Monday, September 7, 2009

Nasi Goreng Kerabu - Resepi II

Meh la layan menu berbuka yang lepas dah..hari Sabtu punya...bz sungguh..membasuh dan mengemas segala..basuh langsir, sarung-sarung kusyen kecil2...pastu mengemop segala..adeehhh...dah malam satu hal pulak nak menggosok langsir tu, naik tangga pulak nak memasangnya, mengenakan semula semua sarung2 kusyen tuh...x kuasa dah nak online...maaf lah yaa...jamu mata ya...jangan mintak eh, dah licin semua....hehe...Resepi dari buku Senangnya Memasak Nasi Bersama Chef Hanieliza nih...Sebelum ni penah gak buat style akak la, boleh jugak rujuk Sini ya..
Bahan A:-
  • 4 cawan nasi sejuk
  • 100 gm udang
  • 100 gm sotong (*akak x letak, buat sotong goreng tepung)
  • 3 sudu besar minyak
  • garam secukup rasa

Bahan B (Ulam-Ulaman) Dihiris :-

  • 2 batang serai
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 5 batang kacang kelisa (kacang botor)
  • 3 batang kacang panjang

Bahan C (ditumbuk):-

  • 12 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 gm udang kering (rendam sebentar)

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan udang, sotong dan nasi. Kacau rata.
  3. Tutup api dan masukkan ulam-ulaman dan garam.
  4. Kacau rata dan hidangkan bersama timun dan keropok.

1 comment: