Thursday, March 25, 2010

Ikan Masak Jepun Suri

Satu lagi resepi masakan yang teramat senang...menjimatkan masa memasak dan teramat sedap pada tekak akak...kalau x percaya cubalah!! Orang Jepun atau adik2 blogger akak kat Jepun pun mesti x pernah masak or makan ni..ekekeee...Tapi akak memang suka dengan rasanya....masa nak masak, nampak bahan macam x sedap jek...hehe...tp akak try gak laaa semalam sbb dah blur x tau nak masak apa ikan bawal emas yang akak beli tempohari....Resepi ni sumber asal dari Mesra.net tapi akak ambil dari Sini. Memang besttt...2 thums up!! Tapi jangan tanya akak apasal namanya Jepun Suri gituuuu..ku tak tahuuuuu...agaknya suri rumah jepun la yg masak ni kot...hehee
IKAN MASAK JEPUN SURI
Bahan A (dikisar):-
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas kecil bawang putih (ni akak tambah)
  • 3 biji cili merah

Bahan B:-

  • 2 - 3 ekor ikan kerisi (akak guna 1 ekor ikan bawal emas)
  • 3 sudu besar taucu
  • 4 sudu besar gula/secukup rasa
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:-

  1. Dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumis bahan A hingga pecah minyak.
  2. Masukkan taucu, gula dan sedikit air (supaya tidak hangus).
  3. Bila mendidih, masukkan ikan dan lebihan air (jgn terlalu banyak kerana kuah perlu agak pekat).
  4. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mereneh hingga ikan masak. Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar (akak x letak pun).

3 comments:

  1. Hello Ummi,
    Wow! I never heard the name of this dish, but I sure love to eat.....gurantee tiga pingan lichin kilat, ha ha. Ada your famous Kuantan secret recipe sambal belachan? Habis cherita!

    I can get the lovely smell here too. Ummi, you are very dangerous! Ha ha. Nak tanya your hubby how often change his tali pingang? ARHAAAA HA HA.

    Bawal hitam bawal putih.
    Sama sedap dibuat gulai.
    Cekap amanah hati bersih,
    kerjah keras tidak lalai.

    Ikan kerapu sebesar bawal,
    Isi puteh tidak bersisik.
    Nafsu serakah tidak terkawal,
    Sia-sia ibadat si fasik.

    You have a nice day, jangan lupa tu chili merah lipstick, and stay young, Lee.

    ReplyDelete
  2. Adoyai sedapppnye!!! ni mak geram ni tau!!!

    ReplyDelete
  3. kebetulan ade taucu kat dapur , dh stgh taun mendiam..kene try nampaknye nih..:P

    ReplyDelete