Monday, September 28, 2009

Menjelang Syawal...

Ini je gambar yang diambil oleh anak akak menjelang Aidilfitri baru2 ni..pastu dia duk bz layan anak2 sedara yang kecik2 tuh..lupa terus nak ambik gambar akak merendang ayam dan daging...alahaiiiii, akak sendiri pun x teringat lgsung, bz sangat2 wat rendang dan masak untuk berbuka puasa malam terakhir tu...Apapun 5 kilo ketupat palas, 5 ekor rendang pedas ayam dan 3 kilo rendang daging lembu dan gulai daging rusa hampir liciiiinnn hingga petang raya pertama jek...tetamu pun ramai...Hidangan di pagi syawal pun terlupa nak snap gambor sebab terkejar2 bersiap untuk Solat Sunat Aidilfitri...
Gambar2 kegembiraan anak-anak buah di malam raya selepas mendengar pengumuman, beselaaahhhh..main bunga api segala...yang tua pun join selepas balik dari bertakbir dan bertahmid..hehee..sampai tengahmalam sakan...



Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri

Di kesempatan ini akak ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Minnal Aidil Wal Faizin kepada semua pengunjung-pengunjung/pengikut-pengikut tetap yang selalu skodeng saja di dapur Home Sweet Home selama ini dan kot ada yang singgah sahur sepanjang Ramadhan ni..hehe. Akak ingin menyusun jari sepuluh memohon berbanyak-banyak maaf di atas segala kesilapan (sudah tentunya ada kan..) yang tidak disengajakan sama ada dari segi tutur kata, gurau senda, usik-mengusik serta tingkah laku akak yang mungkin menyinggung rasa sama ada di alam siber ini, telefon, sms, ym segala laaahhhh...tiada niat yang tidak baik...hanya sekadar memeriah dan menceriakan tali silaturrahim yang terjalin di sini...Maaf dipinta sekali lagi...
Dengan itu, sudi2 kan terima kad tanda ingatan dari akak ni untuk digantung di rumah masing-masing sebagai tanda terima kasih akak kepada kalian yang tidak jemu-jemu bertegur sapa, memberi tunjuk-ajar, nasihat dan menceriakan hati akak di sini..Diharapkan Ramadhan yang bakal berlalu akan memberi kesan dan keinsafan sepenuhnya dan Syawal yang dinanti akan mengembalikan kita kepada fitrah diri yang asal dan membawa kebaikan dalam diri kita...Amiiinnnn...Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan rahmat dan hidayah oleh Allah swt.
Kepada yang akan balik kampung tu, beringat2 dan berhati2 lah ketika di jalanraya...Sesungguhnya Syawal adalah bulan untuk meraikan kemenangan dan kita sambutlah kedatangannya dengan penuh kesyukuran...Jangan lupa, disunatkan juga berpakaian seadanya...Makan ketupat dan lemang tu, ingat2 lah akak di sini eh..hehe...Salam sayang dari akak untuk kalian semua...

Kuih Lopes - Resepi II (My Style)

So ni kira entry masakan yang akhir la sebelum akak cuti raya ni...hari Ahad pnya kuih berbuka, pastu akak masak sempoi2 je minggu nih...maleh dah pun nk letak entry. hehee...Tpi masak tetap masak..Puasa tahun ni x melopes lg so akak try cara mak akak bese buat masa akak rajin2 tolong dia zaman remaja dulu..(hehe..rajin keee??) hiiiksss!! Eh, kita suka tau, wat kuih2 camni..kuih fav akak dan bila dah kawin pulak, hb n anak2 pun sakan gemar makan kuih ni...

Bahan Pulut Lopes:- ( 5 - 6 org)

  • 3 cawan beras pulut
  • *10 helai daun pandan - tumbuk/kisar halus ) kisar bersama
  • *2 cawan air )
  • secubit garam
  • Beberapa helai daun pisang - dilayu atas api
  • kelapa parut secukupnya + sedikit garam - dikukus sebentar

Bahan Air Gula:-

  • 2 keping gula kabung
  • 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan - disiat dan disimpul
  • sedikit jintan manis (optional)


#Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga gula larut. Tapis dan biar sejuk.

