Monday, November 30, 2009

Kek Buah Berkeju

Sebelum balik kampung untuk menyambut Eidul Adha baru-baru ni akak sempatlah bakar 2 biji kek...ni salah satunya...hehee..dari Dapur Lama Mat Gebu ... punyalah bersawang dapur ko tuh Mat..puas selongkar punya selongkar..haa terpikat kat kek buah ni...kebetulan mix fruits ada dalam stok, cheese pun ada...ada la duk tanya Mat sikit pasal resepi ni yang akak pun terkonfius..hehee..puas pulak la Mat nak ingat..maklum tahun 2007 punya citer ya Mat..thanks Mat, menjadi pong..hehe, berbutter, berkeju lg la dalam badan akak nih...uiiihhh...K, meh salin resepi yang sodap nih..Mat, copy & paste lagi eh..
Bahan-Bahan:-
  • 240 g tepung gandum*
  • 1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
  • 250 g gula halus
  • 250 g mentega
  • 230 g cream cheese
  • 4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla
  • 140 g tepung gandum* (yang berasingan dari tepung di atas ya..)
  • 300 g buah2an campuran (mix fruit)*
  • 50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata) - akak x letak nih..anak2 xnak..

Cara-Cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan (*akak guna loyang 9 x 9 x 3 in)
  2. Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata.
  3. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih.
  4. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
  5. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
  6. Akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
  7. Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan.
  8. Bakar 50 - 55 minit. (*Periksa dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak).
  9. Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...
Akak potong sikit camni je la ya..untuk snap gambor seblm bawak balik kampung..

Sweet Cheese Bun

Ni baru nak masukkan entry masak2 sebelum bercuti raya Eidul Adha baru2 ni...akak buat 2 loyang, saja2 je nak bagi family di kampung merasa hasil ulian BM akak tuh..hehe..Resepi asal Doh Bun Manis Alex Goh ni akak ceduk dari dapur Mat yang menjadikannya roti inti epal... so macam biasa la, langkah seterusnya mintak izin copy n paste la ya Mat..time kasih daun keladi, lain kali nak copy lagi..hehe
BAHAN DOH BUN MANIS :-)

Bahan A

  • 480 g tepung roti (high protein flour)
  • 120 g tepung gandum
  • 110 g gula halus
  • 10 g garam
  • 20 g tepung susu
  • 4 camca teh instant yeast
  • 1 camca teh bread improver*
  • 1 camca teh bread softerner*(*yang ni mat sendiri tambah)

Bahan B

  • 1 biji telur
  • 300 ml air

Bahan C

  • 60 g mentega

Bahan D

  • 1 kuning telur*
  • 1 camca besar susu cair*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)
CARA MEMBUATNYA :-)

KAEDAH ULIAN TANGAN:- Satukan bahan A, gaul rata. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh. Tambah C dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 - 25 minit). Alih dalam bekas yang telah disapu mentega dan tutup dengan plastik cling, biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" biar hingga siap. Mat gunakan kaedah menguli sahaja dalam BM, lepas habis menguli (lebih kurang 30 minit), keluarkan doh dan perap dalam bekas lain yang lebih beras, ini kerana khuatir doh naik terover the limit, sampai ke penutup BM terbuka.......(*akak biarkan saja naik dalam BM..ok je..x over naik pun Mat..hehe)

  1. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar (50 g setiap bahagian).
  2. Bulat2kan dan letak ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 50 minit hingga naik 2 kali ganda.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.
  5. Lepas 15 minit roti dibakar, mat keluarkan dari oven dan sapu dengan bancuhan telur pada permukaan roti. Sambung bakar hingga siap. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya ...Selamat mencuba!!!

Thursday, November 26, 2009

Kuih Belimbing Dan Jutaan Terima Kasih

Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga kepada Nor@Secubit Garam kerana telah membantu Ummi dan memperkenalkan kepada seorang sahabatnya Encik Azizi yang memang terror tul merungkai dan mencari punca serta menyelesaikan segala masalah...siap bg tips lg...Walaupun beliau tak pernah akak kenal, tup-tup beliau begitu bersedia dan bersusah payah membantu serta mengajar akak dalam menghadapi situasi dan masalah teknikal yang akak hadapi 3 4 hari sudah...tension sungguh rasanya bila tengok rumah akak ni dah x muat nak bwk masuk barang tau...hanya Allah yang tahu..ingat kena pindah or bina rumah baru daahhh...tp alhamdulillah tak payah nak sewa lori, sewa kontena angkut barang2 semua...nak bayar sewa baru lagi..hehee..(*ni baru akak betul2 senang hati pnya ketawa nih...). Serik betul rasanya...kalu kita xda pengetahuan dari aspek teknikal nih...Oleh itu, akak hidangkan lah sepiring kuih belimbing ni untuk Nor dan En. Azizi sebagai tanda terima kasih dan terhutang budi yang tak terbalas rasanya..cukup tak makan berdua tuh?? hehe..Nor dah penah wat kuih ni kan..kalau xnak, bagi En. Azizi sorang je laa..eh!

Resepi asal dari Fa, pastu akak ceduk dari dapur Hana..Akak buat 2 adunan..Thanks semua..Now x berapa berani la nk letak gambar banyak2 lagi kat satu2 entry..hehe..kang sendat lg rumah akak nih..hehe

Bahan:- (lebih kurang 15 biji)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • 1 sudu makan butter/marjerin
  • 1 sudu makan gula
  • sedikit esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Didihkan air, gula, esen vanila dan juga butter. Sementara tuh, dalam mangkuk lain, pukul telor kejap.
  2. Bila bahan tadi telah mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Kacau cepat2 dengan senduk kayu.
  3. Kemudian masukkan pula telor dan kacau lagi cepat2 hingga betul2 sebati dengan tepung tadi.
  4. Panaskan minyam dengan api sederhana. Masukkan adunan ke dalam acuan/nozzle star dan picitkan ke dalam kuali. Potong setiap 5cm. (*kalu ada acuan SAWA tuh, lagi cepat..akak guna acuan picit biskut dahlia tu jek..)
  5. Goreng dan balik-balikkan dan angkat bila kekuningan.
  6. Biarkan kuih sejuk sebentar dan taburkan gula..Sedia untuk dimakan.

Wednesday, November 25, 2009

test


testing is in progress, gambar ini adalah hiasan semata-mata tiada kena mengena dengan aktiviti masakan.

NAK KENA CARI RUMAH BARU KE NIH?? ALAHAIIIII...

Salam semua...jangan cemas pulak tengok tajuk tuh..2 3 hari x bersiaran rasa rindu la pulak...tp mood mcm dah spoilt jek...bukan x masak, masaaaaakkk..bukan malasss, rajin lagiiiii...hehe (*ni suka buat2 je ni, sebenarnya susah hatiiii gak) disebabkan sedikit (eh bukan sedikit, besauuuu) punya technical problem, akak xleh nak update/upload entry dah nampaknyaa...maybe kena buat rumah baru la kot...huhuuuu...sedih hati laaa kalau nak kena tinggalkan rumah lama ni...Apapun, harap2 sangatlah boleh setel technical problem ni...tengah mencari resolusi lagi la sekarang ni...
Kepada semua yang rajin singgah, terima kasih banyak diucapkan...Kalau ada umur, kita jumpa la lepas raya eh..x tau la di rumah ni ke rumah baru ke...Kalau siap rumah baru, akak panggil semua datang untuk "housewarming"....wakakaaa..eh boleh gelak lagi ke akak nih..susah hati sebenarnyaaa..x sukaaaaaaaa...sayang kat sini...huhuuuu...
Apapun, salam Aidil Adha dari akak sekeluarga untuk anda follower dan pengunjung semua...muaaaahhhhh!

Monday, November 23, 2009

Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis

Hari ahad, x masak sangat, hb beli roti canai je untuk bekfes sebab nak pergi kenduri ke Pekan..Yang ni acara bakar-bakar hari Sabtu kelmarin...duk rumah seharian dengan suasana hujan sepanjang hari, melimpah-ruah tgk air kat jalan..longkang jadi bersih..hehee..suka, sukaaa....jangan banjir dalam rumah dah...wahahaaa...Dah xda kerja lain lah..najwa n abanglong mengadap laptop masing2, Aiman tumpang main game kat pc akak, huh, xpun terbongkang tgk tv...jap2 tanya..mak, bau apa sedap sangat nih...? Bau ayam bakar, akak cakap...Hah, naak...tu je le taunya...siap masak, makan, siap makan, masak balik...sungguh seronok...tengok budak2 semua kat rumah...meriah gitu...hehe...Meh layan ayam bakar dari Ros CDBT nih....memang marvelous!!! Sedap sesangat la Ros, tambah2 dah terlebih lama perap dekat 5 jam..hehe...terima kasih banyak2...akak nk buat lg..Meh buat, sapa x buat mmg rugi...betuiii...

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (bersihkan dan cucuk2 dengan garfu)
  • 1 sk serbuk lada hitam (blackpepper)
  • 2 cm halia
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sb. madu
  • 1 sb. gula
  • 1 sk. kicap manis
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb. mayonis
  • sedikit lada sulah

Cara-Cara:-

  1. Blend bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
  2. Kemudian curahkan ke dalam bekas dan campurkan dengan lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis.
  4. Gaul sebati dengan ayam dan perap dalam fridge antara 2 -3 jam.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit hingga ayam bertukar warna perang keemasan (balik2kan ayam semasa membakar). Sedia untuk dihidangkan.

(*Nota - makin lama diperap makin sedap..)

amacam, ada beraniiiii???? Pi buat cepat...! hehe..

Saturday, November 21, 2009

Sos Mustard Bermadu

Ni duk layan tekak abanglong n kakngah yang ada balik cuti semester nih...simple dish camni mmg favourite diaorang la...eh boleh kata semua lah..hehe....Sos ni memang marbeles...sedap youuuuu....makan camtu je pun best..hehee...Ni pekena dengan Baked Potato Wedges tu...Meh layan resepi sos ni ya..dari TryMasak lagi...Akak buat half dari resepi ni...Jom try....mudah sangat!!!
Bahan:-
  • 2 cawan mayonis
  • 1 cawan French Mustard (akak guna yellow mustard brand Heinz)
  • 1 1/2 cawan madu
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 3/4 sk. cayenne pepper (akak guna serbuk lada hitam tu laa..)
  • 1 sk. jus lemon
  • 1 sk. bawang putih yang dicincang halus
  • 2 sk. bawang besar yang dicincang halus

Cara Membuat:-

Campurkan kesemua bahan - mayonis, mustard, minyak zaitun, madu, cayenne pepper, jus lemon, bawang putih dan bawang besar. Kacau sebati semua bahan.

# Sos ini boleh bertahan lebihkurang 5 hari jika disimpan di dalam fridge. Sesuai sebagai pencicah filet ayam goreng, kentang wedges atau apa2 yang boleh disesuaikan dengan masam2 manis sos ni..Selamat Mencuba!!

Baked Potato Wedges

Ni bekfes anak2 akak la nih...tekak ala-ala mat saleh la pulak hari ni...Abanglong nampak kentang duk tergolek je kat dapur tu 4 biji besar2 gak..dia tanya mak xnak wat apa2 ke...dia suh akak bakar je....hehee..pulak dah, nasi goreng nnt sapa pulak nk ngabiskan...Emm, layan jugak laa...Meh la kita bakar kentang pulak...Resepi dari Try Masak ni...berperisa sungguh kentang ni, besstttt!..Eh akak lak yang makan lebih...hehe
Bahan:-
  • 3 biji kentang (saiz besar) - kupas n potong wedges dan sejukkkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk paprika
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar dan aturkan kentang.
  2. Perasakan dengan taburan garam, serbuk lada hitam, bawang putih dan serbuk paprika.
  3. Kemudian curahkan rata minyak zaitun atas kentang tadi.
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200C dengan api penuh (*akak wat api atas bawah) lebih kurang 15 minit.
  5. Setelah 5 minit dibakar, balik-balikkan kentang tersebut. Tutup semula ketuhar dan bakar hingga kentang masak dan bertukar warna coklat keemasan...(*akak punya x garing sangat...ikut suka la ya...)

#Kentang wedges ini boleh dinikmati begitu sahaja atau dimakan dengan Sos Mustard. Selamat Mencuba!!

Nasi Goreng Senang (Luar Jangka) ^___^



Salam Sabtu semua...buat apa tu? Duk berselimut lg ke? Hehee..Sini hujan x nampak gaya nak berhenti pun....perut pun x berhenti keroncong...pagi2 tadi kena bangun awal jugak, x tau nak masak apa...tengok2 nasi semalam ada lebih pulak..ish ni kena wat nasi goreng luar jangka la pulak...so akak siapkan bekfes tuk Aiman nak pergi Kem Motivasi seharian hari ni dari jam 8.00 pg - 5.30 ptg nnt...Nasi goreng ni paling senang di dunia dan paling cepat la akak buat...tapi kesedapan kena amik kira gak kan...xpun, sapa nak makan...ikut apa yg ada dlm fridge je eh..hehee...meh layannnn...
Bahan:-
  • 2 mangkuk (sedang) nasi putih - agak2 la ya..
  • 1 batang karot - dihiris halus
  • 4 batang kacang panjang - potong2 1 inci
  • garam halus secukup rasa
  • minyak untuk

Bahan ditumbuk/dikisar kasar:-

  • 4 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 2 genggam ikan bilis
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk/kisar dan kacau hingga naik bau dan sedikit garing (api sederhana).
  2. Masukkan karot dan kacang panjang dan kacau sebentar.
  3. Masukkan nasi dan kacau rata. Letak garam halus secukup rasa.
  4. Kacau-balik nasi sehingga benar2 masak (nasi kelihatan berasap). Tutup api dan hidangkan.

Friday, November 20, 2009

Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut

First of all, I want to address a million thanks to Nor Secubit Garam for sharing this delicious Thai dish...Prepared this for our dinner last night and it's ez, simple and really finger licking good!! Takkan nyesal punyerrr....Pada sesiapa yang belum pernah rasa or try out this recipe, better give it a try...Nor, Ummi ada edit sikit bahan ikut stok yg ada eh..n mintak izin C&P resepi kat sini yaa....muaahhhh!

Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut

Bahan:-

  • 2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia (*ummi guna sekeping besar ikan jemuduk)
  • 1/4 cawan tepung serbaguna (*Ummi guna tepung jagung + sedikit lada sulah + sedikit serbuk cili kering + sedikit garam)
  • 2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
  • minyak utk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Bersihkan ikan dan keringkan. Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
  2. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :-

  • 5 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 3 ulas bawang merah ~ dicincang
  • 5 bj cili padi hijau ~ diicincang
  • 5 bj cili padi merah ~ dicincang
  • 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 - 3 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam (*Ummi pun)
  • 1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
  • minyak

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
  4. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Besar n lebar sungguh sekeping ikan jemuduk nih..boleh makan 4-5 orang..hehe

Daging Masak Kicap Pedas (My Style)

Haiiihhh lebatnya la hujan kat Kuantan nih....!! Dah 3 hari dah duk hujan jek...kejap je renyai...pastu lebat balik...sonok eh kalu duk rumah..masak2, makan2..hehee..pastu naik penimbang tengok...wakakaaa...Ok lah layan, daging masak kicap ni...kebetulan nak perabihkan daging batang pinang yang tinggal ni..lama x wat masak2 cara akak ni hasil menuntut dengan bonda kesayangan sejak zaman anak dara lg...hehee...Menu dinner malam tadi nih..Sape2 nak cuba, silakanlah...

Bahan: ( 5- 6 orang)
  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk dan Tumis:-

  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...

Thursday, November 19, 2009

Sotong Goreng Berempah dan Muffin Jamuan Kelas Aiman

Ni menu malam kelmarin dah....x sempat la nk upload sebab semalam kena wat sekali lagi muffin untuk cikgu Aiman pulak...Cikgu Arlina terus order muffin choc chips (resepi Jun) ni bila dia rasa masa jamuan kelas Aiman kelmarin...Balik kerja hari Selasa kelmarin dah petang sangat2 dengan hujan lebat, jammed giler jalan, singgah kedai baking beli sikit bahan baking, sampai rumah dah agak lewat Asar dibuatnya..Malam tu akak masak sotong berempah dgn goreng kacang panjang berkicap je...sebab nak kejar baking muffin ni pulak..Aiman kata semua murid diminta bawak makanan sikit sorang sebagai tambahan...Cikgu dah sediakan macam2, nasi lemak, pulut kuning, ayam goreng, nugget, sosej segala...eemm sikit x sikit pun akak buat jgk laa 3 adunan, dapatlah seketuii sorang je la kot dengan muffin cup tinggi gitu..kalu wat kecik2 leceh la pulak nak membakarnya, hehe (dapat dalam 45 biji...lebih tuuu)..ok la muffin cup tinggi camtu eh..xla kecik sgt pun kan..hehee..
Okayy meh layan resepi sotong goreng berempah ni dari buku Senangnya Memasak MAKANAN LAUT Bersama Chef Hanieliza lagi ya, dah penah buat, akak letak semula la resepi eh...hehe
Bahan A:-
  • 500 gm sotong
  • 2 sb. rempah kari (dibancuh dengan sedikit air) - akak guna rempah kari daging/ayam capa Adabi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 sb. minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris):-

  • 1 sk halba campur
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau hingga rata dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam dan biar sotong masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Muffin paling senang tapi sedap...untuk jamuan kelas Aiman. Ni jelah yang sempat akak buatkan..balik kerja pun dalam hujan lebat, lewat sampai rumah...masak sempoi2 je...Ni permintaan dia la sebab dah janji dengan kawan2 dia..beriya-iya benar dia..x sampai hati pulak nak hampakan...emm.. Pastu lena nyenyak keletihan akak malam tu...hehehee

Wednesday, November 18, 2009

Cotton Soft Japanese Cheesecake - Resepi II

Holaaa..holaaaa...semalam kepenatan hadir seminar seharian anjuran Puspanita Pahang..kul 6 petang baru balik...masak tetap masak...blogging tetap blogging jgk wpun sekejap...hehee...So malam td akak try gak letak posting ni but I scheduled the posting for today right at this 3.00 pm..hahaa...
Ok, ni kes dah lama sangat rasanya x buat ciskek yang satu nih...Ahad baru ni ntah tetiba je tekak rasa nak menelan ciskek nih..haiyyyooo...tapi xdalah nk makan banyak pun, jamah sikit jek...tapi Abanglong n Najwa sangat sukaaaaa...Najwa yang baru sampai rumah je balik cuti Semester dah...siap pesan, boleh x mak buat lg satu, untuk dia sorang jek..hah???? biar betuiii k.ngah..betuii la dia kata...akak cakap, lain kali!!! Heheee..dia gelak jek...Dulu akak penah wat Japanese Souffle Cheese Cake lebih kurang je laaa..so kali ni layan resepi dari Alma kat MyResipi tu ha...mmg sedaaappp teramatttt!!..xkan nyesal buat punyerrrr...Dah ramai pun yang buat ciskek ni kalu tengok laporan kat MyR tu...dah la sedap, sonang pulak nk buat...Mintak izin C&P je dari Alma yaa...

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:

  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara:-

Utk adunan A:
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
  2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B:

  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
  2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebihkurang 7-8 minit)
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
  4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  5. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.

#Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).


Baru keluar dari oven....emmmm..

Spaghetti Goreng Pedas & Jemput Udang

Bila anak2 balik bercuti ni..macam2 diaorang mintak...ni dinner malam kelmarin, najwa n abanglong punya selera lah ni..Abanglong nk makan spaghetti tapi Aiman suh wat pedas2..hehee..tekak ongputih celup, tu la pasaiii..nk jugak pedas..hehe, yang sorang lg nak makan jemput lak..x kira siang ke malam dah nak makan jemput si Najwa nih..hehe...emmm layaaann je laaa..lgpun bukan susah sangat pun nak buat kan..hehe..janji konyaaanggg, kan..
Hehe..ada yang nak resepi pulak tuk Spaghetti Goreng Pedas ni eh..akak masak campak2 tp kira sedap lah tuk tekak anak budak2 kat rumah ni haa...Ok laa..akak letak, tp adjust2 la yaa...resepi lebihkurang n ikut bahan yg ada je..Tp lagi sedap jika digoreng dgn minyak zaitun..
Bahan:- (4 -6 orang)
  • 250 gm spaghetti
  • 300 gm daging kisar
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 sb. cili kering kisar
  • 2 biji tomato - didadu
  • 5 sb tomato puree
  • 3 sb sos tomato
  • 4 sb sos cili
  • 1/2 batang carrot - hiris bulat nipis (*kalu ada letak la eh)
  • 1/2 biji capsicum merah - potong dadu
  • 1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
  • 8 biji cendawan butang (dlm tin) - dibelah 4 (*akak xda, letak bunga kobis je)
  • 4 sb. minyak zaitun
  • 1/2 sb dried oregano
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (optional)

Cara-Cara:-

  1. Didihkan air secukupnya dalam periuk, letak sedikit garam kasar dan beberapa titis minyak zaitun. Rebus spaghetti hingga lembut dan toskan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, bawang putih dan tomato dadu hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar dan kacau rata sebentar.
  4. Bila daging hampir masak, masukkan kesemua sos dan tomato puree..kacau rata sebentar.
  5. Masukkan serbuk lada hitam, cendawan butang dan capsicum. Masak sebentar (masukkan sedikit air jika terlalu kering).
  6. Masukkan spaghetti dan kacau rata-rata. Perasakan dengan garam.
  7. Taburkan dry oregano dan kacau rata. Siap.

Monday, November 16, 2009

Peach Mirror Pudding

Dah lama rasanya akak x buat apa2 pudding/dessert nih...kelmarin kemas2 sikit fridge yang dah x nampak rupa tuh...ternampak la buah peach belen letak atas ciskek dulu..emmm elok lagi, x terjejas pun...then teringat lak dah berzaman simpan resepi nih...emmm, ni lah masa nak menggodek pudding pulak laa...heheee...lagipun nak buat, senang yaa amaaattt....hehe...Kepada penggemar peach, boleh la cuba, sedap...Resepi akak ceduk dari Tuntung15 (MyResipi) tuh...

Bahan:- (terpulang kepada bekas dessert masing2)
Lapisan Bawah:
  • 300 ml air
  • 150 jus peach
  • 450 ml susu segar
  • 150 gm gula (akak guna gula pasir)
  • 30 gm instant jelly
  • 40 gm tepung kastad
  • 1/2 sudu teh rata garam
  • 2 biji kuning telor
  • sedikit esen vanila

Lapisan Atas:-

  • 650 air + lebihan jus peach (jika ada)
  • 60 gm gula pasir (kalau ada lebihan jus peach tadi, bolehlah kurangkan gula kepada 30 gm)
  • 25 gm instant jelly
  • sedikit esen peach (*akak xda ni)
  • 2 titik pewarna lemon yellow (akak letak je pewarna kuning)

Hiasan:-

  • Buah peach - dipotong memanjang dan nipis
Cara-Cara:-
  1. Untuk lapisan bawah:- Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru dijerangkan atas api sederhana perlahan. Ini untuk mengelakkan adunan jadi berbintil-bintil.
  2. Sentiasa kacau adunan, masak sehingga agak pekat. (lebihkurang 8-10 minit). Tuangkan ke dalam acuan dessert. (*akak basahkan dulu acuan sebelum dituang adunan).
  3. Biar dessert sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach yang dihiris tadi.
  4. Untuk lapisan atas:- Satukan juga semua bahan, masak sehingga mendidih.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk dessert tadi perlahan-lahan. (Kena tuang perlahan kerana dessert agak lembut, takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak)
  6. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam fridge. Enak dimakan sejuk.
Nampak x bercermin je rupa atasnya tuh kan..

Akak dapat sebanyak ini bagi bahan di atas..

Jom Pekena Seafood Celup Tepung

Sabtu baru ni kitaorang antar Najiha untuk daftar bilik bagi Semester 2 Asasi di Uitm Kuantan ni.. Lepas tu, kitaorang pun ronda-ronda la ke Yayasan Pahang sana ingat nk masuk ke Dinasour Trek, saja2 nak bawak Aiman tengok for the first time...Rupanya sampai je situ, guard kat situ bgtau dah full sangat orang, kena tutup awal...aah la, masa tu baru jam 3.40 ptg..kalu ikutkan 4.30 baru xleh masuk situ...uiihh x sangka la pulak ramai yang ke situ..Tp xpalah x kesah sangat, nanti bila2 boleh pergi...bagi orang jauh2 dulu tengok..hehee..kitaorang dekat jek...ececee, nak sedapkan hati la konon...ish x kesah laa..Pamiran hasil kerjasama Petronas dan Yayasan Pahang tu akan berlangsung sampai bulan Jun 2010 nanti..
So, on the way balik tu singgah la kat Gerai Paksu di Tanjung Lumpur Kuantan ni yang terkenal dengan seafood celup tepung nih..memang laris, kalu lalu petang2, memang penuh kete kat situ...Hubby kata, bungkus je lah bawak balik sebab sonok makan ramai2 dengan abanglong yang tinggal kat rumah tuh..ok...layan la yaaa...kenyang sampai malam kami 5 beranak tibaiiiii..hehe
sotong celup tepung - 5 cucuk (2 ekor setiap cucuk)..

sata akak beli 4 hengget..hehe..1 hengget 3 ketuii...tp yang ni mmg sedap sata dia..puas hati...semua yg makan cakap camtu tauuu...

keropok lekor, ni beselah kan...actually nak beli keropok sagu, tp lambat pulak nak kena tunggu goreng...

Laaaayyyyyaaaaaaa....licin maaaaa....

Sunday, November 15, 2009

Hantar Najiha Sambung Sem.2 Asasi Uitm

Alhamdulillah Najiha dah habis bercuti dan akan menyambung kembali Semester Kedua (Terakhir) Program Asasi TESLnya di Uitm Kuantan ni...Resultnya pun alhamdulillah, 2nd best result...Dia pun x menyangka sama sekali, dia target rendah jek...sebab memang susah giler soklan exam katanya...Dengarnya budak yang pandai sekali pun dapat 3.7 jek, lebih point sikit je darinya...Harap2 dia akan berjaya seterusnya...amiiinnn...
Lepas zohor tengahari Sabtu semalam akak hantar la dia untuk register bilik dulu...angkut jugak barang2 keperluan semua sekali...Tapi dia x tdo lagi kat situ, balik rumah dulu...hehe...Dia nak ikut kitaorang ke Segamat ambil Najwa yang dah habis exam dan akan pulang bercuti...Uiiihh dua beradik ni, sorang pergi, sorang balik...bertembung camtu je laa..nasib baik masa raya dan Najiha cuti lama baru ni, Najwa ada jugak balik...begitulah bila anak2 dah besar, sesama sendiri pun dah jadi susah nak bertemu muka disebabkan belajar lain-lain tempat n cuti pun x sama kan...ish ish...kesian gak akak tengok...nak bertukar2 citer or bergurau-senda pun dah terhad....emmmm....Me too, gonna miss her so much!!!
Najiha dah dapat je kunci bilik, terus angkut barang...masuk je bilik tengok xda tikar pulak...bilik lama dulu ada....So, kitaorg mop lantai dan tinggal kejap...gi beli tikar getah la pulak..hehe...pastu balik semula ke bilik, hubby tolong pasangkan tikar getah tu...Najiha pun kemas katil dulu...pastu balik rumah pulak dulu...Ahad lepas balik dari Segamat baru hantar semula dan seterusnya tidur dan sambung belajar la...

Tikar getah yang baru siap dipasang...beli yang murah2 tu jek..tp cantik la pulak..hehee..kemas sikit kaannnn, ok la tuuuu..

Pulut Kuning Dengan Sambal Ikan Bilis

Salam hujung minggu semua....ni bekfes family akak pagi sabtu semalam...Budak2 Sarawak yang tumpang tdo kat rumah ni pun makan ni je lah sebelum abanglong hantar diaorg ke bus-station...Pastu, lepas zohor akak kena hantar Najiha daftar bilik dan angkut barang2 semua dah ke Uitm Ktn untuk Semester II seterusnya...Akak mmg terasa rindu nk pekena pulut kuning la pulak...Kebetulan pagi semalam ayam masak padang ada belen lagi tuh..akak masukkan dalam microwave aje dan panaskan..Pastu akak kukus pulut dan buat sambal bilis...mmg akak suka sangat makan pulut dengan sambal bilis camni sesekali..boleh x ingat dunia tauuu..hehee..So laayaaaaannn okiessss...akak nak mengemas rumah segala la pulak ek..

Saturday, November 14, 2009

Ayam Masak Padang

Ni pun lauk akak masak tengahari Jumaat masa lunch hour akak balik rumah...jadi hidangan untuk kawan-kawan abanglong (Hafizi dan Ita ni dari Uni. Malaysia Terengganu, lagi jauh la kan..) yang menumpang sebelum naik bas dari Kuantan ke KL dan KL ke KLIA untuk penerbangan ke Kuching...sian akak tengok budak2 ni merantau jauh jgk kan...Ita ni penah satu sekolah dgn Hafizi masa di Kuching..eloklah kan, balik berteman camtu..x le risau sangat...akak pun anggap budak2 ni macam anak akak je...Akak siap pesan lg kat Ita, kalu x sempat nk balik Terengganu bila balik belajar nanti, singgah2 la ke rumah ni...kecil molek je budaknya..
Eh melalut lak citer...Meh la layan menu kitaorang semalam...Resepi asal Dayangjack tp akak cilok n kopipes dari dapur Noorsha..Time kasih la banyak2 tuk u all berdua...muaahhh!


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur

Bahan-bahan utk dikisar :

  • 4 tangkai cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili api
  • sedikit kunyit hidup

Cara-cara:-

  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair.
  4. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak. (jika xnak kuahnya pekat, boleh tambah air)
  5. Hidangkan.

Nanas Tumis Air

Semalam abanglong dah balik rumah sempena cuti semester...Dia bawak balik 2 orang budak Sarawak tumpang bermalam kat rumah ni...Kiranya masak time kecemasan la nih..hehe..bukan masa kecederaan yaa...hehe..Ni antara menu sayur yang akak cilok dari buku Senangnya Memasak SAYUR bersama Chef Hanieliza yang baru dikirim oleh Kak Liza...hehee..sukanya hati now dah ada 10 jenis buku resepi k.Liza dalam koleksi...so ni resepi pertama dari buku SAYUR ni...amatlah senangnya pongg nak buat, time kaciiih banyak2 k.Liza...cayang diaaa... ^_^
Bahan A:- (akak buat half dr resepi asal ni)
  • 1 biji nenas (saiz sederhana)
  • 1 biji lobak merah kecil (dihiris halus)
  • 2 sb. gula
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 1/2 cawan air
  • 1 sk. serbuk kunyit
  • 3 sb. minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumis):-

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 inci halia (dimayang)

Cara-Cara:-

  1. Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan dan dibuang matanya serta dipotong kecil2.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan air, serbuk kunyit, gula dan garam.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan karot, nanas dan cili.
  5. Biarkan hingga mendidih dan rasakan garamnya.
  6. Apabila nenas sudah masak, tutup api dan hidangkan bersama nasi minyak dan nasi beriani.

Friday, November 13, 2009

Daging Samudera

Ni lah lauk paling senang dalam waktu kecemasan akak memasak malam tadi..buat makan dengan Nasi Portugis tu haa...sebab keterjadiannya adalah tidak disengajakan lantas waktu yang terlalu singkat bila balik ofis lambat betul semalam...dah 6.30 baru sampai...haaa..tu laa pasaiiii....nasib baik nasi tu memang dah sedap makan camtu je pun...Hajat hati nak masak daging prun, tp x sempat dah, lain kali la nampaknya..So layan je lah daging ni hasil cilok ronda-ronda kat dapur Hana tuh...Resepi asal dari Lelayong yang dah lama menyepi tuh..sibuk agaknya...Memang betul cakap Lela, semudah A, B, C..hehe..Resepi Lela xda sukatan jadi akak letak jugaklah sukatan dan sikit penambah perisa eh..halal ya Lela..
Bahan:-
  • Daging batang pinang (lela buat untuk 2 org makan) - akak buat 400 gm.
  • Kicap (akak letak 1/4 cawan)
  • Cuka (akak letak 2 sudu makan)
  • Sedikit gula (akak letak 1 1/2 sudu makan)
  • 1/2 sk. serbuk lada hitam (ni akak saja tambah)
  • 1 sudu besar sos cili Thai (ni pun akak tambah)
  • 3 sb. minyak masak

Cara-Cara:-

  1. Potong daging nipis dan lebar. Basuh dan toskan.
  2. Perap daging bersama bahan2 di atas selama 30 minit atau lebih.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging tadi sehingga kering dan naik minyak dengan menggunakan api sederhana besar. Kacau balik selalu....Angkat dan hidangkan.

(* Akak merajinkan diri, goreng bawang besar dan cili merah sebelum goreng daging. Angkat dan ketepikan. Kemudian campurkan ke dalam daging yang telah masak tadi dan kacau rata...so, lebih perisa rasanya dan wangi)


Nasi Portugis

Semalam memang lambat balik dari ofis sebab tunggu hubby habis function ofis kat Hyatt Hotel dulu...Dah pukul 6 baru keluar dr ofis..sampai rumah dah hampir 6.30 ptg...mood memasak pun macam dah nak terbang, tp nasib sempat tangkap..hehe..so terajin jugaklah memasak...Nampak resepi Chef Norzailina ni kat dapur Mat Gebu...pastu barulah teringat, mmg lama dah teringin nak buat nasi nih..senang jugak nk prepare, x banyak kerenah bahannya..hehe..so layaaann...tp lauk memang sempoi jek...kebetulan nasi ni dah macam nasi daging jek..rasa nasi je pun dah sedap, so akak layan dengan daging samudera je laaa..Akak adjust sukatan beras dan air dalam cawan..senang..Thanks Chef, thanks Mat, akak kopipes je la yaaa...x kuasa nak taip dah uuu...
BAHAN - BAHANNYA :-)
  • 500 g beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan - (akak sukat 3 cawan)
  • 300 g daging batang pinang*
  • 3 ulas bawang putih, diketuk*
  • 1 inci halia, diketuk*(*rebus hingga daging empuk dan hiris nipis)
  • 500 ml stok rebusan daging (akak sukat 3 cawan)
  • 500 ml santan
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 3 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan putih*
  • 3 camca teh cili kisar*(*dikisar halus)
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)

  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)

  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Gajus goreng
  • Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum,
  2. Masukkan daun pandan dan bahan kisar halus, masak hingga rempah garing.
  3. Masukkan beras tadi dan goreng hingga rempah rata dengan beras.
  4. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang santan dan stok daging, tambah garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa.
  5. Bila nasi kering, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Terus memasak hingga nasi tanak.
  6. Balik2kan nasi dengan chop stick (cukup 3 - 4 kali gaul).
  7. Taburkan bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama acar atau lauk2 lain yang anda gemari....

Wednesday, November 11, 2009

Kuih Bakar aka Kuih Bingka Telor (Resepi II)

Satu lagi kuih yg akak sempat buat untuk adik akak kat Gombak tuh...mmg favourite my bro-in-law nih! Tapi this time around, I tried out a new one hasil skodeng kat dapur Jun jugak ni, memang rajin Jun ni cari2 resepi..hehe...nampak sedap....Resepi asal dari RosesKitchenette. Tapi sedikit terlembik dan tak berapa cun, kena adjust sikit kot tepung tu....dan lagi, rasa telornya mmg hadoiiiii...leh naik inci lg nih..wakakaa...tapi, licin semacam je sampai sana, xdan 2 jam..hehee...Btw, thanks to both...
Ingredients:-
  • 6 eggs (gred B)
  • 250g sugar
  • 180 gm plain flour (next time, should add to 190 gm...i think)
  • 840ml thick coconut milk
  • 1 tsp vanilla essence
  • a pinch of salt
  • few drops of yellowing colouring
  • 1/2 tbsp cool melted butter

Method:

  1. Mix eggs with sugar and stir for few minutes. Add in sieved flour, cool melted buter, salt and vanilla essence and mix well.
  2. Mix in coconut milk, a little at a time, stirring until mixture is smooth. Add a few drops of yellow colouring and strain the mixture.
  3. Grease and line a 9″x9″ square baking tin with greaseproof paper. (I greased the baking tin only)
  4. Pour mixture into preheated tin and bake in a moderate oven at 180 deg C for about 1 hour. Lower temperature to finish baking. (Note: As for my oven, I set at 170C only).

