Thursday, August 30, 2012

Beraya Ke Sedenak Lagi, Thanks Mat dan Azlita

ASSALAMUALAIKUM.... Salam hari raya dari Sedenak....hehehee

Tadaaaa....bestnya makan laksa johor, makan soto tangkap leleh, jumpa Mat yang sekepala otak dengan akak, jumpa wanita manis anggun Azlita @ Masam Manis yang sedang meletups2 blognya tu...weee sopanzznya dia kan Mat.... Akak punya protokol habis lari bila dah jumpa Mat tau...hahaha...

Okeh ni la cerita serangan dari Kuantan ke Sedenak Sabtu (25 Ogos 2012) baru-baru ni...pertemuan bukanlah dirancang sangat. Sebelum bercuti raya, akak ada bagitau Mat yang akak akan datang sekeluarga ke Sedenak sekali lagi...saja nak dera Mat masakkan tuk akak.. Kebetulan, anak2 dara akak pun bila akak saja-saja sebut sebelum balik raya hari tu, nak pergi Sedenak, diaorg siap cakap, ha jom...jom...naaakkk...naaakk pergi...hehee. Tapi x dapat jugak pergi kesemuanya, abanglong dengan janji ke rumah2 terbuka kawannya, Aiman pun...adeeiii.

Jam 10.30 pagi akak bertolak dan sampai ke halaman rumah Mat jam 2.30 petang. Bila bagi salam dan masuk je ke rumah, Azlita serta suami dan anak dara ciliknya Dalili dah ada. Terima kasih sangat sebab sudi datang dan gembira sangat dapat jumpa Ita. Agak pemalu orangnya tapi ramah sopan gitu.. Suami Ita pun rancak berbual. Lepas salam dan peluk cium makYah jugak Ita, duk bertanya khabar sekejap, Mat dah ajak ke meja makan... Waaah perut mmg simpan kosong dari Kuantan nih! Hehehee...

Inilah dia Azlita yang dapat juga akak bertemu mata akhirnya..seronok bersembang dan bertukar-tukar cerita dan tips mengenai blog, photography Ita yang class, citer family dan macam-macam lagik....sambil makan2 lerrr... Mat macam dah terkedu tengok akak je banyak cakap, ko diam eh Mat...akak datang dari jauh, kasi akak cakap banyak...hahahhaha, kasi peluang nak beramah tamah lebih sikit ek...

Sambil makan, sambil sesi bergambar tangkap muat jer...Najwa yang banyak tolong snap gambar2 ni...tengok gambar,boleh laaa....baik ada dari xda kaan...hehe.. Tqq kak ngah..! Anak2 dara akak pun ambil peluang bergambar dengan Dalili dan radio antik Mat tu ha... Mak2nya sibuk nak bergambar dekat koleksi pinggan mangkuk Mat tu ha...hehe

Ni lah gayanya...sambil makan sambil borak dengan Mat kat sebelah...melopong2 kita dgr citer dia...oooo...aaaa...eeeyyy, semua ada...kan Azlita kaann..haha. Najiha tu minat pulak kat radio antik Mat tu ...kemaaaiinn nak bergambor...haha

Dalili yang mulanya pemalu, kalah jugak dengan layanan Najwa dan Najiha...stay tune jek bila bergambar....senyum menawan dak ni...

Ni aksi tak tentu arah mulanya...x tau nak pandang kamera sapa dulu...kamera Mat ke, kamera Ita ke, kamera akak ke...hahahaha...gasaakkk! Weee mesra x...mesra x, bertaut2 tangan lagik...hahahhaa.. Mat ko jgn jeles eh... Xpun meh duk kat tengah...hahahhaa

Acara wajib, mesti nak bergambar dengan makYah jelita yang ramah tamah melayan tetamu anak jantannya ni ha...sian makYah sampai ngantuk2 penat melayan tetamu sejak dari pagi katanya...akak suruh dia pi tdo dulu....hehe, bangun dari tdo kitaorg x balik-balik lagi ya makYah...haha... Mak Yah ni mmg baik hati, Bak pulak senyum jek tengok gelagat kami semua... Dah jam 5.30 petang mulah dah mintak izin nak beransur-ansur... MakYah suh borak2 lagi...xleh jadi la makYah, kang ada Mat kena masak nasi pulak...haha

Akhirnya kami semua pun mintak diri lah....Mat siap bagi benih kering bunga telang (untuk buat nasi kerabu) tu lagik...adeeeii, nak kena pi semai dah laa..

Akhirnya sebelum pulang...kereta antik Morris kat laman Mat ni pulak jadi sasaran posing2 dari anak2 dara dan hb....hahahhaa... x mainlah kat tipin biru ko Mat, tu mak2 jek posing pegang tipin...hahahhaa..

Akhir kata, terima kasih Mat, makYah dan Bak atas layanan yang tak pernah kurang setiap kali akak bertandang...makanan yang sedap tersangat. Hb sampai sebut dalam kete kat area Chaah, rasa nak tapau bawak balik laksa johor Mat...aiseh...apasai baru bunyi, kalau kat rumah Mat, sah2 akak wat muka x malu mintak tapau...hahahaha..

Kepada Azlita, terima kasih jugak sudi datang ke Sedenak untuk jumpa akak dan Mat walaupun penat baru balik dari Kelantan...mohon maaf juga x dapat lagi terima pelawaan ke rumah Ita yea...dah petang sangat dah...insyaAllah ada umur dan jodoh akak pergi yea.... Terima kasih jugak atas hadiah dari Mat dan Ita...semoga ukhwah ini berkekalan...amiinn

Tuesday, August 28, 2012

Salam Aidilfitri Dan Salam Kerinduan

ASSALAMUALAIKUM....

Salam Aidilfitri dan salam penuh kerinduan dari akak dan family buat semua pengunjung, teman dan rakan-rakan yang sentiasa sudi mengunjungi dapur Home Sweet Home... Akak mengambil kesempatan ini menyusun jari sepuluh memohon maaf atas segala salah dan silap yang pastinya ada tanpa disengajakan dan tidak terniat. Segala sengketa biarlah berlalu, yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan dan panduan. Moga kita dapat menerima kekurangan diri masing-masing seadanya. Semoga ukhwah yang terbina dapat dibaja dan kekal selamanya antara kita.

Mohon berbanyak maaf kerana terpaksa membiarkan dapur sunyi agak lama, al maklumlah harap-harap kalian faham lah kan bila dah bercuti raya tu....mood nak update agak suram. Keletihan pulang dari kampung dan hari Rabu lepas akak dah mula bekerja walaupun mood raya masih kuat. Penat nak setelkan segala beg dan kain baju yang berganda-ganda jadinya dan rutin harian yang semakin sibuk pulak.

Pastu cuti sabtu baru ni dah shoot ke Sedenak beraya di rumah Mat. Ahad pulak hb dah hantar Najiha balik....cadangnya akak nak ikut hantar, tp memandangkan suasana rumah dah macam tongkang pecah sejak balik kampung, akak putuskan untuk tinggal di rumah je mengemas segala, mmg flat habis, nak online pun x larat. Hb dan Najwa jek hantar Najiha. Akak kat rumah bertemankan anak2 bujang yang kena kerahan tenaga jugak terbongkang bila dah petang...hehe

Baru-baru ni akak beraya di kampung rumah parents akak lah. Suasana memang hiruk pikuk bila 9 adik beradik dengan family berkumpul dari 12 beradik. 3 lagi tu beraya di rumah mertua masing-masing. Balik kampung hari sabtu sehari sebelum raya tu, sampai jam 3 petang, akak tengok mak dah pun kacau pulut untuk dibuat ketupat palas. Anak-anak dara menolong tok puan membalut ketupat dan tugasan akak seperti biasalah menyetelkan 4 kilo rendang daging. Mujur adik akak Marziah, setelkan lauk untuk berbuka puasa antaranya kari ayam, daging goreng kunyit dan sayur campur. Mak awal-awal jugak dah rebus tulang wat sup...

Sebelah malam pula, adik akak Saniyah dah siapkan bahan untuk buat lontong dan masak kuah kacang jugak. Nasi impit pun rebus dah malam jugak lepas ketupat masak.

Okeh lah ni antara gambar-gambar family akak yang sempat di upload, kalau diikutkan ada hampir 300 gambar untuk hari raya pertama saja. Macam-macam suasana, dari bermaafan dengan mak abah, ucapan hari raya oleh abah satu kemestian (*sedu sedan bila dengar nasihat abah agar ukhwah kami tetap begini andainya beliau dan mak tiada nnt...huhuuu). Lepas tu acara bermaafan sesama adik beradik, anak-beranak dan pemberian duit raya.

Abah pun bagi banyak jugak duit raya untuk cucu-cucunya tahun ni, maklumlah org Felda dpt durian runtuh kan...kalau yg menengah RM80 dan yg dah masuk U tu RM100 sorang. Alhamdulillah, suka hati cucu2...hehe. Maaflah akak x dapat nak upload byk2 gambar kat sini....nnt jenguk kat FB la yea sehari dua nnt. (*mata ngantukss dah ni...)

Sebahagian adik beradik perempuan yg ada...gambar atas tudung kuning tu adalah kakak ipar, yang lain sume adik beradik akak...hehe... X serupa dan x sama muka kaann.. Gambar bawah dari kiri Norizamin (adik no 10), akak (no. 2), Saniah (adik no. 4) dan Marziah (adik no. 5). Yang gambar atas baju polkadot kat atas tu adalah adik bongsu akak (mak adik) form 5.. Gambar adik beradik lelaki x entry eh...hehe

Posing dari anak2 in person...hehe

Thursday, August 16, 2012

Bright Eye Susan Cookies

ASSALAMUALAIKUM...

Waaahh mesti ramai yang dah balik kampung ni...akak kan baru ada kesempatan nak tayang biskut ni haa... Ni antara biskut yang akak sempat buat cuti kelmarin. Baru sempat 3 jenis jek...ingat esok lusa sempat kot buat sejenis dua lagik...jadi la kaann... Padanlah pun dengan kesempatan yang ada... Ingat hari sabtu tu boleh buat 2 jenis ke....aleh-aleh, keluar pulak pi shopping sikit-sikit lagi keperluan...balik dah jam 3.00 petang, sempat lah menggentel biskut ni ha...hehehhehe..

Layan je la yea... Bright Eye Susan Cookies... Akak pernah makan biskut ni masa duk Muadzam Shah dulu2....lama sangat dah, x pernah dapat makan. Baru-baru ni tengok ada geng FB post kat wall, akak pun cepat-cepat salin....tp lupa pulak nak amik namanya.. Maaflah tuan punya, kalau terbaca tolong bagi tau akak yea...boleh akak link or letak nama... maaf banyak2 yeaa.. Biskut ni mmg sedap sesangat!! Ala-ala biskut sarang burung (bukan sarang semut je ada...hehe) yg selalu mak akak buat...cuma dia golek kacang tanah... Akak x pernah try biskut mak tu sbb adik selalu buat, hehe...nnt lah akak kongsikan yea...

BRIGHT EYE SUSAN COOKIES
Sumber: Rakan Facebook (alahai lupa nak salin namanya..)
Dicubarasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (anggaran 80 biji)
  • 260 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 250 gram mentega (akak guna brand Anchor)
  • 125 gram gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji kuning telor
Hiasan:-
  • 1 biji putih telor
  • Cincangan almond (almond nibs) secukupnya (x perlu dipanggang)
  • Jem strawberry secukupnya (akak guna homemade jam dr Cameron)
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam. (akak ayak 2x). Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pengadun, masukkan mentega dan gula kastor, pukul hingga sebati.
  3. Masukkan kuning telor dan terus pukul lagi.
  4. Masukkan esen vanila dan terus pukul hingga sebati. Switch off mixer.
  5. Keluarkan mangkuk adunan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kaup balik rata dan uli sedikit hingga mendapat doh yang lembut. (akak dapati adunan lembut teramat, so akak tambar lebihkurang 3 sudu besar tepung lagik)
  6. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulat-bulatkan. (jika boleh buat bentuk bulat biar sama). Buat hingga habis.
  7. Celupkan permukaan atas bebola biskut dalam putih telor dan kemudian golekkan permukaannya dalam almond nibs.
  8. Susun dalam dulang pembakar dan buatkan lubang di tengahnya. Masukkan jem dalam piping plastic dan paipkan jem ke dalam lubang tadi. (akak letak biskut dalam papercup, senang dan lebih kemas...hehe) - boleh buat lubang dengan hujung senduk kayu yg bulat dan sesuai la yea)
  9. Panaskan dulu oven dan bakar pada suhu 200 C selama 10 minit atau ikut oven masing-masing la yea.. (*oven akak set 180 C dan bakar selama 12 minit).

Tuesday, August 14, 2012

Cucur Badak Keledek Ungu

ASSALAMUALAIKUM.... Salam Ramadhan ke 25 dah eh?? Alhamdulillah, kita masih diberikan kesihatan yang baik, akal yang sihat dan semoga diberkati hendaknya segala amalan kita sepanjang Ramadhan yang mulia ini...insyaAllah.

Dah ada yang pack baju semua nak balik kampung dah ke?? Yang mana nak balik jauh dan x sempat berjumpa dengan family di kampung Ramadhan ni, mesti cukup teruja dan x sabar-sabar nak berdakap dan senda gurau di kampung kan...riuh serumah, alahaaaiii bestnya... Dan mesti dah ramai yang x kuasa nak masak2 sakan dah kan, duk mengukissss jerk...hehehe.

Mohon maaf jua kepada pengunjung Home Sweet Home, sebab tuan dapur agak lemau dan malas nak update...bz tahap gaban pun ya jgk bila dah kat rumah. Orang lain dah tunjuk kukis sana sini, akak dah buat jugak, tp mcm malas jek nak amik gambar. Tunggu la yea... bukan apa, yang dalam folder ni pun ada beberapa menu jugak yang tertunggak...tu la pasaiii. Sabauuu je la kaaann... Apapun meh layan cucur badak hari minggu ni dulu laaaa.... Kukis belum sampai turn..wahahhahaa

























CUCUR BADAK KELEDEK UNGU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Inti:-
  • 2 mangkuk (RM2.00) kelapa putih/muda
  • 8 tangkai cili kering - potong dan direndam air panas sekejap
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 batang serai - hiris (ambil bahagian putihnya)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:-
  1. Tumbuk lumat cili kering, udang kering, serai, kunyit hidup, jintan manis dan bawang merah. (agar cili kering cepat lumat, letakkan sedikit garam kasar sebelum ditumbuk).
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali/periuk beserta sedikit air, masak sekejap bahan, kemudian masukkan kelapa muda, garam (jika perlu sebab dah letak masa menumbuk) dan gula secukup rasa.
  3. Masak dan kacau rata semua bahan inti hingga kering airnya (kelapa sedikit lembab). Tutup api dan keluarkan inti. Sejukkan pada suhu bilik. Sementara itu, boleh sediakan bahan cucurnya.

Bahan Cucur:-
  • 400 gram keledek ungu
  • 150 gram tepung gandum
  • 1/4 cawan air rebusan
  • 1 sudu besar gula pasir
  • air untuk rebusan/kukus
  • Minyak untuk menggoreng cucur
Cara Menyediakan:-
  1. Keledek dikupas, bersihkan dan potong kepada beberapa bahagian/kecil. Rebus atau boleh dikukus keledek hingga lembut. (*akak lebih suka rebus sebab nak guna air rebusan keledek semasa membancuh tepungnya)
  2. Keluarkan keledek dan letak dalam mangkuk besar, masukkan air rebusan dan taburkan gula pasir. Lecek bersama hingga keledek hancur / halus.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil diuli hingga bergaul rata jadi doh lembut. (tepung x melekat pada mangkuk). Sedia untuk dibuat cucur.
  4. Ambil sedikit doh, bulatkan di atas piring dan letak inti. Tutup doh dan bulat-bulatkan. Leperkan sedikit dan letak dalam dulang, buat sehingga habis.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana perlahan. Masukkan cucur dari sisi kuali dan goreng, balik-balikkan selalu. Bila telah berwarna kecoklatan, boleh lah diangkat dan toskan minyaknya. (*jangan goreng sekaligus terlalu banyak cucur, cukup untuk 4 atau 5 biji setiap gorengan. Ini untuk mengekalkan kepanasan minyak dan cucur akan masak elok, tidak hangus cepat dan cucur tidak akan meresap minyak banyak untuk membolehkan ia masak.)



Thursday, August 9, 2012

Ikan Sambal Daun Kari

ASSALAMUALAIKUM....

Adeeeh entry tertangguh je la lagi ni.... Masak pun sempoi-sempoi jek dah sebenarnya bila dah di akhir Ramadhan ni, rasa semakin x sempat pulak bila balik kerja tu... Langkah silat pun dah semakin lemah jek gayanya... Nak kata mood raya datang x jugak sebab satu jenis kukis pun belum buat lagi....cuti hujung minggu ni la kot dapat buat...hehehe, doa-daokan la yea ada satu dua kukis yg sempat akak buat....

Okeh laaa meh layan menu berbuka ntah bila punya ni....apapun masak ikan camni mmg best, pembuka selera berbuka dan bersahur jugak. Cuma gambar ni x lah berapa cun eh, amik kat meja makan je dah ni, di bawah sinaran kalimantang....no matahari...hehehhe...Layaaann... Sempat jgk wat pengat masa tu sbb ikan masak sempoi dan wat sayur manis gitu jek...

IKAN SAMBAL DAUN KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan selar saiz sedang
  • 20 tangkai cili padi thai hijau - ditumbuk
  • 2 biji cili merah - ditumbuk
  • 6 biji bawang merah - ditumbukLink
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis - akak guna kicap ABC
  • sedikit air (jika perlu)
  • sedikit gula/secukup rasa
  • sedikit garam/secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 3 pelepah daun kari - basuh dan lurutkan daunnya

Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ikan dan kelar. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga warna keemasan (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak goreng ikan dari kuali dan tinggalkan sedikit lalu terus tumis bahan tumbuk. Kacau hingga pecah minyak dengan api perlahan. (Masukkan sedikit air jika perlu).
  3. Masukkan kicap, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kari dan kacau sekejap, kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi. Kacau balik sebentar sambal biar rata dan bersalut pada ikan. Tutup api dan hidangkan.


Kalau masak lauk sempoi-sempoi camni, sempat jugaklah nak buat pemanis mulut seperti pengat pisang ni, guna je santan kotak....hehehhehe....

Tuesday, August 7, 2012

Laksa Johor

ASSALAMUALAIKUM....

Apa khabar adik-adik di luar sana...semoga sihat semua hendaknya. Kita dah berada lebih di pertengahan Ramadhan dan ramai yang dah tunjuk kukis memasing nampaknya. Terliur akak tengok, tapi belum sempat lagi la nak mengukis, x tau la sempat ke x ni....harapkan masa cuti nak buat. Itu pun baru ni cuti 3 hari, akak balik kampung berbuka di rumah parents akak dan kampung hubby jugak. Walaupun dah xda kedua-dua mertua, namun sengaja lah menemankan adik hubby yang sorang di rumah pusaka tu....selepas tarawih, lewat malam tu baru akak balik ke rumah parents akak.

Anak-anak dara pun sibuk dah nak ajak mengukis, terutama Najwa tu...haiisshh, maknya ni kerja...ingat kena tunggu wiken ni laaa nak pulun sikit...hehehe. Tapi Najwa kata, mak bancuhkan aje lepas subuh, dia boleh bakingkan....adeeeeiii.. semangat anak dara ku...hehe.

Okeh laaa ni nak wat tayangan basi kat you all....buat laksa johor ni last week dah sebenarnya...hahaha, nasib la kan, baru sempat entry...tu pun banyak tertunggak tu...Terima kasih banyak kepada Sheila yang telah berjaya menggoda tekak akak hari tu, menyentap iman ku betul..hahaha...Apapun, akak suka resepi ni, mudah sangat nak buat dan akak pun guna santan kotak...hehehee...i liiikkeeee...Jom cuci mata je la eh...xyah telan air liur kering tu...hehe

Adeeiii lupa nak letakkan sambal belacan n limau kasturi masa posing laa...tu la nak cepat2 sangat sebab lepas tu nak menggentel buah melaka lak...adeeiii, malas dah nak snap semula gambar... Satu lagi malasnya, kena taip semula resepi Sheila ni...uwaaaa...xleh copy paste sbb tuannya dah terkena cilok gambar hari tu...so pendinding kena lah kuat kan Sheila, akak paham, xpa laaa..ku taip jua... Thanks again Sheila...lebiiuuu....muaahh!

