Monday, May 28, 2012

Talam Pisang Mini

AUUUUMMMM CAAAKKK....Hehee... Assalamualaikuuuuuumm....anybody home? Hellooooo...

Uiiksss mmg sunyi betul kan....terpanggil-panggil kat dapur sendiri, tanya pulak ada orang ke xda orang... Ya laaa, kot ada sesiapa yang tengah selongkar resepi-resepi kat dapur akak ni ke....terkejut tergolek pulak tengok tuan dapur datang....hehehehe. Apa khabar....? Sihat ke.... Cuti sekolah ni mungkin dapur alam maya ni kurang meriah kan, masing-masing terbang bercuti ke mana-mana ke, maybe ada ke bukit, ada ke pantai, ada ke kenduri sanak saudara or sahabat handai kan..Begitu jugak akak sibuk dengan urusan peribadi, belum lagi pun bercuti ke mana-mana, kesian pulak kat Aiman. Ya laaa...abang kakak2 dia semua ada balik seminggu start wiken baru ni bercuti study leave (abanglong) dan cuti Gawai (Uitm kakak2nya). Nampaknya melepak kat rumah je la Aiman setakat ni... Mak abah pun terpaksa hadiri kursus setiap wiken....sabar je la dulu ya Aiman..

Ok laahhh...meh layan kuih talam pisang yang telah akak minikan dalam bekas-bekas kecil ni haa...senang nak makan... Kejadian mmg sangat puashati, cuma masa nak keluarkan tu jek, duk korek2 tepinya, so ada cacat sikit laaa dari segi rupa...tp rasa mmg mantops! Thanks kak Liza kerana sudi menghadiahkan buku ni sejak awal kita kenal beberapa tahun dulu.. Banyak dah resepi dari buku ni yg Ummi dah cuba....semuanya best dan menjadi...belum ada yg terpaksa masuk tongsampah melainkan ke perut belaka....hehehee

KUIH TALAM PISANG MINI

Resepi: Chef Hanieliza @ Buku Aneka Talam dan Kuih Lapis
Diujirasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (Lapisan Bawah):-
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan pisang lecek halus (pisang berangan/emas)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • sedikit garam halus
Bahan Lapisan Atas:-
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam halus

Cara Membuat:-
  1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. (Akak tuang dalam acuan kecil/acuan lompang 3/4 penuh)
  2. Sementara itu, satukan semua bahan lapisan atas hingga sebati.
  3. Tapiskan ke dalam periuk dan kacau sebentar di atas api perlahan hingga nampak naik wap dan sedikit pekat. Tutup api.
  4. Setelah lapisan bawah tadi masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu, barulah dituang bahagian lapisan atas.
  5. Kukus lagi selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan potong/keluarkan dari acuan.


cacat sikit tepi2 kuih ni, kena korek dgn sudu masa nak keluarkan...tp mmg kejadian sgt elok...x lembik, x keras bahagian kepalanya tuh...liciiiinnn je..

Sunday, May 20, 2012

Kek Coklat Mayonis

ASSALAMUALAIKUM.... SALAM SEJAHTERA

Apa khabar dan salam ingatan dan sayang dari akak.... Terima kasih banyak lah kerana masih sudi bertandang walaupun tuan dapur ni dah suam-suam kuku je update entry sekarang ni...Walaupun tiada entry baru, kadang-kadang akak sempat juga menjeling tengok yang duk online masih ramai jugak...harap-harap apa yang dicari berjumpa jua dan menepati selera seisi keluarga.. Sesungguhnya blog Home Sweet Home hanya sempat berkongsi resepi yang biasa-biasa sahaja... tidak sempatlah lagi nak menghadap dan mencuba resepi-resepi yang memerlukan tumpuan masa yang agak lama walaupun pada hari cuti. Banyak sangat hal yang membizikan sejak akhir-akhir ini dan terpaksalah akak mengalah...

Lantaran itu, bila dah lama sikit tak update, mulalah rasa malas menguasai diri...puas nak ditolak ketepi....nak nak, tp kadang-kadang tak lepas jugak... mohon maaf la yeaa....Rasanya memang akak patut slow down dah la nampaknya....banyak sangat hal....rasa semakin suntuk je masa yang ada... Mata pun kadang-kadang penat juga nak mengadap skrin lagi kat rumah sesudah seharian mengadap di pejabat...terasa senak mata kadang....mmg perlu rehat la kaann...Akak mampu nak paksa dah mata ni memandang skrin lagi bila balik rumah....power cermin mata pun boleh tahan gak dah bertambahnya ni...alahaaaiii..

Ok laaa jamu mata dengan kek coklat mayonis yang sedap sangat-sangat yang akak ceduk dari dapur Rahel ni. Resepi asal adalah dari Zaliana tapi link Zaliana tu nampaknya dah xleh nak masuk dah......Rahel memang rajin sangat buat kek, semuanya nampak sedap....nampak semua rasa nak jeerrr... Apapun terima kasih Rahel atas godaan mu yaaa... Sebenarnya akak dah 2x buat kek ni, yg first tu akak ikut bulat2 dari resepi ni tapi mcm kurang umph x letak telor jadi 2nd time buat akak tambah sebiji telor untuk memantopskan lagi rasanya...mmg moisstt, bestt!! Tapi kek ni ada patah sikit masa akak nak angkat ke dalam pinggan tuh., topping pun x rata tu sebab tuan dapur malas nak meratakan dulu sblm tuang topping...adeeeii, malas-malas ajaaa...hehe

KEK COKLAT MAYONIS

Resepi: Zaliana
Sumber: Rahel Benyamin
Diuji rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan mayonis
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 biji telor gred B (*ni akak tambah)
  • 1 cawan air panas
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu teh butter oil
  • 1/2 cawan kepingan badam hiris

Cara-Cara:
  1. Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Ayak. Ketepikan.
  2. Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati. (*akak tambah je telor sekaligus)
  3. Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang-seli dengan air panas. Pukul hingga semua bahan sebati.
  4. Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.
  5. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan. Setkan suhu oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C, loyang 9''). (akak bakar 1 jam 15 minit)



Untuk Topping: (gandakan) - tapi akak x buat resepi ni...guna resepi Noreen ni yea..)
  • 130g coklat masakan
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan campuran susu cair dan air
  • 2 sudu besar mentega
  • beberapa biji badam yg telah dibakar sebagai hiasan
Cara:
  1. Cairkan coklat masakan dan butter di dalam periuk.Tambahkan campuran susu cair dan air. Gunakan api perlahan,kacau selalu.Tutup api bila coklat cair sempurna. Terus tuang ke atas kek.

Wednesday, May 16, 2012

Macarons Lagi - Kerjasama Anak dan Ibu ^_^

Assalamualaikum....apa khabar? Miss me? ngeeeee....perasaaaann jerr...

Waaaaaaaaaaaahhh rasanya ni paling lama pada waktu bukan bercuti panjang akak biarkan blog ni bersendirian, dah banyak sawang berbuai2 ala langsir ditiup angin...bukan langsuiirr okeh...hehe...nnt takut pulak you all nak masuk dapur akak ni kan... Mohon maaf lah banyak-banyak dah try update 3 malam lepas...tp setiap kali duduk jek kat pc ni haa, langit berbunyi guruh...awan disilau kilat, hujan lebat betul....takut nak bertenet...takut disambar petir lak...jadinya terpaksa la buat-buat suka merehatkan diri dan tidur seawal 10.30 malam....sonok gaaakkk sejuuuukk jerk..hehe


Okay laaa, entry kali ni adalah gabungan kerjasama anak dan ibu...x sampai hati melihat anak dara duk merengek2 mintak tolong kali ni...sebab dia nak buat 2 adunan, nak kasi adiknya yg di Shah Alam tu ha, nak kasi abanglong, nak tinggal kat rumah ni lagi...dan yg penting dia dah "ter"berjanji dengan kawan2nya...hahahaha... Jadi last 2 weeks anak2 dara akak ni balik bercuti seminggu...pastu last week balik ke tempat memasing dah...Najiha balik lebih awal....jadi Kakngah sangguh drive along the way from Kuantan to Shah Alam semata-mata nak hantarkan macaron nih...pastu baru dia amik kawan dia di Sg. Buluh then drive balik ke Arau...Jadi buat 2 adunan ni, banyak gak la dapat...kat family adik lelaki akak pun Najwa hantar...si cilik 4 orang duk nganga jerk...hahahaa

