Thursday, October 14, 2010

Ketupat Pulut dan Serunding Tioman

Okaayy yang ni just nak tayang ketupat pulut dan serunding ikan aya yang dijamu semasa family day ofis di Kg. Genting, Pulau Tioman baru-baru ni....Waaaaaa sangat sedap...Akak x tau laa maybe ramai yang dah tau style pulut ni dimasak. Tapi bagi akak, first time la tengok beras pulut dimasukkan ke dalam anyaman daun kelapa yang biasanya dibuat ketupat nasi. Di tempat akak, biasa masak ketupat daun palas dan pulutnya dikacau dahulu dengan santan hingga setengah masak, baru dimasukkan ke dalam daun palas. Then rebus jek dengan air biasa sampai kering.

Tapi cara ketupat pulut di Tioman ni dimasak amat berlainan dan sesuatu yang baru akak lihat. Maybe orang sebelah Johor dah biasa sediakan style ni. Menurut kata Mat Gebu, dia biasa dah dengan cara camni...ek? Pulut dibasuh dan ditoskan kering. Then masukkan aje dalam kelongsong daun tu. Pastu direbus dalam kuali besar yang berisi santan garam secukup rasa. Masak dan kacau hingga santan bersalut dan kering dalam kuali tu. Pastu angkat dan lapkan untuk buang santan2 yang terlekat pada ketupat untuk mengelakkan ketupat dari cepat basi. Waaaa, nampak mudah nak sediakan, tapi bila saat akhir pulut nak masak, agak seksa jugak nak mengacau dan balik-balikkan pulut tu, melekat2 dan terasa berat nak kacau...Malam lepas masak tu, akak dah rasa yang suam2 gitu...sangat sedap! Keesokan paginya pulak, pulut dah sejuk dan kejur sikit, dah rasa ala2 lemang pun ada....beessst!

Pulut ni sangat sedap dimakan dengan serunding ikan aya yang fresh ditangkap di Kg. Mukut sebelah petangnya dan pihak resort menyediakan serunding ni...Dan untuk pengetahuan, kerja-kerja mengisi beras pulut dan memasak ketupat ini dilakukan oleh rakan-rakan ofis Pulau Tioman sementara kami dari Kuantan sibuk membungkus hadiah untuk acara sukan pada malam pertama di sana. Pulut ni siap dimasak pada jam 1 pagi gitu....Terima kasih kepada semua staff Tioman yang sungguh berkerjasama dalam segala hal...


ketupat yang baru di masak, akak tibai panas2 ni...waaa lemak bersari, disukai ramai...hehehe

13 comments:

  1. salam ummi,ni kita boleh cuba sgt2 nih,nak buat lemang setiap kali nak raya memang tak larat,selalu beli je,takpun order ketupat palas kat adik yg dok di utara..pernah jumpa resepi ni dulu tapi tak dpt nak betanya pd siapa yg pernah rasa..sedap ek?nanti kita leh try kan..kan..

    ReplyDelete
  2. lapoooooo..tgk ketupat kat atas tu...sedapnya

    ReplyDelete
  3. Salam K'Ummi.. Oeya owg Johor tp ni 1st time tgk pulut msk mcm ketupat.. lagi.. mmm 'ikan aya' pun bru tau ni kak heheh :)

    ReplyDelete
  4. salam kak ummi..
    saya pun tak pernah tengok ketupat pulut masak dlm kelongsong ketupat nasi tu... selalunya family saya serupa akak gak.. cuma tau masak ketupat nasi jer dlm kelongsong ketupat daun kelapa tu.. hehe.. itulah dia ye kak.. lain padang lain belalang..
    hmm.. sy dpt bayangkan betapa sedapnya mkn ketupat cicah ngan serunding ikan aye tu... yum yum!!

    ReplyDelete
  5. Salam kak..
    suka ketupat pulut..terutama yg manis2..

    ReplyDelete
  6. maas suka ketupat ngan serunding....sedapnya..

    ReplyDelete
  7. MIL ngan FIL kalo wat ketupat mesti ada 2.. ketupat nasik dan ketupat pulut tapi jiya slalu tibai ketupat pulut jek sebab sedap tapi lagik suka ketupat palass... uwaaaaa nak ketupat palasss

    ReplyDelete
  8. salam..sedapnya ketupat pulut..time raya x berapa lalu..ngidam pula..huhu

    ReplyDelete
  9. Salam kak ummi!!! aduhhhhhh akak ni sajerrrr jerrrrr tawww! sedapnyer! nak carik pokok kelapa panjat lah! hihihi.... nanti nak cuba buatlah guna beras pulut :D

    ReplyDelete
  10. Salam Ummi,
    Ummi pernah cuba tak ketupat pulut tapi dimasak menggunakan daun 'Periuk Kera' (kalau tak silap lah), memang best sangat. Agaknya kalau dicecah ngan serunding tioman tu mesti ngetop punya

    ReplyDelete
  11. wahhh..ketupat pulut favourite my husband :)

    tapi..sy kurang gemar mkn ketupat pulut ni :) kalau ketupat nasi mmg laju....

    ReplyDelete