Thursday, October 14, 2010

Bendi Tauhu Telor Pedas

Weeeyyy laaa penatnya malam ni....macam2 hal tau...yang geramnya Bibik tukang cuci baju kita wat hal, dah x mo layan kita setelah 13 tahun berkhidmat...huhuuu...semalam meragam sakan...last2 pg tadi hb kata kena cari tukang cuci baru la...huk alaaaa...lepas2 raya, tengah2 bulan ni...uwaaaaaaa...tiba2 senak perut dibuatnya....Tapi tu lah, dah keperluan kan, terpaksalah cari jugak...uwaaaaa kopak lg...alaaaahaaiiiii...Malam ni pulak, akak kena merajinkan diri buat oreo ciskek pulak haiiii...demand dari officemate semua untuk Jamuan Persaraan big boss kita...waaaa, kita pukul 1 kg. cheese haaa, wat 2 adunan utk 1 loyang saiz 10 inci...adeeeiiii kesian tak kat akak....hehe, ramai yang ngidam nak ciskek oreo, ni pun baru jek masak ciskek tu..baru keluarkan dari oven...nak tunggu sejuk jap, baru masukkan dlm fridge..pastu baru zzzzz....Layan dulu la sayur makan malam semalam ni lawan dengan sotong celup tepung jek...sempoii abiss..hehehe

BENDI TAUHU TELOR GORENG PEDAS

Bahan:-
  • 15 tangkai bendi - basuh dan potong serong
  • 3 tangkai cili merah - ditumbuk/kisar kasar
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 sudu besar air asam jawa - untuk hilangkan lendir bendi
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 keping tauhu - digoreng dan dipotong nipis
  • 2 biji telor
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili tumbuk, bawang putih dan bawang besar. Kacau sekejap hingga wangi.
  2. Masukkan kacang bendi dan air asam jawa. Kacau rata.
  3. Masukkan kicap cair dan dan garam secukup rasa, kacau.
  4. Tolak bendi tadi ke tepi kuali dan pecahkan telor, biar sekejap dan kacau scramble.
  5. Kemudian masukkan tauhu yang telah digoreng tadi dan gaul semua biar rata.
  6. Tutup api dan jangan biar sayur masak layu lak. Angkat dan hidangkan.

11 comments:

  1. kemarin cmg yang masak bendir,,,ari nie kak ummi pula...wah..hebat dan menyelerakan

    ReplyDelete
  2. Hello Ummi, wow! Saya dapat makan this bendi tauhu telor, tentu tiga pinggan nasi saya lichin kan, ha ha.
    I love this....especially pedas.

    Hey, you ada younger sister belum kawain, boleh masak like you? Ha ha ha.
    I think I should have married satu Melayu, satu Chinese, satu India isteri, ARHAAAAA HA HA HA.

    Ummi, remember that recipe re the King's dinner my wife and I attended?
    Check your postman da sampai? *Wink*.
    Suda Fedex, ha ha.
    On behalf of my wife...Terima kaseh seribu, Ummi.
    Have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  3. Hi KakUmmi, hru doing???

    U made me drool as always! That dish is mine, no share2...akekekeke! :D

    ReplyDelete
  4. k ummi mana chiskek nya nak tengok...

    ReplyDelete
  5. Hi kak ummi!!! salam kak! :D sayur2 ni mmg kita antu, apa sayur pun kita leh makan kecuali yg pahit2 tu kita tolak tepi hihihi...dimasak mcm ni mmglah teramat sedapnyer!

    ReplyDelete
  6. alaaaaa.. alaaaaaa.. cian K'Ummi.. sabr ye kak..
    lama x lyn bendi..
    npk sodappp tuuuuu..

    ReplyDelete
  7. k.umi sedapnya bendi nie... saya memang suka bendi..

    ReplyDelete
  8. kak ummi, mas suka bendi...sedapnya..

    ReplyDelete
  9. k.ummi, semua duk tayang bendi telur ni...nampaknya petang ni kena cr bendi & nk goreng dgn telur gakla...x tahan..hihi

    ReplyDelete