Choc Chips Muffin

Dah banyak kali akak buat ni sebenarnya...mmg best resepi dari Jun nih...cukup moist n marbeles !!! Secukup rasa....tp xpalah, akak letak lg resepi kat sini, kot ada yg maleh nk selak2 or pandang2 belakang tu kan..tp kalu rajin leh jugak cuci mata kat Sini eh.....Sabtu baru ni akak gi KL bawak ni untuk anak2 buah akak...licin youuuuu...hehe..banyak2 terima kasih la ya Jun..ni sebagai tanda perkenalan kita dulu kan, kan...

CHOC CHIPS MUFFIN

Bahan:-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Monday, November 9, 2009

Udang Rimau Cili Madu Tiga

Salam Isnin...Akak cuti ni, xda kat daerah dari hari Sabtu lg..hehee...cuti2 online n jalan2 gi rumah adik...So layanlah lauk yang telahpun licin hingga menjilat jari nih...memang sedap sangat! Resepi asal adalah dari dapur KakmOn yang duk nun di Brunei sana tuh yang menggunakan Udang Rimau...tp akak xda udang tu, guna udang meow-meow je laa..adik rimau..hehe..besau gak laaa...Tapi akak letak la title kat atas ikut resepi asal eh..Dah lama simpan resepi kakak ku sorang nih, ni baru sempat buat...tp Ummi ada adjust sikit bahan ikut stok..Time kasih kakmOn cayaaanggg...memang la sedap sesangat...2 thumbs up!!
Bahan:-
  • 1 kg udang harimau..akak guna udang hari2 mau jee..^_^

Bahan Kisar Kasar:

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 biji cili besar merah
  • 1 biji buah keras

Bahan Sos:-

  • 3 sudu besar sos cili Nasi Ayam Thailand (akak guna sos cili Thai je)
  • 3 sudu besar sos cili Lingham
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar madu
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masa secukupnya
  • sedikit daun sadri

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan bahan sos. Masak lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, madu, jus limau nipis dan garam. Masak 5 minit.
  4. Angkat dan taburkan daun sadri (*akak tabur daun bawang je)
  5. Hidangkan sementara panas.

Saturday, November 7, 2009

Crabstick Omelette

Ha, bila dekat2 hujung minggu je mulalah keluar resepi sempoii2 jek..hehe..ala-ala malasss gitu...tapi perut orang2 kesayangan dalam rumah ni termasuk perut akak ni tetap meronta mintak diisi..hiisshhh....Meh layan je lah lauk tuluuuurrr ni heheee...Campak2 je, sonang baiituuuu...hehe...Akak makan dengan roti gardenia..pun sodaaapp!

Bahan:-
  • 3 biji telor - dipukul sikit
  • 3 batang crabstick - hiris kecil2
  • 4 sb fresh milk
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit daun sup n daun bawang - racik halus
  • 1 biji cili merah - hiris nipis/racik kecil

Cara:-

  1. Dalam bekas satukan kesemua bahan dan kacau sebati.
  2. Panaskan non-stick pan dan letak sedikit minyak.
  3. Tuangkan adunan telor dan masak atas api perlahan. Terbalikkan sebelah satu lagi dan biar masak.
  4. Angkat dan hidangkan..

Bendi Goreng Kicap

Sayur hidangan tengahari semalam dah ni...dah habis pun...kegemaran Aiman ni...just goreng biasa2 jek..campak2..asalkan ada kicap, mesti dia suka bendi camni...cuci mata je la eh...Banyak kerja nk buat...Dah la kat ofis tu sehari dua ni melambak sungguh kerja...tu lah, masa ada byk sangat, masa xda..hehee..boleh mimpi2 n berangan2 la kot..hahaaa...layan je la eh..xyah resepi la kann...anak dara kalau nk kawin x pandai goreng bendi kicap ni ha, x pass lagi la tuh..heheee...silap2 berlendir bendi tu kan..Pastu mak mertua tak lalu makan lak nnt tengok berlendir2...hiikss!

Thursday, November 5, 2009

Cool Cucumber Juice

Taraaaa...Lama x wat jus...Meh jemput minum semua...panas tak kat tempat u all? Sini panas tengahari pastu kejap2 hujan lebat..pastu tiba2 berhenti pulak...aiiihhh...tp xpa, minum jus timun ni bagus...lawan pulak dengan La Pasta eh...Ini pun resepi dari http://resipi.iluvislam.com/ jugak nih..Sedaaaapppp n Sluurrrppp!!
Bahan:-
  • 1 batang timun
  • 1 sudu kecil lemon juice (jus kasturi pun ok)
  • 1/2 cawan air (100 ml)
  • Madu secukup rasa (akak letak 3 sudu besar)
  • Gula (optional) - akak letak sikit jer..adjust ikut rasa eh

Cara-Cara:-

  1. Bersihkan timun dan potong bulat2. (tak perlu kupas kulit, buangkan kepala timun yg pahit tu je eh)
  2. Masukkan kesemua dlm blender, then blend hingga timun hancur.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan letak ais kiub...pastu apa lagi! Slurrpp laa..hehe