Monday, October 31, 2011

Shepherd's Pie

Assalamualaikum....Salam hari Isnin....

Dah lama bercuti ni mood nak pi kerja pun malas jek...hehee, sonok lak duk rumah rehat2kan otak, bila la nak cukup belanja eh...boleh cepat berenti kerja...hahahhaha...

Ni menu ntah bila punya....berderet menanti...Macam mana la nak slow down eh...makin slow, makin banyak duk que tu ha.... Ni rasanya breakfast akak hari sabtu lepas sebelum bercuti ke KL. Kebetulan abanglong pun ada balik bercuti sempena Deepavali, so menu western mmg kegemaran dia laaa...ringkas tp mengenyangkan... Lagi pun senang nak buat...i liiiikkkkeee...hehehee. Abanglong x ikut ke KL, banyak assignment dia nak kena siapkan...so dia "home alone" la 3 4 hari...

Jom layaaannnn resepi dari buku Chef Hanieliza - 1 Hari 1 Resepi yang sedang meletup2 di pasaran ni....dah berapa kali terbit dah kata kak Liza...dassaattt nooo...Rasa dulu akak dah penah buat, tp x igt pulak resepi sape...apapun, thanks kak Liza cayangggg eh..sedaaappp weeeyyy!


SHEPHERD'S PIE
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - akak x letak pun
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)
  • Garam secukup rasa


Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....
Anyone????

Ini aksi Aiman yang menghabiskan 2 ramkin sekaligus...dasssaaattt tak...adeeeiii

Sunday, October 30, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona - Terpesona Sungguh!!

ASSALAMUALAIKUM....
Selamat berhujung minggu buat semua yang sudi menjenguk dan bertandang ke dapur akak nih...! Harap-harap semua dalam keadaan ceria dan mood pun baik-baik la kan...mungkin ada yang duk bercuti panjang gak ke... Macam akak ni masih dalam minggu terakhir bercuti sakan laaa, dari sabtu lepas cuti...hehehe... Ya la kat Pahang ni, 24/10 cuti besday Sultan Pahang, pastu 25/10 dah Deepavali kan...so akak amik cuti hari selasa, khamis & jumaat, haaa..puashati cuti dan jalan-jalan..hehee


Okaaayyy baru nak melayan Kek Lapis Cheese Pesona yang dibawa khas oleh teruna encem dan rajin memasak Ryo Azhar nih!! Dah lama dulu dia duk "racun" akak suh buat jugak....dah ramai pun geng2 blogger yang dah try ni...so tarraaaaaaaaaaaaaa....amacam Ryo?? Aci ke x aci ni.... Dah tenggelam kejap monsun cheese pesona Ryo, ni baru akak buat laaaa., baru bessttt...xpun sana sini tunjuk cheese nih...hahahahha

Sebenarnya minggu lepas lagik dah buat nih...mengancam teramat lahaaaiii...tp bab cheese tu akak buat-buat lupa laaaa...makan x hengaatttt...addoooiii...ni nak salahkan sape ni eh? Ryo eh...

Apapun terima kasih banyak-banyak kepada Ryo yang sudi mencipta dan berkongsi resepi mudah, cepat dan sedap nih!! Boleh fengsaaaan bila masuk ke tekak...adeeeiii... Izinkan akak kongsikan resepinya di sini pulak la ya Ryo...mcm biasa, C n P jek eh...


Akak tabur dengan kisaran biskut oreo....best giloosss!!

KEK LAPIS CHEESE PESONA

Resepi Asal: Ryo Azhar
Dicuba-uji : Ummi @ Home Sweet Home


Bahan A: (Loyang kek saiz 9x9) - akak guna 8 x 8 in)
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat (lebih kurang 600 gram- Ryo guna jenama LEE) - akak guna perisa coffee jenama Hup Seng
  • 500 ml susu segar,dipanaskan (akak guna 400 ml jek)
Bahan B:
  • 500 gram cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus (akak kurangkan sikit)
Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  3. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  4. Panaskan susu segar, padamkan api.
  5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas), terus susun dalam bekas. (Celup 1 saat je taw..)
  6. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi hingga habis berselang-seli. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  7. Kemudian kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) (akak gunakan biskut oreo yang telah dibuang krimnya dan kisar, kemudian ayakkan di atas kek)
  8. Tekan-tekan sikit permukaan tu, masuklan ke dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Walllaaaahhhhhh.... ^____^

Friday, October 28, 2011

Black Bottom Banana Cake

Assalamualaikum.....Dah lama kan akak x bersiaran, seronok pulak cuti-cuti...xyah ingat2 kat dapur alam maya nih...hehee... Rasa ok jek hidup tanpanya, boleh lah bertatih-tatih slow down pasni... Kalau ikut hati mmg nak rest sangat2 dah ni...tp nasihat dari beberapa teman sejati, buat akak fikir banyak kali dan mungkin entry takkan sekerap dahulu la nanti kan....Maaf kan akak yea...Takmo citer dah laaa soal hati dan perasaan kat blog nih...hehheee. Jom layan menu tertangguh ntah bila-bila... Resepi dari Taste of Home ni akak kutip dari dapur AlongRoz cayangggg... terima kasih Along, Ummi kongsikan di sini pulak la eh...izin Ummi C n P eh..tq Along..

BLACK BOTTOM BANANA CAKE
Original Recipe: Taste of Home
Sumber: AlongRoz HomeKreation

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
  • 1/2 cwn Butter - lembutkan
  • 1 cwn Gula (akak letak 3/4 cawan je)
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang dilecek - akak guna pisang berangan
  • 1 1/2 cwn Tepung Gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1/2 sudu teh garam* (satukan bahan *)
  • 1/4 cawan serbuk koko
CARA2:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul rata.
  3. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
  4. Bahagi adunan kepada dua adunan. Masukkan koko ke dalam satu bahagian dan ratakan ke dalam tin yg telah digris. Sudukan sebahagian lagi di atas nya.
  5. Bakar pada suhu 170°C selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan di atas redai.

Yuhuuuu...Miss You All ^___^

ASSALAMUALAIKUM...Apa khabar??? Weee...salam rindu buat kalian semua. Terima kasih kepada yang masih sudi singgah dan jenguk2 dapur akak ni....Bukan xda masa nak on9 masa kat KL, cuma macam malas je, snok borak2 dgn adik2, mak abah sume pun datang KL taauu...Aiman jek yg duk on9 n main game sakan kat tenet tuh...Seronoknya bercuti, jalan-jalan cuci mata sana sini...window shopping segala....belinya tak la jugak....yang besar-besar tu tengok dan jeling-jeling jek la, yang kecik2 bolehlah nak sambar satu dua kata orang...hehee... Pastu akak dan suami menspa kan diri dengan urutan refleksologi...Yang mengurutnya adalah orang-orang buta yang mmg pakar dalam bidang ni....panggil ke rumah adik, terasa lancar segala aliran darah dalam badan....syoknyaaa...Akak xdalah pergi ke mana pun...saja jalan2 rumah adik2 dan diaorang yang mengajak ke sana sini sinuuunn..hehe

Aktiviti 4 hari 3 malam di KL penuh jadual... ^__^. Yang x penuh bila balik Kuantan adalah kocek jek, nipiisss la sudaaaa...wahahahhahaha. Akak ke KL petang sabtu dan bermalam di Gombak.

Hari Ahad pagi ke rumah adik lelaki akak di Seri Kembangan. Lepas zohor, dari rumah adik di Seri Kembangan terus ke Nilai 3. Pernah pergi sini 5 tahun sudah rasanya, masa tu kedai pun x banyak lgk..panasss komaiiinn kat sini...i dont liiiikkkeee...Akak x shopping apa sangat pun...window shopping jek laaa...verangaaaannn je tengok barang-barang perabut camgini...xda ruang dah la nak letak kat rumah pun.... Kalau sebut nak tukar/tambah, cik abang mcm jeling2 buat x dengar jek...hahahhaha, x hengaaattt je gayanya isteri dia ni...so posing ngada2 je laaa...hehe... Oleh sebab kita peminat barangan ala english, kita masuk kedai2 yang berkenaan jek....tp kita x suka la pulak banyak sgt bunga sepesen gitu jek....rumah orang putisss xda la pulak perabut dan perkakasan sume bunga2 macam gitu rasanya....semak pulak tengok, ..hehehhee.. Kalau satu dua buat pemanis tu ok la kan...

Kat atas ni still di Nilai 3 jugak laaa...tengok-tengok je laaa. (*tengok2 konon, habis jgk ratus2..adeeii). Yang ni kat Rafflesia Cottage kedai last kita orang tinjau....tengok barangan biasa2 jek..mcm x reti lak nak beli...hehee..Sume gambar2 ni Aiman yang snap...ikut dan jeeer dia... ^_^

Hari Isnin petang, sebelum ke Shah Alam berjumpa dengan Najiha, akak dibawa oleh adik akak ke Souvenir Shoppe di area Taman Melawati nih....Ok jugak laaa...banyak hiasan menarik jgk akak sambar...cuma akak jek x reti dah nak apply kat rumah akak yg semak samun tu...hahahhaha..Tunggu buat make over dulu la kot...hehe

X tau laaa hb kita tu jenguk apa....ntah apa yg dia berkenan sgt eks.. ^__^. Sekejap jek dia, last2 dia duk kat luar kedai...haha

Taraaaaaaaaaaaaaa....DAISO!!!! Ni aktiviti hari Rabu pagi sebelum akak balik ke Kuantan...hehee, Akak dan family adik akak ke IOI Puchong, di sini terdapat kedai Daiso yang paling besar selain di Sg. Wang dan mana lg satu eks, lupaa..hehe... Kat sini kita sukaaa...sukaaaa sesangat...murah dan terpana kejap tengok barang2 yang banyak kegunaannya untuk kita blogger masak2 nih...waaaahh, i liiiikkkeee...murah tapi cantik....sume RM5...mari, mari, mariiii... Akak kan, terlekat kat 2 rak ni jek..pusing2 kat situ gak, pusing depan pusing belakang, situ gak..hehee, banyak habis duit pun pasal barangan ni laaa...adeeeiii

Raga tu nampak kecik, tapi bila diisi barangan kecik2 sampai penuh....haaaa tu dia, 2 plastik weeyy, belek2 kat rumah 85 item telah akak sambar....sendiri mau ingat laaaa...hahahaa... Balik jek rumah adik akak, hb siap tanya, puashati dah pi situ?? Hahahhaaa...puashati laaa,! Tapi, pls take note that all payment is cash only ok!!! Tapi rasa macam ada lgk barangan nak disambar...wahahahhaa, sabaauuu jek laaa.. :))

Okayyyy, nnt akak update entry2 basi yang banyak tertunggak tu eh...sabooorrr k...

Thursday, October 20, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

ASSALAMUALAIKUM....Sepatutnya akak nak masukkan entry lain yang dah lama que tu...tak lepas-lepas nak masuk, alamat jadi baja punya entry la tu nnt... Memandangkan hari ni birthday Aiman dan akak dah letak gambar kek kat entry dia tu, so kena la post entry kek ni dulu eh... Ada lagik tu...kebetulan Abanglong pun ada balik ni, dah start cuti Deepavali lak U dia...rezeki dia jgk laaa... Kek ni xdalah besar sangat kalau buat satu adunan seperti di bawah, kalau family ramai, mmg kena gandakan laaa....baru sonok nak makan...

Akak jugak kurangkan jumlah gula dalam kek ni sebab nak letak topping lagik...of course la topping manis kan... Pastu dengan taburan coklat smarties dan golden chocolate Cadbury yg akak sambar jek kat pasaraya Tunas Manja semalam... Pastu tepek dengan wafer Munchy's tu haaa...rupanya bole laaa...yang penting kek ni mmg sedap...Dah ramai yang mencuba sebenarnya resepi kek Dayangjack ni...mmg senang nak buat, dan marbelesss.. Tqqqq Dayang share resepinya....tp akak duk intai2 kat dapur Azlita sebenarnya smlm... Terima kasih kepada keduanya la yeaaa, x guna telor...jimaaaattt telor kat dapur tuuu..hehhee...Dayang, izinkan akak copy dan share resepi di sini yea...Mintak maaf akak tukar sikit tepung tu...guna superfine flour, lebih halus dan kek jadi lebih sedap...

Untuk chocolate ganachenya akak gunakan resepi Maklang Azie....mudah, jimat dan sedap...hehehe...ceduk dr dapur Azlita gak...tqqqq keduanya ^__^

Kek yang sangat marbelesss....


SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Resepi: Dayangjack @ Dapurku Sayang
Sumber: Azlita @ Masam Manis

Bahan-bahan : loyang bulat 6"/7"
  • 1 cawan tepung gandum (*akak guna superfine flour)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (*akak guna Van Houten)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang (*akak kurangkan sikit)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung (*akak guna minyak jagung)
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon (*akak guna jus lemon)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Topping/Chocolate Ganache (Jimat, Mudah Dan Sedap)
Resepi: Maklang Azie
Sumber: Azlita @ Masam Manis

Bahan:- (*untuk kek di atas - akak buat half dr bahan topping dibawah)
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
  • 1/2 cwn tpg jagung
  • 2 sudu besar majerin/ butter
Masuk semua bahan ke dalam bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila nampak telah pekat sikit, tutup api dan sejukkan sebentar. Sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

Kek ni baru kuar dr fridge, tu pasai berpeluh2 nmpak coklat tu...satu lg kan, bila menggunakan tepung superfine ni kek jadi lebih sedap dan halus teksturnya...lebih2 lagi kek coklat camni... ^__^

13 Tahun Sudah Menatang Bagai Minyak Yang Penuh ^_^

ASSALAMUALAIKUM....Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...Sempena 13 tahun sudah usia anakku Aiman Hazwan, ku berdoa dengan rendah hati Engkau bukakanlah pintu hati anakku ini ke arah berbuat kebajikan, beramal soleh, berpegang teguh kepada agamaMu dan menuruti segala perintahMu. Engkau peliharalah anakku ini dari segala perkara-perkara buruk dan kecelakaan. Ku mohon padaMu Ya Allah, Engkau ampunilah, berkatilah dan redhakanlah kehidupan kesemua zuriatku jua samada di dunia mahupun di akhirat. Hanya Engkau selayaknya tempat hambaMu ini memohon dan merayu....Kau perkenankanlah segala hajat-hajat kami Ya Allah....amiinn...amiiin..Ya Rabbal 'alamin...


Aiman, anak bongsu mak cayang bucuuukk....belajarlah bersungguh-sungguh, ingatlah segala pesanan, turutilah segala tuntutan agama, bawalah bayangan wajah kami walaupun kemana-mana Aiman pergi dan berada serta apa jua yang Aiman lakukan...semoga Aiman jadi anak yang baik dan cemerlang kehidupan di dunia dan akhirat.....Selamat Hari Lahir anakku, emak dan abah sayang Aiman dan jugak abang kakak yang lain. Tiada dapat dihitung atau ditimbang tara....kasih kami tiada penghujungnya....muaaahhhh!! Hanya kek simple dan mudah ini yang sempat mak buatkan untuk Aiman...Aiman kata nak kek coklat kaann...so balik kerja tadi mak buatkan tuk Aiman dan sempatlah tunggu kek sejuk kejap dan deko ringkas aje....Meh kita amik gambar dulu eh...pagi esok kita makan....eks! ^___^

Harap Aiman suka akan rasa kek ni nnt...esok pagi kita potong, mak suapkan eh..hehe..
Aiman tak kesaaaahhh .... kaaannn ^__^

Wednesday, October 19, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

ASSALAMUALAIKUM....moga semua pengunjung dapur Home Sweet Home ceria-ceria selalu lah hendaknya yea... Mohon maaf jua sebab belum sempat nak balas komen-komen you all...insyaAllah pasni akak balas k.. Tp kadang2 akak lebih suka membalas kunjungan ke dapur you all balik sekiranya sempat...senang, click kat nama tu dah sampai ke rumah you all kan...terutama yang mana akak rasa orang baru singgah sini....Apapun akak akan cuba balas jugak selalunya...maafkan akak yea..

Petang ni dah ada menu tuk minum petang ke...kalau takde boleh try godek bingka roti kukus pandan yang sangat sedaaaap ni...betul cakap! Akak nak bagi pun dah habis dah...akak buat masa balik kampung baru-baru ni... Sampai jek kat kampung petang sabtu tu, akak hidangkan mak abah dan adik2 dengan bingka ni bersama sejenis kek lg yg akak buat... Rupanya abah, mak, adik lelaki dan hb akak punya lah suka makan....diaorg semua kata sedaappp... Last-last adik lelaki akak tu suruh akak buat semula hari Ahad tu sebelum dia balik ke KL, nak bawak ke sana laks...adeeii...tp akak x hampakan....akak suh dia pi kedai cari roti dan santan kotak...bisa diurus...! X puas makan katanya...x sangka la sedap sangat eh..!


Resepi hasil akak google2 dan terjumpalah di Notabilia ni...sangat senang nak buat dan best giloss..nak kata puding bukan, nak kata bingka sgt pun bukan...rasa pun sedang2 manis je bila akak kurangkan kepada 3/4 cawan dan guna gula kastor... Meh buat meh...kalau nak try utk minum petang ni sempat lg rasanya...hehhee

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Dicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)

Teramat sedap rupanyaaaaa.....SELAMAT MENCUBAAAAA ^___^

Monday, October 17, 2011

Neopolitan Blueberry Layered Cake

ASSALAMUALAIKUM....
Semoga semua yang sudi bertandang ke sini sihat walafiat dan bahagia hendaknya yea...

Meh la nak kongsikan satu kek yang senang nak buat, cantik dipandang (*perasan la ni...) dan sedap dimakan....Tapi mohon maaf jangan mintak la eh...Buat last week, kebetulan Najwa balik bawak kawan dia...so sudah licin awal-awal lagi...biasalah kan, akak tayang yang dah masuk perut punyer...xdan la nak entry on the spot gitu...boleh fengsaaan akak, tak terkejar masa la kan...jangan marah la eh... Buatlah kek ni, senang jek pun...x caya cuba tanya Mat Gebu tu haaa...akak ceduk pun dr dapur dia laaa...

Cuma akak tukar telor gred B dan guna jem bluberi jek yg ada dlm stok., rasanya kek Mat lg lembab ler....lenkali akak guna telor gred A lak....ok la tu kan...hehe...Kek ni sangat lembut dan halus gebuuusss....sedap pulak...Tqqqq Mat...!!


NEOPOLITAN BLUEBERRY
LAYERED CAKE

Resepi: Mat Gebu @ DTS
Dicuba & Uji : Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 200 gram tepung "Optima" (tepung kek segera)
  • 3 biji telur + 1 putih telur (gred "A") (akak guna 3 biji telor + 2 putih telor gred B jerk)
  • 50 gram mentega, cair dan sejukkan
  • 50 gram susu segar (mat guna susu cair)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna makanan ungu
  • Sedikit pewarna makanan merah jambu (*akak letak kaler biru, merah terang dan ungu)
  • Jem strawberry secukupnya (kalau dapat beli yang tanpa gula) (*akak guna jem blueberi)


Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang kek berukuran (10 x 10 x 1) i(*akak guna loyang 9 x 9 x 1 inci) dengan mentega, alas dasar loyang dengan kertas minyak, dan biar kertas berbaki kiri dan kanan supaya senang dikeluarkan nanti. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl satukan telur, tepung optima, susu dan esen vanilla, putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik, kembang dan pekat. Masukkan mentega cair dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal, 1 lagi dicampur dengan warna ungu dan 1 lagi dengan warna merah jambu. Tuang sesenduk adunan warna asal tadi di tengah2 loyang kek, kemudian atasnya dituang sesenduk warna merah jambu dan akhir sekali sesenduk warna ungu, lapiskan bergilir2 hingga selesai.
  4. Senget2kan loyang sedikit bagi meratakan adunan. Lorekkan adunan tadi dengan hujung pisau, dari penjuru loyang ke penjuru satu lagi. Buat sama untuk penjuru yang lain. Bakar 25 minit atau hingga masak. Keluarkan kek, dan alih ke atas jaringan, sejukkan.
  5. Tanggalkan kertas pengalasnya, potong kek kepada 3 bahagian sama besar, sapu jem strawberry tadi dan lapiskan. Buat sama untuk lapisan satu lagi. tekan perlahan2 supaya lekat. Kemaskan tepi2nya, potong dan boleh hidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Dalam gambar tu mat potong kek tadi kepada 3 bahagian sama besar yang setiap satu berukuran (8 x 3) inci. Dan ada berlebih 1 inci. Boleh juga dipotong ikut saiz yang ada ingin kan sebelum melapisnya dengan jem pilihan untuk mengelakkan kek berbaki...Selamat mencuba...


Sunday, October 16, 2011

Aktiviti Masak-Masak Di Kampung Bersama Bonda

ASSALAMUALAIKUM..

Maaflah xda entry sehari dua kelmarin....akak bz pagi sabtu tu baking kek n wat kuih sikit untuk bawak balik kampung. Jam 12.00 tghri dah bertolak ke Temerloh sebab menghadiri jemputan kenduri adik officemate akak....pastu terus lah bermalam di rumah parents....eeemmm petang tadi baru sampai ke rumah. Setel kain bagai la pulak...kalau ikutkan malas betul nak up entry...tp rajinkan jgk laa nii...nnt basi pulak cerita ek.. Okaaayy la, ni citer aktiviti seharian hari ni di kampung...

Masa balik dr kenduri di Temerloh semalam, akak singgah kat kedai di tepi jalan Kg. Raja, Songsang, (bukan Raja yg songsang taauu...hehe) Temerloh, akak sempat beli 3 ekor ikan tilapia sangkar Sg. Semantan. Siap2 dah akak suh org tu buang sisik dan perut ikan, hidup menggelitik lgk wpun dah disiang, gerak-gerak jek masa dlm kete...hehe. Malam tadi mak tanya nak buat sarapan apa pg esok (hari ni), akak terus cakap, apa kata kita buat putu mayam nak x mak? Memang dulu2 selalu tolong mak buat kuih ni pagi2...dah lama x buat ni tau...Mak kata, boleh jugak, tepung beras pun ada...hehee...so bangun pagi2 tadi, akak tengok mak dah siap bancuh daaahh (no sukat-sukat laaa...) Adeeeii, baru nak suruh mak sukat air panas didih tu...xdan...mak kata, main tuang jek agak2...Jadi acara menekan acuan kasi kuar itu putu mayam akak punya aksi tu okayyy!! Akak tekan sume sampai habis doh...So laaayyyyyaaan...menu pagi tadi n lauk tengahari di kampung....


Putu mayam buatan sendiri yang paling akak rindu nak makan...dapat jugak lah pagi tadi, puas hati...makan dengan nyiur muda yang digaul dengan gula putih aje laaa..no gula perang. Pastu akak uruskan menu tengahari sebab adik bongsu akak cakap lama x makan masakan ngah...adeiii adik bongsu ku .. Lepas jek sarapan, akak pi kedai cari bahan2 untuk masak ikan tilapia sweet sour tu...Ikan tilapia tu pulak komain besaaauu...isi tebal...best gilosss! Sume puji sedap...hehe, sedap ikan ke sedap sweet sour tu ntah laaa.. ^_^

Ni gambar putu mayam in the making yang di snap oleh cik abang kita, tangan akak masa tu berselemooiiihh dengan tepung la eh...ikut dan jek la dia amik...angle suka hati...hehee. Bab resepi tuh nnt akak buat semula la eh...akak bg sukatan yg betul, senang sangat2 sebenarnya...maleh nak kuarkan acuan jek...hehe...

Ikan yang sekor ni punya lah besaaauuu, sampai terpaksa kuarkan pinggan bujur pengantin laks...hehehee, pinggan nostalgia ni taaauu...dah 30 tahun lebih set pinggan nih...hehe. Terkejut abah kita bila tengok, dia kata cam makan lauk pengantin la pulak...hahaha

Thursday, October 13, 2011

Chocolate Oreo Jelly

ASSALAMUALAIKUM....

Eeemmm mata ngantuksss dah ni...tp try jugak la nk letak entry nih... Tak taulah sekarang ni rasanya macam dah tak cukup masa jek.....x larat pun ya gak...balik jek dari ofis, lepas masak, kemas-kemas sikit kat dapur dan setel kain angkat kain, lipat kain, dan sidai pulak kain memalam ni....terus rasa k.o daaahhh... Pastu gosok baju kerja lagiik...2 3 tahun sudah rasa stamina ok jek...now mcm x berapa lepas jeerr.... Ni penanda aras agar Ummi Zaihadi bersara cepat dari dapur alam maya ni kot...insyaAllah...sudah terfikir-fikir dah ni...semakin kerap pulak terfikir... Next year ada banyak yang perlu akak catch-up...kena kuatkan hati la nampaknya....kalau semua nak hadap....surrender akak...kaaannnn....

Jom layan jelly yang teramat sedap melungsur masuk ke tekak nih! Aiiisshh...tak cukup pulak rasanya...kejap-kejap bukak esbok, kejap2 bukak esbok, ngalahkan budak kecikkk...hehe.. Asal resepi skodeng kat dapur Ros @ Jintan Manis la nih... Tapi nak mintak maaflah Ros, terderhaka sebab terpaksa...ingatkan serbuk agar-agar ada lagik...rupanya yilleekkk...so akak tukar je la dengan serbuk konyaku jelly.... Apapun terima kasih byk kat Ros..mmg sedap bila choklat dan oreo bersatu...lebih-lebih lagi guna jelly...weeey meliut-liut lungsur masuk tekak....hehee, Thanks Ros, muaaahhh! Lama x borak ek...

CHOCOLATE OREO JELLY
Resepi: Ros @ Jintan Manis
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )

  • 1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar) )(*akak tukarkan dengan serbuk konyaku jelly)
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan) (*akak letak 1o keping...hehe)
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan
  • 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:-
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut. (*akak masak dulu serbuk jelly dengan air hingga mendidih dan masukkan gula, kacau hingga larut)
  2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
  4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.

Wednesday, October 12, 2011

Ayam Sos Siam

ASSALAMUALAIKUM...

Tengahari ni nak hidangkan satu lauk yang teramat sempoiiii...hasil campak-campak jugak, kalau time malas memang akak masak camni jerk laa, tp kat rumah ni syaratnya mesti pedas aje tp laku....tp nak kasi tau you all, anak-anak akak suka sangat2, menjilat jari yoouuuuu, aroma daun kunyit tu mmg satu kelainan, sbb selalu kalau yg namanya masakan ala Siam mesti letak daun limau purut kan, cuba letak daun kunyit nih....rasa yang bukan rendang okaayy....terasa kelainannya sos + daun kunyit....So, x perlu cakap banyak, jom layan resepi la eh....sangat besst pada tekak akak!

AYAM SOS SIAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
  • sedikit gula (optional)
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!

Fried Maggie With Scrambled Egg & Crabstick

ASSALAMUALAIKUM.....Menu yang sempoi-sempoi aje la yea...tuan rumah macam malas pun ada jugak ni...ni pun mujur masak jugak...hehehe...Jom carik plastik maggie pulak....masak ikut apa yang ada jek dlm esbok tu ha...jangan susah-susah kan... Kat dapur akak biasalah, telor, crabstick, daging kisar, ayam selain ikan mmg selalu ada laaa...

Sotong or udang mmg akak stop sekejap la seboleh-bolehnya sebab Aiman ni mcm alahan pulak hidungnya tuh...nak kata resdung, doctor kata alahan jerk...bukan sama ke tuh.. Dia selalu selsema x kira musim jek akak tengok...pastu pagi-pagi acap bersin... Namun setelah akak stop sekejap sejak puasa hari tu lauk pauk berasaskan sotong dan udang terutamanya, mmg nampak sangat perubahan dia, bertambah baik dan dah xda hingus-hingusan lagi pepagi nak pi sekolah...alhamdulillah.. Nanti sikit2 dan slowly boleh la pekena sotong n udang tu sesekali kan.... Jom layan maggie goreng sempoi jek nih....nama komain panjang...hahaha, mentang2 lah maggie tu kerinting panjang2 eks...

Ni sekadar nak menghabiskan maggie tajaan Nestle hari tuh...lambat habis lah sebab xleh selalu2 makan kaann....


FRIED MAGGIE WITH SCRAMBLED EGG & CRABSTICK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 paket mee maggie - patah-patahkan.
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
  • 5 cawan air (lebihkurang)
  • 2 kiub pati ayam
  • 1/4 cawan sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/4 biji kobis - dihiris
  • 1 batang kecil - lobak - diparut kasar
  • 8 batang crabstick - dikerat 3 setiap 1
  • 4 biji telor - kacau goreng hancur2 dulu (scrambled egg)
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • hirisan daun bawang dan daun sup
Cara memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau-kacau biar cili agak masak.
  2. Masukkan kiub pati ayam, kesemua sos dan kicap tadi, kacau sebentar.
  3. Masukkan air secukupnya dan biarkan ianya mendidih. Masukkan garam secukup rasa. (agak2 dulu la yaa..kang termasin lak)
  4. Masukkan sayur kobis dan maggie yang telah dipatahkan tadi dan kacau-kacau sehingga maggie kembang masak dan kuahnya kering bersalut dgn bahan tumisan.
  5. Masukkan crabstik, parutan lobak dan diikuti dengan scrambled egg. Kacau rata perlahan agar crabstick tidak hancur dan seimbangkan rasa.
  6. Angkat dan hidangan dengan hirisan daun bawang/daun sup/cili merah.