Sunday, April 19, 2009

Egg Tofu & Mushroom Soup

Ni baru nak update menu dinner Jumaat baru ni..Najwa ada balik ni, dia request la sayur sup camni..egg tofu tu mmg favourite dia...

Bahan:-
  • 3 keping tofu telor (tofu jepun) - potong 1 inci
  • 1/2 paket (10 kuntum) cendawan hitam - belah 2
  • sedikit brokoli
  • 1 paket baby corn (putik jagung) - belah 2
  • capsicum hijau & merah (akak xda stok, letak cili merah je)
  • 1 labu bawang besar - (hiris)
  • 3 ulas bawang putih - (cincang)
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung + bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Dalam kuali/non-stick pan, panaskan minyak (1/4 cawan) dan goreng dahulu egg tofu tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 2 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili hingga layu dan kekuningan.
  3. Masukkan air untuk kuah secukupnya. Masukkan kiub pati ayam. Biar mendidih.
  4. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Letakkan putik jagung dan biar lembut sebentar.
  5. Masukkan brokoli dan mushroom.
  6. Masukkan garam dan letak egg tofu tadi. Biarkan mereneh sebentar dengan api sederhana. Seimbangkan rasa.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau dan tutup api dan hidang panas-panas.

1 comment: