Wednesday, June 9, 2010

Puding Tapai Ubi

Ni adalah dessert yang akak sediakan semasa kunjungan Chef Hanieliza jugak baru-baru ni...Sorilah gambar x berapa menggoda sebab anak akak snap dlm mangkuk sapa ntah tengah makan nih...lupa nak snap sebelum diceduk, bz menghidang la konon....Akak suka sangat puding tapai ubi ni, rasa mcm aiskrim pun ada tau...mmg kena sangat dengan tekak akak....Kak Liza x tau la kata apa..hehee...nnt suh dia comment la ek...Resepi ni dah penah dah post lama dulu., asal dari kawan ofis bg...Kalau nak tengok gambar cun sikit boleh click kat Sini dan Sini untuk resepinya jugak yaa...Xpalah, akak tepek sekali lg resepinya..

PUDING TAPAI UBI

Bahan:-
  • 2 bungkus tapai ubi (lebih kurang 6 ketul)(*buang empulur tengahnya)
  • 1/2 cawan gula
  • 600 ml fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung (*akak letak 2 1/2 sudu besar)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit pes pandan/pewarna hijau
Cara Membuat:-
  1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blendkan sehingga sebati.
  2. Masukkan dalam loyang atau bekas kecil-kecil, kukus lebihkurang 15 minit/masak.
  3. Sejukkan. Scope dalam mangkuk puding dan tuang kuah. Cubalah, sedaaapp!!
Untuk Kuah:-
  • 1 tin susu Ideal
  • 2/3 cawan gula (*boleh kurangkan kalau xnak manis sgt)
  • 1 cawan air
  • 1 biji kuning telor - dipukul sikit
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Buahan koktel (optional)
Cara Menyedia:-

Campur semua bahan, kecuali buahan koktel dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, sejukkan. Hidangkan puding tapai dengan kuah susu dan letak buah2an koktel dengan sedikit sirap buahnya.

7 comments:

  1. Salam kak ummi! ahhhhh akak ni sajerrr buat kita tertonggeng gini tgk tapai ubi tu huh! tak pernah makan lah pulak tu! nanti kita dtg phg akak hidangkan se tempayan ahahaha...

    ReplyDelete
  2. salam ummi :) sedapnyr..terasa2 kat tekak tetiba plak kite teringat singgang tapai ubi..ermmm yummy!

    ReplyDelete
  3. salam kak ummi...erkk....bessnya..buat kecur jeee..

    ReplyDelete
  4. salam ..kak umie bestnya... sy suka bab puding2 ni....

    ReplyDelete
  5. salam kak wah satu kelainan ni kalau ganti ngan tapai pulut boleh tak kak?

    ReplyDelete
  6. salam ummi...wah jelousnya tgk kak liza ke umah ummii..

    nak trylah buat cheese cake tu..mcm best ajerlah

    ReplyDelete
  7. Ummi cayang. Akhir nya dapat juga Along merasa... sedap ya amaaaat...! Maceh ya Ummi!!!

    ReplyDelete