Cara Membuat Lopes:-

  1. Basuh beras pulut, toskan dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Tuang air jus pandan secukupnya, masukkan garam. Kacau rata.
  3. Tanak pulut di atas api sederhana. Bila hampir kering airnya, kacau2 rata dan keringkan sebentar(lebihkurang 4 - 5 minit). (*xpa kalu pulut 3/4 masak, sebab akan dikukus pulak lepas tu).
  4. Sejukkan sebentar.
  5. Sediakan daun pisang (kalau boleh lagi lebar lagi bagus) dan potong agak panjang agar balutan boleh digulung 2 lapis takut pecah.
  6. Letakkan lebih kurang 12 - 14 sudu besar pulut tadi di tengah2 daun pisang.
  7. Gulungkan sambil dikemaskan gulungan jadi bulat memanjang. (lebikurang berdiameter 2 1/2 inci)
  8. Ikat satu hujung dengan tali rafia, kemudian padatkan pulut sebelum diikat di satu bahagian lagi. Buat hingga pulut habis.
  9. Susun dalam periuk kukus dan kukus selama lebihkurang 15 - 20 minit.
  10. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan. Potong bulat selebar 1 cm dan gaulkan dengan kelapa parut. Hidangkan bersama dengan air gula merah/kabung.

Sebelum dikukus

Telor Masala @ Masala Telor

Emmm..maleh2 pun masak jugak laaa..nak beli pun, tekak akak mmg xleh masuk jugak lauk2 yang dijual tu...paling sempoiiii..telor pulak jadi mangsa akak anak-beranak..tapi masak berpasal la ni..hehee...Lauk ni menu hari Ahad dgn ayam selasih tuh jugak..So ayam dengan telor2 ayam akak tibai hehe...Resepi ceduk dari dapur Noreen dan Ummi mintak izin copy-paste je sini..thanks Noreen...muaaaahhhh!

Bahan-bahan:
  • 6 biji telur rebus - digoreng sehingga kuning emas
  • 4 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 1 cawan susu cair
  • 2 tangkai daun kari
  • 1cm kulit kayu manis
  • 3 kuntuk bunga cengkih
  • 4 sudu besar minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan2 kisar:-
  • 1 cawan air
  • 2cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 sudu teh garam masala (*ummi adjust guna masala mix powder)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis, daun kari dan bunga cengkih sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Tuangkan susu cair, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Kemudian barulah dimasukkan telur goreng tadi bersama dengan bawang besar. Kacau sehingga sebati.
  6. Hidangkan bersama2 dengan nasi putih.

Ayam Goreng Daun Selasih

Baru free sikit nk update. Ni pun ntah menu berbuka hari apa eh..hari Ahad rasanya, lupa pulak...Asal resepinya menggunakan daging..akak dah penah buat dah..now nak menghabiskan belen ayam, so akak masak ni lagi...Resepi asal dari Jo (mekarmewangi) kat Ireland tu..(*now dah menyepi je, xleh nak masuk dah dapur Jo ni..apa khabar la agaknya..rindu lama x YM). Masakan yang sempoi dan sedap...So sesape nk try sila klik kat Sini yaa...

Sticky Caramel Chicken Wings - Resepi II

Mood raya mmg dah melanda gak ni..igt maleh nak masak, tp sian pulak kat hb n anak2..diaorang x lalu betul lauk2 beli kat PaRam tu..kalau kuih tu boleh la jugak telan..sian kan...So layan la menu yang dah licin 2 3 hari lepas pnyer..hehee..Sori lah akak bz sgt..kurang nk online sebab mengemas rumah la pulak...Dah ada 2 3 kali rasanya masak ayam camni, lain2 resepi n tuan...Yang ni, resepi Mutiarazura kat MyR tu...

Bahan:-

  • 12 keping kepak ayam (kerat 2 jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali
  • 1 sudu besar halia cincang
  • 1 1/2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60 ml) madu

Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, halia dan chicken wings. Kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan kesemua sos. Kacau sekejap. Tutup kulai dan kacau sekali-sekala selama 15 minit atau hingga semua wings masak dan berwarna keemasan (bersalut dgn sos).
  3. NOTA: Bila dah masuk madu, sos akak berbuih. Ia akan kelihatan mcam hangus sedikit akhirnya. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings, ia akan jadi sticky dan caramelized mcm barbeque chicken tuh..

Tomyam Campur

Maleh2 pun masak jugak laa sempoi2..Menu 2 3 hari lepas dah ni...Tomyam Campur dari buku Chef Hanieliza..nnt2 la akak letak resepi yaa..

Wednesday, September 16, 2009

Terima Kad Raya Lagi..Cam Meriah Sakan Daahh

Ramai lagi yang melayangkan kad raya untuk akak..terima kasih la banyak2...akak ni tengah dilanda bz yang amat sangat, nak tulis n hantar kad pun x sempat...Takut pulak nnt x amik ada yang terasa hati kan..maaf lah kalu akak ada ter"miss" kad2 raya lain..Apapun, terima kasih buat semua..salam sayang dari akak dan Selamat Menyambut Aidilfitri...muaaahhhh!
Drp: Kak Ina KL

Drp: CT Delima

Drp: Love

Drp: Maklang Azie

Drp: Nor Terengganu


Drp: Nekpp aka Yati

Drp: Siti (Teratak Ibu)

Drp: Rizanie (Zanie)

Tuesday, September 15, 2009

Sessi Mengutip dan Menggantung Kad Raya

Tu diaaa...meriah la rumah akak tahun ni..kuih byk dpt free, kad raya bergantungan dah...puas membelek2 kad-kad dari adik2 dan teman tersayang di alam cyber...Rasa bahagianya hati atas kesudian kalian melayangkan kad-kad tanda ingatan...Akak ni bz sangat bila masuk minggu terakhir puasa ni...x sempat nk online pun...Nak tulis kad pun x sempat la kot...tengok la nnt...Apapun terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang sering memeriahkan dapur akak nih...Ada jugak yg mintak amik kad kat rumah tp xleh nak jejak..apapun terima kasih jugak...InsyaAllah akak try balas nanti eh..heheee...muaaahhh! Salam sayang...
Drp: Serinadhirah

Drp: Cik Soda Hikari

Drp: Jiya

Drp: Hana

Drp: MaDiHa

Drp: Lieza

Drp: Fae

Drp: Cikwan Taipei

Drp: Azura

Drp: Ayu Singapore

Drp: Aymy Kuwait

Drp: AlongRoz

Sunday, September 13, 2009

Jemput-Jemput Roti - Resepi II

Jemput macam ni, hubby n anak2 akak memang suka...kebetulan tengok roti gardenia beli hari tu dah x luak2 jek..orang yang kuat makan roti xda..hehe...so akak pun menjemput roti la pulak...Resepi BroRozzan ni akak ceduk dari dapur Noreen...C & P je dari rumah Noreen, thanks ya Noreen..

Bahan-bahan:
  • 14 keping roti - koyak2kan menjadi kepingan kecil
  • 80gm isi ayam - dipotong dadu kecil
  • 80gm udang - dicincang/dihiris
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 biji cili merah - dihiris halus
  • 50gm jagung dalam tinsedikit daun sup/bawang - dihiris
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 8-10 sudu besar tepung jagung
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara:-

  1. masukkan roti tadi ke dalam mangkuk adunan
  2. tuangkan air dan susu dan biarkan sebentar sehingga air/susu meresap ke dalam roti
  3. masukkan telur, isi ayam, udang, cili merah, bawang, jagung dan daun sup/bawang, gaulkan sebati
  4. akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, garam secukupnya dan tepung jagung,gaulkan rata
  5. jika adunan cair bolehlah ditambahkan lagi roti atau tepung jagung (adunan janganlah terlalu cair atau terlalu keras)
  6. panaskan minyak dan gorengkan adunan seperti menggoreng jemput2
  7. angkat dan hidangkan dengan sos cili

(note: sesuai sebagai hidangan pagi atau petang)

Maggie Goreng Perisa Kari


Haa....dah x reti nak makan apa dah ke...Menu kelmarin ni..Last2 tanya Aiman, dia mintak maggie goreng jek! Xpenah lagi akak masak maggie wat berbuka...ni lah Aiman punya citarasa...sedap jugak eh sekali sekala....hahaa..Ni akak masa cara Blackjack dari MyR tu...so, akak kopipes je la kat sini, time kasih pada tuan pnya resepi yaa..Maggie pun maggie laaahhh..janji kenyang..Ni pun xdan nak snap beriya sbb dah nak berbuka..hehe

MAGGIE GORENG PERISA KARI

Bahan-bahan ( 4 orang ):-
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 peket maggie perisa kari
  • 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
  • 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang. (*akak letak sawi)
  • 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
  • 2 cawan air
  • minyak untuk menumis

utk hiasan:

  • daun bawang
  • bawang goreng
  • cili merah
Cara-cara:-
  1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
  3. Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
  4. Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
  6. Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
  7. Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias. Makanlah panas-panas.

Daging Black Pepper - Resepi II

Ni menu berbuka 2 3 hari lepas gak dah ni..hehee...sori lah baru letak..ntah apa la bz melanda, x tau laaa...Layan je yaaa..maleh nk celoteh banyak2 dah...Resepi dari Nor Secubit Garam tu ha...sedap sungguh, merbeles!! Nor, ummi nak kopipes je ya...Thanks ya Nor!
Bahan:-
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau (*ummi letak 1/2 capsicum hijau, 1/2 capsicum merah)
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus
  • 1/2 sb gula
  • minyak utk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada.
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
  5. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
  6. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. (Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram )
  7. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air.
  8. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih.
  9. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
    ## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

Asam Pedas Tumis Kepala Ikan

Ni sekadar nak menghabiskan kepala ikan jemuduk yang duk kesepian dalam fridge haritu...Menu berbuka 2 3 hari lepas ni..macam bese lah bz..xdan nak posting awal2...cuci mata la ya...Memang berselera betul, kena je dengan tekak akak...
Bahan:-
  • 1 keping kepala ikan jemuduk (atau apa2 kepala ikan besar)
  • 3 biji cili merah - dikisar
  • 1 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 1 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 cm lengkuas - dikisar
  • 2 cm kunyit hidup - dikisar
  • 2 biji buah keras - kisar
  • 1 kiub pati ikan bilis - dikisar
  • 1/4 bahagian nenas (jgn terlalu ranum) - dipotong kecil
  • 1 -1 keping asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya untuk kuah
  • sedikit minyak untuk tumis

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan2 kisar dan kacau sebentar hingga cili masak/naik minyak.
  2. Masukkan air dan asam gelugor. Biarkan kuah mendidih.
  3. Masukkan nenas, garam dan gula secukup rasa. Masak sebentar.
  4. Masukkan ikan dan biar mendidih hingga kuah surut sikit dan ikan masak.
  5. Seimbangkan rasa. Tutup api..

Friday, September 11, 2009

Kuih Raya Sumbangan Ofis...Alhamdulillah..Nak Kena Stop Buat Cookies Lak Ke?

Taraaa...alhamdulillah, syukran..syukran....rezeki...dapat lagi kuih raya dari ofis akak tahun ni...tahun lepas pun dapat jugak...tapi kali ni cookies yang diberi lebih sedap, lebih enak, lebih cantik, lebih puashati...Sumbangan ni diberi kepada semua pegawai dan kakitangan 3 bekas kuih setiap seorang...Oleh kerana akak n hubby berdua di ofis ni..so dapat lah 6 bekas (5 jenis kuih). Kuih makmor tu je yang akak n hubby dapat serupa...lagi 2 jenis masing2 dapat lain...Bertuah gak kan, orang lain yang tak berpasangan tu dapat 3 bekas jek, yang pasangan kat ofis ni dapat 6 bekas...kat ofis akak nih ada 4 pasangan suami-isteri..keh keh...Apapun terima kasih kepada pengurusan jabatan akak kerana telah memilih kuih yang sedap2 tahun ni, standardnya menepati piawaian tekak akak n hubby yang suka makan biskut raya (bila hari raya laa..), begitu juga staff lain..semuanya suka....toce, toce kepada Puan Nor Hanum yang telah mencadangkan pembekal kuih yang sedap2 untuk 4 jenis cookies moden yang sedap tuh! Betul lah kan, nak tau cookies sedap ke x, kena suh orang yg ada taste kuih raya gak makan...bukan main tangkap muat jek!
Sebelum dari ni pun ada gak order 3 jenis cookies kat member, x sangka pun nk dapat sumbangan kuih raya ni pulak...dah jd byk jenis dah..alahaiii...So, hubby kata x perlu la banyak2 buat cookies dah...Alaalaa...baru je nk start enjin membakar kuih...dah la ter"sejuk" bila hubby kata camtu...takut membazir pulak...ya la kan, tp katanya kalu dah gian gak nak buat...buat sikit2 je tiap jenis tuh..ekekee..pulak dah...Buat sikit? Biskut Denmark n Chocochips Almond pun dah luak byk tuh...sapa laaa yang duk makan bila balik tarawih..hehehee...So apapun, tengok keadaan laaa...rasa cam nak wat gak sejenis dua lagi..gataiii tangan sungguh nih! So, ada sapa2 nak bagi cadangan? nk suh stop ke nak suh akak buat lagi cookies..ekekee


Sweet Square Cookies

Crispy Chocolate (With Pistachio)

Milky Chocolate

Malatops Crispy

Biskut Makmor (yang ni akak n hubby dpt serupa)

Thursday, September 10, 2009

Roti Jala - Resepi III

Aih dah lupa menu berbuka ari apa nih? Petang selasa la kot..sebab ari Isnin akak wat kari ayam, so ada lebih lagi kuah n ayam sikit...so akak wat roti jala la pulak nak menghabiskan kari ayam tuh...kari tu pulak kan, makin dipanas, makinlah sodap lepas dibiar semalaman kan, kan..hehee...perasan jek...x perasan, mmg hb cakap..hehee...dah dia yg suka sangat dengan kari tu..Sebelum ni penah gak buat dengan Resepi I dan Resepi II ni. So kali ni, akak layan resepi dari dapur Noreen tu...Noreen makan dengan kuah durian rasanya...akak tibai dengan kari ayam kelmarin..wahahaaa..jangan membazir kan....Kena dengan roti jala ni..akak lalu sikit la nk tolong hubby sapu bersih kuah kari ayam tuh..hehe..Thanks ya Noreen...semua resepi pun sedap, yang penting "guunya" tu..kan, kan..

Bahan:-(akak buat half dari adunan di bawah ni)
  • 750 - 850 ml air
  • 410 ml susu cair (*akak guna fresh milk)
  • 600 gm tepung gandum
  • 2 biji telor
  • 3 - 4 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan - untuk merenjis

Cara-Cara:-

  1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
  2. Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
  3. Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.
  4. Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.
  5. Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.
  6. Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.

*Nota - bila letak adunan dalam acuan, kalau adunan keluar x laju, tambahkan sikit air dalam adunan dan kacau adun semula.

Ikan Masak Sambal

Ni lauk bila eh..lupa daaahhh...Sebenarnya akak masak untuk lauk bersahur sebab masa berbuka tu makan roti jala dengan kari ayam dan tapi hubby nak jugak nasi putih, so dia tibai lauk ni jugak masa berbuka...Hubby yang nak sangat ikan kembung nih..dah lama x makan, asyik makan ikan besau-besau jek la konon...hehe..Masak pun campak2 jek...tapi sedap la pulak hb kata...cukup rasa segala..eh ya kee? hehee...(*wat muka poyoo jek)...Em ok la tu...so akak berani la nk bagi resepi, walaupun campak2 jek...mmg ada kelainan dari yang akak bese2 masak tuh...bahan ada lebih sikit taruk...
Bahan:-
  • 2 ekor ikan kembung
  • 3 biji cili merah - dikisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 4 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 1 cm lengkuas - dikisar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara-Cara:-

