Saturday, February 13, 2010

Udang Goreng Kari Dengan Karot

Haiiii...cuti panjang ni x balik kampung or jalan ke mana2 ke..? Akak di KL ni...kebetulan ambil Najwa yang stop by dari Kangar...saja suh amik tiket sampai KL je sebab nk ziarah baby adik yang bersalin hari tu...Dulu pergi xleh tengok baby sebab baby duk ICU, ni baru nk tengok semula..hehee...So layan la lauk akak ni ya...ni adalah lauk hari khamis malam jumaat merangkap lauk tengahari jugak la, ada leftover lg tuh..hehe...So sebelum ke KL petang Jumaat, akak dah letak auto publish la untuk entry ikan dan udang ni yaaa....Sila jamu mata...Resepi dari Ros Jintan Manis kat MyResipi tuh...ringkas dan sedap..Thanks ya Ros..cam bese, C n P aje ler..hehe...Bye...Happy holiday semua yaa..

Bahan:-
  • 200gram udang ( kira-kira 18 ekor udang saiz sederhana)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 batang carrot ( dipotong nipis)
  • 1/2 biji bawang besar ( dihiris halus)
  • 1 biji bawang putih ( dicincang halus)
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:-
Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit.
Kemudian masukkan carrot dan biarkan carrot betul-betul layu baru masukkan udang dan bawang besar. sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau sebati, jika terlalu kering buleh masukkan sedikit air, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, Selamat Mencuba...senang kan, kan...


4 comments:

  1. Hello Ummi, ahhhh, ini saya ta'pernah makan, udang goreng ada, tetapi with carrots, tada.
    But your dish looks sedap.
    As well your ikan goreng with love.
    Waaa, like that James Bond movie, 'From Russia with Love', ha ha.
    Have a great Tiger year and stay young Ummi, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  2. salam kak ummi, wah dah buat ye lauk ni, ros lama tak buat kak, tak berupdate di jintanmanis lagi ni, thanks kak ingatkan, nnt ros kemaskini kt jintanmanis..btw kak, thanks sbb mencuba ye hihi

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ummi,
    Kite tak cuti raya cina..nak mai makan udang goreng kari ni kejap sebelom tido.hehee...
    Selamat berjalan jalan ye.. mesti ada sale kat KL tue. :)

    ReplyDelete
  4. Hi dear KakUmmi,

    Sedapnya udang tuh! Kena try nih! :)

    Akak, silakan ambik award dari love ye kak!

    ReplyDelete