Sunday, February 28, 2010

Easy Peasy Cheese Toast

Easy Peasy Cheese Toast...fullamakkk!! Dengar nama komain lagik...glaaammm gitewww..hehee.. walhal roti kosong bakar dengan slice cheese or mozarella cheese jek, tabur le dry parsley then bakar, then makan la dengan telor separuh masak....tp mmg best...kalau x cukup kenyang, tibai lak mashed potato with mushroom gravy tu haa...Walaupun simple dan senang je, tapi bila banyak2 fikir nak masak apa tuk bekfes, jarang2 terfikir nak wat camni kan...so layan la yaaa..hb dan anak2 cukup suka, Aiman siap pesan suh wat ni utk bekal dia nnt..hehe...Idea akak colek dari Sini lagikk...pastu pandai2 la akak adjust...hehe..Anyway, thanks to Zu...



Alohaaaaa....best kalau kapit telor ni dgn roti tuh!

Ingredients:-
  • 4 slices white bread
  • butter/margerine
  • shredded cheese (*i used both mozarella n slice cheese)
  • parsley flakes

Method:-

  1. Spread butter/margerine on the bread.
  2. Sprinkle shredded cheese and topped with parsley flakes.
  3. Toast it in the oven toaster for about 4 - 5 minutes or till the top browns.
  4. Serve immediately.

Mashed Potato With Mushroom Gravy

Ni breakfast pagi Sabtu semalam....yang mudah2 saja..ala-ala western gitu...akak cilok dari dapur Hazila yang dapat resepi ni dari Majalah SEDAP...Akak pun buat ikut mana bahan yang ada jek...thanks Hazila! Akak x la buat ni jek tuk bekfes smlm, makan dengan Easy Peasy Cheese Toast tu..


MASHED POTATO WITH MUSHROOM GRAVY

Bahan A (untuk Mashed Potato):-
  • 2 biji kentang Russet - kupas kulit dan rebus hingga empuk (akak guna kentang biasa je)
  • sedikit butter (*akak letak 2 sb untuk 4 biji kentang)
  • sedikit susu segar (*akak letak 1/4 cawan untuk 4 biji kentang)
  • sedikit garam (optional)

Cara-Cara:-

Lenyek kentang, masukkan butter, susu segar dan garam. Gaul rata dan ketepikan.

Bahan B (untuk Mushroom Gravy):-

  • 6 kuntum cendawan shitake (akak guna button mushroom jek)
  • sedikit kicap
  • 1 labu bawang bear - dicincang
  • 1/2 biji tomato - dipotong dadu
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu makan sos tomato
  • garam (optional)
  • 1 sosej - dihiris (*akak x letak pun)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan sedikit minyak dalam caserol, tumis baawang besar hingga layu.
  2. Masukkan tomato yang didadu dan kacau rata.
  3. Masukkan sosej, goreng seketika dan masukkan cendawan. Kacau hingga cendawan setengah masak.
  4. Masukkan sos tomato, kicap dan lada sulah. Gaul sekata.
  5. Masak sehingga kuah agak pekat.
  6. Letakkan mashed potato di dalam pinggan dan curahkan dengan mushroom tadi.

Saturday, February 27, 2010

Apple Waffles

Snack untuk makan petang semalam....dah puas hentam nasi goreng jawa...makan waffle la pulak...Resepi dari Sini. Lain sikit bancuhan adunannya sebab campur dengan chopped apple dan terasa je epal tu bila ngap....Anak2 akak makan dengan maple syrup n blueberry filling pun sedap jugak...ingat nak hentam dgn eskrem, tp xda stok, maleh lak nk gi kedai wpun kedai dekat sejengkal jek dengan rumah...hehe...Ok, layaannn mata je ya....Sedap nih! K, meh akak translate resepi sini..

APPLE WAFFLES

Bahan:-
  • 2 cawan tepung *
  • 3 sdt. baking powder *
  • 1/8 sdt. serbuk kayu manis * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sb. gula
  • 1/2 sdt. garam
  • 3 biji telor - asingkan putih n kuning
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 5 sb. shortening (lemak sayuran) - dicairkan.
  • 1 1/2 cawan epal yang dicincang dadu
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk, campurkan bahan yang diayak dengan bahan kering lain.
  2. Pukul putih telor hingga kental (soft peak).
  3. Dalam mangkuk lain, pukul sedikit kuning telor dan campurkan susu, shortening dan kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam adunan kering tadi dan pukul hingga bahan sebati.
  5. Masukkan epal cincang dan gaul.
  6. Perlahan-lahan masukkan putih telor dan kaup balik hingga rata.
  7. Panaskan waffle iron dan sudukan adunan, ratakan. Tutup acuan waffle dan tunggu hingga masak dan garing (kecoklatan).
  8. Hidangkan dengan syrup or filling kegemaran dan makan ketika masih panas n rangup.

Nasi Goreng Jawa

Salam semua...ni baru nk letak entry makan2 semalam....pagi akak masak nasi goreng jawa ni jek...sedaappp...makan dengan keropok kembang (lupa lak nk letak masa snap gambor..hehe, lupa aje laa akak ni...faham2 je la kan..hahaa). Resepi ceduk dari Sini..memang sedap dan terasa la kejawaannya...wakakaa..cuma cakap jawa je akak x reti2 lgk...kadang2 fenin duk baca kat rumah Hana duk chat dengan Deetha tu..heheee, Deetha sampai hantar panadol kat dapur akak nih...So akak translate lah kat sini k....mula2 ada gak satu dua bahan yg akak x tau apa ke mende alahnya..last2 tanya tuan rumah dan rujuk kamus Indon ler...Masak Bareng Yuk..hehe

NASI GORENG JAWA

Bahan:-
  • 600 gm nasi putih
  • 200 gm dada ayam - dipotong kecil dan goreng, ketepikan.
  • 3 biji telor
  • 1/2 sk garam
  • 5 sb. minyak
  • 1 biji buah tomato - dicincang
  • 1 - 2 sb. kicap manis
  • 100 gm kol (kobis) - dihiris nipis
  • 2 batang daun bawang - dhiris halus

Bahan Tumbuk:-

  • 15 butir bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 butir kemiri (buah keras)
  • 3 biji cili merah
  • 2 - 3 sk. garam
  • 1 sk. merica bubuk (serbuk kunyit)
  • bawang goreng untuk hiasan
Cara Memasak:-
  1. Nasi dilerai-leraikan agar tidak berketul-ketul. Ayam digoreng hingga kekuningan, ketepikan. Telor digoreng scramble (orak-arik), angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk sambil dikacau. Setelah naik bau, masukkan tomato dan kicap. Kacau rata hingga tomato tidak berair.
  3. Masukkan ayam, kobis, daun bawang dan scrambled egg tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan nasi dan goreng hingga nasi nampak berasap. Angkat.

Friday, February 26, 2010

Butter Prawn Lagi

Butter Prawn lagi atas permintaan...hehe....Semalam akak pesan kat hubby belikan udang sikit, sekali dia bawak balik tu dia..banyaknyaa...dah la udang pun udang "sunti" lagik..hehee...puaslah nak bersihkan...Alahai udang kecik2 banyak ni nak buat apa la eh, duk ber3 jek, nak goreng2 kunyit je ke akak tanya dia, pastu keluar la pulak selera dia, suh wat butter prawn sebab dah lama x makan...ek eleeehhh...nk cover line la tuuu..sebab dah terbeli banyak...hehe...xpa, masak camni sedap, senang dan boleh diratah begitu je kan....Akak masak sikit je ler, lebih simpan la kot nak merencah masak lain lak nnt. Ada banyak resepi butter prawn dengan pelbagai style masak...yang ni tengok kat Sini ya...Ada jugak satu lg style tengok kat Sini eh....Ok, jom makan udang....hehe

Ikan Merah Lemak Cili Api Dengan Belimbing

Salam semua...ada yang pergi ke perhimpunan Maulidur Rasul ke hari ni? Akak x kemana pun, sebab Najwa ni balik lagi haa..hehee...subuh tadi sampai dari Kangar...Pastu biasalah kan, cuti2 bz jek, ke hulu ke hilir pun dalam rumah jek...mengemas sikit2, masak pun sempoi jek...Tapi yang akak tayang ni lauk dinner malam tadi sebenarnya...hehee. Ada sekeping lg ikan merah agak besar gak, so kali ni melemak cili api ler pulak, belimbing pun dah nak naik ranum sebab terlupa dlm esbok tu..ish ish....Masak lemak my style la yaaa...

Bahan:-
  • 1 keping besar ikan merah - bersihkan.
  • 6 biji cili api merah *
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm kunyit hidup * (bahan * ditumbuk lumat)
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 4 - 5 biji belimbing - belah 2
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk tumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam periuk/kaserol dengan api sederhana dan tumiskan bahan tumbuk dengan serai. Kacau hingga naik bau dan cili terbit minyak.
  2. Masukkan santan cair dan asam gelugor.
  3. Bila kuah mendidih, masukkan ikan dan garam, biar ikan masak sambil sesekali dikacau kuahnya.
  4. Masukkan santan pekat, tomato dan belimbing. Kacau rata sebentar dan seimbangkan rasa. Bila nampak mendidih je terus tutup api. Kacau2 sebentar kuahnya agar santan tidak pecah.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Menyambut Maulildur Rasul 1431 H


SALAM DAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG AKAK DI SINI....

HARI INI KITA MENGINGATI KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W., MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI DAN MENCONTOHI KETABAHAN SERTA KESUNGGUHAN BAGINDA DAN PARA SAHABAT BAGINDA DALAM MENEGAKKAN SYIAR ISLAM SEHINGGA TERPANCAR KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN ISLAM MERENTASI DUNIA TIMUR DAN BARAT.

SEMOGA KITA SAMA-SAMA SENTIASA MENGINGATI, MERINDUI DAN MENGAMALKAN SEGALA PESANAN DAN TURUTI AJARAN DAN SUNNAHNYA SETAKAT YANG TERDAYA SEBAGAI TANDA KITA MENCINTAI RASULULLAH SAW. SEMOGA DI DUNIA INI KITA MENDAPAT BERKAT DAN DI AKHIRAT NANTI KITA MENDAPAT SYAFAATNYA....AMIIINNN

Thursday, February 25, 2010

Tauhu Telor (Tauhu Jepun) Masak Taucu Cendawan

Dah makan nasi dah semua? Kalau x lalu nasi meh ratah tauhu telor ni jek...Satu lagi masakan tofu telor yang sedap teramat!! Buat penggemar tauhu/tofu telor/tauhu jepun, baik try simple dish ni...Ni bkn cakap main2 tau...betui, betuii, betuiii punyerrr! Hubby dgn Aiman cukup sukaaa hatiiiii...akak lak, saja je masak 2x ganda bahan asal ni sebab nampak mcm x cukup je untuk meratah...akak skip makan nasi ler kiranya...hehee...Resepi dari majalah SEDAP, so tentulah sedap, yang x sedap semua akak x try...hehee...Layaaannnn..


tengoklah sosnya setelah siap...ready untuk dituang atas tauhu...meh salin resepi.
TAUHU TELOR MASAK TAUCU CENDAWAN
Bahan:-
  • 2 biji tauhu telor - potong setebal 1cm dan goreng hingga berkulit, letakkan di dalam pinggan yang sesuai.
  • 3 ulas bawang putih - cincang kasar
  • 1 biji cili merah - dicincang halus
  • 1 cm halia - diparut
  • 100 gm daging cincang - akak tukar meatball n cincang
  • 100 gm cendawan dalam tin - cincang kasar
  • 1 1/2 sudu makan taucu manis - akak guna jenama Yeos jek
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 1 pokok daun bawang - dipotong 1 cm
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 300 ml air
  • 1/2 sudu makan tepung sagu + 1/2 sudu makan air - dibancuh (akak letak 2 sudu air)
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang putih, cili merah dan halia hingga terbit aroma.
  2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging berubah warna.
  3. Masukkan cendawan, kacau rata.
  4. Masukkan taucu, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.
  5. Tuangkan air dan masak hingga mendidih.
  6. Perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung sagu dan masukkan minyak bijan dan daun bawang. Kacau rata sekejap.
  7. Tutup api dan tuangkan sos di atas tauhu telor tadi. Selamat Mencuba!!!

Amacam??? Nampak sedap tak? hehee...tu laaa...

Happy Birthday To Nor@Secubit Garam

Happy Birthday Myspace Comments
MyNiceProfile.com

SELAMAT HARI LAHIR, SELAMAT HARI LAHIR, SELAMAT HARI LAHIR BUAT NOR, SELAMAT HARI LAHIIIIIRRR...(bkn hari jadi kan, hari lahir la kan..) Nor, Semoga panjang umur, dilimpahkan rahmat dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat...Moga diberiNya rezeki yang melimpah ruah dan sihat walafiat hendaknya...berbahgia selalu hendaknya di samping suami dan anak2 serta keluarga tersayang...Nor, hanya ucapan ini yang mampu Ummi berikan, kalau duk dekat dah lama laga pipi..mmmuuuaaahhhh!!

Masak apa hari ni Nor? Ada potong2 kek ke, pulut kuning ke, potong bawang ke, potong buah-buahan ke, jangan potong jari udah le yaa....hehee..Mai hantar kat rumah sikit kalau ada yang agak2 boleh dibagikan tu..hehee..Ni Ummi bagi hadiah, nnt bukak lah kotak tu bila malam2 nanti eh..baru nampak lip-lap, lip-lap..hehe..Xtau la hadiah apa ntah..main sambar ikut dan jek..harap2 Nor syyyuuuukaaaa la eh..Bawak balik ya Nor hadiah ni, letak atas meja wat kenangan kotak lip lap lip lap tuh..hehe

Wednesday, February 24, 2010

Ikan Merah Berlado ala CMG

Hai baru nk letak entry lauk malam td. Akak pun dah x tau nak masak apa dah, kalau buat kari ikan ke, masak lemak ke, sup ke, Aiman x suka sangat, kurang laju je makan nasi...masak pedas je yang laku. Tapi kan, dah macam2 cara ikan masak pedas dah masak....cara akak la kan, tandus idea dibuatnya. Last2 kali ni try style Mat Gebu la pulak, dia masak ikan keli berlado sebenarnya...biarpun bahan hampir sama je dgn cara akak masak, maybe kelainan sukatan bahan boleh membezakan rasa kan....So layaaannnn, cukup hot n spicy!! hehe..Akak masak sekeping besoor ikan merah ni..cukup lah sangat2 tuk kami bertiga, ada lebih leh makan tenghari tadi lgk..hehe, C n P ya Mat..
IKAN MERAH BERLADO ala MAT GEBU
Bahan-Bahan:- (akak buat half dr bahan ni)
  • 5 ekor ikan keli sederhana besar (*akak tukar ikan merah)
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 - 3 biji limau kasturi
  • 1/4 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 inci belacan*
  • 6 biji cili merah*
  • 5 - 6 biji cili padi*(*ditumbuk hingga hancur, tak perlu terlalu lumat)

Cara Memasak:

  1. Ikan keli dicuci bersih, siang dan kelar2 ikan tadi, perap dengan garam dan jus limau 10 - 15 minit, kemudian cuci kembali hingga hilang lendir dan hanyirnya.
  2. Lumur dengan 3/4 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam, gaul rata.
    Goreng ikan tadi hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan.
  3. Tumis bahan2 tumbuk hingga garing, tuang air dan masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  4. Bila hampir kering, masukkan ikan dan gaul rata.
  5. Perahkan jus limau kasturi dan rasa, jika perlu tambah lagi jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat. Hidangkan segera....

Tuesday, February 23, 2010

Kek Pelangi

Haii, nak makan kek....kuar kek pelangi lak ek. Musim panas terik x hujan-hujan ni, kalu hujan pun cipuuuttt jek...camna nak nampak pelangi kan, xpa kalau nk tengok gak, mai sini...hehe...Tau tak, akak buat kek dalam keadaan tergesa2 jek untuk bekal kat Najwa hari tu...buat marble pun nak cepat je sebab nk bakar dulu kek ni seblm pergi rumah my adik makan mee petang Sabtu tu..hehe..Pastu sampai ni ada lgi 1/4 gitu...Najwa bawak balik 1/4, Najiha n abanglong xnak bwk balik hostel, diaorang makan kat rumah jek..pastu tinggal la terkonteng2 xda org nk mkn sangat, Aiman pun x layan sangat, dia kureeengg sikit kalau kek xda cokelat ni, tu pun kadang2 yg cokelat pun dia x layan sgt dah la sekarang..jemu dah kot..terlebih puas makan agaknya...Sori la baru nak tepek gambor yaaa...Tapi satu la nak cakap, kek ni memaaaangggg sedap, lembut, gebusss dan moist gituuuu...teringat resepi kek marble mak akak yang akak selalu duk buat masa zaman anak dara dulu...ntah hilang ke mana dah resepi tu...yang ni betul2 buat akak teringat kat mak akak...dia suka kek ni...nnt la balik kampung nak bagi dia rasa yang ni...

Okay meh layan resepi kek ni asal dari Chef Noraini tp akak ceduk dari dapur Leen At Home. Kejadian kek ni mmg pelik sikit, akak lupa nak letak baking powder ayak dengan tepung sekalik, dah adun tepung baru terperasan kena letak baking powder, aah akak letak je kemudian then gaul je rata-rata...Nasib baik cantik je struktur kek nih...hehe, tapi Leen pnya marble lg lawoo...Akak pnya ni bahagian ijo apasal terlebih lak..sah sah salah kira masa senduk bahagikan adunan tu..hehe, x kisahlah kan..kek ni memang marbeles! Akak n hubby jek duk tibai ni...Apapun, thanks Leen, mintak izin C n P je yaa..
KEK PELANGI ( Chef Noraini~ dari buku Kompilasi Hidangan Kek)

Bahan:- (akak guna loyang bulat 8 in)
  • 250g mentega
  • 220g tpg kek *
  • 1 s/k serbuk penaik * (bahan * diayak bersama)
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 5 s/b air susu (leen guna susu segar)
    1 s/k esen vanila
    sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
Cara-Caranya :-
  1. Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
  2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning.
  6. Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
  7. Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam (*akak bakar pd suhu 175C selama 50 minit jek)

Monday, February 22, 2010

Ayam Percik (Match-Making Recipe)

Ha alaaah, ingat orang je ke boleh match-making, resepi pun lg best kalu match making..hehe...Baru ni akak buat ayam percik untuk makan dengan nasi kebuli tu ha...Weee sedap la aiihhh, kombinasi resepi dari Sajiemas MyR dengan resepi dari buku Kak Liza jugak...so akak letak belaka dari resepi Sajiemas dan tambah air asam jawa + halba ceduk dari resepi k.Liza...bestt!! So akak C n P resepi Sajiemas dan perturunkan resepi k.Liza sekali kat sini ok...Tapi maaflah ya, Ummi pandai2 je adjust ikut citarasa Ummi. Kalau ikut sepenuhnya resepi Sajiemas, ayam akan jadi kemerahan seperti di pasar malam tu ler kot...hehe. Next time kalau untuk ratah ayam jek, akak rasa resepi Sajiemas boleh ditry, kita cucuk kat batang buluh cam kat Pasar Malam tuh..hehe (*mana nk cari buluh ntah). Akak simpan sikit kuahnya untuk basah2kan nasi...hehe

AYAM PERCIK PASAR MALAM (Sajiemas,MyR)

Bahan:-
  • 2 ekor ayam
  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk (*akak x letak ni)
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-Cara:-

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera.
AYAM PERCIK (Resepi dari Kak Liza)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam dipotong 4 bahagian
  • 3 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan air asam jawa (akak letak 1/4 cawan jek)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar halba
  • garam secukup rasa

Bahan B:-

  • 15 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 5 batang serai

Cara-Cara:-

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul dengan garam.
  2. Masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba dan asam jawa dan masak hingga 3/4 masak atau hingga kuahnya agak pekat. Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
  3. Keluarkan ayam dan letak di atas pemanggang sambil disiram kuah tadi dan bakar ayam hingga nampak garing.
Akak bakar atas pemanggang Graes ni je la sejak berkurun lama..xda dapur arang ler..hehe, kalau ada pun x kuasa nak bakar arang kot..

Nasi Kebuli

Ni entry masak hari Sabtu sebenarnya....xdan nak update sebab bz duk urus beli barang anak2 and abanglong pun suh hantar balik Ahad semalam, malas nak rebut2 bas "ting tong" la katanya, ya la dekat sgt..hehe..Anak2 akak ni mana yang study dekat, dekat sgt, yang jauh, jauh pulak sampai ke utara nuuu...(*orang lain lg duk sampai oversea tu camne eh...mau runtun la jiwa kan). Tapi akak ni memang ler, asal jauh je hati x tahan, x kira la oversea ke, over river ke..heheh...teruk eh...
K, ni akak masak special sikit la tengahari tu sebab Najwa nak balik dah ke Arau tu..huhuuuu....Sabtu petang, adik ipar ajak makan mee rebus then balik rumah terus Najwa bersiap2 la barang2nya...Bas dari Ktn - Arau jam 9.00 malam...Kesian dia naik bas lama gitu..maunya 10 - 11 jam baru sampai, akak pun x berapa lena tidor la bimbang gak kan...ya la, dia dah selamat sampai jam 7.00 pagi hari Ahad kelmarin, alhamdulillah..weee panjangnya citer..
K, meh la layan resepi dari Tulip ni akak ceduk dari dapur Hana tu...Lepas makan memang kena buli Mat cakap...memang pun, kena buli basuh pinggan..hehee..Thanks ya Tulip n Hana. Akak c n p je la dari dapur Hana..Akak adjust bahan ikut byk mana nasi akak masak...lupa lak nak tabur kismis n bawang goreng masa snap gambor..hehe..Akak makan dengan ayam percik ni, kemudian la akak tampal ayam percik lak eh..xdan..hehe

kalau x silap, asal resepi nasi ni dari daerah K.Lipis, Pahang..ntah laa..akak pn x selidik..hehe

NASI KEBULI

Bahan-bahan:-

  • 900 g beras -basuh dan toskan (akak sukat hanya 4 cawan beras basmathi)
  • 2 biji kelapa parut (akak guna 5 cawan santan)
  • 5 sm halia
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • minyak ghee utk menumis

Untuk Hiasan:-

  • 2 biji telur (didadar) - akak x buat pun
  • kismis
  • bawang goreng (untuk hiasan)

Bahan giling: (bahan akak kurangkan sikit ikut sukatan beras dan kisar jek)

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam

Cara Memasak :

  1. Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.
  2. Panaskan minyak ghee,masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga naik bau.
  3. Masukkan santan & garam tunggu mendidih.
  4. Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya.
  5. Taburkan telur dadar, kismis & bawang goreng diatasnya bila menghidang.
kurang berseri la pulak sbb lupa nak tabur kismis n daun bawang...hehe, dah nak makan baru perasan...

Sunday, February 21, 2010

Mee Udang Che Iza

Satu lagi menu ketinggalan....hehee...lunch hari Jumaat aritu...masak pun agak lewat nk kata lunch pun x, sebab pagi tu kekenyangan n tengahari ada belen lg roti jala tu...so masak lewat sikit...terus tuk dinner sekali la malam tu..hehe. Try resepi dari Che'Iza kat MyResepi tu....sangat sedap dan kena dengan tekak akak anak beranak...Aiman sekali harung 2 mangkuk, malam makan lagi 2 mangkuk...uiihhh, agaknya sebab kurang pedas, banyak la dia tibaiii..tapi udang xdalah besar macam Che'Iza tu haa...sedang2 saja...Thanks Iza, akak C n P je yaa...

