Wednesday, August 13, 2008

Spiced Rice

Resepi ceduk dari dapur blogger jugak, Jan's Kitchen Macam2 ada kat dapur dia..tengok sume terliur.. Memandangkan stok brasmathi banyak lagi kat dapur tu..Ummi kena cari gak laa resepi nasi yang menggunakan brasmathi..hehe..nanti naik bubuk lak..
Bahan:-
2 cawan (400 gm) beras basmathi
2 sudu besar minyak sapi Ghee/minyak masak
1/2 biji (100 gm) bawang besar - dadu
1 1/2 biji bawang putih - cincang
3/4 sudu teh garam masala
3/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu serbuk cili
3 cawan (750 ml) pati ayam

Cara Memasak:-

Basuh beras hingga bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan minyak Ghee, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan rempah2, masak dan kacau lebihkurang 1 minit dan hingga berbau wangi. Masukkan beras, gaul hingga rata dengan bahan tumis tadi. Masukkan stok ayam dan air. Masaklah nasi seperti biasa. (*selepas masukkan air dan stok ayam, Ummi terus angkat periuk dan letak dalam periuk elektrik. Tekan ON dan masak cam bese) Balikkan nasi perlahan2 bila nasi telah kering.

No comments:

Post a Comment