Sunday, April 19, 2009

Ikan Sambal Tomato Jus Kasturi

Menu sempoi malam Jumaat baru ni...kadang-kadang dah tak reti nak masak apa dah kan...So akak masak campak-campak je dan timbang-tara lebih kurang ... wakakaaa...apapun kalau dah pedas2 gitu...licin jek..Anak2 ada balik belaka pulak tu..hehe

Bahan:-
  • 2 ekor ikan kerisi - cuci bersih - lumur garam dan serbuk kunyit, goreng agak garing, angkat dan letak dalam pinggan dan ketepikan.
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • *4 - 5 biji cili merah
  • *6 biji cili padi/cili thai
  • *1 cm halia
  • *1/2 cm lengkuas
  • *1 cm kunyit hidup
  • *2 ulas bawang putih (semua bahan bertanda * ditumbuk/kisar kasar)
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1 sudu besar jus limau kasturi
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali/ambil lebihan minyak menggoreng ikan tadi, tumiskan bawang besar hingga naik bau/wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi dan masak hingga terbit minyak dengan api perlahan. Tambah sedikit air jika terlalu kering dan masak lagi.
  3. Kemudian masukkan jus limau, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  4. Masukkan tomato yang didadu tadi. Kacau balik rata dan seimbangkan rasa.
  5. Tuang ke atas ikan tadi dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment