Thursday, February 25, 2010

Tauhu Telor (Tauhu Jepun) Masak Taucu Cendawan

Dah makan nasi dah semua? Kalau x lalu nasi meh ratah tauhu telor ni jek...Satu lagi masakan tofu telor yang sedap teramat!! Buat penggemar tauhu/tofu telor/tauhu jepun, baik try simple dish ni...Ni bkn cakap main2 tau...betui, betuii, betuiii punyerrr! Hubby dgn Aiman cukup sukaaa hatiiiii...akak lak, saja je masak 2x ganda bahan asal ni sebab nampak mcm x cukup je untuk meratah...akak skip makan nasi ler kiranya...hehee...Resepi dari majalah SEDAP, so tentulah sedap, yang x sedap semua akak x try...hehee...Layaaannnn..


tengoklah sosnya setelah siap...ready untuk dituang atas tauhu...meh salin resepi.
TAUHU TELOR MASAK TAUCU CENDAWAN
Bahan:-
  • 2 biji tauhu telor - potong setebal 1cm dan goreng hingga berkulit, letakkan di dalam pinggan yang sesuai.
  • 3 ulas bawang putih - cincang kasar
  • 1 biji cili merah - dicincang halus
  • 1 cm halia - diparut
  • 100 gm daging cincang - akak tukar meatball n cincang
  • 100 gm cendawan dalam tin - cincang kasar
  • 1 1/2 sudu makan taucu manis - akak guna jenama Yeos jek
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 1 pokok daun bawang - dipotong 1 cm
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 300 ml air
  • 1/2 sudu makan tepung sagu + 1/2 sudu makan air - dibancuh (akak letak 2 sudu air)
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang putih, cili merah dan halia hingga terbit aroma.
  2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging berubah warna.
  3. Masukkan cendawan, kacau rata.
  4. Masukkan taucu, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.
  5. Tuangkan air dan masak hingga mendidih.
  6. Perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung sagu dan masukkan minyak bijan dan daun bawang. Kacau rata sekejap.
  7. Tutup api dan tuangkan sos di atas tauhu telor tadi. Selamat Mencuba!!!

Amacam??? Nampak sedap tak? hehee...tu laaa...

15 comments:

  1. sedapnya kak ummi!!! nak tumpang meratah boleh tak??? nak buat mcm 'rajinnnnn' gitu.hihihi

    ReplyDelete
  2. Nampak macam sedap. Biasanya saya letak tauhu ni dalam sayur brokoli.

    ReplyDelete
  3. tahu jepun sampai kuantan dah, hihi, kak ummi sayang, tinggal utk ros ye, ros bawak nasi putih jepun ni...lapor pulak ni, sini dah malam dah, time dinner dah, cedok sikit lauk tahu tu ye...hihihi

    ReplyDelete
  4. uihhh sedapnyer.... dulu kat langkawi selalu makan kat HBL corner la ni x tau bila boleh dapat makan lagi....

    ReplyDelete
  5. Adusss sedappnyeee!!! dicurah curah gitew.. sekali tengok mcm scallops pon ade gak kak ummi... lapor tengok petang2 ginih! nak balik!!!

    ReplyDelete
  6. ni arr yg buat cayang cngt2 ummi...slalu uat resepi tauhu jepun...yummy3...love it! Kompem masak sok...muahh!

    ReplyDelete
  7. Ain -
    Memang sedap, nak ajak pun dah habis akak bedal..hehe

    Sue -
    Hehe..cuba jgn x cuba..

    Jue@Lucky Mummy -
    Sama-sama..

    Syue Mustafa -
    Tauhu ni macam2 boleh masak Syue, wat sambal or sup sayur pun best!

    Ros -
    Hehe..aah kan, orang jepun x abis makan, org Ktn import msuk dpur..aih, nak makan malam2 ni kang xleh tdo lak..kekenyangan..hehe

    Kak Rose -
    Xpa xyah gi Langkawi, kita masak sendiri boleh mkn byk2 kan..hehe

    Ijan -
    Memang sedap Ijan, hehe..dah nak balik tu nak masak ni ke? hehe

    Manjamusyuk -
    Owh tofu lover ke ni..hehe..kalau suka, silakan try ya..hehe

    Cath J -
    Loor kalau kempunan, kena try cepat laa...kang meleleh airliur tu kang..hehe

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Ummi...
    Dah cuba ni...memang bestttttt...thanks.....CnP resipi ni kat blog kita pula

    ReplyDelete
  9. saya suka tauhu telur ni..saya link kan resepi ni dlm blog saya yeBetul ke anak bongsu kurang Bijak?

    ReplyDelete
  10. ct n honey -
    Suka eks...bole la try...k nnt akak jenguk eh..

    ReplyDelete
  11. Tq kak! Nak cube buat ptg ni... Selamaat berbuke!!

    ReplyDelete