Tuesday, February 10, 2009

Double Chocolate Muffin

Okayyy yang ni pun Ummi buat untuk anak-anak sedara sebelum balik kampung jugak..sori la yea...dah licin...Asal resepi dari Quick N Easy Treats, tapi Ummi seludup dari dapur Diana lagi hehee...Sedap dan lemak dengan rasa yogurt tu..Tapi choc chips dah habis, ummi campur jek choc rice...Meh salin resepi k..
Bahan:-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan gula perang (resepi asal gula kastor, so kurang manis sikit)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 100 gm mentega, dicairkan
  • 1 biji telor
  • 3/4 cawan yogurt plain
  • 1/2 cawan susu coklat (resepi asal susu putih)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan choc chips (*ummi out of stock, letak choc rice je)
Cara Membuat:-
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian masukkan gula.
  3. Pukul telor dan esen vanila, masukkan kesemua bahan cecair ke dalam adunan tepung.
  4. Kaup balik dan pusing satu arah menggunakan garfu (*ummi guna whisker) sehingga tepung serata dengan bahan cecair. (jangan kacau terlalu lama, cukup setakat bercampur je)
  5. Kemudian masukkan choc chips dan kacau rata.
  6. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah dilenser/cawan kertas.
  7. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi penguji keluar bersih.

Udang Nestum Lagikk Untuk Family Di Kampung

Ni resepi ulang tayang je, xdan nk posting... Udang Nestum ni Ummi masak hari Sabtu lepas sebenarnya, balik pun dah petang, kiranya untuk makan malam kat rumah my parents ni...Mulanya ada setengah kilo udang je, pastu suruh hb pergi kedai tambah lagi..rasanya dah lebih sekilo dalam tupperware nih!! Ramai yang balik...liciiiinnnnn..hehe

Monday, February 9, 2009

Kuih Bakar Bijan

Ni antara kuih yang Ummi bawak balik kampung Sabtu baru ni...Dulu dah buat bingka telor, kali ni try kuih bakar lak, tapi Ummi tambah namanya Kuih Bakar Bijan eh, senang nak ingat..Semua family cakap sedap..hehe..kena je dengan tekak...Resepi dari Joayee ni Ummi kutip kat MYR...Thanks Jo..x puas makan..nanti nak buat lagi..
Bahan:-
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan

Cara-Cara:-

  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (*ummi set oven 165C selama 1 jam 15 minit)