Saturday, July 19, 2008

Sotong Masak Hitam

Resepi dari majalah SAJI oleh Chef Noris dari Crystal Crown Hotel KL untuk santapan puteriku Najwa yang baru balik sekejap petang semalam, kebetulan dia xda class lecture Jumaat smlm, Ahad ni balik laa. Dah nk bawak gi makan hotel mahal sangat kan..meh sini kita masak ala-ala Chef. Ingat nk wat hitam lg sotong ni..tp x suka lak taruh kicap banyak2...Apapun, ni resepi asal ek.

Bahan:-
600 gm sotong sederhana besar
2 labu bwang besar (hiris bulat)
3 tangkai cili merah (buang biji dan hiris nipis)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
1 sduu besar kicap pekat

Bahan Kisar:-
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
3 cm halia

Cara Memasak:-
Bersihkan sotong dan potong bulat. Gaulkan dengan garam dan perapkan selama 15 minit. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga garing. Masukkan sotong dan gaul rata selama 8-10 minit. Masukkan bawang hiris, cili dan garam. Gaul rata dan goreng selama 3 minit. Masukkan kicap dan gaul rata lagi, biarkan sehingga sotong masak. Tutup api.

No comments:

Post a Comment