Tuesday, May 3, 2011

Ayam Merah Tomato Home Sweet Home

Okaayyy ni lauknya yang digandingkan dengan nasi tomato akak tuh....masak sempoi dan sekadarnya..maklumlah hari jumaat tu kerja, sabtu tu mengemas rumah dulu baru nak masak...so seadanya je laaaa....janji tetamu kenyang kan..kan...Wat acar masak sikit...lupa lak nak snap...xpa la..layan gambar sebahagian dari ayam yg akak masak ni je laaa..hehehee

Terima kasih kepada Noorma @ Cendanakasih kerana sudi try resepi nih...cepatnya dia..hehe

AYAM MERAH TOMATO
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar cili kisar (*update - sori termissed)
  • 4 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya
Bahan Kisar :-
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
Bahan Tumis :-
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
Cara Memasak:-
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
  3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.

15 comments:

  1. Kak ummi!!!!!!! Tumpang makan! Kita lom masak! :D

    ReplyDelete
  2. makan dengan nasi tomato ni sangat menyentap :)

    ReplyDelete
  3. Salam Ummi...

    Sedapnya menu Ayam Tomato makan ngan Nasi Tomato...
    Kak cek kono2 nak masak Nasi Tomato weekend aritu...last2 jadi menu lain pulak...he he...
    Tak dpt makan tengok2 pun jadilah...:)

    ReplyDelete
  4. salam kak..ayam masak merah ni pebeet en asben..mmg best kan..kadang makan ngan nasi putih je da cukup brertambah2..kekeke

    ReplyDelete
  5. akak..mas pun klu ada tetamu,mesti masak nasi tomato @ nasi ayam....
    senangkan..tak yah pening nak memikir lauk yg sesuai..he..he...

    ReplyDelete
  6. rajinnyer kak ummi wat munger2 guna batang daun sup tu.. ekeke.. btw ur ayam masak tomato tu mmh betol2 menyelerakan.. kena pulak dgn nasik tomato kan.. ada lg dak?.. nk ketuk pintu umah kak ummi nie.. ekeke..

    ReplyDelete
  7. salam kak ummi


    aduiiii lama kak kita tak menyinggah...ni kita da bawak..mangkok, piuk, belanga nak tapau sumer!!!

    ReplyDelete
  8. kka ada beza ke kalau pakai cuka dgm air asam jawa?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak..
    waduh2!! ada ayam merah tomato ler kat dapur akak nie... suka ler ngan resipi nie akak... nmpk sgt sedap.. ;)

    ReplyDelete
  10. wahhh..simple tol ngomelan k.ummi dlm entry niii..lenkali panjangkan skit cam biasa tau..best baca n bleh senyum sorang dpn pc:)

    ReplyDelete
  11. TQ KAK,kerana sudi kongsi resepi ni nampak sedap la kak, yg bestnya tak letak cili giling yer kak, tak pedas... sesuai la... dgn selera anak2. pes tomato n tomato puree sama tak kak. atau kakak2 yg lain blh tlg jawabkan. tlg tunjuk ajar yer.

    suzan

    ReplyDelete
  12. saya masak ini utk berbuka. 1st time ni nak masak nasik tomato

    ReplyDelete
  13. Sy da cuba petang td tp cili kisar sy lebihkan then tambah cili padi 20pcs n belacan..Tp tetap x pedas
    Gak..mcm mana ye nak bg pedas kak? Pepun resepi akak memang urpmhh! Terbaekk! Sgt sedap! Thanks
    Kak!

    ReplyDelete