MEE UDANG

Bahan-bahan ( 3-4 org):-
  • 1/kg mee kuning
  • 300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
  • 4 sb lada boh / lada giling
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sb udang kering
  • *1/2 inci halia (bertanda * dikisar)
  • 1 sb petis (akak xda stok ni..letak je belacan sikit..hehe)
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah) - *akak letak 2 biji sederhana besar
  • gula n garam secukup rasa
  • taugeh n sawi - dicelur sekejap
  • daun bawang
  • bawang goreng
Cara-cara:-
  1. Rebus udang hingga masak, tapis keluar udang n asingkan. Air rebusan jgn dibuang.
  2. Dalam periuk panaskan minyak dan tumis lada boh hingga garing.
  3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga betul garing n naik bau.
  4. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih.
  5. Masukkan sos tomato, sos cili n petis. Renehkan kuah (dengan api perlahan).
  6. Masukkan garam n gula secukup rasa.
  7. Reneh lagi (# Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap.... )
  8. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah. (# Kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh.)
  9. Dalam periuk lain, didihkan air dan celur mee, taugeh n sawi.
  10. Cara hidangan - Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.
Mee udang lawan lak dengan choc n strawberry milk ice...pergghhh, tersandar makan...hehe

Strawberry Choc Milk Ice


Dulu akak pergi CH ada la beli strawberry concentrate (puree) sebotol...jenuh jugak nak habiskan...kadang2 wat strawberry ice bese jek..tp x berapa laku...tapi kalu campur dengan fresh milk and chocolate syrup camni pekat-pekat, then letak ice, kacau sebati....mmg teramat nyaman dan laku ya amaattt laa...hehee...Akak layan ni tuk lunch tenghari jumaat dengan mee udang....heee...tengok je yaa..soriiii...

Roti Jala Pandan

Salam hujung minggu....bz betul akak ni, semalam x sempat langsung nak upload entry, bz mengemas, mengemop, memvacum segala laaa haiii..beselah kan, kalau hari kerja pandang rumah nampak lorong je ler, kiri kanan ntah apa2 hehee...tapi lagi bz bila anak2 ada balik, nak menunaikan macam2 permintaan gak laaa...Sorilah, ni masakan hari Jumaat pagi tu lagi dah...akak cuti hari tu saja nak duk rumah dengan anak-anak...igtkan boleh la letak entry, rupanya lg bz...So xyah mintak la roti jala ni yaa..cuci mata jek...Pagi Jumaat tu tengok kari ayam ada lagi belen, so akak wat roti jala ni...Kali ni akak try resepi dari Herdawaty Abu Othman @ MyR tu pulak cuma letak je pandan paste utk rasa kelainan...Tapi satu je nak kabor, acuan jala mmg dah tersumbat 2 lubang sejak dr mula beli dulu, kecik bebenor lubangnya tp wat tak tau jek, so kirai2 pun x lawa mana, nak kena pi cari yang lain laa...Adunan ni sangat sedap, makan camtu pun je best...C n P je la kat sini..time kasih pd tuan punya resepi..


ROTI JALA (PERISA PANDAN):

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ):-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning (*akak tukar kaler daaa...)
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar - *Note: adunan nampak agak pekat so akak tambah jadi 3 1/2 cawan dan adjust camni: (2 cawan susu segar+1 1/2 cawan air)
  • beberapa titis pandan paste + sedikit pewarna hijau (*ni akak tambah)

Cara-cara :-

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. (Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.)
  2. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  3. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam.

# Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

Saturday, February 20, 2010

Kerabu Sotong

Semalam masak memang sempoi2 jek....dah lama x makan kerabu sotong ni....dalam fridge tu ada 2 ekor sotong sederhana besar, tengok bahan pun ada, so akak layan la kerabu yang sangat sedap dari buku Senangnya Memasak KERABU dan SALAD Bersama Chef Hanieliza lagi ni...korang jangan la jeles eh, akak duk belek buku ni jek..hehe..atenyeee senang dan sedap...mana ada masa nk masak yang complicated punyer bahan....Banyak gak dapat bila siap gaul dari sukatan resepi ni...licin akak ratah, hb kata sedap, Najwa pulak dengan x disangka-sangkanya gemar betul, jadi akak lawan meratah dengan dia...hehe..alahai nak menaip resepi yg malas ni, kalu lah boleh ku CnP je dari buku tu...
Bahan:-
  • 500 gm sotong (dibuang kulitnya dan dihiris kecil)
  • 6 biji limau kasturi
  • 2 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 pokok daun ketumbar (hiris kasar)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis2)
  • 5 biji cili padi (dihiris halus2)
  • 3 biji cili merah (dihiris halus)
  • 2 kuntum bunga kantan (diracik halus)
  • 2 biji buah tomato (dihiris)
  • 1 batang timun saiz kecil (dihiris halus batang mancis/disagat)
  • sedikit suhun (direndam dengan air panas dan toskan) *akak celur kejap)
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Celorkan sotong beberap minit di dalam air yang dididihkan sebentar. Angkat dan toskan.
  2. Campurkan kesemua bahan, gaul rata2 dan seimbangkan rasa.
  3. Hidangkan. (*akak biarkan bahan mesra lebihkurang 30 minit sebelum dimakan)
ni baru sebahagian dari kerabu tu..hehe..boleh dpt 2x ganda bekas ni..

Friday, February 19, 2010

Udang Kasturi

Kelmarin beli udang x tau nak masak apa dah...nak yg lain sikit dari pedas2, lemak2 kari, lemak2 kunig....emmm...Akak pun sambar buku Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza (Kak Liza), belek punya belek, nampak la resepi ni...balun aje ler...ringkas dan cepat....selalu kalau xdan nk surf kat tenet, akak surf buku Kak Liza je ler...hehe...Kak Liza guna udang besauuuu, akak guna yg bese2 je ler...lauk dinner malam tadi...layaaannn

Bahan A:-
  • 4 ekor udang besar (akak guna udang yg biasa2 aje +- 15 ekor)
  • 1 labu bwang besar (dihiris)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 5 tangkai kacang pis
  • 5 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Untuk tumis):-
  • 5 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • 3 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • 1 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • minyak untuk menumis

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan-bahan tumis hingga garing.
  2. Masukkan udang, kacang pis dan bawang besar. Kacau rata.
  3. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan tuangkan jus limau. Kacau rata lagi.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Puding Sagu Gula Melaka - Najwa's Favourite Pudding

Again n Again ...Everytime my daughter Najwatul Huda is coming back for her Semester Break, this is the one she had always asked for!! Yeap, her favourite sago pudding....just as simple and mouthwatering like this. In fact, the whole family enjoyed eating this...hehe...Always stick to Mat Gebu's recipe...But this time around I didn't make the syrup, just used the gula nira syrup that I bought at Pekan Sehari Temerloh a few months back...hehe...Here, I paste the recipe once again. The weather is so hot now, so let's enjoy this....ngeeeee

Bahan:-
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya

Untuk sirap gula:-

  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir1
  • 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan

(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)

  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam*boleh ganti dengan susu sejat (*ummi guna ni)

Cara Menyedia:-

Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.

Cara Hidangan:-

Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat tadi.

Roti Marble Coklat (Ulangtayang)


Jom makan roti je la pagi ni yaa...saja je akak buat semula Roti Marble Coklat ilham dari Ros JintanManis.Com yang terror buat roti tuh...tapi memang x berapa menjadi jugak la marble akak ni...2 adunan akak buat sebab nak bagi kat Najiha sebekas, dapat 2 bekas, 2 pattern keluar..hahaa...tibai je ler...nak kena belajar marble lg la lenkali kan Ros..huhuuu...x berseni sungguh akak ni kalu dibanding dengan marble Ros yg cantik tu...Dulu dah penah buat masa uli-uli tangan..lain gak marblenya...tengok Sini hehee...Dah la tu, masa adun yang coklat tu, akak tonyoh2 je lebih kurang nak cepat, maklumlah malam2 duk mencanai..kurang ratakan...Ok lah kali ni suruh cik BM la pulak menguli...Layan je ler...roti ni mmg sedap! Thanks Ros cayang...muaahhh!

tengoklah, dah lama x mendandan rambut anak agaknya...hehe
Lepas keluar dr oven, akak sapu butter sikit...tu pasal berkilat n roti lg lembut laa..