Friday, September 30, 2011

Nasi Impit Dengan Kuah Kacang

ASSALAMUALAIKUM.....

Terima kasih kepada semua yang masih sudi menjenguk dapur akak ni walaupun tiada entry baru sejak 2 hari ni....Terima kasih juga kepada yang memberi kata-kata perangsang dan semangat dengan masalah ciplak yang timbul kelmarin. Akak hargai dan mohon maaf kerana tidak sempat membalas komen2 kalian yang telah akak tatap dan hayati. Bukanlah niat nak mengeruhkan lagi dunia cyber yang penuh misteri nih...macam-macam perkara boleh menggugat silaturrahim dan menimbulkan macam-macam prasangka sesama kita jugak... Hubungan yang jernih boleh jadi keruh dengan tiba-tiba kan...itu semua lumrah...akak redha aje.. Kita insan biasa x lepas melakukan kesilapan. Yang penting kita kena ikhlas dalam hubungan yang terbina ini dan jika sayang, kita boleh aje memberi dan menerima, menasihati dan memaafkan andai ada kesilapan. Bukan begitu ke...?

Eh dah laaa, malas nak layan kaann...Update aje jika rajin dan ada mood...Harap hal-hal remeh temeh ni tak timbul lagi laaa...senak otak memikirkan.... Jom layan dulu la nasi impit dengan kuah kacang nih.....menu bila?? Ntaaahh, dah selamat masuk perut la yang boleh akak katakan..Akak letak resepi kuah kacang je la eh...Nasi impit tu beli jek yg paket tu dan rebus ek...

KUAH KACANG NASI IMPIT
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm kacang tanah (jenis kecil), digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar/tumbuk halus
  • 8 sudu besar cili kering yg dikisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 batang serai - diketuk
  • 1 inci lengkuas - diketuk
  • 3 sudu besar udang kering - rendam dan tumbuk
  • 1/3 cawan air asam jawa
  • 1500 ml air/secukupnya
  • 1 ketul (3/4 cawan) gula melaka - dicincang halus
  • gula pasir secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
Bahan Kisar Halus:-
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai - diambil bhg putihnya

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk yang sesuai, tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan sedikit air, masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, lengkuas dan udang kering.
  4. Masukkan sedikit air (jika terlalu kering), gula melaka, gula pasir dan air asam jawa. Kacau sebati.
  5. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk/kisar tadi dan gaul rata sebentar.
  6. Masukkan sebahagian dulu air dan masak kuah kacang hingga agak pekat. Tambah lagi air selebihnya dan garam secukup rasa. Masak lagi dengan api sederhana hingga kuah benar-benar pekat dan naik kemerahan. (sebenarnya lagi lama lg bagus, biar kacang pun pecah minyak)
  7. Akhir sekali seimbangkan rasa dan tutup api. Sedia untuk dihidang dgn nasi impit/jemput-jemput udang pun boleh..

Wednesday, September 28, 2011

Tak Sudah-Sudah Cerita Camni...

ASSALAMUALAIKUM....

EEEMMMM....BETUL LAAA....WORDLESS WEDNESDAY.....MULA-MULA DAPAT BERITA DARI NOR SECUBIT GARAM, THANKS NOR!....AKAK PI TENGOK LA BLOG TU, KES CURI GAMBAR-GAMBAR BLOGGER MASAK-MASAK LAGIK!!...PASTU AKAK BGTAU ADIK MAT KITA....PASTU MAT GELAK SAKAN HA, SIAP DIA CAKAP, AKAK BUKA RESTORAN DAH KE....APASAI X AJAK DIA MAKAN...HA, AMIK KOO....PASTU AKAK KETAWA SAKAN.....

AKAK CAKAP KAT MAT, AKAK XNAK MARAH2 DAH..NAK GELAK-GELAK JERK....KONON LA KAAANNN...PASTU AKAK PERGI KAT KOTAK KOMEN DIA....KUAR AYAT LONGKANG AKAK, NASIBLAH....HAHAA....KORANG KALAU TERPINGA-PINGA, GI LA KAT SINI.....

MAAFLAH KALAU KORANG BACA X SEDAP BUNYINYA... (ITUPUN KALAU BOLEH VIEW LAGI BLOG TU, MANA TAU OWNER RESTORAN TU DAH TUTUP KEDAI BLOG DIA NI KE...HEHE)..ADEEEHH SABAUU JE LAAA...





RESTORAN KAT HUTAN MELINTANG.....TU PASAL LA OTAK PUN JADI MELINTANG KOT, MAIN SAMBAR2 JEK GAMBAR ORANG MACAM PETIR....KENA ANGIN LINTANG SAMA LA TU KOT....HAHAHHAHAH...(*ha gelak Ummi, gelaaakkk...)

Tuesday, September 27, 2011

Roti Jala Dengan Kari Ayam

ASSALAMUALAIKUM....

Dah sudah memuding, jom la menjala pulak la yea...masing-masing kena menjala sendiri laa, xyah mintak yg ni...sudah licin....ni menu masak minggu sudah2 lagi ni...dashyat kan....malas punya pasal, punya lama tertunggak...yg betulnya dah terlupa menu nih x letak entry lagik....hahahhaha... kesian akak kan...sbb lepas makan, masuk perut terus lupaa...hehehe.. Moh la layaaann....malas nak mumble panjang2...Masak ikut style dan selera akak jer...

Roti jala n kari ayam punya resepi tu ada macam2 resepi, akak dah byk kali posting...

ROTI JALA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm tepung gandum/serbaguna
  • 600 ml air (lbh kurang)
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 titik pewarna kuning
Cara-cara:-
  1. Satukan semua bahan dan kacau hingga benar-benar sebati.
  2. Tapis bancuhan dan pastikan bancuhan cair dan senang turun, tidak terlalu pekat.
  3. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan. Letak setitis dua minyak dan gris rata-rata dengan kitchen towel.
  4. Ceduk penuh bancuhan dalam acuan (agar adunan turun tak putus), mula buat bulatan dari tepi ke tengah. Bila telah lekang, bolehlah diangkat.
  5. Lipat atau gulung roti jala tadi.

KARI AYAM ROTI JALA

Bahan-bahan:-
  • 500 gm ayam - potong kecil-kecil
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia * (bahan bertanda * ditumbuk)
  • 1 paket (4 sudu besar) rempah kari daging #
  • 1 cawan santan pekat #
  • 1 sudu besar cili kering kisar #(boleh lebihkan)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar # (bahan bertanda # dibancuh bersama)
  • 4 cawan santan cair
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 biji kentang - kupas dan potong kecil
  • 1 batang karot - potong memanjang 1 1/2 in.
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Garam
Rempah Tumis:-
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 batang serai - diketuk
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumis serai dan rempah tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk (bertanda *) dan kacau lagi.
  3. Kemudian masukkan bancuhan bertanda #. Perlahankan api, masak bahan rempah hingga naik minyak.
  4. Masukkan ayam, kacau rata dengan bahan rempah dan masukkan kentang dan biarkan kentang dan ayam masak/empuk.
  5. Masukkan santan cair, karot dan air asam jawa. Biar mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit gula. Apabila mendidih, perlahankan api dan tutup periuk sebentar 2 atau 3 minit biar naik minyak/kemerahan kuahnya. Seimbangkan rasa. Tutup api.

Monday, September 26, 2011

Rich Cocoa Cocktail Pudding

ASSALAMUALAIKUM....

Semoga hari Isnin ini juga membawa seribu pengertian hidup dan keberkatan buat anda semua yang sudi lagi menjenguk dapur akak....Semakin hari semakin lewat meletak entry, semakin malas nak update walaupun hati rasa macam rajin...hakikatnya masa sangat cepat berlalu dan terhad, terlewat sedikit sahaja oleh sebarang alasan/kerja lain, alamatnya x berupdate la blog...huhuuu...

Semalam pun banyak hal, maklum hari minggu. Cadang nak beraya ke rumah mak saudara dan rumah abang jugak belum kesampaian. Malam terus rasa nak lepak-lepak je lerrr...sambil2 layan cerita kat tv tu ha....sambil melipat kain lagii....heheh.. Okaayy, jom layan resepi sedap asalnya dari adinda Jun ni...Akak dah pernah buat mengikut resepi asal di Sini.

Kali ni layan dengan buah-buah cocktail dan kuah susu macam ditayang oleh Mat Gebu....sangat sedap!! Ni entry lapuk dah yea....dah disantap dek Hana n Fmina hari tuh....hehee. Sori belum sempat nak tayang gambar mak-mak darasss nih...adeeeiii

RICH COCOA COCKTAIL PUDDING
Resepi Asal : Jun
Sumber : Mat Gebu

Bahan-Bahannya:-
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 camca teh garam
  • 4 camca besar tepung jagung (cornstarch)
  • 4 1/4 cawan air
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 10 g serbuk Jelly Konyakku
  • 3 camca besar mentega

Bahan Lain:-

  • Susu cair secukupnya
  • sedikit air gula (ikut manis masing2)
  • Buah-buahan campuran dalam tin secukupnya


Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan kecuali mentega dalam satu bekas, kacau dengan wisk sehingga semua larut.
  2. Tapis adunan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga hingga bancuhan menjadi pekat. Padamkan api.
  3. Masukkan mentega dan kacau hingga mentega sebati dengan adunan.
  4. Tuang ke dalam acuan kegemaran dan biarkan beku lebih kurang 1 - 1 1/2 jam.
  5. Kemudian boleh dihidangkan bersama susu cair dan buah2an campuran dalam tin...



slurrrppp musim panas-panas nih...adeeeiii x cukup 2 mangkuk lerrr... ^__^

Sunday, September 25, 2011

Nasi Lemak Rintik Pandan & Sambal Jejari Ketam

Assalamualaikum....

Terima kasih kepada yang masih sudi lagi mengunjungi dapur akak ni walaupun tiada entry baru sehari dua nih....sibuk memanjang dan malas nak update pun sama naik....dah penat-penat buat kerja rumah, mengemas segala rasa penat pun menyapa, teruslah landing jawabnya...

Semalam pun pagi-pagi siapkan sarapan dengan paratha puff inti daging n mufin sikit, pastu siap-siap ke Muadzam Shah pulak menghadiri kenduri sahabat yang juga saudara sekampung dengan hb. Kebetulan abanglong pun balik ada nak repair sikit keretanya tuh jadi kami pergilah berempat beranak. Nak dijadikan cerita, salah seorang anaknya tuh aalah kawan semasa kami tinggal di Muadzam dulu dan alhamdulillah, silaturrahim diaorang x putus di tengah jalan. Masihlah berkawan rapat sekarang ni....

Meh la layan nasi lemak biasa-biasa aje nih...masak bila ntah... Cuma kali ni, gatal tangan akak masukkan dengan pewarna pandan setelah nasi kering...hehe. Masa diceduk dan di gaul mesra tu nampaklah rintik2 hijau pandan tu.... jadi letak ajelah nama Nasi Lemak Rintik Pandan. Dimakan bersama dengan sambal jejari ketam (crabstick). Untuk nasi tu just bagi idea pelbagaikan persembahan je laa...nasi lemak biasa2 jek..

Jadi rasanya x perlulah akak bagi resepi kot eh... Sambal tu pun macam sambal-sambal biasa akak masak tu laaa... Kalau rajin scroll carilah eh...xpun masak cara uols k.! Xda apa yg istimewa sangat.

Okay layan gambar-gambar je la eh...berderet menu nak dimasukkan, jadi sah-sahlah gambar2 yang entry selepas ni adalah yang sudah selamat masuk ke perut belaka...maaflah eh...

Kesibukan ini lah yang buat sesekali terfikir dah nak stop blogging....kesian kat uols, masuk-masuk sini duk tengok entry basi jek.,...huhuuu




Sesekali bertukar sambal macam ni....best la kan...Aiman mmg suka sambal crabstick ni..

Nasi lemak mmg favourite org Melayu kita kan...makanlah dengan apapun, mesti tekak x boleh nak tolak...warnalah dengan apapun, kalau rasanya nasi lemak, for sure licin....hehe


Friday, September 23, 2011

Kek Lapis Strawberi Pandan

ASSALAMUALAIKUM...

Okay lah lantaran ada waktu rehat yang panjang sikit tengahari jumaat ni...so sempatlah akak wat entry ni kejap kat rumah ni.... Tp xyah mintak dah la eh...dah habis... Sempat jugak dihidang kepada Hana dan Fmina yang buat sesi terjah minggu lepas...mujur laaa ada kek lapis n puding sikit..xpun makan kuih kering jek la korang... Akak buat kek lapis ni minggu sudah gak laaa...merajin2kan diri nak lepas gian dah lama x melapis.... Sebelum raya mmg x sempat laaa...

Kebetulan bahan nak buatnya pun senang...kek lapis ni xda guna biskut marie kisar pun...so x banyak kerja... Cuma rasanya kali ni sedikit garing masa grill every lapis tuh...seeloknya 5 minit, akak pandai2 pi set 7 minit...hehehe.. Apapun dah banyak hari simpan dlm bekas kedap, ianya lebih moist....sedaaapp.. Jom sapa2 x pernah melapis, kita melapis pulak...mmg thrill jugak dah lama akak x buat kek lapis nih...dulu2 rajin sgt...hehehee, nak mula semula gak ni...ada lagi rasanya nak dibuat...sbb kalau yg beli tu manis sgt...yg ni akak mmg kurangkan gula..so boleh la makan banyak...hehe... Layaaannn

Resepi dari dapur Edazman yang dah lama senyap dan sesekali timbul tu.... Terima kasih banyak Eda, akak C n P je eh....apa khabar la agaknya...belum sempat nak tinggal jejak lagi kat dapur Eda nih..hehe

KEK LAPIS STRAWBERI PANDAN
Resepi: Edazman
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahannya:
  • 250 gm butter
  • 120 gm Gula halus (akak letak 100 gm jek)
  • 6 biji telur
  • 120 gm Tepung Hong kong
  • 1/2 s/b ovelete
  • 100 gm jem strawberi
  • 150 gm kaya
  • 1 peket serbuk santan
  • pewarna merah jambu , hijau , kuning
Cara-caranya:
  1. Pukul butter dan gula hingga ringan.Masukkan telur satu persatu...pukul rata setiap kali telur dimasukkan.
  2. Masukkan ovelete dan pukul lagi.Masukkan tepung dan gaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan jem strawberi dan pewarna merah jambu.
  4. Bahagian 2 dicampurkan kaya dan pewarna kuning.Bahagian 3 dicampurkan serbuk santan dan pewarna hijau.
  5. Alas dasar loyang 7" x 7" dgn kertas minyak yg disapu marjerin.Masukkan 3 sudu besar adunan merah jambu dan bakar sehingga permukaan coklat muda.
  6. Kemudian masukkan 3 sudu besar adunan kuning bakar .Selepas itu masukkan 3 sudu besar adunan hijau dan bakar.
  7. Bakarlah selapis demi selapis sehingga habis.
Sangat sedaaapppp laa wat minum petang..tambahan mmg akak kurangkan gula...so leh melantak byk sikit...kuiii kuiiii
Bayang2 kan aje la masuk moloottt eh....hehe

Thursday, September 22, 2011

Pertemuan Wajib Keluarga Di Aidil Fitri Kedua

ASSALAMUALAIKUM....

Jangan terkejutlah eh...akak masih nak jugak tayang gambar-gambar raya yang dah basi...tp akak ingin maktubkan di sini sebagai kenangan raya untuk tahun ini. dan atas permintaan adik2 dan sepupu2 akak... Kalau sudi silalah baca, kalau x tengok gambar jek., hehe...Acara Perhimpunan Keluarga generasi arwah Elan bin Duamis dan Gayah binti Derais setiap pagi raya kedua Aidilfitri....walaupun baru 4 generasi tapi sudah cukup ramai, orang lain xleh nak masuk dah....setakat 3 gantang beras x jadi apapun... habis kat kitaorang je..hehe. Sebelum ni akak x berkesempatan nak tayang family gathering tahun2 lepas...

Sebenarnya inilah acara wajib setiap hari raya kedua yang dipelopori oleh abah akak, Haji Zaihadi bin Elan bersama dengan adik beradiknya seramai 7 orang yang berada di sekitar Pahang ini kecuali seorang di Perak yang hadir jarang-jarang sekali kerana jauh. Abah dah macam Pengerusi majlis laa...ucapan aluan pun dia, lead majlis yassin dan doa selamat pun dia jugak lah...Amalan ini telah dibuat sejak berbelas tahun yang lalu dan dibuat secara bergilir-gilir dengan mengambil undi rumah siapa yang akan dijadikan tempat perhimpunan bagi tahun berikutnya.

Tahun ini adalah giliran rumah adik abah yang bongsu (Chek iaitu Hajah Salmah bt. Elan) bersama suaminya Tengku Haji Mohd Sazali bin Raja Hamzah bersama anak2 menantunya terpaksa melayan kitaorang semua....kami pun tolong2 jugak laah, tolong makan...hehehe.

Anggaran kaum keluarga yang berkumpul ini adalah melebih 120 orang....riuh rendah satu rumah...hiruk pikuk suara kanak2 riang, kanak-kanak nangis....hahaha...belum lgk suara org tua yg bertempik kat anak2 nakal lgk tuh...adeiii...nasib baik lah lot banglo Chek ni jauh ke belakang sikit dan agak sunyi. Jom layaaannn....Inilah pertemuan paling dinanti dan meriah sakan.... Bertanya khabar sesama sepupu, ipar duai, anak2 sedara, anak2 menantu kepada bapa2 dan emak2 saudara....

Keluarga dan anak menantu Haji Zaihadi sampai paling awal laaa..sebab rumah kami dekat dengan rumah Chek ni...Pak Chek duk sambut tetamu tuh...hehe
Khemah yang disediakan untuk acara makan2 nanti....japi tunggang langgang la tu.. Tuan rumah siap cater nasi minyak, opor daging, dalca, ayam goreng, satay, tembikai ntah apa2 lgk...hehe

Bz nya Pak Engku sorang nih...sebelum acara bermula tuan rumah hidangkan kuih2 raya dan jus limau, macam2 kuih ada...
Sementara menunggu kaum keluarga lain sampai, mana yg dah ada tu duk bersembang, bertanya khabar, bergurau senda....riuh sungguh, yg dalam rumah satu bab, yg luar rumah satu bab...
Tu diaaa...Haji Zaihadi dah siap bagi ucapan dan mintak semua bersedia untuk bacaan yassin dan doa selamat dan mohon agar bacaan ini disedekahkan kepada arwah yang telah tiada, Abah baca doa dengan penuh kesedihan, teresak2 mengenangkan ibu dan ayah abah yang telah tiada. Untuk majlis Yassin dan doa selamat xda gambar loolll....ek elee, ya la kan...photographer pun baca gak...lupa nak suh yg xleh baca amik gamborr...

Haa kaannn....selepas aje majlis doa selamat, makan2 time laaaa...hiruk pikuk...lintang pukang pinggan dan gelas...hehehee...dapat makan sume senyap... :) Lepas ni ada acara lgk laaa...

ngeeeee....posing bersama sepupu sepapat...

Acara sukan ringkas pulak berjalan....dart dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak...

Yang xda acara apa2...ada yg duk lepak sembang-sembang...xpun tengok je laaa...gelihati pelbagai ragam..ada yg usik mengusik, bertepuk bertampar haaa...

Kat luar rumah, acara dart dewasa lelaki lak....amboooiii...ambooiii, sapa juara ni? Jangan terkezuuutt dgr nnt tau...Tp abah kita sporting abis, dia saja2 jek join...hahahhaa

Sambil-sambil tu ada yang sudi menghulur duit raya untk kanak-kanak jugak...eh gambar tokki hulur xda snap ke abglong? ngeee....

Seterusnya, acara penyampaian hadiah.....huk alaahhh, abah kita juara dart lelaki dewasa ha koooo....amik nak...wat malu jek anak menantu jantanzzz kalah...hahahhaa. Tuan rumah jugak dengan ikhlas hati memberikan cenderamat kepada setiap pasangan yang telah berkahwin, ini mmg acara wajib gak...weeee batik Noor Arfa lagik...tq Pak Chek n Chek...hehe

Sambil acara berjalan....kutipan derma kilat untuk Tabung Keluarga Elan berjalan....dan untuk hari tu, kami berjaya mengumpulkan sebanyak RM2,400++ kalau x silap, lebih kurang laa...Pak Chek sebagai Bendahari telah membentangkan jumlah dicampur dengan baki tunai di bank menjadikan RM5,000++. Abah dengan gembiranya mengumumkan jumlah tersebut. Alhamdulillah...begitulah setiap tahun... Dan wang tersebut jugaklah digunakan untuk membantu ahli keluarga yang susah, bantuan belajar, hadiah kecemerlangan peperiksaan dan sebagainya...

Melalui wang yang dikumpul setiap tahun, telah banyak juga dihulurkan/digunakan untuk ahli keluarga yang susah. Ya laa, kalau kita nak sangat berbuat baik, buat baik kepada ahli keluarga yg memerlukan dulu kan... Perancangan tahun ini, sebahagian kutipan akan disumbangkan kepada rumah anak2 yatim yang akan dipilih nnt...insyaAllah.

Akhir sekali tibalah masa untuk pulang....selepas bersalaman dan bersalawat, kami pakat balik pulaklah, masa ni dah jam 2.30 petang...masing2 bersolat jemaah pulak di masjid berdekatan.

Tanpa muka2 yang tak berdosa dan penuh sabar ini, majlis xkan semeriah dan sehiruk pikuk sangat kan...so mereka lah yang kita rai dan harus hormati..sebab kanak2 inilah menceriakan segalanya...

Penghargaan kepada abah sebagai pelopor acara wajib ini, mengajar dan mengingatkan kami semua akan pentingnya ukhwah dan kasih sayang ini dibajai....yang telah tanpa gagal mengendalikan majlis sebegini saban tahun dan kepada Pak Chek dan Chek sekeluarga diucapkan ribuan terima kasih atas susah payah menyediakan hidangan dan hadiah2...walaupun ringkas tp meriah....Penghargaan juga kepada semua bapa2 dan ibu2 saudara yang sudi menguatkan kudrat walaupun uzur untuk hadir ke pertemuan mulia ini...Semoga Allah merestui dan mengakrabkan hubungan kita semua...amiinnn...Jangan lupa tahun depan rumah Ayah Alang di Felda Sg. Nerek lak eh....sampai jumpa lagik! ^___^

Dan akhirnya. untuk arwah tok Elan bin Duamis dan arwah opah Gayah binti Derais serta arwah sanak saudara terdekat...Al Fatihah..


Wednesday, September 21, 2011

Mixed Fruits Yogurt - Nyamannya Masuk Tekak

ASSALAMUALAIKUM.....

Alahaaaiii mata akak dah ngantuksss niiii...tp gagahkan jua untuk entry ni... Hari ni rasa penat teramat, x tau la nape....nak kata kerja kat ofis byk sgt tak laaahh...kerja kat rumah pun biasa2 jer.... Ni baru jek lepas melipat kain 2 raga, habis akak basuhkan segala cadar n comforter bilik anak-anak dara dan juga abanglong punya....pastu melipat kain baju dan menyusun segala... Ni lah baru dapat hadap sekejap... Mmg dah rasa nak zzzz jer ni... So xnak bebel panjang.... Jom sejukkan mata dan kalau dapat bayangkan masuk ke tekak tu alhamdulillah laaa..kalau x, mintak maaf la yea...

Resepi idea dari Chef Hanieliza yang muncul dalam segmen Santai Masak di tv Al-Hijrah pada hari Ahad 2 minggu sudah kalau x silap... Resepi ni memang xda sukatan apapun, just main taraaaamm jek ikut tekak kita....tp bestnya komaiiiinnn....bergantung kepada buah2an jugak laaa... Akak adjust ikut stok apa yg dapat kat kedai....hehe... Apapun thanks to kak Liza sbb bagi idea nih...sesuai gak untuk dessert di rumah2 terbuka....asyik makan lemang ketupat jerk, jom layan buah pulaksss eyyyy...hehe


MIXED FRUITS YOGURT
Ilham dari : Chef Hanieliza
Diolah : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-

- 1 biji epal merah besar
- 2 biji buah kiwi
- 15 biji buah strawberi segar
- buah anggur hijau (tanpa biji)
- buah anggur hitam (tanpa biji)
- buah peach - x da stok
- buah betik (yang mengkal) - x letak pun
- buah mangga (masak mengkal, jgn ranum sgt) - x letak
- 2 - 3 cawan yogurt perisa buah (akak guna perisa blueberi)
- 1/2 cawan choc chips atau 1/4 cawan choc rice (akak guna choc chips Hersheys)


Cara Menyediakannya:-
  1. Kupas (mana yang perlu dikupas), basuh dan toskan.
  2. Potong dadu kesemua buah-buahan, kecuali anggur. Letakkan di dalam bekas sesuai
  3. Tuangkan saja yogurt perisa buah-buahan secukupnya/ratakan.
  4. Taburkan dengan choc chips atau choc rice secukupnya/ikut suka. Sejukkan. Sedia untuk dihidang.

sangat sedap dinikmati di musim panas nih...sesuai juga untuk rumah terbuka di hari raya ni...

Teringin tak? Best gilosss ^_____^

Tuesday, September 20, 2011

Ikan Kerisi Tempoyak Pekat & Kacang Panjang

Assalamualaikum....tengahari ni akak kongsikan menu ikut tekak lepas-lepas raya ni laaa.. Tapi lauk ni masak 2 3 hari lepas dah...hehee... Biasalah akak kan...entry terlewat selalu...hehe... Nasib nak jugak letak, kang kalau mood lepak2 jek datang..mau berbulan lak baru tayang...kan.

Okay, lauk yang memang cukup menyelerakan....selalu kalau masak tempoyak akak mesti guna ikan sungai/air tawar, tp kali ntah laaa sebelum masak tu terbayang2 jek nak makan ikan kerisi gulai tempoyak pekat2 camni...hehee... Kacang panjang tu just nak habiskan stok je laa...timun taun xda...