LAKSA JOHOR

Resepi: Chahaya Sheila
Dicuba/rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri)
  • 200 gram udang (buang kulit dan bersihkan, kulitnya nnt dikisar)
  • * 1 sudu besar udang kering (rendam air panas kejap dan toskan)
  • * 5 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih (bahan * dikisar bersama guna sedikit air rebusan ikan)
  • 1/2 inci lengkuas - dihiris (akak ketuk je)
  • 3 batang serai - dititik
  • 50 gram rempah kari seafood Mak Siti (*akak guna rempah ikan Adabi je)
  • 400 ml santan (guna santan kotak je mcm Sheila..hehe)
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 - 2 keping asam gelugur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • beberapa kuntum bunga kantan
  • daun kesum secukupnya
  • 1 paket spaghetti

Bahan hiasan:-

  • daun pudina - akak x letak
  • sedikit taugeh - akak x letak ni, anak2 xnak
  • 2 - 3 tangkai kacang panjang - potong halus
  • 5 - 6 biji limau kasturi - belah dua
  • bawang besar - dipotong nipis bulat
  • timun - dipotong bulat (tengok cara di blog Sheila)
  • cili merah dan sedikit belacan untuk sambal belacan


























Cara Memasak:-
  1. Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
  3. Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
  4. Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  6. Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
  7. Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
  8. Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
  9. Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
  10. Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
  11. Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.
  12. SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.
  13. HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi. Boleh lah ngap....!! Terangkat beb..! Tqqqq so much to Sheila....tp akak anak beranak x reti la nak makan dgn tangan...hehe

Peerrgghhh....sedaaappp!

Friday, August 3, 2012

Kari Kepala Ikan Rempah O

ASSALAMUALAIKUM

Alahaaiii banyak hari x update, x sempat betul...mohon maaf la kepada yang selalu menjenguk tu yeaa...faham-faham je laa akak ni. Balik kerja masak dalam kelam kabut, pastu lepas berbuka dah bersiap-siap nak bertarawih pulak....balik mmg fenat gilosss...badan berpeluh2 seronok, tapi lepas jek mandi, salin baju terus zzzzz...Dah la dari jam 4 pagi waktu sahur sampai berbuka x dapat langsung barang selelap nak merehatkan mata, kat pejabat pun rasa ngantuk, bimbang gak ada nnt bos ketuk paler sebab tersengguk-sengguk....hehehe. Tu pasal laa.. Ni amik masa sekejap nak update....

Ni pun entry entah bila, hujung minggu lepas kot....hahahaha..nasiblah kan. Tapi xkesah la kan, just masukkan entry untuk memberi idea je kot ada yang nak masak ni kan.... Layaann eh.. Dah lama x makan kari kepala ikan. Baru ni ada adik ipar balik ke Sg. Petani bawak balik rempah kari cap O ni, katanya orang sebelah sana banyak guna rempah ni.. Eemmm boleh tahan rasanya... Apapun kalau dah peminat kari, x kesah sangat rempah kari apa...tibaiii jek...hehehhe. Layaaannn...

KARI KEPALA IKAN REMPAH CAP O
Resepi & Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 600 gm kepala ikan tenggiri/jemuduk (apa2 ikan besar pun boleh)
  • 4 sudu besar serbuk kari ikan * Kali ni akak guna serbuk kari Cap O
  • 1 cawan santan pekat * (* dibancuh bersama)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (dihiris halus/ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba/herba campur
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 1/2 - 3 cawan santan cair
  • 2 biji cili hijau - dibelah
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 8 batang bendi
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumiskan halba campur, daun kari dan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk ketumbar. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak. Kacau2 selalu.
  3. Masukkan air asam jawa, kacau dan kepala ikan tadi. Kacau balik perlahan agar ikan mesra dengan kari tadi sebentar.
  4. Masukkan santan cair dan garam secukup rasa dan masak atas api sederhana. Biarkan kuah mendidih.
  5. Perlahankan lagi api dan masukkan bendi dan sayuran lain. Biar kuah naik kemerah-merahan/naik minyak (biasa akak akan tutup periuk/caserol sebentar untuk proses ni selama 3 - 5 minit). Tutup api dan boleh buka tudung periuk agar sayur tidak layu sangat. Selamat Mencuba!!