Saturday, July 31, 2010

Estrak Jus Untuk Penghidap Kencing Manis, Not Me...


Ada sapa2 sini yang kena kencing manis kee...? Ni tanya jujur ni....Akak jumpa satu resepi estrak buah-buahan ni dalam buku resepi pelbagai jus dan smoothie yang akak beli....so dah banyak sangat makan lemak2 ke, manis2 ke...takut gak kan...So boleh la try blend estrak buah-buahan ni, bagus untuk penghidap kencing manis...x payah letak gula n air letak sikit jek....bukan mcm buat air fresh apple or orange tu eh...estrak saja...Tapi pelik eh, buah pear n epal ni kaler ijooo, bila blend jadi keperangan gitu...Aiman pun akak suh minum gak estrak ni, dah berlemak sangat badan..hehehe....Tp dia duk tanya, apasal buah ijo bila blend jadi perang...ntah...dah lama biar dalam gelas akak cakap..hehehe, ya ke....ntaahhh, okay layaaan...

ESTRAK JUS EPAL DAN PEAR

Bahan :-
  • 3 biji epal hijau
  • 2 biji pear
  • 1/3 cawan air
  • secubit serbuk kayu manis
  • sedikit ketulan ais
Cara-Cara:-

Basuh dan potong buah2, x perlu kupas....masukkan dalam pengisar buah2an or masuk jek dlm blender tu...letak air tu, kisar halus. Tuang dalam gelas dan tabur sedikit serbuk kulit kayu manis (akak x letak pun, x suka..hehe). Haaa letak sikit ketulan ais, ha telan je ler gitu...boleh gituuuu???

seedless grape ni sebagai acara selingan...beli smlm, geram jek tgk...Aiman x kesaah tuuu banyak pulak makan, sebab xda bijik...sebiji2 dia lambung masuk dlm molooott...aisshhh

Cucur Udang Kak Liza

Salam semua.....tengah buat apa tu? Ada yang balik kampung ke...makan kenduri ke...jalan-jalan cari makan ke....Akak tak ke mana hari ni...cadang nak pergi tengok adik kat Hospital Selayang sana...semalam masuk wad sebab demam denggi...Hari ni call asben dia katanya ok sikit laa...so akak ingat biar dulu tengok perkembangan camna....kalau teruk gak sehari dua ni, akak shoot ke KL laaa...Hari ni pun ada kenduri rumah bekas pengasuh Aiman dulu...cadangnya nak pergi laa...Eh Kak Liza pun buat demo masak kat Berjaya Megamall Kuantan ni jam 3.00 - 5.00 ptg nnt...Malam tadi kak Liza siap sms akak dah bgtau jgn lupa datang...tp dah maklum kat Kak Liza, kalau xda aral dan x jadi ke KL, insyaAllah jumpa laaa...hehee...Sebut2 pasal kak Liza ni..semalam akak x masak nasi tau....tekak teringin nak makan jemput/cucur udang la pulak (*bkn mengidam ek, kang ada yg cetus kontroversi pulak..huh ^__^). Xleh main2 tauuu...Ok, macam2 sangat dah resepi jemput/cucur udang, so ini Cucur Udang Kak Liza akak wat dinner semalam...hahahaaa....puas makan...kenyang tauu! Kak Liza, C n P je la sini yea....adunan ni sedang elok untuk family yang x ramai...

CUCUR UDANG CHEF HANIELIZA

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • daun kucai
  • taugeh (akak x letak ni..aiman xnak...)
  • cili merah [cincang] (akak letak 1 1/2 biji)
  • garam
  • serbuk kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • udang kertas secukupnya (akak guna udang sederhana besar)

Bahan Mesin:-
  • 1 s/b udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cawan air

Cara-Cara:

1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan.
4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.


SOS CILI

Bahan A:-

  • 10 tangkai cili merah [buangkan biji]
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar cuka
  • 1 ulas bawang putih [jika suka]
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar gula
  • garam

Bahan B:-
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar tepung jagung
Cara-Cara:-

1. Mesinkan semua bahan A sehingga halus.
2. Masakkan sehingga mendidih.
3. Bancuhkan bahan B dan masukkan dalam adunan cili.
4. Masakkan sehingga nampak pekat.
5. Tutup api dan hidangkan dengan cucur udang.