  1. Ikan dibersihkan, dikelar dan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan-bahan kisar serta serai hingga terbit minyak (guna api perlahan).
  3. Masukkan air asam jawa, gula, madu dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit.
  4. Biarkan mendidih dan agak pekat sedikit, masukkan ikan. Gaul rata sebentar.
  5. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Kad Raya Dari Teman Blogger Tersayang

Layangan kad-kad dari teman dan adik-adik blogger dah mula kencang nampaknya...pintu dapur akak asyik diketuk je mintak datang amik kad-kad di rumah diaorang..Terima kasih yang tidak terhingga dari akak...semoga dilimpahi rahmat sempena Aidilfitri yang menjelang tiba tak lama lagi...Pergi rata-rata rumah semua dah berkumandang lagu raya...lagu sedih ada, lagu sayu ada, lagu guuummbirraa pun ada...macam lagu Azlina Aziz nih..hehee, x mau la sedih2 kan..tp ada jugak lagu2 sayu yang akak suka dengar, teringat jugak macam-macam, kampung, family, anak-anak, sanak saudara semua...dan mereka yang telah lebih dulu meninggalkan kita kan...Paling sedih dan terasa sayu bila Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita semua x berapa lama lagi, suasana keseronokan bertarawih dan mendengar tazkirah akan dirindui...moga kita dipanjangkan umur untuk menghayati Ramadhan bulan penuh keberkatan dan keampunan di tahun-tahun akan datang...Terima kasih atas kad-kad tanda ingatan untuk akak, antaranya dari:-



Wednesday, September 9, 2009

Biskut Denmark

Projek cuti hari Isnin baru ni...Ni pun salah satu resepi yang akak mmg nak try sangat2..hari tu adalah borak2 dengan Mat Gebu tu haa..dia pnya promote suh akak buat kukis ni, sedap katanya..Ko dah buat ke blm Mat? Jadi dgn semangat dan tulang 4 kerat ni, akak pun melepot la membuatnya..nasib hb dengan rela hati nak tolong gorengkan kacang tanah n buang kulit segala, sbb bab tu la yang akak lomah sekali..hehe..tp menumbuk kacang tu akak yg buat tau..ringan sikit lah kerja kan...selalu anak2 dara ada boleh la tolong...ni nsb ada my soulmate tuh...hiiiksss! Aiih leceh jugak la nak menyiapkan sorang2...banyak pulak satu adunan nih...huh, puas nak menyiapkan...pastu nak smbung masak untuk berbuka lagik..huhuuu..nasib masak kari ayam goreng sayur jek...hehe...5 thumbs up!!! Puashati..mmg sedap n rangup! Resepi asal dari Rnet tp akak ceduk dari Maklang Azie yang terer bab2 kukis n kek segala tuh! Thanks Maklang, mmg pueeeh hatiiiii...tumpang kopipes letak sini yaa..Silalah cuba...pastu kita terbang ke Denmark.. :D Tp..memang pakai timbang kati bahannya, pandai2 la eh bila masuk zaman 60an punya sukatan..hahaa
Hana, sempena Anniversary ko berdua akak hadiahkan biskut ni "semolo" (sebalang) tuk ko dengan Hamzah kudap2 lepas makan kek pandan tu, cukup x? Silakan angkut eh..baik2 berterabur, hehee...


Bahan-Bahan:-
  • 2 cawan gula (mklang guna 1½ cwn)
  • 1½ cawan butter
  • 3 cawan tepung jagung
  • 2½ cawan tepung gandum
  • Vanilla
  • 2 biji merah telur

Bahan Icing:-

  • 2 kati kacang tanah – sangai & tumbuk (mklang beli readymade aje)
  • 2 bungkus gula icing
  • 4 camb serbuk koko
  • Air panas

*(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah tapi maklang buat ringkas aje dengan mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk) - akak pun wat style Maklang jek..hehe

Cara-Cara:-

  1. Adunkan butter + gula hingga berkrim·
  2. Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati·
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati·
  4. Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut.
  5. Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.. bakar dan sejukkan. (*ummi bakar pd suhu 180C selama 15 - 18 minit - hingga nmpak nak garing sikit, baru rangup! Itupn, bergantung jgk pd oven masing2 ya..)
  6. Celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk