Tuesday, August 28, 2012

Salam Aidilfitri Dan Salam Kerinduan

ASSALAMUALAIKUM....

Salam Aidilfitri dan salam penuh kerinduan dari akak dan family buat semua pengunjung, teman dan rakan-rakan yang sentiasa sudi mengunjungi dapur Home Sweet Home... Akak mengambil kesempatan ini menyusun jari sepuluh memohon maaf atas segala salah dan silap yang pastinya ada tanpa disengajakan dan tidak terniat. Segala sengketa biarlah berlalu, yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan dan panduan. Moga kita dapat menerima kekurangan diri masing-masing seadanya. Semoga ukhwah yang terbina dapat dibaja dan kekal selamanya antara kita.

Mohon berbanyak maaf kerana terpaksa membiarkan dapur sunyi agak lama, al maklumlah harap-harap kalian faham lah kan bila dah bercuti raya tu....mood nak update agak suram. Keletihan pulang dari kampung dan hari Rabu lepas akak dah mula bekerja walaupun mood raya masih kuat. Penat nak setelkan segala beg dan kain baju yang berganda-ganda jadinya dan rutin harian yang semakin sibuk pulak.

Pastu cuti sabtu baru ni dah shoot ke Sedenak beraya di rumah Mat. Ahad pulak hb dah hantar Najiha balik....cadangnya akak nak ikut hantar, tp memandangkan suasana rumah dah macam tongkang pecah sejak balik kampung, akak putuskan untuk tinggal di rumah je mengemas segala, mmg flat habis, nak online pun x larat. Hb dan Najwa jek hantar Najiha. Akak kat rumah bertemankan anak2 bujang yang kena kerahan tenaga jugak terbongkang bila dah petang...hehe

Baru-baru ni akak beraya di kampung rumah parents akak lah. Suasana memang hiruk pikuk bila 9 adik beradik dengan family berkumpul dari 12 beradik. 3 lagi tu beraya di rumah mertua masing-masing. Balik kampung hari sabtu sehari sebelum raya tu, sampai jam 3 petang, akak tengok mak dah pun kacau pulut untuk dibuat ketupat palas. Anak-anak dara menolong tok puan membalut ketupat dan tugasan akak seperti biasalah menyetelkan 4 kilo rendang daging. Mujur adik akak Marziah, setelkan lauk untuk berbuka puasa antaranya kari ayam, daging goreng kunyit dan sayur campur. Mak awal-awal jugak dah rebus tulang wat sup...

Sebelah malam pula, adik akak Saniyah dah siapkan bahan untuk buat lontong dan masak kuah kacang jugak. Nasi impit pun rebus dah malam jugak lepas ketupat masak.

Okeh lah ni antara gambar-gambar family akak yang sempat di upload, kalau diikutkan ada hampir 300 gambar untuk hari raya pertama saja. Macam-macam suasana, dari bermaafan dengan mak abah, ucapan hari raya oleh abah satu kemestian (*sedu sedan bila dengar nasihat abah agar ukhwah kami tetap begini andainya beliau dan mak tiada nnt...huhuuu). Lepas tu acara bermaafan sesama adik beradik, anak-beranak dan pemberian duit raya.

Abah pun bagi banyak jugak duit raya untuk cucu-cucunya tahun ni, maklumlah org Felda dpt durian runtuh kan...kalau yg menengah RM80 dan yg dah masuk U tu RM100 sorang. Alhamdulillah, suka hati cucu2...hehe. Maaflah akak x dapat nak upload byk2 gambar kat sini....nnt jenguk kat FB la yea sehari dua nnt. (*mata ngantukss dah ni...)

Sebahagian adik beradik perempuan yg ada...gambar atas tudung kuning tu adalah kakak ipar, yang lain sume adik beradik akak...hehe... X serupa dan x sama muka kaann.. Gambar bawah dari kiri Norizamin (adik no 10), akak (no. 2), Saniah (adik no. 4) dan Marziah (adik no. 5). Yang gambar atas baju polkadot kat atas tu adalah adik bongsu akak (mak adik) form 5.. Gambar adik beradik lelaki x entry eh...hehe

Posing dari anak2 in person...hehe

16 comments:

  1. Asslmkum kak ummi.
    Selamat hari raya. Meriah kak, serba biru lagi :)
    Seronok kan klu dpt berkumpul adik beradik kan.
    Mn gambo posing dgn kak ita. . Hehehee

    ReplyDelete
  2. A.kum dan salam lebaran kak ummi...
    ermmmm saya pun tumpang happy,seronok jadi anak2 felda nie kan kak ummi,..semenjak 2 menjak nie asyik dapat habuan je kan...

