Saturday, August 6, 2011

Daging Hitam Berempah Madu

Assalamualaikum......lauk yang dah berlalu pergi.... sila cuci mata... ^____^. Jangan lama sangat tenung, tabbbaiiiik... Menu akak paling disukai family...liciiiinnn....Dah banyak kali buat sebenarnya...cuma kali ni akak tambah2 jek 1 2 bahan kasi umphhh lagik...Nak resepi dulu-dulu leh klik Sini. dan Sini....yang kat bawah ada penambahan sikit... Yang ni akak kurangkan penggunaan kicap dan lebihkan sos bbq tu dan rempah...hehe

DAGING HITAM BEREMPAH MADU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • air secukupnya
  • 2 batang serai - diketuk (kali ni akak guna 3 btg dan tumbuk halus)
  • 2 cm kunyit hidup (akak tambah ni, tumbuk halus)
  • 2 cm halia - di ketuk (kali ni akak tumbuk halus)
  • 2 sb. rempah kari daging (kali ni akak letak 3 s/b)
  • 1 sb. rempah kurma
  • 1 st. serbuk ketumbar
  • 4 sb. kicap pekat manis (kali ni akak kurangkan jadi 2 s/b je..)
  • 1 sb. serbuk cili kering yg kasar (akak lebihkan sikit lagi)
  • 1 sb. sos Honey BBQ Blackpepper brand Ita (gambar sos/brand lain pn boleh) (kali ni akak letak 3 sudu besar)
  • 1 st. cuka
  • 3 sb. madu/ikut citarasa
  • 1 st. gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 2 labu bawang besar - potong bulat/gegelang
  • 2 tangkai cili merah - potong serong
Bahan Tumis (ditumbuk):-
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Cara Memasak:-
  1. Daging direbus dengan air secukupnya dan masukkan serai, kunyit dan halia yang ditumbuk. Rebus hingga kering sikit dan empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
  3. Masukkan serbuk kari daging, serbuk kurma, serbuk cili kering, serbuk ketumbar. Kacau sebentar.
  4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
  5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos honey BBQ, madu dan garam secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga rempah meresap dan naik berminyak.
  7. Seimbangkan rasa dan masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau rata biar layu sekejap dan tutup api.
  8. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!

13 comments:

  1. hmmm...menyelerakan betoi nengok daging tu....
    lembab jerkkkk...

    ReplyDelete
  2. assalam kak umi, sedapnya daging hitam kak umi ni..nak plak goreng basah cenggini..layan ngan nasi pnas..tak sedo mkn dua pinggan

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    masuk umah akak tiap kali cam tak nak balik arr kak...sumer kita tgk berselera nak wat...ni lauk..ishhh tak leh cakap arr...kita lembab2 gini, kita suka makan ngan nasi impit..eh...camla kita penah buat plak..heheh..

    ReplyDelete
  4. kat rumah ni kalau masak daging @ ayam..memang laju je depa mkn..tapi kalau ikan kurenggg skit..dh 6 hari posa ikan x pernah msk lagi..ummi, jgn byk mkn madu nanti bermadu..hehe gurau2 je k.

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan kak umi..

    nampak sedap..kena cuba ni..insyaAllah..tima kasih kak!

    ReplyDelete
  6. suke benor lauk gini.. makan berbuka tak yah kata la kan, sah sah la sedap.. ni lauk sahur pun membuka selera..masuk list.. agak2 kalau tukar sos bbq ke sos blackpaper je lain sangat ke rasanya kak ummi?

    ReplyDelete
  7. suka makan lauk macam nie.nak amik resepi cubalah masak sendiri

    ReplyDelete
  8. tgk nama resepi pun dah kecur..blm bau lagi..blm mkn lgi..mahu x bgn2 dr meja mkn. :))

    ReplyDelete
  9. lapar la pulak tengok daging tu, perut tentang berdondang sayang ni... Ada lagi5 jam waktu berbuka...

    ReplyDelete
  10. Erkkk... takmo tenung lama-lamalah Kak Ummi... kang meleleh air liur... lambat lagi nak berbuka nie... ahahhaa...

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak ummi..mieza suka daging tp hubby tak leh mkn byk sgt sbb darah tinggi..mkn dgn nasi minyak mmg terbaikkkkk

    ReplyDelete
  12. akak ummi cayang...
    resipi nie mesti kena try nnt nie selepas abis cuti... mmg menyelerakan sekali

    ReplyDelete
  13. Amboiii.. mengundang selera u..

    ReplyDelete