Tuesday, April 29, 2008

Rendang Udang Galah

Haa..yang ni pun udang galah dari Pasar Tani gak, x puas makan udang Rompin dulu.. maheeiinyaaa RM30.00 sekilo!! Nsb x selalu tekak nk makan udang..hehe.. balik keje semalam terus masak tuk makan malam tadi...aduhai resepi Mat Gebu ni memang sedap weeeee..my family puji sedap tau..x caya try lee..Mat, tk byk2 ek..Lain kali nak masak ketam lak camni...

Bahan:-
600 gm udang galah
3 helai daun kunyit - hiris halus2
1 camca besar gula melaka
garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 camca besar kerisik

Bahan kisar:-
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
3 biji buah keras
3 biji cili merah (*ummi tambah 3 biji cili padi lg)
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

Cara Memasak:-
Udang dibersihkan dengan asam limau, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum dengan api sederhana. Masak hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula, kerisik dan sedikit garam, gaul rata. Bila mendidih, masukkan asam gelugor dan udang. Gaul rata biar kuah agak pekat. Seimbangkan rasa. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Tutup api. Terpulang samada suka kuah kering atau lembab pekat sikit. Ummi suka lembab sikit untuk gaul kuahnya dengan nasi...emmm best!!

Ikan Krai Masak Tempoyak

Emm pergi Pasar Tani baru ni leee...gila2 tengok ikan sungai, lama dah x makan ikan krai ni..ikan mahal sikit, ori dari Sg Pahang..RM16 sekilo tau, x padan dgn kecik..tapi lagi sedap dari ikan patin tau..cuma...byk tulang laa, x mcm patin..tu pasal isi dia lg manis (mcm ikan parang kan..byk tulang, tp sedap!)


Bahan:-
1 ekor ikan Krai (cuci dgn asam limau, basuh dan kerat 2)
1/3 cawan tempoyak
6 biji cili padi - tumbuk
1 inci - kunyit hidup - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
7 - 8 tangkai daun kesum
1 keping asam gelugor - optional (ummi guna tempoyak baru, so kurang masam)
1/2 batang timun - kerat memanjang lebar 2 in.
bunga kantan (* ummi xda ni, lupa nk beli..)
air secukupnya
garam


Cara Memasak:-
Campurkan sume bahan kecuali ikan dan daun kesum ke dalam periuk dengan 1 cawan air. Didihkan sebentar. Masukkan timun, dan daun kesum. Biar sebentar dan masukkan ikan dan tambah air sedikit lagi..biar kuah sedikit pekat, lebih sedap. Bila mendidih, seimbangkan rasa dan angkat.

Sayur Lemak Kuning Pucuk Geli-Geli..???



Ahad baru ni ummi pegi pasar tani, ada sorang makcik tu suruh ummi try masak sejenis sayur ni..bila ummi tanya apa nama pucuk ni, dia kata Pucuk Geli-Geli, serumpun dengan pucuk paku jugak..nak gelak pun ada...ada sesape yang tau ke or penah makan pucuk ni??, x penah dengar pun nama sayur ni...hubby kata nak try amik la seikat..so ummi pun beli la n try masak semalam..emmm kalu nk dibandingkan dengan pucuk paku memang pucuk paku lg manis, yang ni rasanya ada sikiiiit je kureng dari pucuk paku..boleh laa..tu yg sonok pi Pasar Tani ni kan, macam2 benda pelik leh jumpa..hahaha. Ummi masak lah sayur lemak kuning ni..

Bahan:-
1 ikat pucuk geli-geli (*geli hati lak lg..) - kikis sikit duri2 kat btg tu..
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4 biji cili padi - tumbuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1/4 cawan ikan bilis - tumbuk
garam

Cara Memasak:-
Potong pucuk sayur lebihkurang 11/2 inci menyerong dan ambil setakat bahagian yg lembut je. Basuh seperti sayur paku. Campurkan bahan2 lain kecuali santan pekat. Masak hingga mendidih dan baru masukkan pucuk geli-geli (*aih nak suka je nyebutnyaaa..). Kacau dan masukkan garam secukupnya. Bila mendidih masukkan santan pekat, kacau hingga agak mendidih. Tutup api. (*pucuk ni memang cepat sangat masaknya..)

Sunday, April 27, 2008

Kek Lapis Pandan Prune



Teruja tengok kek lapis kat rumah mat tu..cam sedap jek! Emmm memang sedap pun...dulu2 penah wat sekali kek lapis asam hawflakes tu...ni dah terkena demam org pakat2 melapis belaka..hehe..Tq Mat..ummi letak sunsweet prune je kat tengah tu..

Bahan:-
300 gm mentega
250 tepung hongkong
250 gm gula halus (ummi pun guna 200 gm je)
200 ml susu sejat (*)
1/4 cawan air (*) - disatukan
1 paket santan serbuk
10 kuning telor
4 putih telor (gred A)
1 1/2 camca besar ovallete
1 camca teh pandan paste
buah prune secukupnya - belah 2

Cara-cara:-
- Putar mentega hingga putih, ketepikan. Dalam mangkuk lain, putar gula dan ovallete hingga bergaul dan masukkan kuning dan putih telor dan pukul hingga kembang.
- Satukan tepung bersama santan serbuk, gaul rata. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Masukkan mentega dan pandan paste. Gaul rata dan sebati. Ketepikan.
- Panaskan oven pada suhu 175C, gunakan fungsi "grill". Lenser tin berukuran 8x8x3 in dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Kemudian sudukan 5 sudu besar adunan kek ke dalam tin, ratakan dan grill selama 5 minit atau hingga kekuningan. Kemudian keluarkan dan tekan2 dengan penekan kek lapis dan sudukan 5 sudu adunan lagi, ratakan dan bakar lg. Buat hingga 4 lapisan.
- Pada lapisan kelima sudukan adunan dan letak buah prun. Kemudian diikuti lagi 4 lapisan kosong dan yang kelima letak lg buah prun. Buat hingga habis dan pada lapisan terakhir pasang api atas dan bawah dan bakar lebih kurang 15 minit.

Vanilla Blueberry Cake


Resepi asal dari Alex Goh, ummi tgk kat rumah Rinnchan...tk Rinn for sharing this recipe...ummi buat dua kali ganda dari resepi asal ni...sebab nmpak sikit je yg asal tu..hehe


Bahan:-
(A)
3 biji kuning telor
20 gm gula halus
100 gm tepung gandum - ayak
50 gm mentega - cairkan
1 sudu teh esen vanila

(B)
3 biji putih telor
100 gm gula halus


(C)
Blueberry filling dan whipping cream.


Cara Membuat:-
Pukul kuning telor bersama gula halus hingga sebati dan kembang. Ketepikan. Dalam bekas lain, pukul pula putih telor hingga kembang dan kental. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental dan bertanduk (soft peak). Masukkan adunan putih telor ke dalam adunan kuning telor. Gaul sebati. Kaup balikkan tepung gandum, lakukan sekadar sebati, jangan terlebih pukul. Kemudian masukkan mentega cair dan kaup balikkan dengan esen vanila. Tuang ke dalam loyang yang telah digriskan dan dilapik dengan baking sheet. Bakar selama 25 minit atau hingga permukaan atas kekuningan. Bila kek telah sejuk, keluarkan kek dari acuan dan potong kek kepada 2 bahagian. Sapu dan lapiskan dengan blueberry dan whipping cream ditengah2nya. Boleh juga dihias di bahagian atas kek. (*ummi x buat pun..hehe)

Pari Asam Pedas Pekat

Menu tengahari semalam....terasa lak nak makan ikan pari...

Bahan:-
1/2 kilo ikan pari - kerat ikut suka
15 tangkai cili kering - rendam dan kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci lengkuas - ketuk
8 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan - belah
10 ulas tomato ceri
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu kecil gula
4 sudu besar minyak masak
3 cawan air
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar dan perlahankan api..Kacau dan masukkan lengkuas. Kacau lg biarkan hingga naik minyak. Masukkan air dan biar mendidih. Masukkan air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum. Kemudian masukkan ikan. Renehkan ikan dengan api sederhana. Bila kuah agak pekat, perlahankan api biarkan sebentar hingga kuah naik minyak. Letak tomato ceri dan tutup api.

Meehoon Singapore Lagi..!

Ni menu pagi semalam, dah penah wat ni dulu, tgk kat entry lama y...sama je lah bahannya alebih kurang..adjust je bahan2 n sayuran apa nk taruk dalam tu ek..

Tag dari Yat, Kakpah, Intan dan Eda..

Emm ada lagi tag ek..banyoooknyaaa la weiii....Tk pada Yat, kakpah dan Eda...so ummi pun nk link juga Linky Love dari Homesweethome ni sebagai balasan...

This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!
Do not delete any of the links and be honest to yourself! =p
************************************************************
BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,McTa ,manje ,nitta, yatt, ummi,

next
The lucky 12 person that I am going to tag is :

kak-e, cikwan, SL, KakmOn, mamasya, joayee, intanrosnita, princessharyati,
jun, dayang, zaliana, ctnik

(sudilah terima semula frame HomeSweetHome dari ummi semula ya...gantung la kat mana yang patut dan terima kasih pada yang sudi terima hadiah x seberapa ni..)
****************************************

Tag Dari Ctnik




Emm..puas juga nk menyudahkan tugasan dari Ctnik ni...bz memanjang, hari ni la baru boleh sikit nak mengadap laptop ni..So, tengok2 lah apa yg ada kat bwh porch kak ummi ni ya Ct..tu je laaa yang adanya..tu pun ada yang hidup segan mati x mau...wakakakaaa...! Macam pokok pandan tu...sebenarnya dh byk kali cuba tanam..yang ni lah baru nmpak gaya nk duduk kat dunia ni..asyik mati je..hehe..tangan panas kot!! Kat rumah ni xda sgt pokok berbunga..bnyk yang hijau2 je...pokok2 kari, kunyit, selasih n pegaga tu hubby yang tanam..hehe..ummi suka tanam pokok bunga hijau2 gitu jeee....hiks!!




















Thursday, April 24, 2008

Choc Chips Muffin Kakliza


Rasa dah lama x buat muffin, ada yg dah mula sebut ni haaa...so try pulak resepi dari Kakliza...tima kaceh ya...x kurang sedapnyaaaa..

Bahan A:-
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar
2 biji telor (pukul sikit)
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
3 cawan tepung gandum *
1/2 cawan serbuk koko *
2 sudu kecil baking powder *
1/2 sudu kecil soda bikarbonat * (*ayak bersama 2x)
2 cawan gula perang

choc chips secukupnya (*ummi guna 1 cawan)

Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 190 C selama 10 - 15 minit. Sediakan muffin papercup dan letak loyang muffin. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaul rata. Satukan bahan A dan masukkan ke dalam bahan B, kacau rata guna whisker. Jangan terlalu lama, biar elok sebati je, ok. Sudukan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan choc chips atas adunan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 18 - 20 minit. Sejukkan atas redai..

Honey Chicken With 5 Spice Powder

Hari ni jalan-jalan kat dapur Gert, ternampak resepi ni..cam sedap je..ayam pun ada dalam fridge, dah x tau nak masak apa2 yang simple, so ummi try ni..Hubby kata memang sedap, tq Gert.

Bahan:-
500 gm daging ayam - kerat kecil2
1 ulas bawang putih - cincang
4 ulas bawang merah - hiris
2 inci halia - hiris halus
3 biji cili padi - cincang
5 tangkai cili kering - potong dan rendam

Bahan perap:-
1 sudu kecil rempah lima
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cuka

Cara Memasak:-
Ayam yang telah dibersihkan digaul dan diperap selama sekurang-kurangnya 1 jam. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili, kacau sebentar. Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan kacau sebentar beberapa minit. Tutup ayam dan masak sambil dikacau sesekali hingga agak kering dan ayam benar2 masak. Angkat dan hidangkan.

Ikan Rebus Belimbing Buluh

Resepi simple, sesekali pekena dengan nasi panas2 fuhhh..menghirup kuahnyaa..aduhaiiii..

Bahan:-
1 ekor ikan sederhana besar (*ummi guna ikan kerisi)
4 biji cili padi - ketuk sikit
1 biji cili merah - belah
2 ulas bawang merah - hiris nipis
1 ulas bawang putih - ketuk/cincang
5 biji belimbing buluh - belah 2
1 cm lengkuas - hiris nipis
1 inci kunyit hidup - hiris nipis
1 batang serai - ketuk
sedikit serbuk kunyit
3 cawan air
garam

Cara Memasak:-
Tuang air dalam periuk, masukkan sume bahan kecuali ikan dan belimbing. Masak hingga mendidih sedikit, masukkan ikan dan belimbing. Masukkan garam. Biar mendidih lagi, seimbangkan rasa. Tutup api.

Tuesday, April 22, 2008

Kari Ayam Nyonya - Ready-made Paste * _ *


Ni saja je ummi nak try resepi dari ready-made/ready-to-use paste ni..hari tu masa lunch break, ummi pergi Cold Storage ternampak la paket ni, so igt kalu time bz or nak bersenang lenang sesekali, pakai ni jelah..emm not bad...taste good actually..nnt ummi letak resepi ikut paket n ada ummi tambah bahan sikit..
Bahan Dlm Bungkusan :- serbuk kari daging, daun kari, cili giling, bawang putih, bawang merah, halia, minyak sawit, asam jawa, santan dan air.
Jadi ummi tambah 100 ml air dan 1 sudu kecil serbuk ketumbar serta garam secukup rasa. Itu saja..siap..!! senang kerja ku..hehe

Sambal Tumis Telor Puyuh

Emmm ni dah habis idea nak masak dah ni...k, resepi later k, sorry..

Ikan Goreng Berempah

Sori la ummi letak gambar je lah ikan ni, goreng bese je, taruk rempah sup n rempah kari sikit, tumbuk bwg putih, garam n kunyit, gaul n perap setengah jam..goreng..siap..k

Sunday, April 20, 2008

Puding Karamel Lapis Coklat

Ni lah favourite seisi rumah, tambah2 hubby n Najwa..memang suka sangat2 makan ni karamel ni..kali ni amik resepi dari rumah Maklang Azie yang terkenal itewwww....sedapnya...sejuk tekak aihhh! Tima kasih byk2 ya Maklang..
Bahan:-
(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:-
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi). Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga maska. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

Double Chocolate Doughnut

Resepi kutip dari geng di MR ni...emm boleh tahan..abang long ada duk cuti kat rumah ni..emm dia suka sgt leee...

Bahan:-
1 biji telor
50 gm gula halus
4 sudu besar susu segar
80 gm tepung naik sendiri
(*kalu guna tepung gandum tambah 1 sudu kecil baking powder)
30 gm serbuk koko
50 gm coklat masakan (white choc/milk choc)
minyak menggoreng secukupnya
kelapa kering secukupnya

Cara Membuat:-
Ayak tepung bersama serbuk koko. Masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan susu, telor dan gula, kacau hingga sebati. Panaskan minyak, cedok adunan dengan sudu kecil (ummi guna sudu besar, hehe) dan masukkan ke dalam minyak. (gunakan 2 sudu untuk tolak adunan ke dalam kuali seperti menggoreng jemput-jemput) . Gorenglah hingga masak. Kemudian cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler. Bila telah cair, oleskan donut dan salut dengan kelapa kering. Siap untuk minum petang..

Nasi Lemak Hijau


Sarapan di pagi minggu ni dengan Nasi Lemak Hijau resepi dari rumah jejaka kesayangan chef2 kat sini, sapa lg...Cik Mat Gebu kita laa..nasib nasi ni pun x gebu...Memang sedap sangat...hubby puji lagi, kembang kempis akak...Mat, tima kaceh byak2 kongsi resepi...wpun akak x guna beras basmathi, dah habis stok...guna je beras biasa, tapi still sedap nasi ku, wallahh!!...hehe..kena cara masak gak ni n adjust santan betul2 tau...kalah basmathi..ahaks!! Ummi makan dengan sambal udang kat bawah tu..Tengok resepi asal ek..
Bahan:-
4 cawan basmathi - cuci dan rendam 20 minit, toskan.
1 biji kelapa - ambil santannya.
10 helai daun pandan - kerat halus dan kisar
1 cawan air - untuk dikisar dengan daun pandan
(*ummi tambah 1 sudu kecil pandan paste)
2 batang serai - dititik
1 helai daun pandan - simpulkan
1 inci halia - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
5 ulas bawang merah - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis *
1 kuntum bunga lawang *
5 kuntum bunga cengkih *
3 biji buah pelaga * (* bahan rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam
garam

Bahan sampingan:-
Timun/Tomato ceri
Telur dadar/telur rebus
Ikan/Ayam goreng

Cara Memasak:-
Beras diletakkan dalam rice cooker. Perah kelapa dengan air daun pandan yang dikisar tadi secukupnya. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan rempah, halia, serai, bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan santan secukupnya mengikut sukatan/jenis beras. Tambah garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan tuang santan ke dalam rice cooker. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masaklah nasi seperti biasa. Hidangkan dengan lauk/sambal kegemaran.

Sambal Tumis Udang

Hari ni masak sambal tumis udang untuk breakfast dengan nasi lemak hijau ni...emmm my kids memang le suka sangaaattt masak udang camni, asal pedas je, licin..hehe

Bahan:-
1/2 kg udang sederhana besar - bersihkan
20 tangkai cili kering - kisar
15 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1/4 cawan air asam jawa
1/2 bulatan gula kabung
2 sudu besar gula pasir
1 labu bawang besar - potong bulat
1/4 cawan air
garam

Cara Memasak:-
Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam, goreng sekejap..Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, perlahankan api. Kacau hingga cili pecah minyak. Masukkan air asam jawa, gula kabung dan gula pasir. Kacau lagi. Bila agak pekat, masukkan sedikit air. Biar sikit pekat lagi, masukkan udang dan garam. Kacau rata dan perlahankan lagi api. Biarkan kuah naik minyak...tutup api.

Saturday, April 19, 2008

Salad Buah-Buahan

Salad ni saja je ummi nk perabihkan buah-buah dalam fridge...my kids ni kalu x kupaskan buah2 emmm...pakai kecut le buah2 tu..hehe..xyah resepi la ek..ni campur je plain yogurt (perisa pun boleh) dan letak sikit mayonis...gaul2 je..ngapp, ngapp...

Apam Lapis Kukus


Resepi dari Hajar FP...sedap. Ummi buat malam, gebu sampai ke pagi Ahad...

Bahan:-
4 biji telor
1 sudu teh ovallette
1/2 sudu teh esen vanila
300 gm gula kastor
250 ml susu segar
300 gm tepung gandum *
1/2 sudu teh baking powder * (ayak bersama)
Sedikit pewarna merah + perisa strawberri
Sedikit pewarna hijau + pandan paste
Serbuk koko/emulco paste

Cara Membuat:-
Pukul telor bersama ovallette hingga kembang/gebu dan putih. Masukkan esen vanila dan gula, pukul lagi. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar sambil terus dipukul adunan. Bahagikan adunan kepada 3 dan dititiskan pewarna, merah, hijau dan koko. Masukkan ke dalam loyang...lapisan pertama tuang adunan koko. Kukus selama 5 - 10 minit. Bila permukaan adunan agak mengeras, tuang adunan hijau pula...kukus lagi. Akhir sekali tuang adunan merah dan kukus lama sikit selama lebih kurang 30 minit.
(*Nota: jika tiada ovallette, boleh gantikan dengan Quick 75 atau gantikan tepung gandum dengan tepung kek/tepung naik sendiri.

Spaghetti ala Carbonara

Resepi ni ummi terjumpa kat rumah Zaliana, nampak simple n sedap. Tapi ummi pun dah adjust dengan bahan yang ada kat rumah..Resepi asal Za ni guna pasta dan xda sukatan pun..ikut suka..hehe

Bahan:-
1 paket spaghetti - rebus hingga lembut dan toskan.
4 ulas bawang putih - cincang
2 keping dada ayam - hiris kecil
5 biji telor - pukul sikit
2 1/2 cawan susu full cream
2 cawan parutan mozarella cheese
1/2 cawan cream cheese
1/4 cawan parutan parmesan cheese
1/2 cawan cendawan butang - (*ni ummi tambah)
3 sudu minyak zaitun
sedikit serbuk daun parsley
sedikit serbuk lada hitam

Cara Memasak:-
Dalam periuk panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan masukkan ayam. Kacau hingga ayam separuh masak. Dalam bekas lain campurkan telor, susu full krim, mozarella cheese dan cream cheese. Kacau rata. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan sedikit lada hitam dan serbuk daun parsley. Kacau dan biarkan mendidih. Tutup api. Letak spaghetti ke dalam pinggan dan tuang kuah ke atasnya.

Thursday, April 17, 2008

Rose Swiss Roll


Resepi dari Mamafami ni, ummi buat semalam atas permintaan hubby dan my kids laaa...letak pict dulu ek, nanti ummi letak resepi, ngantuk aarr, malas dah nk taip resepi..Tk Mamafami...sedap betul cam kat kedai tu..tp ummi x letak whipping cream..lebih prefer letak filling blueberry n strawberry lagi...Ok ni resepinya k.
Bahan:-
3 biji telor - asing kuning dan putih
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan tepung kek - ayak
1/4 cawan tepung jagung - ayak
2 sudu besar susu panas
1 sudu besar butter - cairkan
1 sudu teh esen rose
beberapa titis pewarna merah
100 ml whipping cream - pukul hingga soft peak (*ummi x guna filling ni)
Cara Membuat:-
Pre-heat oven pada suhu 180C. Pukul putih telor hingga gebu bertanduk (soft peak). Masukkan gula, terus pukul lagi hingga gebu dan kembang. Tambah kuning telor sikit-sikit, pukul sebati setiap kali masukkan teor. Perlahan-lahan tuangkan tepung dan susu, gaul rata. Masuukan butter dan gaul sikit. Tambah pewarna dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang yang telah digris dan dialas. Bakar selama 8 - 10 minit Bila masak, biarkan sebentar dalam tin selama 5 minit. Keluarkan dari tin dan sejukkan atas wire rack. Terbalikkan atas towel basah dan kerat bahagian tepi kek. Sapu krim dan gulung kek rapi. Potong bila menghidang.

Ikan Kerapu Sweet Sour Bermangga

Resepi kegemaran seisi keluarga...masak bese2 je tapi kali ni letak buah mangga yang sedang2 nak masak tu...selalu letak nanas kan...tukar2 la pulak..hehe

Bahan:-
1 ekor ikan kerapu
8 biji cili padi - hiris halus
1 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu (*boleh juga ganti gula)
1 sudu kecil cuka
1 cawan isi mangga yg diracik halus
sedikit garam

Cara Memasak:-
Ikan dibersihkan, digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan salut dengan sedikit tepung jagung. Goreng hampir garing dan angkat. Ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan segala sos, madu dan cuka. Gaul rata, masukkan sedikit garam. Masukkan mangga dan kacau sekejap. Tutup api dan tuang atas ikan tadi. Siap..

Daging Goreng Kunyit (2)

Alaaa yang ni memang resepi orang bermalasan cam ummi ni haaa..hehe..dah bese wat daging goreng ni kan, tapi kali ni ummi jez tambah serbuk rempah sup nak bagi perisa sikit...saja je nak letak sini, tak yah resepi la ek..senang je ni..