    ReplyDelete
  3. Slmt Hr Raya K.Ummi... manis2 belaka anak2 dan adik2nya...

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya ummi. Kalau dekat nak juga bundo datang menyinggah...

    ReplyDelete
  5. salam syawal kak ummi..Kak, tu aiman ke..cepatnya membesar budak tuu...apa2 pun terima kasih yea aiman sebab tolong bersihkan folder gambar kak ummi...hahahaha....

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya kak ummi...meriahnya raya akak

    ReplyDelete
  7. salam lebaran sis Ummi...
    meriah sakan noo raye akak...btw...comey lote anak² akak...

    ReplyDelete
  8. Beraya dgn kaum keluarga nih mmg meriah ye kak Ummi..ehem2 kak ummi punya duit raya collection tahun nih pun banyak juga lah yerk..:)

    ReplyDelete
  9. Ibh_Sue -
    Wkmsalam, selamat hari raya Sue..hehe, tema biru tu anak2 yg tentukan, jenuh nak mencari kain..haha. Owh gambar dgn Azlita belum sempat update lgk, tunggu esok lusa yea...hehe. Tp kat FB dah ada Mat Gebu tag...

    Myda -
    Wkmsalam, salam lebaran Myda.. Emm, ya la dah rezeki org2 tua kita jugak sebab dah lama duk majukan Felda kan, kita ni tumpang gembira jek kalau diaorg dpt habuan pun.. ^_^

    Gee -
    Manis2 Masam dah mak2 dara, anak2 dara lainlah..haha..Selamat Hari Raya Gee, bila nak panggil akak makan2 dgn adik akak Fadzli sekali eh...hehe..

    Ibundo -
    Selamat Hari Raya Ibundo, ya la kan, seronok kalau dapat jumpa geng2 blogger ni, byk tips dan kisah nak dikongsi...

    Mat Gebu -
    Wkmsalam Mat...hehe...ya laah Aiman la tuuhh...dia dah kurus tinggi skrg, kalah la abglong, dgn ko pun lg laa ko kalah...hehe. Ceeehh kejiii taauu ko ungkit kisah cuci folder tu...uwaaaa

    Yati -
    Selamat Hari Raya Yati...mmg sgt meriah, x terupload gambar2...hehe

    ReplyDelete
  10. Ummi Akid -
    Salam lebaran Lily...mmg meriah teramat, rakaman gambar every moment di pagi Syawal x ter'upload' rasanya...hehe. Anak2 dara je ke comey, mak dara x eh...hehehe. Bila nak jumpa Lily sblm pindah eh..

    Ninaz -
    Betul tu Ninaz, igauan indah di pagi syawal dgn family yang ramai penuh rumah mmg x ternilai harganya....Duit raya akak xda, kering...hehehe

    ReplyDelete
  11. Salam Aidilfitri kak Ummi...

    Cantik pilihan warna biru sedondon tu kak... saya suka warna biru tp lebih kepada warna barangan.. jarang2 sgt pilih baju warna biru.. pelik betul kan? hee... bila bila tgk org pilih warna biru.. berkenan pulak.. one day nak kena pilih biru plak utk tema raya.. hehe...

    seronok kan kak dpt berkumpul semua adik beradik.. meriah! seronok ada ramai adik beradik ni kan.. sy cuma ada 4 org je adik beradik.. tp suami ada 8 org.. mmg meriah tiap kali raya...

    ry baru ni pun sy ke Johor jugak kak.. bila nampak signborad Sedenak terus teringat kat Mat Gebu... hehe...

    Thanks kak update gambar2 raya ni.. manis2 semua adik beradik akak...

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya kak umi...

    Cantik sedondon biru.. ceria gitu :D

    ReplyDelete
  13. salam kak ummi.cantik berseri2 family akak dihari raya.

    ReplyDelete
  14. Salam kak ummi...

    Uhhh kak Ummi anak felda ekk..akak felda mana? kita pun anak felda jugak...nunnn kat jengka..
    emm memang meriah la cucu2 anak felda beraya...atok nenek dapat durian wuntuhhh gitu....

    cantik2 gambo akak...sy tak dan pun nak begambo sakan...huhu

    Selamat hari raya kak ummi...muahhh!

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya kak Ummi
    meriahnya, suker tgk gambar2 org beraya ni gambar ramai2 kan
    ada anak2 dara teruna dah besar panjang mesti lg best kan
    comel2 bergaya anggun

    ReplyDelete
  16. Here are some pictures on the night before raya.
    Damm dammm dum bunyi mercun! :D


    http://najihaelyani.blogspot.com/2012/09/cause-baby-youre-firework.html

    ReplyDelete