna seperti di Sini dan Sini. Kadang-kadang buat x posting pun, tp kali ni posting gak la wat jamu mata kot ada pengunjung baru yang masuk ke dapur akak nih....Resepi ni mmg kena jek dengan tekak adunan kuihnya tuh....kata orang, ngam-ngam sap suiii...nak buat pun teramat mudah...hehee


KUIH BAKAR BIJAN
Resepi: Joayee

Bahan:-
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan

Cara-Cara:-

  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (*ummi set oven 165C selama 1 jam 15 minit).