Sunday, September 6, 2009

Kuih Lompat Tikam (Resepi II)

Menu berbuka hari Jumaat ni eh...tengahari Jumaat mmg waktu rehat lama..so balik beli kelapa, perah santan then sempat la mengacau dan mengukus kuih lompat tikam..Bila petang sempatlah kuih ni sejuk dan senang nak potong...Kebetulan akak x payah dah buat air gula merah sebab balik Temerloh haritu ada beli manisan gula kabung satu botol...amik ko...sedap betul makan dengan lompat tikam nih! Pure punya manisan kabung..walllaaaahhhh!! Sekali lagi, maaf lah nak cakap hehee...resepi dari buku Talam & Kuih Lapis Chef Hanieliza jugak yang dihadiahkan kepada akak masa pertemuan dengan kak Liza sedikit masa dulu....memang sedap...Selalu akak buat cara mak akak, just kacau sampai pekat berkilat then tuang je dlm loyang n sejukkan...tp cara kak Liza ni sedikit kelaianan menggunakan tepung beras dan dikukus...sedap jugak! No hal try lain2 cara pun kan...


Bahan (Lapisan Hijau):-
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan jus pandan + sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh air kapur
  • sedikit garam

Bahan (Lapisan Putih):-

  • 4 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam

Cara Membuat:-

LAPISAN HIJAU:-

  1. Gaulkan semua bahan lapisan hijau dan tapiskan.
  2. Kacau adunan di atas api sekejap (lebihkurang 5 minit dengan api perlahan).
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

LAPISAN PUTIH:-

  1. Satukan semua bahan sehingga sebati. Tapiskan.
  2. Kacaukan adunan ini di atas api yang sederhana sekejap.
  3. Kemudian cakarkan sedikit permukaan LAPISAN HIJAU dan tuangkan adunan putih ni.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Sejukkan dan potong. Hidangkan dengan air gula merah.

Bahan Air Gula Merah:- (*akak guna manisan gula kabung jek)

  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

*Jerangkan semuanya di atas api hingga mendidih. Sejukkan dan tapis sebelum dihidang bersama kuih lompat tikam.

7 comments:

  1. fav hubby ni!! tak pernah miss beli sejak posa ni.

    ReplyDelete
  2. Salam..
    alahai..terliuq la akak tenguk..
    nanti dah habis fobia kueh kukusan..baru akak nak mulakan masak kueh kukus tu...

    ReplyDelete
  3. kenapa agaknya diberi nama lompat tikam ye. tak nampak pun apa-apa yang melompat kan? he he he.

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYERRRRR...... nak cikit.. nak cikit !!!

    ReplyDelete
  5. saya pun tak pernah buat cara mcm ni...

    bestnya buku2 kak liza tu kan...balik nanti memang plan nak beli...sabo...dah tak berapa bulan lagi dah....

    ReplyDelete
  6. suke nye saya kueh ni.....kat JB takde..

    ReplyDelete
  7. askum umi...

    saya dah cuba tetapi kenapa adunan saya jadi berketul2. yang bahagian atas dan bawah. saya guna resepi ni dan saya dah tapis..

    ReplyDelete