Friday, April 22, 2011

Ikan Siakap Stim Tiga Rasa

Assalamualaikum...

Waaaaaaaaaaahhh dah berehat-rehat minum petang la eh...akak baru sampai rumah 5.30 tadi....pastu rasa nak masak sempoi2 jek la japgi...goreng ikan wat ikan berlado biasa2 tuh, pastu wat sayur lemak kobis dah la kot...goreng ikan pekasam....pergghhh, confirm naik inci lagi...huhuuu..menci tul, x tahan godaan nih...kena bertekad sungguh2 la....ikat perut kuat2...tp kalau akak tak tolong makan, sapa nak tolong kan....Ah Long x tolong makan, dia tolong pinjamkan wang jek...hahahahahaha

Okayyy xpa laaa...sambil2 u all minum petang tu, bole kot jeling-jeling ikan siakap akak nih....Dah pernah buat resepi dari Chef Norzailina nih dulu..2 tahun sudah ...tiba-tiba baru ni ternampak balik ikan ni muncul kat LinkWithin akak tuh...waaaaaaaah terus ngencesss...nak masak semula....hehehhehe... Memang perggghhh....marbelessss uuu...!! Anak akak Najiha yg balik bercuti ni pun kata sedap sesangat...duk tanya apa nama masakan nih..hehehee...Akak cakap mestilah sedap, resepi Chef tersohor...kan..kan...Okayyy akak letak sekali lg resepinya eh, lauk dinner semalam....Jom layaaannn...


IKAN SIAKAP STIM TIGA RASA
Resepi Asal: Chef Norzailina
Sumber: Noreen & Ummi @Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

14 comments:

  1. Biarlah naik berinci2 kak.. Asal kita bahagia..

    best nya tengok..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum K.Ummi,
    takpe kak naik seinci..sikit je tuuu...dah masak sedap2 mestilah kena makan...kan..kan...kalau tak rugi woooo....dah pernah copy dulu resepi ni...tapi dok belakang sbb ada resepi lain yg potong Q...pasni nak wat gaklah...ada siakap 2 ekor tu....ngeeeee..

    ReplyDelete
  3. Tak perlah kak ummi...janji comel..hehehehe

    Follow saya kak Ummi

    http://www.hairuliza-anakku.blogsport.com/

    ReplyDelete
  4. siakap stim 3 rasa???? respi baru ke kak? wahh mcm lain benar rasanya...nnti nak cuba ler..selalunya 3 rasa ni ikannya goreng je kan....

    ReplyDelete
  5. kak ummi...sedapnya ikan siakap tu....
    terliur mas tengok..

    ReplyDelete
  6. Kechur tgk....
    nak makan tak dapat tgk jela kan..

    ReplyDelete
  7. akakkkkkk.... rindu lahhhhhhhh... walaupon dekat tapi jauhhhhhhhh... camne tuhhhhh??? hihihihi... biler nak anto mangkuk tingkat nih erk??? kekekekkekeke

    ReplyDelete
  8. Perghhh cili api tu mengancam le kak

    ReplyDelete
  9. emm mesti harum semerbak ni taruk bunga kantan tu..lenkali en.,suami dapat ikan boleh cuba resepi ni...kadang banyak sgt ikan dah tak tau nak masak apa dah

    ReplyDelete
  10. salam kak ummi - wah nampak sgt sedap...:)

    ReplyDelete
  11. Nyam nyam.....

    Sedap tul nampaknya. saya minat sangat2 nak copy paste kat blog saya plak. Boleh ke?

    Terima kasih ;)

    ReplyDelete
  12. cedapnyaaaaaa .. nak cuba la nnt. mekaceh ye kak ummi.

    ReplyDelete
  13. Yeyyyy.... Along dah buat ler Ummi... thank-you. Mmmuah2.

    ReplyDelete