Wednesday, June 30, 2010

Kek Marie Batik - Always Upon Request

Lagi entry tertunda last weekend lg tau...akak ni x masak sangat lah minggu ni., xda mood sangat sebab pc dah la masuk ward, ni mengacau kat abglong punya lappy jap, watermark pun kena wat sendiri2 dulu...yg sedia ada tu duk dlm pc tu haa..huhuuu.....Dah tu, nak kena ke hulu ke hilir membeli kelengkapan Najwa sebab nak ke Arau pulak minggu ni, balik rumah dah letih...kek marie batik ni biasalah mmg highly demand kat rumah ni...pastu lak bila akak kata nak try resepi orang lain, anak2 kata buat resepi tradisi mak tu je...alahaaiiii....akak layan je laaaa....Tunggu diaorang xda nnt la akak try resepi2 dari orang lain lak...kita ni nak la pulak merasa orang lain punya kan....emmm...kena tunggu next time laaa...tengok je la yaa...Ni akak dapat 2 loyang...dah bahagi2 kat Najiha masa mendaftar hari tu...dan untuk family adik2 akak jugak....

Untuk resepi akak, sila klik kat Sini la yaa....biskut tu bolehadjust2 kalau nak lebih terasa coklatnya...tuang biar bersalut semua dan jangan kering sangat....

Tuesday, June 29, 2010

Cupcakes Untuk Anak-Anak Buah

Okayy ni akak nk masukkan entry tertunggak la jugak, sowwyyy la yea...hari sabtu baru ni sebelum ke KL untuk daftar Najiha di Uitm Shah Alam, akak sempat lah menggodek cupcakes pagi tu, mmg niat nak bawak untuk anak2 buah akak tu....jadi xdalah deco apa sangat, x sempat, just wat edible image dan picit je ler buttercream kat tepi2 tuh...bancuh kaler pun ikut stok kaler yg akak sempat beli masa kursus haritu jek...dah belen2 kaler yang tinggal pun..heheee, tunggulah bila cuti duk rumah, akak nk lentok2 jari lg la deco-deco...weekend ni pun akak x duk rumah...nak kena ke Arau pulak hantar Najwa....sian akak kan, kan...heheee...dah la komputer meragam...ni tumpang laptop abanglong lg ni...Najwa tu duk update blog dia..xleh kacau lak..hehe..Okaayyy laayyyaaannn...

Dan untuk resepi cupcakes tu akak cilok resepi dari dapur Maz Ilham Dapur tu haa...Maz lak amik resepi dari Zaiima Nor Masri katanya...(*maaf akak cari link dia kat dapur Maz, xda lak)..asalnya adalah resepi Kek Coklat Lembab Kukus....tp akak bakar tuk cuppies ni, still moist, tp jangan bakar lama sangat, sedang2 elok masak jek...Maz akak C n P je resepi ya...

KEK COKLAT LEMBAB KUKUS ZAIIMA

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko - kita guna serbuk koko Van Houten (*akak pun)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak (*akak guna butter cair ikut Maz)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum (*akak just guna je tepung naik sendiri)
  • 1 tsp baking powder (*x letak la ni sbb guna tepung naik sendiri)
  • 1 tsp soda bicarbonate(*x letak jugak )
  • 3 biji telur

Cara-Cara:

1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.

3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . (Maz bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C) (*akak bakar je mcm biasa selepas letak dlm acuan-acuan cupcakes selama 15 minit, pada suhu 170C)

TOPPING COKLAT dari Noor Masri (*akak x buat ni, lenkali laa)

Bahan-bahan:

  • 250 g coklat masakan } potong kecil2
  • 1 sudu besar majerin
  • 130 ml double cream atau whipping cream
  • sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional (kita ganti dgn susu pekat)

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler. Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.


sebahagian yg dah siap..

siap masuk dlm kotak daaahhh..

4 kotak....hehee

Monday, June 28, 2010

Bun Gula Merah

Salam semua, apa khabar? Sori akak ni tengah malazzz dan kepenatan betul nak update...dah la, tenet lembab giler ni, pastu bertambah geram pulak tetiba je komputer meragam dah xleh nak on pulak...Ni pinjam lappy abanglong kejap...apa pasal ntah, harus kena virus dah tu...sebelum bercuti ke KL baru ni ada la akak masukkan gambar guna dgcam lama akak tu...mmg beberapa kali gak keluar warning virus tuh...tp masa tu ok lgk....ni aleh-aleh terus pitam pulak...aiihhh...kena hantar kat kawan ofis pun lusa baru dia ada....emmmm..."selamat" dah la nampaknya...kena re-format la tuuu...adeeehh...tengoklah gambar2 akak ni, xleh nk letak watermark akak yang duk tersimpan dalam komputer tu, ni main tulis guna Photoshope jek...terkial2 jgk laaa...heheee...sabauuuu je akak....meh la layan entry tertunda sebenarnya....dah xda pun sebab akak buat dan bekalkan kat Najiha yang baru mendaftar masuk Uitm Shah Alam pada hari Ahad semalam....Resepi roti sedap ni dari dapur Ros Jintan Manis yang terror meroti tuh...Tapi roti akak ni x secantik Ros laaa...ada alteration sikit sebab rasanya rabun mata sukat air kot...tengok2 terlembik sikit, akak tambah tepung n uli sikit lg masa keluarkan dari BM tuh..hahaaa...tp still maintain gebuss dan sedap...apapun, thanks kat Ros, memang sedap dicicah dengan kopi O panas2...

Ros, tumpang copy n paste je resepi Ros kat sini yea...terima kasih adinda ku cayanggg..muah, muaahhh! Akak wat dua kali ganda adunan ni...hehee

BUN GULA MERAH
Resepi : Ros Jintan Manis

Bahan:-

180gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar skim milk@susu tepung
3-4 sudu besar gula merah
100ml susu segar suam@boleh ganti dengan air suam
40gram butter
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis
50 ml air
1/3 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)

Bahan sampingan:-
1/3 cawan kismis hitam (*akak x letak pun)

Cara-caranya ( ULI TANGAN):-

1. Mula-mula masakkan gula merah bersama 50ml air didalam periuk dan kacau sehingga gula merah larut, ketepikan dan sejukkan sebentar.

2. Selepas itu, masukkan bancuhan gula merah dan semua bahan doh dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli selama 5 hingga 8 minit.

3. Setelah adunan menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan beberapa minit, anda akan dapat doh yang elastik.

4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di campur dengan kismis hitam dan uli sebati.

5. Bahagi kedua-dua doh pada 9 bahagian bun kecil dan susun di dalam acuan petak 18cm, pastikan acuan petak di lenser dahulu dengan butter atau marjerin, biarkan doh naik dua kali ganda dan gilss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu segar+beberapa titikmadu.

KAEDAH LAIN ( menggunakan Bread Maker)

- Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam dalam BM dan pilih menu Dough dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli, kemudian keluarkan doh dan bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan kismis hitam. Boleh terus bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda.

5. Akhir sekali bakar pada suhu 170-180darjah selama 20 hingga 23 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas atau boleh juga disejukkan dahulu atas redai. Selamat Mencuba.

Friday, June 25, 2010

Basic Cupcake Buttercream Class

Salam semua....apa khabar? Sihat ke...baru 2 hari x update rasanya kan dah macam lama benar pulak...sorilah akak bz sikit. Pastu ingat nak update semalam, tiba-tiba pc dan lappy yg ada kat rumah ni semua xleh trace gambar2 dlm camera lama yg akak gunakan ni..maleh la nak bawak "penembak" besar gedabak tu, last2 mintak tolong officemate tengokkan mana silapnya..Merajuk ke apa ke, sejak akak x usik dia, camera ni protes akak kot...hehe...Ni kisah, bz2 pi melembutkan jari-jari akak yang dah penat bermain dengan senduk, periuk belanga dan kuali berbagai kat dapur tu.....Pi rehat-rehatkan minda sambil meliuk lentok mendeco la pulak...hahaha...Jangan gelak tau tengok cc kat atas tuh...memang itulah hasil "kerastangan" akak pi mendeco cupcake semalam. Kelas anjuran Puspanita Negeri Pahang diadakan seharian dari 8.00 pg - 5.00 petang dengan bayaran cukup berbaloi-baloi, RM30.00 jek, caya tak? Makan pagi, tengahari dan minum petang disediakan. Peserta terhad kepada 20 orang setiap kelas. Kelas dikendalikan oleh Puan Linn (boleh layari FB - Kelas Masakan Linn). Buat amatur macam akak...yang bermula dari zero rasanya sangat berbaloi dapat mengetahui bermacam-macam tips dan kelas secara "hands on" ini. Okayy la xnak cerita panjang...Akan datang nak masuk class fondant dan hiasan kek la pulak rasanya...Bangunan bengkel Linn ni pun terletak berhampiran jek dgn rumah akak tapi akak pun baru je tempat dia ni...hehehe...Okaayy cuci mata je la eh...xyah mintak...anak2 akak dah tibai awal2..hehe

6 jenis/design yang diajar...


Macam kelakor je Ladybird tu, tersilap lukis sikit..sebab guna piping jelly...xleh control tangan masa pipe atas cc tuh..hehe

Weee..bungkus masuk kotak, nak bawak balik le..

Ni group akak laa...dari kiri, Mimi, Hafirah dan Ju di kanan sekali..

Sebelum balik...posing ramai-ramai dulu...Okayy ni je yg akak boleh tunjuk sikit2 gambar kat sini..x larat la nak meresize dan mengupload...nak tengok lebih2 pi singgah FB akak la eh...nnt akak upload situ...Byee....esok nak ke KL pulak sebab Ahad kena daftar Najiha ke UiTM Shah Alam...Ni pun bz duk baking roti sikit dan wat kek sikit tuk bekal kat dia...x tau la kek apa yg jadi kang..yang pasti kek marie batik dia dah request...ngeeeee

Thursday, June 24, 2010

Ayam Perap Masak Merah Madu

Ni lah lauk akak lawan dengan nasi minyak resepi Kak Wan tu...Akak jumpa resepi ni dalam Majalah SAJI...Kali ni masakan lain sikit sebab ayam perlu diperap sehingga 2 jam...selalunya kalau setakat masak merah ke, masak tomato ke..paling2 pun akak perap 20 - 30 minit jek..ni dah lebih 2 jam...balik kerja tengahari akak bersihkan ayam, tos kejap dan sediakan bahan perapnya yang sempoi jek...then perap dari kul 1.30 ptg - jam 6.00 petang la baru akak masak balik kerja...mmg berbaloi-baloiiii...heheee...akak masak sekor ayam tau tuk dinner, aleh2 tengok pagi dah kurang separuh jek ayam tu...dah la ayam potong 10, kira besar la kan..kena ratah dek anak2 ni la kot...heheee...Meh salin resepi...maleh tul nak kena taip ni...xleh copy laa dr majalah..huhuu..

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Majalah SAJI

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
  • 2 sb. rempah kari ayam
  • 1 sb. serbuk kunyit
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
  • 5 sb. madu
  • 1 sudu besar gula merah
  • 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)
  • garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
  2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
  4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
  6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
  7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

Wednesday, June 23, 2010

Nasi Minyak - Resepi III

Ni resepi permintaan Najiha semalam....dia dah lama x makan nasi minyak dari air tangan mak dia ni haa...so akak pun sibuk2 la pulak nak try resepi nasi minyak yg lain dari yang pernah dibuat sebelum ni...Akak ronda-ronda dapur Kak Wan, terus sambar jek resepi nih...meh layan...Makan dengan ayam perap masak merah madu....teramatlah chheedap budak2 kata, x tau laa sedap ayam ke sedap nasi minyak nih! Hehee..layan je la eh...Terima kasih ya kak Wan..nak tumpang kopipes je nih...Akak buat lebihkurang half dari resepi ni..