Seronok jugak la baking2 dengan anak dara ni....sebab dia penyabar, maknya kurang sikit...nak cepat2 jerk...banyak keje lain menunggu...hehehhee... Dalam kes ni, Najwa paling takut nak asingkan telor putih dari kuning.....takut bercampur...mak la buat, katanya...aiseeeyy...layan jek...lain-lain semua dia buat, mengisar halus lagi ground almond, pukul telor segala hingga adunan siap...Pastu kami sama-sama picit adunan kat baking sheet....kalau ada mastrad sheet kan best...dapat sama besar jek eh...

Dah dua kali Najwa buat macarons ni dari berlainan sumber resepi...dua-dua menjadi nampaknya...berbaloi-baloiii....abahnya paling suka curi2 makan sebelum diletak filling...hahahaha... Bila abahnya mengusik kata x cantik...Najwa siap warning abah dia jangan makan nnt bila siap bakar....hahahahha.....riuh rendah kat meja makan... Aiman duk asyik merasa 4 5 keping...sampai kakngah siap nak tepis2 tangan...suh tunggu siap semua dulu...hahahhahaa.. what a happy moments!

Yang pertama kali dulu menjadi jugak dia buat....Okeeh untuk resepi kali ni Najwa ceduk dari You Can Do It At Home ni...so kepada sesiapa nak cuba....boleh la tengok bahan can cara-cara kat situ yea....Xdan lagi nak translate, insyaAllah nnt akak translate, akak letak kat dapur akak ni yea.....kalau perlu bantuan sila bgtau akak eh...harap boleh faham la eh...asalnya lemon macs...tp filling yg kami buat ni guna Nutella macam biasa laa..fav anak2...

Memang melt in mouth betuiiiiii....x rugi mencuba taauuu...insyaAllah menjadi...sila tengok cara-cara di link blog kat atas tu yea... (tulisan merah tu)

1 untuk saya, 1 untuk awak, 2 untuk saya, 2 untuk awak, 3 untuk saya, 4 untuk saya, 5 untuk saya....blaa...blaa...blaaa...hehehehe

Wednesday, May 9, 2012

Kek Lumut dan Pemberian Yang Amat Dihargai..!

 
Caaaaaaaaaaaaakkk.....ASSALAMUALAIKUM....

Buat semua pengunjung setia Home Sweet Home..apa khabar? Lama jugak eks akak tak bersiaran, harap kalian semua sihat-sihat ajer laa yea....akak pun sihat alhamdulillah...masih diberi keupayaan jugak menghadapi hari-hari yang semakin sibuk, kerja makin banyak, masa semakin suntuk....alahaaiiii.... Bila hendak ku noktahkan blog ini buat sementara waktu...terasa kesian dengan rayuan2 dari adik2 rakan FB bila akak sebut jer nak stop...ngengada akak ni kan....bukan senang nak stop, xnak peduli, xnak jeling blog kesayangan akak nih....so akak update ikut dan je la yea...Harap kalian faham dan terus faham...huhuu.

Okeh laaa xyah bebels panjang2 kan...x elok sangat, nnt tersasar, dan ngomelan yang meleret-leret bukan daya penarik sesuatu blog untuk dikunjungi...yang penting biar ringkas dan padat...pendek dan menghiburkan di samping gambar-gambar yang seharusnya menarik, walaupun gambar akak xda la menarik mana pun....pandang je la yea... Meh layan dulu Kek Lumut yang enak bangat ni...Resepi hasil tangan dan kreativiti Dayangjack yang manis anggun tuh..mendengar suaranya je sudah cukup buat akak tiiirgudaa...ni pujian ikhlas ni Dayang...hehe, ada masa bertentang mata, harus akak jatuh cinta....muaaahhh!  Terima kasih kongsikan resepi sedap sangat ni., cuma akak adjust sikit penggunaan telor tu sebab xda telor gred A laa. alhamdulillah menjadi jerk...pastu akak kukus 3 1/2 jam jerk...x larat dah nak tunggu sebab petang tu nak bawak balik kampung daaa, ada kenduri arwah tokwan...Mula terasa nak buat sebab terpikat rasanya dan x puas makan masa berkunjung ke rumah Hana hari tuh...apapun hati malu nak mintak Hana tapaukan...hehehee

KEK LUMUT
Resepi:  Dayangjack
Sumber:  Azlita & Hana

Bahan:-
Bahan-bahan : Loyang 9” x 9” (akak guna loyang seperti di atas)
  • 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
  • 8 biji telur A (*akak guna 10 biji telor B je)
  • 450 gm mentega berkualiti ( SCS atau Anchor)
  • 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
  • 200 gm horlicks
  • Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. (akak griskan sikit loyang dan tabur nipis tepung biar rata sebelum dituangkan adunan)
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)

 
 Sedap wallaaaahhhhhh.....akan buat lagik...separuh loyang cukuplah kot...hehe

Dan tidak lupa buat seorang adik blogger yang sedang ngetopsss dengan hasil kek dan dekonya yang menawan, setiap kali sentuhannya pasti menjadi....terbeliak biji mata tengok...Tidak lokek dan ikhlas sekali berkongsi ilmu bagi setiap resepi yang dirasakan terlalu complicated untuk dicuba...bila tengok cara dia, rasa terus macam senang...tapi tak buat-buat jugak akak ni, hehe.. Adik nan sorang, terima kasih kerana pemberian yang terlalu dihargai ini, tak pernah disangka-sangka keprihatinan mu bila akak komen pasal loyang ni di entry x lama dulu... Aleh-aleh, dapat kiriman kotak besar la pulak....adoooiiii, betul-betul speechless!  Penuh pulak kotak besar tu dengan rempah-rempah macam-macam....mee soto, mee rebus, mee bandung...aaa, x terbuat jgk lagik...Kerepek pisang yang sedap jugak, terlupa nak snap gambar lak.  Terima kasih tak terhingga untukmu dan baru ni sempat mencuba acuan nih....terkesima tengok kek lumut yang kat Sini walaupun akak punya ni x cukup tempoh kukus 4 jam dan x dan-dan nak keluarkan dari loyang untuk snap gambar....dah nak balik kampung masa tuh...nasib laa gambar...hehe


Friday, May 4, 2012

Ayam Kicap Jintan Lada Putih

ASSALAMUALAIKUM....Tengah buat apa tuh..? Akak cuti hari ni...hehe, tp tu laa bz ntah apa2 x tau laaa, petang baru dpt update entry ni... Ni pun tengah menunggu sejam lg proses mengukus Kek Lumut....adeeei, lamanya weeyy Dayang, 4 jam....agaknya kang 3 jam lebih sikit dah laaa...hahaha, nak bersiap2 balik kampung laa...esok family wat kenduri n tahlil sikit.  Ni sambil tunggu kek lumut berlumut dlm kukusan tu, update la kejap... ^___^ Layan la lauk dinner semalam....Balik kerja, siap solat jer terus tergesa2 masak, tp masak x banyak tuk 3 org jer, cepat je la siap...Ni gambar pun amik masa matahari dah nak terbenam di ufuk barat dah weeyyy.. hehe, Layaaannn..

Resepi ni datang spontan jer sebenarnya...memang dah duk fikir nak masak kicap jer ayam ni, tapi tekak duk berkira-kira nak rasa kelainan sikitlah dari biasa-biasa....so balik-balik akak masak je campak2 dengan mengagak2 citarasa tekak, harap dpt dipenuhi..  Alhamdulillah dengan menambah jintan manis dan sedikit lada putih biji, ada kelainan dan aroma berlainan semasa makan ayam ni...boleh tahan...mmg terasa betul lainnya...menten sedap rasa masak kicapnya...sendiri bikin, sendiri rasa, so sendiri suka, sendiri puji la kan... Kalau nak try silakan lah yeaa...