Friday, July 30, 2010

Asam Pedas Berempah

Salam Jumaat yang penuh barakah....semoga kita semua di dalam lindunganNya selalu...Okay tghri ni akak nk kongsi resepi Asam Pedas Berempah CMG @ Mat Gebu laaa...maybe ramai yang dah buat..Tp sungguh la berselera makan, sungguh sedap....dah masak malam kelmarin sebenarnya...tp duk bz melayan apa2 ntah...lambat letak entry...nk letak mlm td pun xdan...ada kenduri jiran selorong ni haaa...Okaayy laa layan dulu la ek....Sapa x cuba lgk..baik buat...sedap...agaknya kalau letak sawi jeruk tu lg best ek Mat...akak xda la pulak...letak bendi, terung, tomato segala...hahahaa...layaaannn...Mat, nak C n P je ek resepinya...kita x curi gambar tau...curi resepi jek..hehehee..Thanks Mat!

ASAM PEDAS BEREMPAH
Sumber : Mat Gebu @ CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4-5 keping daging ikan duri (boleh guna ikan tenggiri)
  • 3 kelopak sawi jeruk (optional) (akak tukar, terung, bendi n tomato)
  • 1 genggam daun kesom
  • 3/4 cawan jus asam jawa
  • 1 cm halia, diketuk
  • 1 cm lengkuas, diketuk
  • 1 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 camca teh lada hitam biji
  • 1/2 camca besar ketumbar biji
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 1/2 camca besar jintan kasar
  • 1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, perap dengan garam dan limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk, dikerat2, rendam dalam air (boleh ganti terung atau kacang bendi).
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar, lengkuas dan halia. Tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  3. Masukkan sawi jeruk dan juga ikan tadi, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kesom dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak ganti ikan dengan ayam pun boleh, nak ganti dengan daging pun boleh juga. Nak tambah tomato pun ok, lagi satu masa rasa tu kalau kurang asam, sila tambah lagi ikut selera masing2 yea. Sesiapa nak letak serbuk perasa pun tak de masalah. Selamat mencuba untuk semua...

Thursday, July 29, 2010

Tips Yang Menjadi - Terima Kasih Ben Ashaari!

Salam semua....Ni ada cerita sikit akak nak kongsi di mana hari ni akak sempat buat "muka tak malu" jek tanya Ben Ashaari apakah rahsia dia mendapat viewers dan traffic yang begitu membanggakan walaupun baru di dalam dunia blogging....Tau tak, Ben tu dah berbaloi-baloi dapat hasil....yang akak ni duk laaaa kat tepi buku lali jek..hahahaa....So Ben dengan baik hati telah memberikan beberapa tips dengan ikhlasnya dan bermula jam 9.00 pagi tadi akak membuat operasi dengan tunjuk ajar Ben dan tu diaaaaa....Cuba lihat perbezaan unique visitors di graf atas tu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang tadi,....Boleyy baca ke x boleyyy baca., boleyyy nampak ke x boleyyy nampak? Memang x pernah dapat sampai camni tau. Satu perbezaan yang ketara. Akak pun macam Mat Gebu la jugak, sangap-sangap dan "rabun-rabun ayam" bila bab2 camni kan Mat kan....Yang tau nya, amik gambar, masuk dalam entry, publish di samping rasa ikhlas je nak share dan berkawan dengan geng bas sekolah (*pinjam kata Mat ni) di alam maya ni.

Memang mula2 rasa macam ntah apa-apa jek...tapi kan kedudukan graf di atas dan petunjuk di bawah membuktikan bahawa kerjasama yang baik dan ikhlas sesama kita mampu memberi impak dan manfaat dua hala dan sama rata. Rupanya, baru akak nampak...cara Ben berblog benar2 ingin menolong sesama sendiri, tiada sikap pentingkan diri sendiri...Dia suka kalau semua orang dapat rasakan blog mereka meriah....itu saja...Cakap-cakap akak ni adalah atas dasar rasa persahabatan dan sikap yang ditunjukkan oleh Ben jugak..bukan nak membodek2 ni, tapi itu sikap dan niat Ben bila dia hadir di alam maya ni...

Sebenarnya Ben kata, ada banyak blog yang dia tengok macam lubuk emas, dia teringin nak korek supaya tuannya tau yang blog mereka selain dijelajah, boleh memberi "sesuatu" yang menarik.....So, akak war-warkan sekali lagi di sini, sesiapa yang ingin memeriahkan blog masing-masing terutama kepada blogger baru dan lama yang agak2 suram tu..bolehlah dan silalah dapatkan bantuan Ben dengan menyertai bermacam-macam segmen antaranya seperti di bawah:-

(1) Jelajah Blog Ramadhan ;
(2) Kenangan Ramadhan Bersama Ben Ashaari ; ataupun
(3) Kenalkan Blog Anda.

Puding Kastad Berkuah Koktel

Salam petang apa ek..eh Khamis dah yeaaa...alahaaii cepatnya hari berlalu...pejam celik, pejam celik, sedar-sedar mata beransur rabun dah ek...eh adik2 semua mgkin x lg laa..akak dah tempias dah ni...hahahaa...Ok, elok2 laa..sejuk2 kan mata tengok puding ni jek eh...akak dah sejuk2kan tekak...hahahahaa...K, layaaann...malas bebel byk2...resepi my own style eh., layan kat Sini dan Sini.....eh rajin pulak ni..akak tampal la kat bawah ni resepinya..hahahaha...Dekat2 Ramadhan ni eloklah jeling2 resepi camni kan..hehehe

PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL

Bahan-bahan:-
Untuk Kastad:-
  • 200 gm tepung kastad
  • 2 liter air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/3 cawan susu sejat Ideal
Cara-Cara:-

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Untuk Kuah:-
  • 1 1/2 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji kuning telor - pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 helai daun pandan/perisa pandan
Cara-Cara:-

Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.

Hiasan:-
  • 10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan tp ummi xda ni..)
  • 1 tin buah koktel (ummi guna jenama Hosen)
  • Buah ceri
  • Prune sunsweet (*akak x letak pun)
Cara Hidangan:-
Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...


Wednesday, July 28, 2010

Marble Chocolate Cheesecake

Semalam dan hari ni adalah hari yg sungguh memenatkan...kerja ofis melambak, kerja rumah tak penah kurang....yang kurang orang jek...tp keja lain serupa je nak kena buat, huhuuu...nak ronda2 dapur geng bas sekolah pun x sempat....Okaayy ni just nak masukkan menu yang dah pernah akak buat dah....Resepi asal dari blog Kak Liza nih, akak buat masa jamu kat family di kampung sebenarnya...amik gambar pun main nak cepat jek...xdan nak posing cantik2 pun....Nak resepi, klik je di Sini yea...xda idea dah nak cakap, ha tu diaaa..penat sampai xda idea nak cakap...hehehe


Tuesday, July 27, 2010

Aiman Nak Bisnes Ke?


Ni nak letak entry lain sikit nih...citer si bongsu akak Aiman yang tak kesaaahh ni laaa...ni aktiviti hari Jumaat lepas sebenarnya...lupa nak letak...hehee...Akak memang boleh dikatakan tak pernah missed buatkan breakfast dan bekal untuk Aiman setiap hari ke sekolah....dia memang x suka sangat makan yg kantin sekolah tu..x kena dengan tekak dia agaknyaa...hari2 duk kena fikir nak bawak bekal apa, tp mostly adalah berasaskan roti, x kiralah letak apa, telor ke..cheese ke...tuna ke...sardin ke...ala2 pizza segera ke, nasi or mee semua tu sesekali je buat, kadang2 watkan waffle...memusing kepala la duk fikir nak wat bekal dia...sejak dari darjah 1 hinggalah darjah 6 ni ha..boleh dibilang dengan jari la dalam setahun tu dia beli kat kantin or x bawak bekal dari emak dia ni ha...Selalu gak buatkan bekal ala-ala roti john ni haa...actually guna roti sosej jek...pastu dia selalu duk bagi kawan2 dia rasa...Then, khamis malam lepas, dia bagi tau kawan dia 5 orang nak sorang dua roti ala john mcm kat atas ni haa...katanya, lama dah kawan2 dia duk mintak...weeeyyyyy..sempat ke akak ni dah macam2 hal nak buat pagi2..sidai kain la..bancuh air la..sarapan laaa...nak kemas2 sikit laaa...nak siap pe kerja lgk..hadoiiii...

Tapi disebabkan kesiankan kawan2 dia n dia pun dah buat muka monyok je sebab takut mengecewakan kawan2nya...maka bersilat sakan la akak duk prepare roti ni haa...bancuh telor + mayonis + bawang + daun bawang + daun sup bagaiiii...siap je picit mayonis, picit sos semua...masukkan pulak satu2 roti ni dlm plastik kecik2...pastu letak dalam beg plastik dua biji sorang...Aiman tanya akak nak jual berapa...ntaaahhh akak pun x tau...dia kata kawan2 dia nak beli harga RM1 satu..ha koooo...berbaloiii ke tak....Aiman mula2 nak jual RM1.50...aiiikk ni terus nak kaya ke apa ke...hahahaha..Last2 akak kata RM1 ok la kot...ya laa..kita guna telor LTK Omega, guna tuna pasal2..bole la kot nooo., masak pun guna butter...Pastu sebelum pergi sekolah, akak siap warning kat dia...sudah lah jgn ambik order dah....x dan nnt...ada kang pegi keje punch card merah...Tup, tup, balik sekolah...ada lgk kawan lain lak nak...4 orang...adeehhh, buat lgk...Pastu akak taraaamm dia cukup2...kalau camni, mak boleh pinngssaan tau...mak keje ni Aiman, cukuplah nak siapkan bekal Aiman sorang jek n breakfast mak abah..hahaa..sekali masak, xdan nak mengemas2 dapur...tinggal camtu jek..balik tengahari baru kena kemas...aduiii...xleh jadi...Tp suka benor dia bawak balik duit jualan...hahaaaa...

Agaknya kan, kalau akak berenti kerja..harus duk berjual bawah pokok kat luar pagar sekolah..takpun anakku Aiman yg x kesaaahh tu duk sibuk berjual lak kat sekolah...apa kes? Muahahahaaa...sesekali boleh...sonok2 kan..kesian kat member yg mak dia duk goreng mee, goreng nasi gitu jek..yang pelik2 sikit x biasa buat kot....alahaaiiii...Sekian, tamatlah cerita ceriti akak....wahahahaa...saja2 sonok nak bebel...hehee...

antara yang dah siap seblm masuk dlm plastik...

DagingTeriyaki

Okaayy layan la yeaa..masakan orang malas2...sakit2 perut lagik....hehee...Resepi asal ceduk dari All.Recipes.com. tapi akak dah adjust dengan bahan2 yang ada kat dapur akak nih je...Ni yg akak dah adjust la eh..Sori la gambar x berapa lawo sebab anak akak yg tolong snap....hehee (*akak pun bukan pro jugak pun....hahaha)

Bahan:-
  • 400 gm daging (boneless beef/sirloin steak)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 kiub pati lembu (ni akak saja letak)
  • 2 sudu besar kicap soya
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit air
  • 1/4 sudu kecil garlic powder
  • sayur brokoli secukupnya
  • bijan putih ( optional )
Cara-Cara:-
  1. Potong daging nipis tetapi lebar. Campurkan dengan bahan di atas kecuali air, bijan dan sayur brokoli. Gaul sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan dan masak daging dengan api sederhana besar. Tutup kuali agar daging cepat masak, sesekali balikkan.
  3. Tambah sedikit air dan masak hingga daging benar2 empuk.
  4. Masukkan bahan campuran yang digaul sebati tadi dan masak hingga daging bersalut dan pekat. Seimbangkan rasa.
  5. Akhir sekali masukkan brokoli dan masak 1 minit. Tutup api dan taburkan bijan ke atas daging. Hidangkan.

Monday, July 26, 2010

Seafood Curry

Salam isnin semua....sori 2 hari menyepi dapur akak nih...ni pun nak masuk menu bila ntah...Sabtu kelmarin balik kampung makan kenduri kat rumah jiran mak...aleh2 dilanda sakit perut memulas teramat....uwaaaaa....Balik ke Kuantan hari yg sama sebab adik2 akak follow akak balik ke Kuantan pulak, nak jalan2 cari makan nasi dagang la kononyaa....Aleh2 semua pakat2 rotate masuk tandas jek...akak pun dekat 20x dari petang Sabtu sampai petang Ahad duk berselisih bahu dengan hubby kat muka pintu tandas jek...hahahaa..adoiiiii...boleh dikatakan semua family akak kat kampung pun kena...Adoiiii ni kena keracunan ke apa ke, nak kata angin xkan kot...makan daging pun angin ke...huhuuu...Ahad semalam seharian duk entertain adik2 akak n family diaorg jalan2 pusing Kuantan...K layan je laaa kari makanan laut akak ni haaa....dah habis eh, jgn mintak laaa...wat makan dengan nasi jagung hari tu...hahahaa..x ngam ke, alaaa tibai je ler...

SEAFOOD CURRY (My Simple Style)

Bahan:-
  • 4 ekor sotong - kerat 3 atau 4
  • 15 ekor udang sederhana besar
  • 1 1/2 cawan santan pekat* ) bahan * dibancuh bersama
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari* )
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 inci halia - dimayang halus2
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sk. serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 biji terung bulat - belah dan kerat 8
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 15 batang kacang buncis - potong serong
  • garam secukup rasa
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang dimayang serta daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan santan pekat dan rempah kari tadi. Perlahankan api dan kacau masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan santan cair dan biar mendidih sekejap atas api sederhana.
  4. Masukkan udang dan sotong diikuti dengan terung, biarkan mendidih lagi.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan kacang buncis dan tomato. Perlahankan api dan reneh lebihkurang 5 minit biar kuah naik kemerah-merahan...tutup api.

Saturday, July 24, 2010

Nasi Jagung Lagi..Alahaiiii

Salam semua....hehehee....jangan ada yang muntah tengok jagung jek kat dapur akak ni eh..apa nak bueekkk, dah ada tu, kita exploitasi ler sampai licin....hehehee...exploitasi jagung jek..xpa kan...Dah pernah buat nasi jagung nih...Resepi dari Kak Liza laaaa, tengok resepi kat Sini yea....so u all jamu2 mata je la yea...lauknya xda...sendiri bikin eh...xdan nak hidang kat sini....nak balik kampung ni, ada kenduri jiran emak...kena la balik kan sambil2 jenguk mak abah....Banyak entry tertunda nak masukkan, xdan...xpalah, later la ek...Happy Weekend semua...
sempoi habis posing..no renda2, no ropol2 laaa ek..perut dah lapor...xdak bawang goreng la eh, wat berbuka hari khamis kelmarin....lintang pukang akak memasak blk kojee..hehehe lupa nak maklum...itu daun pudinaaaaa, dari pasu kita tau..tgh segar bugar...x lama lg kering pupus la tuu..

Friday, July 23, 2010

Kuih Seri Muka Jagung

Taraaaa.....Selamat petang semua...dah makan nasi belaka dah ke...hehe...Minggu ni akak isytiharkan kat rumah ni Minggu Makanan Berasaskan Jagung...hahaaa...ateee byk sangat jagung, nak makannya 3 molott jek...macam2 kena buat...ni akak buat malam kelmarin sebenarnya, dah habis dah pun...hahaha...maleh tul nak posting semlm....malam tadi akak wat nasi jagung...hahaha..nnt lah rajin, malam kang la posting...biasalah entry tertunda, maklum x byk masa kat rumah, smlm pun lepas berbuka jek, letih bebenor pulak...masak bagai2 konon...Okaayy layan entry tertunda ni eh....Resepi kuih seri muka jagung dari dapur Kak Liza, cuma tang kepala tu kita xda daun pandan byk...so tuang kaler n pandan paste jek...hehe..tu pun terlebih kacau kepalanya tuh...so pekat sikit tu, tp maintain lemak bersari uuuu...Kak Liza, mintak izin copy n paste sini eh..

KUIH SERI MUKA JAGUNG
Sumber: Blog Chef Hanieliza

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
1 cawan jagung hiris
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Cara
1. Kukuskan semua bahan sehingga masak.
2. Sapukan minyak sikit atau lapikkan pelastik dalam loyang lain saiz 8 x 8 inci. (*akak guna springfoam ukuran 7 1/2 inci gitu...)
3. Tekan pulut dan jagung yang telah masak tadi.
4. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas:
1 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
4 s/b gula
4 s/b tepung gandum
2 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Gaul rata semua bahan dan tapis.
2. Masakkan sekejap sekadar naik wap.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut yg telah dicakar2kan sikit..
4. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong.

Thursday, July 22, 2010

Bubur Jagung Dengan Sagu

Hah, tau tak dalam kepala akak mula2 fikir bila nampak jagung banyak kan, mesti nak buat bubur jagung...may favourite terlampau sangat tauuuu....boleh makan bubur ni jek ulang2, x makan nasi pun xpa....hari isnin malam baru ni...akak pun duk menyila mengupas jagung, buat bubur, masak gak malam2 pun, sebab duk fikir, siang esoknya balik lunch mesti nak pekena jugak...hahaha...Ni kan, amiik gambar memang dah malam2 buta tauuuu..dassaaaat kan wanita ini...hahahhaha...semangat jagung meresap...xnak sebut jek jam berapa...nnt orang geleng kepala....apalah kak ummi ni...hahahhaa....ingat lampu kalimantang akak ni pun dah x berapa sudi nak nyala...hehee...layan gambor je laaa eh...menu 2 hari lepas...tp sampai mlm tadi pun akak perabihkan bubur ni...punyalah byk buat...haha, dasar x igt donia...hehehe

xyah resepi la eh...macam bubur biasa gak...masak campak2 jek...

Jagung...Jagung...Murah..Murah...Sapa Nak Beli Jagung..

Sapa nak jagung...Pegi ke Rompin sekarang...tengah byk jagung...Hehe..tengah2 hari ni tayang jek jagung yang hubby beli weekend baru ni masa outstation ke Tioman. On the way balik singgah kat area Jangla, Rompin...kat situ ramai la orang jual jagung bila tiba musimnya...kali ni hb beli semua dapat yang cantik2...satu pun xda yang buruk...hb beli 3 ikat, 1 ikat jagung ada 8 tongkol...banyaknyaaa....memang niat nak bagi kat family adik akak jugak...tp still banyak, hb lupa yang kitaorang dah tinggal ber3 beranak je ler...hahahaa....petang tu pi hantar terus kat family adik...takut nnt kecut kering x sedap pulak kan...eloklah bagi tengah baru tu...tengok tangkainya pun mmg baru lepas di potong jek...memang puashati...so tunggulah, kita keluar menu jagung je la pasni...hehe, xpun ku rebus ajek...bakar2 ni Aiman x suka pulak...



ni sebahagiannya...satu beg dah hantar rumah adik..

Segmen Geledah Dapur Ramadhan - Terbaik Dari Ben Ashaari

"UNTUK ENTRY TERBARU, SILA SCROLL KE BAWAH YEA"


SEGMEN "GELEDAH DAPUR RAMADHAN"

Salam semua....Kali ini akak tertarik untuk mengwar-warkan projek terbaru dari Ben Ashaari sempena Ramadhan yang bakal menjelang nanti...Kepada semua bloggers masak-masak terutama yang baru menjinak-jinakkan diri di ruangan dapur anda, ayuh ramai-ramai join Segmen Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari. Bila banyak dapur yang digeledah oleh Ben nnt, maka ramailah yang boleh mendapat maklumat melalui perkongsian bijak ini untuk menu masakan dan idea untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga nanti di bulan Ramadhan nanti....Waaaahh x lama dah Ramadhan al-Mubarak akan menjelma, moga kita semua masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini...

Syaratnya tersangat mudah, tiada bayaran, tiada paksaan, hanya semudah 1, 2, 3 sahaja....jadi pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk menaikkan rating traffik anda dengan bantuan ikhlas dari Ben Ashaari.....silakan lihat syarat-syaratnya di Sini....

Sebagai permulaan akak mulakan terus dengan projek ni eh:-
  1. Okaayy akak dah letak banner tuh....sebagaimana syarat oleh Ben Ashaari.
  2. Resepi Ramadhan - Kuih Lopes - Resepi ni akak dapat dari bonda akak laaa..sejak anak dara sunti lagi duk biasa tolong mak sediakan juadah ni untuk berbuka puasa....Kenapa?? Sampai sekarang dah jadi favourite family akak pulak...buat 2 3 kali setiap kali Ramadhan...lakuuuu...untuk resepi tu, sila lihat di Sini....
Okaayy ke Ben, betul ke cara akak nih...kalau salah tolong betulkan...hehee

Wednesday, July 21, 2010

Agar-Agar Milo

X tau la sehari dua ni macam malas jek nak duk kat dapur lama2....hehee..rasa nak berlunjur kaki je balik kerja...masak pun cincai2 gitu...ni pun ntah bila buat ntah...isnin malam kot...hehee..byk sgt agenda...layan je ler...sekadar nak menghabiskan agar2 stripe tu haa....akak wat je ler agar2 milo nih....Resepi dari dapur JThorge, dah lama tengok dia x update dapur ..bersawang daaahh..puas kuak kupu2 dulu baru lepas masuk...hehheee

AGAR-AGAR MILO
Sumber: Jthorge

Bahan (Lapisan Coklat)
  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan)
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.
Bahan Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

Tuesday, July 20, 2010

Mee Calong

Semalam x berapa rajin nak masak nasi.....terasa nak makan mee gitu...tp x tau la ntah nak masak macamana mee ni kan....apa lg..sambar la buku Senangnya Memasak Mee, Mihun & Kuetiaw Bersama Chef Hanieliza (Kak Liza) tuh.....ikan tenggiri ada la 2 keping besauu gak dlm fridge tuh...selak punya selak tu diaaaa....Mee Calong...tengok bahan....mmg ngam...semua ada....cuma akak tukar ayam tu ke daging...nak menghabiskan sikit lg....apa lgk kisar ikan tenggiri gaul dgn bahannya....gentel-gentel la wat calong.....kejap jek...hehee..Selalu akak duk makan ni kat area simpang Poliklinik Beserah tu jek..tu pun kalau rajin ke sana...K, kali ni kena try, wpun ada sikit beza dan dimakan dengan cili jeruk, tp resepi Kak Liza ni tak langsung mengecewakan dari segi rasanya., wallaaaahhhhh!!!!...memang terangkat! Tengok bahan punya senang, u all jangan x percaya, rasa sesedap tekak tau....Aiman dan hb duk puji2 sedap, tambah2 akak guna daging tu kot...thanks Kak Liza...cayanggg dia....So kat bawah ni resepi asal Kak Liza yea..

MEE CALONG
Sumber: Buku Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiaw
Bersama Chef Hanieliza

Bahan A:-
  • 1 rangka ayam untuk stok sup (dipotong kecil) (*akak guna daging)
  • 500 gm mee kuning (dicelur dan toskan)
  • 1 pokok daun sup (dihiris)
  • 1 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 3 pokok sawi (dipotong pendek)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 100 gm bawang goreng
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Ditumbuk):-
  • 2 ulas bawang merah (akak letak 3 ulas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam
Bahan C (Untuk Sos Kicap Pedas)
  • 15 tangkai cili padi (ditumbuk halus)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar kicap cair (*akak letak jugak kicap pekat manis sikit)
Bahan D (Untuk Calong):-
  • 1/2 cawan isi ikan tenggiri ataupun selayang (*akak dapat 1 cawan, so adjust bahan la yea)
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sb tepung jagung
  • garam secukup rasa

Cara Membuat:-
  1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Buatkan bebola kecil (calong).
  2. Panaskan minyak dalam periuk yg sesuai dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. (*akak letak terus daging dan masak hingga mendidih dan daging benar2 masak, boleh tambah lg air)
  4. Masukkan garam, tulang ayam dan masakkan hingga mendidih.
  5. Apabila mendidihkan asingkan tulang ayam tadi dan masukkan bahan untuk calong.
  6. Masukkan lobak merah dan biarkan mendidih perlahan.
  7. Masukkan sawi dan kacau rata.
  8. Apabila mendidih, tuangkan sup ke atas mee yang telah diletak di dalam mangkuk sesuai.
  9. Taburkan daun sup dan cili yang dihiris serta bawang goreng.
  10. Hidangkan dengan sos kicap pedas. SELAMAT MENCUBA...!!

Pelancaran Tabung Kami Bersama Mu Lya

TABUNG KAMI BERSAMAMU, LYA

Assalamualaikum semua....di entry ini akak ingin juga mengambil kesempatan sebagaimana Ben dan juga Mat Gebu untuk mengwar-warkan kisah ibu muda bernama Lyafrina yang sedang berdepan dengan penyakit yang menyebabkannya terlantar di Hospital Kemaman...Untuk keterangan lanjut mengenai penyakitnya silalah klik di blog sahabat-sahabatnya Mommy Pinky dan Ain

Sama-samalah kita menyelami kesusahan dan sudi apalah kiranya dapat kita membantu sedikit sebanyak dan seikhlas mungkin demi meringankan beban yang ditanggung oleh pasangan muda ini...semoga suami Lya juga tabah dan sentiasa memberikan semangat untuk Lya. Paling tidak pun sama-sama lah kita semua mendoakan kesihatan Lya agar beliau dapat kembali ke pangkuan keluarga dan membesarkan anaknya yang masih kecil dan memerlukan beliau....Sedih akak mengenangkan anaknya yang tidak dapat bersamanya sentiasa ketika Lya berada di hospital...

Bismillahir Rahmanir Rahim...

"Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim engkau ringankanlah segala beban penyakit yang ditanggung oleh hamba Mu, Lyafrina dan Engkau sembuhkanlah penyakitnya agar dia dapat kembali ke pangkuan suami dan anaknya yang masih kecil dan memerlukan seorang ibu untuk membesarkannya...amin, amin, amin....Ya Rabbal 'Alamiinnn..."

Sebarang sumbangan ikhlas anda bolehlah dihulurkan ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Monday, July 19, 2010

Fresh Lemon-Limeade

Sesekali keluar entry minuman la pulak...lama x letak...Buat air ni sebab lama x pekena air limau nipis nih...tp yang ni lain sikit resepinya...akak dapat dari Culinate.com lagi....hehehee, suka masuk web nih...tapi akak xda la daun lemon kering tuh...sedap menghilangkan dahaga...terangkat dgn rasa masam2 gitu...

FRESH LEMON-LIMEADE
Sumber: Culinate.com

Ingredients:


cups lime juice (from 8 to 10 limes)

½ cup lemon juice (from 2 to 3 lemons)

1 tsp. lime zest

1 tsp. lemon zest

~ Pinch salt

4 dried leaves lemon verbena, crushed (optional) (*akak xda ni)

cups granulated sugar

7 to 8 cups cold water

Steps:

  1. Combine the juices, zests, salt, lemon verbena (if using), and sugar in a medium bowl or a 4-cup measuring cup. Stir mixture until sugar is dissolved, 2 to 3 minutes. Strain out the zest and the lemon verbena, if using.
  2. Refrigerate (up to 3 days) until ready to serve. To serve, combine juice mixture with 7 cups water. If desired, add as much as 1 additional cup water. Serve over ice.