Friday, April 17, 2009

Oreo Yogurt

Xtau la 2 3 hari ni mood nak masak pun macam kureengg jek..tekak duk teringin nak makan dessert camni jek..agaknya panas sangat lately...ni satu lagi dessert yang pastinya cepat jek licin..hehe...tu la pasaiiii..Resepi dari Yani@MyR jugak la ni..Akak buat 2 kali ganda bahan ni..kalau yang camni mmg x cukup sikit2 kan..hehe

Bahan:-
  • 200 gm yogurt tanpa perisa
  • 6 keping biskut oreo
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 - 3 helai daun mint
Cara Membuat:-
  1. Ramaskan 5 keping biskut oreo dengan krim sekali.
  2. Kemudian campurkan dengan yogurt dan juga susu pekat manis. Gaul rata.
  3. Tuangkan ke dalam bekas.
  4. Patah-patahkan pula 1 keping oreo lagi. Taburkan pada bahagian atas campurkan yogurt tadi.
  5. Simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan dan hiaskan dengan daun mint.

5 comments:

  1. sedapnya masuk ke dlm tekak!

    ReplyDelete
  2. pepanas nih mmg best mkn tu...

    akak mai amik award kat umah kite ya...

    ReplyDelete
  3. Ain - Aah laa..kalau x masuk tekak mana nak rasa sejuk kan..hehe..resepi ala-ala malas dah tu..

    Aishah - Aah laa mmg best kalu makan hari2 panas ni kan..kena hari2 pun xpa..O ada award lak ya..thanks la Aishah igt kat akak..nnt nk pi jenguk dulu la..nk cari lori dulu angkut balik kemudian ya..muaahh..

    Makcikkantin - Emmm..nampaknya gitu laa..sesejuk mata memandang, sesejuk masuk ke tekak..haha

    ReplyDelete
  4. kak ummi...amik semua award yg ada tuh. jgn lupa bwk bakul beso tau, ada byk tu.

    p/s..akak tersasul post message kat umah nekpp le kak.

    ReplyDelete