Biasanya kalau masak tempoyak ikan sungai, mmg akak x gunakan bawang pun. Kali ni guna ikan laut, akak letak laaa...cuma x letak daun kesum....nak rasa betul-betul tempoyak punya gulai...hahahaha... Apapun, hb mmg puji habisss...duk hirup2 lagik kuahnya tuh...adeeeiii. Katanya melekat sedap kat tekak...hahaha...Jom layan resepi sangat mudah tp dijamin sedap...ngeeeee ^__^...selamat mencuba...!

IKAN KERISI TEMPOYAK PEKAT & KACANG PANJANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan tenggiri sederhana besar - cuci dan bersihkan, kerat 2.
  • * 8 tangkai cili padi
  • * 1 tangkai cili merah
  • * 3 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 2 inci kunyit hidup - bahan * ditumbuk halus
  • 5 sudu besar tempoyak - dikisar dgn 1/2 cawan air
  • 1 - 2 keping asam gelugor (ikut kemasaman tempoyak)
  • 3 cawan air
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 6 urat kacang panjang - dipatah2 3 inci pjg
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk serta tempoyak yang dikisar tadi dan masak hingga naik bau dengan api sederhana.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Terus masukkan ikan dan asam gelugor. Reneh dengan api perlahan.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan seimbangkan rasanya bila ikan masak.
  5. Masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan.

Monday, September 19, 2011

Oreo Cheesecake - Memang World You..!!


ASSALAMUALAIKUM.....SALAM RINDUUUUUU... ^____^

Waaaah rasa lamanya x bersiaran...tak tahu la kenapa....mood nak mengupdate ke...mood nak berblogging ke....yang dah hanyut ke laut kata orang.... Terasa sungguh macam x amik kesah je bila lalu lalang kat depan dapur alam maya nih.... Bukanlah tak masak....masak sangaaattt dan amik jugaklah gambar.....tapi punyalah malas nak transfer dan edit segala....adeehhhh, adakah ini tandanya akak dah mula nak beristirehat lama.... Tapi sesekali rasa rindu datang menerpa....huhuuu....rajinkanlah jugak sebab dah berderet gambar2...termasuk lah Oreo Cheesecake (OCC) yang terkuning sikit permukaannya ni sbb lupa nak tutup dengan alluminium foil masa bakar nih!!

Ni untuk tatapan je la eh...Sebenarnya akak buat ni masa anak-anak nak balik ke U last week lagi dah...dapatlah seloyang bulat 7 inci bahagi pulak 4 bahagian - 1/4 bahagian masing untuk Abanglong, Najwa dan Najiha bawak balik, kat rumah ni pun tinggal 1/4 untuk Aiman dan abahnya...akak ngap jugak la sikit.... Tapi sebab dah lama sangat x buat ciskek...sekali makan, terasa world betuiiiii!!! Najiha balik ke hostel makan terus malam tu sbb xda esbok nak simpan...siap mesej kat akak "mak punya ciskek ni memang best in the world"...hehee, tu diaaa...! Tapi akak pun tetiba jek bila makan, rasa sedap sangat pulak....rasa x cukup sejuring...nasib baik kuat iman lagi...hahaha... xpalah, sesekali kaaann...

Resepi asal Jthorge, akak terjumpa dan pertama kali try oreo ciskek nih, terus jatuh ceeenttaaaa yooouuu..! It's a keeper to me...Meh akak paste sekali lagi resepinya...


OREO CHEESECAKE
Resepi Asal: Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus (akak ayak jugak)
  • 1/4 cawan butter - cairkan.
Bahan Filling:-
  • 16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese - lembutkan (biasa akak gunakan jenama Philadelphia)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor - buang tali pusatnya
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-
  1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
  2. Masukkan sour cream dan pukul sebati.
  3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
  5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. (Cara akak - setelah setengah jam waktu membakar, tutup permukaan ciskek dengan alluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning - kali ni akak terlupa nak buat step ni...dah la terlebih kuning tu..hehe..)
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi.
Memang world...!!! Rasa x cukup sepotong pulak..hehe