AYAM KICAP JINTAN LADA PUTIH

Bahan Utama:-
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan, toskan.
  • 4 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *  (bahan * ditumbuk lumat)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu teh jintan manis #
  • 1 sudu teh lada putih biji # (bahan # dikisar kering)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 lawang
  • 2 cengkih
  • sedikit air
  • gula (optional)
  • garam secukup rasa
  •  minyak masak
Campuran Sos:
  • 3 sudu besar kicap pekat ABC
  • 3 sudu besar kicap pekat manis biasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos cili
Sayuran:-
  • sedikit bunga kobis
  • sedikit brokoli
  • 1/2 batang lobak
  • 1 biji tomato - belah 6
Cara Memasak:-
  1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya...perap 10 minit dan goreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali dan gunakan lebihkurang 3 sudu  besar lebihan minyak tadi dan tumis rempah 3 sekawan (k.kayu manis, lawang dan cengkih) dan diikuti bahan yang ditumbuk, kacau biar naik bau sebentar.
  3. Masukkan cili kering, lada sulah dan jintan yang dikisar tadi.
  4. Masukkan kesemua bahan sos dan kacau rata sebentar, masukkan sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan ayam dan kacau rata sebentar.
  6. Akhir sekali masukkan sayuran, kecuali tomato.  Seimbangkan rasa.
  7. Tutup api dan masukkan tomato yang dibelah tadi, gaul rata.  Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, May 1, 2012

Fruity Jelly

 ASSALAMUALAIKUM.... Apa khabar semua yang sudi menjengah dapur akak ni...harap2 semuanya sihat walafiat... Mohon maaf jua lah kerana dah 3 4 hari x meng"update" sebarang entry... tak tau la kenapa, malas kemain lagik...nak nak baru balik dari outstation, pastu kena pulak menghantar anak dara ke Shah Alam sekejap, tu pun balik hari jerk...tengahmalam ahad baru sampai rumah...Aiman sakan tertidur dalam kete, dengan hujan lebat malam tuh...

Pastu isnin kerja, bz pulak petang ke malam tu melayan Najwa duk wat kek batik untuk shooting bg subject Entrepreneur dia, pastu petang smlm tolong dia wat macarons lak tuk bawak balik ke Arau...2 adunan buat, jenuh laa menunggu nak bakor....adeeeii, sampai tgh malam tadi, x tau la dia tidur kul berapa...maknya dah jam 11.30 mlm terus tingtong...hehehee...Jam 10 pagi tadi dia bertolak balik ke Arau, tp singgah Shah Alam jgk on the way ke Sg. Buluh amik kawan dia tumpang sekali.  Sempat la nyinggah kat Najiha hantarkan kek batik dan macs tu...akak yg kat rumah ni pun kembali la bz....xpun seminggu baru ni lega sikit ada org tolong setel basuh kain, sidai kain, lipat kain, susun kain...bersihkan rumah...eeemmm

Okeh laaa, meh layan resepi lak, panjang tul citer eks... Ni saja buat untuk sejuk-sejukkan tekak di musim panas 2 3 hari sudah.....cuaca panas mcm nak hujan, kadang2 hujan turun, kadang2 x jadi pun....rasa panas semacam kaann... Meh layan resepi Fruity Jelly dari dapur Cuisine Paradise nih..

FRUITY JELLY
Sumber :  Cuisine Paradise
Diujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Ingredients (A):
1 packet (13g) Agar agar powder
600ml Water (*i used 720 ml)
400ml Fresh milk
170g Sugar
2-3 pcs Pandan leaves, rinse and clean well, tie leaves into knots

Ingredients (B):
1 packet (13g) Agar agar powder
1000ml water (*i used 1100 ml)

170g Sugar
2-3 pcs Pandan leaves, rinse and clean well,tie leaves into knots
Cut some fresh fruits(blueberries, golden kiwi and strawberries)

Method:-
Ingredients (A) 
1. Boil water, sugar and pandan leaves together for 5 minutes, keep stirring constantly at medium heat.

2.Off heat and pour in fresh milk and continue to stir the liquid for another 2 minutes.

3. Discard pandan leaves and pour liquid into serving glass until half full. Leave to set in fridge for about 10 minutes.

Ingredients (B) 
4. Rinse and set aside the cut fruits. (blueberries, diced golden kiwi and strawberries)

5. Boil water, sugar and pandan leaves together for 5 minutes, keep stirring constantly at medium heat.

6. Off heat and continue to stir the liquid for another 2 minutes. Discard pandan leaves.

7. Place fresh fruits into prepared glasses and pour (B) liquid into it.

8. Chill fruity jelly in fridge for few hours before serve.