NASI MINYAK - RESEPI III
Sumber: Kak Wan (Citarasawan)

Bahan:- (tulisan merah untuk sukatan yg akak buat)
  • 1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat) (akak masak 3 1/2 cawan)
  • 150 ml minyak sapi (akak tukar dengan 2sb. butter + 2 sb. minyak jagung)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 155 ml air (akak letak 4 cawan air)
  • 150 ml susu cair (akak letak 1/2 cawan jek)
  • 2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok (akak letak 1 kiub)
  • garam secukupnya
  • 80 gm gajus } - (akak tukar kismis)
  • 50 gm bawang goreng } bahan hiasan
  • 100 g pis hijau }
Bahan Penumis:
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
Bahan dikisar: (akak kisar separuh dr bahan di bawah)
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm kunyit hidup
  • 2.5 cm halia
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau.Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
  2. Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau sekali-sekala hingga menggelegak.
  3. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak.

Tuesday, June 22, 2010

Elvis Presley's Pound Cake - Thanks Uncle Lee!

First of all, I would like to say thanks a lot to Uncle Lee for sharing this great recipe specially from Toronto.....just loved it!!...Really soft, nice to eat, yummy and so on, which words failed to describe the taste.....walllaaaahhhh!! That's why Elvis Presley loves this cake so much, i guess! Eventhough mine was a bit crack on its surface which was my fault using that 8" tube pan, supposed to use 10" tube pan...but please..don't judge the cake by its cover...hehee....Here, I really recommend all of you; a great cook, to try out this recipe....you can count on me! Once again, thanks so very much U.Lee and now I'm inviting you to join me with your iced coffee will be ready anytime!! Also hoping that you don't mind me to share the recipe here..

Okaayy semua, akak dah terang panjang lebar pasal kek ni...sekejap je tinggal beberapa potong jek tau...jom salin resepi, akak x rajin nk translate lagi ni, later ok, boleh faham kan. Buat Mat, apa lagi...ni lah kek yang sensasi akak citer tu..hehe

ELVIS PRESLEY'S POUND CAKE

Ingredients:
  • 3 cups granulated sugar
  • 1/2 pound butter, softened (lebihkurang 240 gm)
  • 7 eggs, at room temperature
  • 3 cups cake flour, sifted twice, divided
  • 1 cup whipping cream
  • 2 teaspoons vanilla extract
Method:-
  1. Butter and flour a 10-inch tube pan. (Note:- please use suggested pan for a better result)
  2. Thoroughly cream together sugar and butter. Add eggs one at a time, beating well after each addition.
  3. Mix in half the flour, then the whipping cream , then the other half of the flour.
  4. Add vanilla extract.
  5. Pour batter into prepared pan. Set in a COLD oven and turn heat to 350 degrees F.
  6. Bake 60 to 70 minutes, until a sharp knife inserted in cake comes out clean.
  7. Cool in pan 5 minutes. Remove from pan and cool thoroughly.


3 slices for U.Lee...cukup tak ni Lee? ^__^

Cekodok @ Jemput-Jemput Buah Sukun

Al-kisahnya jemput-jemput @ cekodok sukun ni ada kaitan citer or bau-bau bacang dengan sukun goreng Mat Gebu tu haaa....akak yang dapat sukun, adik bagi hari Sabtu punyalah suka nak goreng tepung gitu...aleh-aleh tengok petang Ahad nak goreng, dah masak sangat2 dah...kira masuk kategori lembik laaa....bingung akak...last2 msj kat Mat tanya ada ke idea nak masak sukun yang terlembik ni...ingat nak wat pengat pun xleh....Mat kata, wat cekodok pun sedap...cuma jgn wat kek dia kata....aiiihhh ntah2 sedap wat kek or tart sukun eh Mat...heheee....Itulah sebab terjadinya cekodok sukun yang julung-julung kali dalam sejarah akak buat ni tau...x tau lak boleh wat cekodok...pastu igt nak kena rebus or kukus cam labu...rupanya xyah...Mat kata lecek jek...heheee...(*jgn lecek dgn kaki dah ya Mat). Dan hasilnya sungguhlah sedaaaappppp.....tp cara adun jemput ni akak belasah je laaa...bkn susah pun...sedap lembut dan lemak sukun terasa2 jek....Pastu, aleh2 semalam jugak budak Mat ni dapat sukun 2 biji jiran dia kasi...ish ish...apasal la akak x dpt yang boleh digoreng tu..hehee...Tp cekodok ni akak suka, so kensel laa nak makan sukun goreng tepung...lenkali kita biar dia lembik wat cekodok lg sedap lak rasa..hahahaaa....Apapun terima kasih kat Mat sebab bg idea...So Mat akak masuk entry sukun dulu la yea....yg kek *pssttt tu tengahari or ptg sikit la ek...Okaayy akak letak gak la resepi ek..tgh rajin niii..

CEKODOK @ JEMPUT-JEMPUT BUAH SUKUN

Bahan:-
  • 1 1/2 cawan buah sukun ranum yg dilecek
  • 3 cawan tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • 1/3 sudu kecil soda bikarbonat
  • air untuk bancuh secukupnya (bancuhan lembik2 sikit)
  • minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:-
  1. Bancuh semua bahan di atas (kecuali minyak laaa). Gaul sebati.
  2. Panaskan minyak dan goreng laa hingga kekuningan. Balik-balikkan selalu..
  3. Sedap dibuat minum petang or sarapan pagi...

Monday, June 21, 2010

Sambal Tumis Jejari Ketam (Crabstick) Dan Kisah Anak Daraku..

Okay, ni akak saja lah nak masukkan resepi sambal jejari ketam yang akan makan dengan nasi lemak semalam ni untuk rujukan (*kot ada laaa) orang-orang muda, orang bujang ke, anak2 akak nanti ke...biarpun sempoi tapi bila duk di perantauan ke, jauh dengan family ke...yang senang pun nak kena tanya n rujuk sebab x biasa buat kan...Contohnya, hari ni Najwa plan nak BBQ dengan member2 lama sekolah dia esok kat Telok Cempedak...dengan tak disangkanya dia buat segalanya sendiri2 haaa..pi kedai sorang2 dia, beli ayam 2 ekor, pastu balik dia buat apa tau...siapkan bahan tuk perap resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers haa...dia dah siap salin segala bahan...Balik rumah kejap tengahari tadi tengok Najwa dah siap basuh ayam dah, pastu duk siang2 bahan segala...now ada la tu dalam besen duk perap dalam fridge. Esok pagi2 dia keluar nak BBQ party....heheee, selamat lah akak...xpun harus akak yang kena tolong...ni terbalik, akak pulak mintak tolong dia basuhkan ayam yg akak beli tuk masak dinner malam ni..hehee...bagus noooo...anak dara sapa la tuuuuu...heheheee...Dia pun x sabar nak dengar feedback dr geng2 dia esok..hehee

Okayyy lah meh layan resepi sambal ni dulu....

SAMBAL TUMIS JEJARI KETAM (CRABSTICK)

Bahan:-
  • 1 paket jejari ketam (dikerat 2 setiap satu)
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih * (bahan * dikisar)
  • 4 ulas bawang merah - dimayang nipis
  • 1/4 cawan air asam jawa (lebihkurang)
  • 2 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar gula pasir
  • sedikit air (lebihkurang 1/3 cawan)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana hingga cili terbit minyak.
  3. Masukkan bawang2 kisar dan masak lagi hingga cili masak kemerahan.
  4. Masukkan air asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit air.
  5. Masak hingga kuah agak pekat dan masukkan garam. Seimbangkan rasa pedas, manis sambal.
  6. Masukkan crabstick dan kacau perlahan (*takut nnt terlerai isinya). Balikkan sesekali dan masak lebihkurang 3 - 4 minit.
  7. Tutup api dan hidangkan.
makan dengan nasi putih pun sedap..

Nasi Lemak Dengan Sambal Jejari Ketam (Crabstick)


Menu hari minggu semalam....special request dari anak2 nak nasi lemak...akak malas nak wat sambal ikan bilis...last2 tengok ada sepaket lagi jejari ketam (crabstick) dalam fridge. Lastly, akak buat sambal crabstick laaa...goreng garing ikan tamban kecil2 tu, goreng ikan bilis dan wat telor mata....layaannn...wat sambal pekat-pekat sikit...baru best!!! Ngeeee....sila cuci mata je la eh...kira makan sampai ke tengahari laaa..heheee....banyak kerja rumah nak kena buat lagi pastu! Biasa la kan..

goreng anak ikan tamban ni garing2 dan gaulkan dengan bawang goreng lembab2 gitu...syiookknya...krukk kraakk jek kunyah..

ikan bilis x lupa laaa...

Blackpepper Vermicelli With Broccoli

Ni resepi campak2 je yg akak masak petang Sabtu kelmarin, merangkap dinner laa. Makan kul 6.30 petang dah..hehe....nak menghabiskan minced meat dan brocolli tu...sayang pulak nnt akak terlupa masak...emmm, naik kuning lak nnt, masuk tong sampah...heheee....tapi memang licin, budak2 kata sedap. Akak hidang kat family adik yang singgah ke rumah...lepas maghrib baru diaorang balik. Anak adik akak tu makan bertambah-tambah ler pulak, bukan nak puji laa, tp sedap jugak pada tekak akak dan anak2 semua...hehe


BLACKPEPPER VERMICELLI WITH BROCCOLI

Bahan:-
  • 1 paket pasta vermicelli (jenama San Remo)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 5 ulas bawang putih - cincang halus
  • 400 gm daging kisar - basuh sekejap dan toskan
  • 5 sudu besar sos lada hitam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus/kisar
  • 1 biji lada benggala merah - didadu
  • 400 gm broccoli - dihiris kasar
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 4 sudu besar minyak zaitun
  • keju parmesan - untuk tabur
Cara-Cara:-
  1. Didihkan air secukupnya dalam periuk dan letak beberapa titis minyak zaitun dan sedikit garam. Rebus hingga vermicelli lembut. Toskan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan daging kisar dan kacau hingga daging masak dan airnya kering sedikit.
  4. Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam kisar dan lada sulah.
  5. Masukkan garam dan kacau rata.
  6. Masukkan broccoli dan lada benggala, kacau sekejap.
  7. Masukkan vermicelli dan kacau rata-rata dan seimbangkan rasa. Jangan sampai broccoli layu sangat.
  8. Tutup api dan hidangkan dengan taburan keju Parmesan. Sedia untuk dimakan.

Sunday, June 20, 2010

Oreo Cheesecake For My Sisters In KL

Ni just to upload gambar Oreo Cheesecake yang akak buat untuk adik2 akak, Saniah, Fazilah and Norizamin semasa bercuti ke KL hari tu...My sister Illa mintak akak buatkan bila dia ternampak akak post ciskek yang sama kat FB hari tu...hehee...so dengan senang hatinya akak buatkan laaa...dan ramai yang dapat merasa termasuk anak sedara akak (Syarmila) yang belajar di UIA...kalau ikutkan balik kerja hari Rabu tu x larat jugak, tapi kesian pulak kan...tengahari Khamis dah berangkat ke KL...so rasanya dlm tempoh 2 minggu lepas akak dah 3 kali buat ciskek la eh....huk aloohhh...so layan gambar je la eh, sori ciskek tu sememeh jek potongannya, sebab xda air panas dah nak celup pisau dulu sebelum potong tu...Kalau nak cuba tengok resepi kat Resepi I dan Resepi II okay....Yang ni akak buat resepi II (resepi Kak Wan). Cuma lepas tuang adunan semua tu..akak aturkan kepingan oreo diatasnya dan bakar.


Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa

Salam dan selamat berhujung minggu....Di sini akak ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada abah kesayangan akak, Haji Zaihadi bin Elan khasnya dan suami akak serta para bapa di luar sana. Salam kasih buat abah yang telah banyak berjasa dan memastikan kami anak-anak abah dapat hidup sempurna, memberi ilmu agar kami hidup sempurna seperti sekarang ini...Abah, bagi pihak semua anak-anak abah, ingin Ummi nyatakan di sini, bahawa kami berasa sangat bersyukur dan berbangga mempunyai seorang abah yang tidak pernah jemu-jemu mendidik, memberi nasihat dan berusaha gigih untuk menyempurnakan segalanya mengikut kemampuan abah. Dengan limpah dan rahmatNya juga abah telah berjaya membesarkan kami 12 beradik dan jasa abah tidak akan terbalas oleh kami hingga ke hujung nyawa. Dengan itu, Ummi panjatkan doa buat abah dan tidak lupa emak yang telah memberikan yang terbaik buat kami semua....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, Engkau peliharakanlah mereka dan Engkau sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami anak-anak mereka semasa kecil. Ya Allah, Engkau limpahkanlah mereka dengan rahmat dan hidayahMu dan Engkau sejahterakanlah kehidupan kedua ibubapa kami di dunia dan di akhirat, amin, amin, Ya Rabbal 'Alamin..."

Roti Sosej & Egg Cheese Paratha

Sarapan sempoi di pagi Sabtu....mood holiday x habis le kot..masih bermalasan jek...rasa nk wat kek pun malas..nak masak2 pun setakat nak habiskan belen2 bahan basah je nih.....daging kisar ada sikit, spaghetti ada sikit, capsicum ada nmpak mcm muka merajuk jek...hehee..tengoklah apa yang jadi kang...so meh la layan sarapan pg tadi dah merangkap brunch lak kat anak2 akak..diaorg makan lewat....abanglong Expo TUDM td, balik terus pi 2 kenduri dgn geng2 dia..Najwa pun outing dgn member dia, Najiha baru je makan....Aiman pi tusyen ni, balik japgi lapor la tuh...hehee...layaaannnn...xyah resepi la kan..

Friday, June 18, 2010

Kek Marble Trio

Salam Jumaat yang barakah, penghulu segala hari...rasa rindu pulak akak nak letak entry resepi..x habis2 letak entry cuti-cuti Malaysia je ek...mesti ada yang nak muntah tengok..heheee, xpa lah entry keriangan keluarga pun salah satu entry penting di Home Sweet Home...yang duka kita buang jauh2 la x elok simpan kan...hidup kena riang dan bersyukur selalu baru awet muda kan, hehee...macam lah yg cakap ni awet muda erk, perasan jek..jangan muntah eh....telan kek ni dulu...Kek ni akak buat masa nak pi KL hari tu makan-makan rumah adik di Gombak. Kalau tengok nama kek ni pun tau kan dari mana datangnya....yup, betuiii, betuiii, betuiii...dari dapur Mat Teko (*ahaksss!!) yang suka wat roti dan kek gebu-gebu...so pakat-pakatlah panggil Mat Gebu, hehee...Tapi akak punya ni keknya xdalah gebus terlerai cam Mat tu agaknya sebab guna telor gred B jek, apapun memang harum dan sedap kek ni...layaaannn....Mat jangan marah tau, nnt sakit gigi, xpun tumbuh siung...hehee, C n P je ya Mat, time kasih...


KEK MARBLE TRIO

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
  • 280 g tepung gandum*
  • 1 camca besar susu tepung*
  • 1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
  • 5 biji telur gred A (*akak guna gred B, letak 5 1/2 biji..hehe)
  • 1 camca besar ovallate
  • 250 g gula halus
  • 30 g gliserin*
  • 20 ml air*(*disatukan)
  • 1 1/2 camca teh coklat emulco
  • 1 camca teh strawberry emulco
  • 1 /2 camca teh rose essence
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

gambar ni diambil ketika adik akak hidang kat meja dah ni..tinggal nak ngap jek...

fresh from oven....kat belakang tu, ciskek menyoroksss...hehe