Tuesday, February 16, 2010

Pau IV - Resepi CMG


Salam sejahtera semua...harap semua sihat dan seronok bercuti lama sempena CNY or maybe ada yang masih bercuti lagi hingga ke weekend ni....Akak xda la ke mana, pergi KL semalaman jek untuk ambil my daughter Najwa yang balik bercuti dan singgah di Gombak tu dan jenguk anak sulung my sister, Norizamin, pastu balik ke rumah my parents di Temerloh dan tidur semalaman then petang isnin dah balik Kuantan...Ni just nak tayang la yaaa..jangan mintak, dah habis pun...akak buat pau, chocolate banana cake, n puding susu koktel ke rumah adik-adik akak di Gombak tu. Meh nak share resepi pau yang marbeles, cantik dan bahannya pun lain sikit dari biasa kerana menggunakan cuka...tp mmg cukup cantik dan licin serta gebuusss pau ni tau...Akak nampak resepi ni di dapur Rinnchan, Rinn lak dapat dari dapur SueJoshua dan resepi asal Mat Gebu. Terimakasih semua...Rinn, mintak izin C n P yaa...
BAHAN-BAHAN:
  • 240 g tepung Hong Kong (Tepung halus)
  • 1 tsp Double Acting Baking Powder + 1/2 s/t garam
  • 1 tsp yis
  • 25 gm shortening
  • 100 ml air suam *
  • 30 g gula halus *
  • 1/2 tsp cuka *

CARA-CARA :

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
  2. Gaul ramas hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
  3. Campurkan bahan yang bertanda *
  4. Masukkan air yang bercampur dengan cuka dan gula.
  5. Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan boleh juga gunakan BM, caranya masukkan semua bahan doh kedalam BM, pilih setting Dough dan 'ON'). Rinn guna mixer
  6. Perap doh selama 45 minit.
  7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
  8. Bahagi kepada 10 bahagian berat lebihkurang 35gm tiap satu, bulat2kan.
  9. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti. (akak letak inti kacang merah)
  10. Letak pau diatas sekeping kertas (2 inci x 2 inci) . Buat hingga habis dan susun dalam kukusan.
  11. Perap pau lebih kurang 20 minit.
  12. Panaskan periuk pengukus dan kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit.
  13. Angkat dan sejukkan.

Akak buat 2 adunan pau ni, menghasilkan 22 biji.

Chocolate banana cake lagi...

5 comments:

  1. alaaaa...habis dahhh!!! baru nak mintak pau 5 6 biji. gerammmm!!!

    ReplyDelete
  2. Salam kak ummi,
    gebunya pau tu.... geram tengok... kite nak yg dah belah tu... hehehe.
    sonot la najwa balik.buleh makan macam2 :)

    ReplyDelete
  3. wah takleh tahan nie.. tgk sana sini mengepau.. nak try gak.. cuma tercari2 resepi yg sesuai.. rasa nak try yg ni lah. Bahan semua dah ada nie...

    ReplyDelete
  4. gebunya pau tu. mesti sedapp....

    ReplyDelete
  5. Pergh, licinnya kuih pau Ummi ni. Pakai botox ke? Hehehe

    ReplyDelete